terkini dan sensasi

Isnin, 21 Ogos 2017

Family Day KBBA9 @ Legend Cherating

Assalamualaikum...(^ ^)


Fuhhhhh tak habis lagi penat bersukaria bersama keluarga KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Tapi walaupun penat, kenangan manis dan menyeronokkan Family Day KBBA9 kali ini memang sangat berharga. Maklumlah Mas dah lama tak ikuti program KBBA9 dan pergi bercuti, bila dapat pergi ni memang satu pakej 2in1 lah.

Selama 3 hari 2 malam di sana memang langsung tak membosankan, hari² kami dipenuhi dengan aktiviti yang seronok dan menarik. Mula² sampai selepas dah check in bilik sudah tentulah aktiviti mandi kolam. Itulah yang paling dinanti² oleh anak² Mas bila nampak kolam yang besar tu, memang tak sabar nak terjun. Anak² Mas memang pagi dan petang berendam sampai 2 jam, kalau boleh tak nak naik. Hehehee, terutama si Airis!




Aktiviti hari pertama : 18/8/2017 (Jumaat)
Malam pertama dah ada aktiviti menarik disediakan oleh pihak resort untuk kami iaitu Firely Tour yang diuruskan oleh Hafiz's Cherating Activities. Memang semua blogger dah tak sabar nak tengok kelip², tapi sayangnya Mas tak dapat turut serta dek kerana keadaan yang tengah sarat. Jadi tak dapatlah nak kongsi pengalaman, hanya dapat tengok gambar keseronokkan kawan² yang pergi. 

Habis je tour tu kami diberi sedikit taklimat oleh pihak resort mengenai Legend Cherating dan aktiviti² yang akan kami sertai sepanjang 3 hari 2 malam di Cherating. 




Aktiviti hari kedua : 19/8/2017
Keesokkan harinya pulak dah padat aktiviti yang menanti kami, memang tak sabar nak sertai. Seawal jam 9.00 pagi aktiviti dimulakan dengan telematch untuk blogger dan keluarga. Walaupun cuaca agak panas pagi tu tapi semuanya tetap bersemangat sertai acara yang disediakan. Macam² ragam dan gelagat yang mencuit hati, gamat suasana di tepi pantai tu. Maklumlah selama ni blogger dok asyik menaip entri di komputer je, sekali kena sertai telematch semuanya tunjukkan kemahiranlah. 

Dah penat dan basah lencun dengan peluh sertai telematch para blogger diberi pulak peluang untuk ikuti sesi taklimat dan demo mengenai scuba diving oleh Muck Dive Scuba. Memang satu pengalaman yang berharga dapat merasai sendiri cara² untuk scuba diving dan belajar secara basic tentang bagaimana menggunakan peralatan scuba. 





Selesai makan tengahari kami berpeluang ke Kedai Keropok Cap Intan serta Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Di kedai keropok kami dapat lihat cara² keropok lekor dihasilkan dan ada jugak blogger yang cuba tunjuk kemahiran mengentel keropok lekor. Pastu dapatlah memborong keropok lekor dan keropok kering untuk dibawa pulang. Di Santuari Penyu pulak kami dapat melihat info² berkaitan kitar hidup dan spesis² penyu yang ada di negara kita. Di pusat ini jugak anak² penyu yang baru lahir disimpan sebelum ianya dilepaskan ke laut. 

Kemudian pada sebelah petang aktiviti yang disediakan lagi menarik iaitu Mangrove River Cruise dan lepaskan anak penyu ke laut. Untuk aktiviti mangrove Mas tak dapat jugak sertai sebab keadaan tak mengizinkan, jadi takdelah dapat kongsi pengalaman. Tapi memang seronok, para blogger dibawa menyusuri Sungai Cherating menaiki bot untuk melihat keindahan paya bakau dan hidupan di sana. Tenang dan damai je mereka kata!




Pastu aktiviti lepaskan anak penyu ke laut memang satu kenangan yang indah dan tak dapat dilupakan. Nanti Mas kongsi keseronokan dan keterujaan tu dalam satu entri khas ye.



Aktiviti hari terakhir : 20/8/2017
Sampai dah ke hari terakhir, sebelum balik pagi tu kami diberi merasai sendiri pengalaman membuat rakit. 3 kumpulan blogger diminta menyiapkan rakit mereka sendiri, seterusnya perlu membawanya ke laut dan berlumba untuk dapatkan bendera kumpulan yang diletak di tengah laut. Untuk aktiviti ini sangat perlukan semangat kerjasama, kemahiran dan strategi untuk bina rakit yang kukuh dan dapat memenangi pertandingan. Tapi blogger dan keluarga KBBA9 semuanya hebat, semua dapat selesaikan tugasan dengan jayanya!

Habis aktiviti Sea Rafting tu maka tamatlah Family Day KBBA9. Walaupun padat dan penat dengan aktiviti tapi semuanya tersenyum riang kepuasan, berbaloi luangkan masa 3 hari 2 malam di sini. Mas yang tengah sarat ni memang rasa penat sangat tapi tetap gagah walaupun tak sertai semua aktiviti. Yang penting Mas puashati dan anak² pun seronok!




Terima kasih tak terhingga pada Kelab Blogger Ben Ashaari atas Family Day KBBA9 yang seronok ni, terima kasih jugak pada keluarga KBBA9 yang sangat ramah mesra. Tak lupa jugak pada Legend Cherating Beach Resort atas penginapan dan aktiviti 3 hari 2 malam yang menyeronokkan serta para penaja lain seperti Cosmoderm dan Zing+. Semuanya sangat berharga dan tak dapat dilupakan! 

15 ulasan:

  1. memang best family day KBBA9! first time join memang takkan lupa aktiviti yang best ni!

    BalasPadam
  2. Pengalaman yang amat berharga dan tidak boleh dilupakan. Memang terbaik layanan Legend Cherating Beach Resort. Sangat direkomendasi

    BalasPadam
  3. Waaa bestnya .. seronok kan dapat jumpa ramai2 . Bila.la pulak nak jumpa.camni lagi ..

    BalasPadam
  4. Bestnya...jeles tak dapat turut serta

    BalasPadam
  5. Wow memang menarik especially lepaskan anak penyu. Rare tu.

    BalasPadam
  6. aktifnya kak mas dekat nak bersalin ni..mudah beranak la nanti

    BalasPadam
  7. Sempat berholiday sebelum pantang yeyy hihi

    BalasPadam
  8. Mujur tak terberanak kat Legend tgk ahkak catwalk 😂😂😂

    BalasPadam
  9. Huwaaaa nak nangis baca entri ni, nangis sbb i tak dpt ikut huhuhu

    BalasPadam
  10. Banyak aktiviti menarik. Memang enjoy laa

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com