Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 28 Ogos 2012

Gambar RAYA 2012

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni dah 10 Syawal, mood raya masih belum habis kan? Maklumlah rumah terbuka sana sini, tapi kena beringat sikit kalau pergi rumah terbuka. Jangan makan berlebihan sangat, nanti tak pasal² berat badan yang dah turun masa puasa tu naik balik.

Raya kali ni Mas takdelah makan berlebihan sangat. Kena kawal jugak, maklumlah ada diabetes masa mengandung. Tapi walaupun kawal tetap melantak Lemang, Rendang dan Nasi Impit. Jadi ingatkan masa pergi check up semalam berat naik, rupanya turun jugak sekilo. Tapi alhamdulillah, baby sihat. Berat dia dah 800 gram.

Dah banyak berceloteh ni, Mas nak tayanglah sikit gambar masa raya.








Rabu, 15 Ogos 2012

Esok cuti dah, Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni hari terakhir kerjaesok Mas dah mula cuti.

Rancangan awal mula cuti hari Jumaat tapi memandangkan anak² tak sekolah esok, jadi mama pun malas nak memandu pergi kerja. Terus mohon cuti tambahan lagi 1 hari, nasib bos bagi sebab esok dia dah mula cuti. Jadi tutup kedai mulai esok sampai 27hb, 28hb baru pejabat beroperasi kembali.

Tapi esok Mas tak balik kampung lagi, pagi Jumaat baru gerak balik. Esok nak kemas beg, kemas rumah, mendobi baju, melipat baju dan macam² lagilah. Baru lega sikit nak balik raya bila rumah dah kemas dan semua kerja rumah dah selesai.

Pagi Jumaat terpaksalah mak buyung memandu sendiri ditemani anak² je. Abam Bomba kita tak balik sebab tak dapat cuti, kalau ada rezeki malam raya baru dia balik. Tapi petang raya pertama dah kena balik semula ke Salak Tinggi. Jadilah kan, janji pagi raya dia ada. Takdelah akak sedih sangat derrr.

Di kesempatan ini jugak Mas nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca blog Mas, kawan² di Facebook, follower di Twitter dan semua kawan² di alam maya. Moga kita semua selamat sampai ke kampung halaman dan dapat berhari raya bersama keluarga.


Khamis, 9 Ogos 2012

20 Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, hari ni dah masuk 20 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu, lagi seminggu lebih kita akan menyambut Hari Raya. Mas syukur sangat sebab setakat ni Mas dapat menyempurnakan ibadah puasa selama 20 hari, harap dapat puasa penuh. Setakat ni Mas takde alahan apa² masa berpuasa, kandungan pun sihat.

Mengenai persiapan raya, dah hampir sempurna. Baju raya anak² dah siap beli dah, itu yang paling penting sebab mereka memang teruja nak raya. Baju raya Mas dan husband masih belum beli lagi, hujung minggu baru pergi cari.

Mood raya dah makin terasa!  Mana taknya, tiap² hari memandu pergi kerja dalam kereta mesti dengar lagu raya berkumandang di radio. Masa tu jugak rasa nak memandu balik ke kampung, hehehee!

Tapi yang tak syoknya kemungkinan raya tahun ni Mas akan balik kampung dengan anak² dulu, terpaksalah mak buyung memandu sendiri. Husband belum tahu lagi dapat ke tak cuti raya sebab dia baru bertukar ke balai baru. Kalau dapat pun mungkin malam raya baru dia balik, pastu raya pertama petang dah kena balik bertugas semula. Nak buat camne, itulah rutin tugas seorang anggota bomba.

Oleh kerana mood raya dah terlebih, malam ni nak masukkan duit raya dalam sampul.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Happy Birthday!

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ni birthday Arfan yang ke 6 tahun, dah besar dah anak mama ni. Tak lama lagi nak jadi abang dah. Perangai pun dah semakin matang cuma kuat merajuk sikit, ikut perangai mamalah tu.

Yang paling Mas bangga ialah dia masih lagi berpuasa, satu hari pun tak tinggal. Memang kuatlah dia, takde pun nak merengek² atau menangis² sebab lapar dan dahaga berpuasa.

Untuk Arfan..
HAPPY BIRTHDAY!
Moga jadi anak yang soleh dan bijaksana.
Mama doakan kejayaan Arfan dunia dan akhirat.

Hari ni berbuka puasa kat luar, maklumlah nak raikan birthday dia. Dari pagi tadi dah tanya pasal sambutan untuk birthday dia.

Khamis, 2 Ogos 2012

Dapat jugak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni susah betul nak tukar duit raya, maklumlah semua orang dok kejar nak duit baru kan? Mas pun beberapa kali pergi Bank Islam dekat dengan pejabat ni tapi asyik habis, yang ada cuma duit RM1 je. Duit RM5 dengan RM10 cepat betul habisnya, duit RM20 lagilah susah nak dapat.

Pastu minta jugak husband tanyakan dengan member² dia. Tapi jawapan tetap hampa, duit belum ada lagi. Bukannya apa, kalau tukar lambat nanti takut tak dapat pulak kan? Nanti takde pulak duit raya nak bagi kat anak² buah.

Tapi nasib ada kawan pejabat yang husband dia kerja bank, tanya punya tanya dia kata boleh dapat. Semalam dah dapat duit RM1 dan RM5, nanti esok dapat duit RM10 pulak. Tahun ni bajet duit raya RM300 je, tak boleh banyak² sebab nak simpan untuk persekolahan anak² dan barang² baby. 

Lega, dapat jugak tukar duit raya. Dipersembahkan, hehehee!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com