Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 31 Oktober 2014

Cerita bergambar [5]

Assalamulaikum...(^ ^)

Alkisah cerita bergambar untuk hari ini.

1. Mas kalau makan nasi mesti nak ada ulam sebab Mas memang pengemar ulam. Nak pulak ulam daun² hijau camni, sudah tentu ulam lebih banyak dari nasi. Rugilah siapa yang tak suka makan ulam sebab ianya sangat bagus untuk kesihatan.



2. Inilah rupa meja Mas kalau waktu pagi, penuh dengan surat². Semuanya surat keluar yang perlu asingkan dulu sebelum diedarkan, sampai telefon pun jadi mangsa tempat letak surat.



3. Tengoklah keletah si kecik ni, memang mencuit hati betul. Boleh pulak dia pakai headband sampai 3 sekaligus. Pastu bila dah pakai tu siap cakap, "Mama comelnya Aiyis!" 



4. Amboi khusyuk study! Sekarang ni bukan boleh nampak kakak dia study kat meja tu, mesti dia nak menyibuk. Pastu bila dapat duduk kat kerusi tu kemain lagi dia. Siap pegang pensil, tekan² keyboard dan tulis entah apa entah.


Khamis, 30 Oktober 2014

Pengasuh kejam

Assalamualaikum...(^ ^)


Tergamam tak terkata bila tengok gambar ni dalam surat khabar. Terbayang wajah anak sendiri yang masih kecil, sedih!

Mesti hancur luluh hati si ibu bila lihat anaknya diperlakukan sebegini. Anak yang dijaga dari kecil hingga besar diikat seumpama mengikat lembu je. Apalah perasan si pengasuh ni bila dia buat begini pada anak orang, anak yang diasuhnya saban hari. Tidak ke dia rasa anak tu dah seperti anak sendiri, tidak ke dia terbayang apa dia rasa kalau anak dia pulak diperlakukan seperti ini.

Pengasuh kejam! Itu saja yang boleh Mas katakan. Dahlah apa yang kau makan hari² adalah duit dari rezeki kau mengasuh anak tu, halal ke kau rasa sedangkan kau mengasuh anak orang macam menjaga haiwan. Orang macam ni kalau dapat kat Mas memang ikat dia pulak kat pokok yang ada kerengga. Biar dia rasa sakitnya seperti yang anak kecil tu rasa, sangat geram!

Wahai para pengasuh.
Anak ini amanah Allah, pohonlah jaga mereka dengan sebaik²nya. Jangan dera mental dan fizikal mereka. Mereka nak membesar, nakal dan lasak tu lumrah. Jangan pulak sikap mereka itu nak dijadikan alasan untuk kamu mendera mereka. 

Moga anak ini, anak² Mas dan anak² yang di bawah jagaan pengasuh dilindungi oleh Allah SWT. 

Selasa, 28 Oktober 2014

Training! Training! Training

Assalamualaikum...(^ ^)


Huhhhh lamanya tak jejak kaki kat gelanggang boling ni, sejak kejohanan kat Melaka bulan 5 hari tu memang simpan je bola. Kalau bola ada angin dah lama pancit, beg pun dah berhabuk.

Camtulah, bila nak masuk kejohanan barulah terhegeh² nak berlatih. Camne nak jadi pemain Malaysia. Cehhh, berangan jelah Mas! Bukan malas sebenarnya tapi kekangan masa, nak berlatih hari kerja kena tunggu masa husband off duty. Hujung minggu pulak payah, nak kena angkut anak².

Jadi bila nak masuk kejohanan gigihkan jugak diri pergi latihan. Dapat 2 atau 3 kali berlatih cukuplah, yang penting skill tak hilang dan tetap maintain.



Markah latihan hari ni, dapat kekalkan markah lebih dari 100. Takdelah teruk sangat walaupun dah 5 bulan tak pegang bola boling, cuma perlu lebih latihan untuk cecah average 150 ke atas.

Isnin, 27 Oktober 2014

Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak kongsi resepi buat kek lagi, maklumlah mood rajin buat kek 200%. Kali ni Mas cuba buat Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus. Ini memang kek kegemaran Mas, sebab itulah nak cuba buat.


Bahan-bahan yang diperlukan
1. 1 cawan gula
2. 1 cawan air panas
3. 2 sudu besar butter (unsalted)
4. 4 biji telur ayam Gred A
5. 1 cawan susu pekat manis (kurangkan sukatan kalau nak kurang manis)
6. 1 cawan tepung gandum (diayak)
7. 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
8. 1 sudu kecil esen vanilla


Cara nak buat agak mudah, tapi kena hati² masa nak buat gula hangus tu. Api kena jaga sebab takut jadi gula hangit pulak. Goreng gula tanpa minyak sehingga cair di atas api sederhana. Bila gula dah cair masukkan air panas dan kacau hingga gula cair sepenuhnya. Kemudian masukkan butter dan kacau hingga sebati dan sejukkan air gula tersebut.

Seterusnya kisar telur sehingga kembang. Bila telur dah kembang masukkan susu pekat manis, tepung dan soda bikarbonat. Kisar hingga sebati dan tuang ke dalam bekas. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga adunan sebati.

Kemudian masukkan air gula yang dah sejuk ke dalam adunan tadi, pastikan air gula betul² sejuk untuk mendapat sarang semut yang cantik. Bila adunan dah dicampurkan, perap selama 4 jam. Cukup tempoh 4 jam bolehlah bakar atau kukus. Mas kukus je sebab takde oven, tempoh kukus ialah lebih kurang selama 1 jam 45 minit.


Inilah hasilnya setelah siap dikukus, terharu sangat sebab menjadi cantik sarang semutnya. Anak² dan husband pun suka dan puji sedap. Satu kepuasan yang tak terhingga Mas dapat!

Ahad, 26 Oktober 2014

Percubaan memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah buat beberapa percubaan memasak sesuatu menu atau resepi yang Mas tak pernah buat. Bagi Mas ia satu cabaran untuk uji kemampuan dan kemahiran memasak Mas. Bila kita mencuba buat apa yang tak pernah kita buat ia satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Kalau dulu Mas tak pernah cuba langsung buat kek atau kuih. Tapi sejak bulan puasa tahun ini Mas mula buat kuih yang Mas tahu caranya dan mudah untuk membuatnya. Dari situ datang satu rasa puas, terutama bila anak² dan husband makan hasil air tangan kita.

Sekarang Mas cuba pulak buat kek dan kuih yang mencabar jugak cara membuatnya. Alhamdulillah semua percubaan memasak Mas berhasil! Anak² puji, suami puji dan adik beradik pun puji usaha Mas. Memang rasa sangat seronok dan puas sepuasnya bila dapat makan apa yang kita masak dan ianya sedap, sukar digambarkan dengan kata².



Inilah antara kek dan kuih yang Mas cuba buat beberapa minggu ni. Mungkin bagi orang yang pernah buat mereka akan kata, alah senang je nak masak semua tu. Memanglah, tapi kalau kita tak cuba dengan minat dan bersungguh² mungkin tak jadi apa yang dimasak tu.

Jadi jangan takut mencuba. Cuba yang terbaik dan bila menjadi ia adalah bonus dan kredit untuk diri kita sendiri. Lepas ni boleh buat lagi!


Sabtu, 25 Oktober 2014

Masak-masak Awal Muharam

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Awal Muharam
Salam Maal Hijrah 1436H

Macam biasa hari minggu barulah berasap dapur. Barulah boleh masak apa yang teringin dek tekak, apa yang anak² dan husband nak makan.

Kalau memasak ni Mas lebih suka yang ringkas dan sedap dimakan. Misalnya masak sambal, goreng atau yang berkuah. Semua tu boleh memikat selera dan mesti tambah nasi punya.


Hari ini punya menu memang kegemaran sepanjang masa. Ada Ikan Kembung Goreng, Ayam Goreng Kunyit Berlada dan Masak Lemak Fucuk+Suhoon. Ditambah pulak dengan sambal tempoyak, fuhhh memang kombinasi yang lazat. Tak cukup nasi seperiuk.

Pastu untuk minum petang Mas buat Apam Beras. Pertama kali buat minggu lepas menjadi, jadi husband suruh buat lagi hari ni. Tapi Mas buat dalam loyang je, tak beli lagi bekas acuan yang comel² tu. Inilah Apam Beras warna warni, sedap weihhh! Nanti Mas kongsi resepi, senang je nak buat.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Cerita bergambar [4]

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat

Jumaat terakhir di tahun Maal Hijrah 1435H. Esok dah masuk tahun baru, Maal Hijrah 1436H. Moga tahun baru hijrah ni kita ada matlamat baru dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Macam biasa setiap Jumaat ada cerita bergambar, jom baca sama²!

1. Esok dah masuk Awal Muharam, tahun hijrah yang baru. Jadi selepas solat Asar hari ini sama²lah kita baca doa akhir tahun, pastu selepas solat Maghrib baca pulak doa awal tahun. Moga segala amalan kita diterima Allah SWT.



2. Jadual latihan boling sebelum kejohanan 6 Disember nanti. Waduhhh berbulan² jugak tak pegang bola boling, tiap kali nak masuk kejohanan barulah sibuk nak berlatih. Harap² skill tu tetap mantap!



3. Setiap Jumaat memang ada jualan kat kawasan pejabat Mas ni, macam² ada! Kalau tak kawal nafsu memang melayang RM. Mas masih boleh kawal, jadi jalan² cuci mata je. Betul ke ni Mas?



4. Masa ni pertama kali bawak Airis pergi waterpark, seronok sangat dia main air. Sekarang kalau bawak lagi dia teruja kot sebab dah besar kan? Cuti sekolah ni bolehlah, lagi pun dah lama tak bawak anak² mandi manda ni.



5. Alalalaa si bucuk² mama ni. Masa ni baru nak masuk umur 3 bulan, pantang diagah mesti ternganga² pastu tergelak² dia. Sekarang dah besar, lagi sebulan je nak masuk umur 2 tahun. Alahai besar dah baby mama.


Khamis, 23 Oktober 2014

Projek Kek Minyak Kukus Diwali

Assalamualaikum...(^ ^)

Amboi nama kek tak menahan kan? Maklumlah semalam Deepavali, hehehee!

Sekarang aura rajin banyak meresap dalam badan ni kot, sebabnya setiap kali cuti umum atau hujung minggu mesti nak cuba masak sesuatu yang baru. Semalam adik Mas ada bagi resepi Kek Minyak Kukus, apalagi terus berkobar² semangat nak buat. Suruh husband beli apa bahan² yang takde dan projek baking pun bermula.


Bahan²nya
1. 5 biji telur (guna gred A lagi bagus)
2. 1 cawan minyak masak
3. 1 cawan gula castor
4. 1 cawan susu pekat manis (Mas kurangkan sikit sukatan sebab tak nak terlalu manis)
5. 1 sudu besar ovellette
6. 1 sudu kecil esen vanilla
7. 2 cawan tepung gandum
8. 1 sudu kecil baking powder
9. Pewarna Star Brand (ikut suka nak warna apa, Mas guna warna merah, hijau epal dan kuning telur)

Cara nak buat pulak sangat mudah
Kisar bahan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 hingga kembang. Bila dah kembang tuangkan ke dalam bekas yang telah diisi dengan tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sebati dan bahagi kepada 3 bahagian, pastu warnakan dengan pewarna yang disukai. Kemudian tuang secara bergilir adunan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 1½ jam



Hasil yang dah siap diisi dalam loyang. Sebelum isi jangan lupa sapukan butter di sekeliling loyang. Mulanya Mas tertanya² macam manalah nak buat adunan jadi cantik begini bila diisi dalam loyang, bila adik bagitau barulah tau.

Cara-caranya
Gunakan senduk bulat atau sudu besar. Tuangkan 1 senduk atau 2 sudu adunan merah dulu misalnya di tengah loyang. Kemudian tuangkan pulak aduan kuning di atas adunan merah tadi. Pastu tuang pulak adunan hijau di atas aduan kuning. Ulang semula sehingga habis, maka akan jadilah adunan cantik seperti gambar di atas.


Inilah hasil Kek Minyak Kukus Diwali yang telah masak, sedap hingga menjilat jari! Sekelip mata saja habis 1 loyang, gembira tak terkata bila anak² dan husband puji.

Selamat mencuba!

Rabu, 22 Oktober 2014

Homemade Oreo Aiskrim

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam Mas terpaksa ambil cuti sebab Airis demam. Bawak dia pergi klinik, bagi makan ubat, bagi main air dan bagi dia tidur puas², jadi kebahlah sikit demam dia. Bila dia dah segar sikit Mas mulakan projek buat aiskrim yang tergendala dari hari Ahad lepas.

Resepi Mas dapat dari Facebook, tak banyak bahan² yang digunakan dan cara nak buat sangat mudah.


Inilah bahan²nya
1. Satu tin susu cair (Mas guna jenama Dairi Champ, guna susu full cream pun boleh)
2. 3/4 susu pekat manis (apa² jenis pun boleh, kalau nak kurang manis kurangkan sukatannya)
3. Satu cawan whipping cream (Mas beli jenama Arla dan satu kotak tu Mas guna untuk 1 bancuhan)
4. Satu sudu besar ovellette
5. 1 atau 2 pek biskut Oreo (Mas guna 2 pek sebab nak bagi lagi sedap)
6. Coklat rice untuk hiasan

Cara nak buat mudah sangat
Kisar sampai gebu bahan 1, 2, 3 dan 4. Bila dah kembang dan gebu patah²kan 10 keping atau lebih biskut oreo dan masukkan dalam aduan. Kisar sehingga lagi gebu dan kembang. Bila dah betul² gebu tuang dalam bekas dan masukkan lebihan biskut oreo tadi. Kemudian hias dengan coklat rice.


Inilah rupa adunan yang dah siap. 1 bancuhan bahan² ni Mas dapat 2 bekas. Pastu terus masukkan dalam fridge lebih kurang 7-8 jam dan biarkan ia membeku.

Selepas 8 jam, inilah hasilnya. Memang sedap sangat, lebih sedap dari aiskrim yang jual kat kedai.

Selamat mencuba!


Selasa, 21 Oktober 2014

Bila anak dara pandai memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak Atikah masuk pertandingan chef cilik tu memang dia makin suka memasak, pantang Mas cakap nak masak mesti dia nak tolong. Kadang² tu Mas bagi dia masak sendiri je, tapi menu yang mudahlah. Contohnya buat Roti Telur Cheese ni, memang dia dah cekap.


Bagus bila anak dara dah pandai memasak ni, adalah orang nak bantu kita di dapur. Mas memang tak pernah paksa dia tapi rasa nak tolong tu datang dari diri dia sendiri. Mas cuma galakkan dan nasihatkan dia supaya rajin membantu ibu bapa, dari situlah dia mula belajar.

Tidak susah sebenarnya kita nak harapkan anak² membantu kita, yang penting kita kena pandai mulakan dan tanamkan sikap rajin membantu tu. Kalau kita biar sahaja dan tak pernah galakkan mereka membantu memang susahlah sikit. Makin lama kita biarkan nanti mereka makin malas. Sekurang²nya bila mereka dah biasa jadi tak susahlah mereka nak buat bila kita tiada.

Elok galakkan anak dara belajar memasak, nanti dah kahwin takdelah mereka tak pandai masak untuk suami kan? Anak lelaki pun kita boleh galakkan jugak. Bila dah ada isteri nanti boleh mereka bantu isteri memasak, barulah rumahtangga bahagia!

Jumaat, 17 Oktober 2014

Cerita bergambar [3]

Assalamualaikum...(^ ^)

Cerita bergambar bersiaran setelah lama menyepi. Banyak gambar dan kisah nak kongsi tapi penyakit malas tu selalu datang, itu yang semua tak jadi. Jom tengok gambar²nya sambil Mas cerita.

1. Rutin setiap hari bekerja. Keluar pagi gelap camni, balik petang pun gelap jugak. Walaupun penat tapi tanggungjawab kan, jadi kenalah laksanakan.



2. Infused water Mas untuk hari ini, buah delima + lemon + epal hijau. Sedap, masam manis rasa buah delima tu hilangkan rasa pahit kulit lemon.



3. Percubaan pertama buat Apam Beras. Walaupun rupanya tak comel tapi rasanya sedap. Gebu gebas apamnya dan cara nak buat pun mudah!



4. Aktiviti wajib Nur Airis Arissa setiap kali balik taska dan setiap hari minggu. Apa lagi kalau bukan Frozen, Frozen, Frozen. Sampai mamanya ni dah hafal jalan cerita dan lagu²nya.



5. Entah bilalah dia pandai panjat camni, tengok² dah pandai je. Bila marah siap gelak² dan buat lagi tanpa rasa takut pun, kemain dia!


Rabu, 15 Oktober 2014

Petai kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa suka makan petai? Mas memang suka samada makan mentah atau dimasak. Maklumlah Mas penggemar ulam yang tegar. Walaupun ramai kata petai baunya busuk tapi ia ada khasiat tersendiri.


Inilah petai kampung hasil dari kebun di kampung, gemuk isi dia. Memang setiap tahun pokok petai tu akan berbuah, cuma kadang² menjadi dan kadang² tak. Tapi kali ni menjadi sangat buahnya, lebat!

Masa arwah mak ada dialah orang paling seronok kalau petai berbuah. Gagah dia pergi kait buah petai tu, dahlah pokoknya tinggi. Bila dah habis kait dia akan rebus dan buat petai jeruk, berbalang² dibuatnya dan mesti cukup 7 balang untuk kami 7 beradik. Setiap sorang mesti dapat! Yang syoknya petai jeruk arwah mak memang sedap.

Tapi memang seronok tengok hasil dari kebun peninggalan arwah abah. Terus teringat dan rindu pada mereka yang tak pernal kenal erti jemu berbudi pada tanah untuk anak dan cucu makan hasilnya.

Selasa, 14 Oktober 2014

Infused water

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah Mas dengar pasal infused water. Mas pernah tengok kawan² pejabat minum, tapi memang tak pernah tergerak hati nak cuba buat.


Tapi entah camne tiba² terasa nak cuba buat. Mas pun google dan tengok macam² resepi yang ada, semunya nampak segar dan sedap. Untuk permulaan Mas guna lemon dan epal hijau. Cara nak buat pun senang sangat, semua orang pasti tahu. Potong buah ikut yang kita suka, pastu letak ais kat atasnya dan isi air. Kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman, esok pagi dah boleh minum. Segar dan nyaman je minum pagi², rasanya pun sedap.

Memang banyak kebaikan infused water ni. Setiap buah yang kita gunakan tu semuanya ada kelebihannya tersendiri, cuma kita kena pandai mix and match. Tengok je dekat google, pelbagai resepi ada. Mas dah seminggu minum lemon dan epal hijau jadi esok nak cuba timun dan oren pulak, mesti sedap. Katanya timun bagus untuk buang toksin dalam badan. 

Isnin, 13 Oktober 2014

Kursus Team Building [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Allahuakbar, hari tu janji nak sambung cerita kursus ni part 2 tapi asyik lupa je. Jadi hari ni Mas habiskan kisah kursus tu, walaupun dah basi tapi biarlah ia disimpan di blog ini sebagai kenangan!



Part 1 Mas dah cerita pasal resort serta hari pertama dan kedua kursus, hari ni Mas cerita pulak aktiviti hari ketiga dan hari terakhir. Hari ketiga kami ada aktiviti jungle trekking. Pihak fasilitator tak bercadang nak bawak kami daki sampai ke puncak gunung sebab dia kata memakan masa yang agak lama dan melalui tangga yang agak sukar laluannya. Jadi kami trekking ke Batu Kapal dan Telaga Tok Sheikh, dan kedua² tempat ini memang popular di Gunung Jerai.

Nak ke tempat tersebut kami ikut laluan yang diberi nama Alor Gajah. Laluan tu melalui hutan simpan dan laluannya tidaklah sukar kerana dah dibuat trek simen, memang mudah. Cuma laluan agak sempit dan keadaan sekeliling sunyi, sekali sekala terdengar jugak bunyi burung dan serangga hutan.

gambar di atas Batu Kapal

Lebih kurang 1 jam kami sampai kat kawasan Batu Kapal. Menurut cerita fasilitator kami kapal tersebut kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai. Memang nampak batu tersebut berbentuk kapal. Di kawasan batu ni ada orang bertapa untuk menuntut pelbagai ilmu dan ada jugak yang berkhemah.


Habis di Batu Kapal kami teruskan trekking ke Telaga Tok Sheikh. Air telaga memang dari sumber semulajadi yang wujud bertahun lamanya, tapi kawasan telaga telah diubahsuai untuk menjaga kebersihan airnya. Dikatakan air telaga ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Mas cuba minum air telaga tu, rasanya agak manis dan lebih sedap dari air mineral biasa. 


Lebih kurang ½ jam di telaga kami kembali ke resort dan teruskan dengan aktiviti lain. Petang itu kami tamatkan sesi kursus sebab keesokkan hari nak gerak balik awal pagi. Sebelah malam pulak kami buat BBQ dan berkaraoke. Hari Jumaat kami gerak balik pukul 10.30 pagi dan tiba di Putrajaya jam 5.30 petang. Memang tak singgah mana² sebab pemandu bas nak kejar masa.

Itulah kisah kursus Mas, seronok dan banyak pengalaman menarik!

Ahli kumpulan Mas, KING namanya. Kami menang Kumpulan Terbaik


Dari puncak resort, nanti nak ajak husband dan anak² bercuti kat sini

Sabtu, 11 Oktober 2014

Nasi Arab dan Daging Goreng

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama rasanya tak kongsi menu masakan kat sini. Hari ni Mas kongsikan cubaan memasak Nasi Arab.


Semalam kat pejabat ada orang jual rempah buat Nasi Arab ni. Sebagai pengemar nasi tu Mas pun belilah satu pek yang dijual dengan harga RM15. Dalam tu ada beras basmathi, bahan tumis dan rempah. Satu pek boleh makan dalam 5 ke 7 orang.

Dalam tu jugak ada disertakan resepi Nasi Arab Mandy Kambing dan Mandy Ayam, resepi Sos Harrah, resepi Salad Arab dan resepi Sos Yugort. Memang cukup lengkap untuk hidangan yang sempurna. Tapi Mas tak buatlah hidangan yang lengkap camni, Mas buat yang mudah je.

Mas masak nasi ikut resepi yang disediakan. Pastu memandangkan daging korban banyak lagi, Mas buat Daging Goreng je. Tapi daging Mas perap dulu dengan rempah nasi tu, sedap. Teringin jugak nak buat Sos Harrah tapi bahan takde, nanti boleh cuba buat.


Inilah hasilnya, sangat senang dan mudah. Pastu kena berani mencuba, kalau tak jadi jangan putus asa. Kalau menjadi memang satu bonus dan kepuasan!

Khamis, 9 Oktober 2014

Kursus Team Building [part 1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tau nama naik untuk pergi kursus ni memang rasa seronok. Pastu tempat kursus pun menarik, kat Gunung Jerai. Maka bertambah seronoklah nak pergi. Tapi ada jugak yang tak seronoknya, terpaksa tinggalkan suami dan anak².

Kursus ni 4 hari, dari 30/9/15 hingga 3/10/15. 30/9 gerak dari Putrajaya dengan bas jam 9.00 pagi, hujan masa tu. Mas pun hujan sekali masa nak tinggal Airis, lagilah sedih bila tengok dia nangis dalam kereta nak ikut mamanya.

Perjalanan lancar, berhenti lunch kat Gopeng dan sampai kat Gunung Jerai lebih kurang pukul 5.30 petang. Masa tu hujan lebat sangat menyambut ketibaan kami. Bas tak boleh naik sampai ke resort, jadi ada van yang bawak kami sampai ke atas. Perjalanan dari bawah ke atas lebih kurang 30 minit, jalan bengkang bengkok dan sempit. Lagilah masa tu hari hujan, risau jugak.

Sampai kat resort yang bernama The Regency Jerai Hill Resort memang sangat teruja. Macam ada kat luar negara, kabus tebal dan sejuk sangat. Hari pertama memang takde apa sangat, cuma sesi ice breaking je malam tu. Esoknya hari kedua baru mula aktiviti dan kelas, tapi kebanyakkannya aktiviti berkumpulan. Memang seronok, tak rasa bosan pun.

Makanan kat resort pun sedap dan bilik pun selesa, ditambah lagi dengan permandangan di sekeliling resort yang sangat cantik. Ini Mas kongsikan gambar sekitar resort dan nanti Mas sambung part 2 pulak. Kawan² yang nak pergi 1st honeymoon atau 2nd honeymoon bolehlah cuba datang sini. Nyaman, segar, aman dan damai!






permandangan sekitar resort yang sangat cantik, segar dan mendamaikan







gambar waktu pagi, memang sangat cantik

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com