Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Julai 2012

Setel jugak baju raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Niat di hati tahun ni nak beli je baju melayu husband dan Arfan, camtu jugak baju kurung Atikah. Maklumlah mama kan membuyung, jadi tak perlulah baju kurung. Jadi minggu lepas pergi survey kat Jusco Taman Equine, ada jualan baju melayu dan baju kurung. Tapi cari punya cari semuanya husband tak berkenan, dia memang cerewet sikit bab memilih baju melayu yang dah siap. Ini tak kena, itu tak kena. Naik pening kepala Mas menengoknya, akhirnya tak beli pun!

Bila tak dapat beli, Mas bagi cadangan suruh tempah je. Jadi cuba tanya pada tailor yang biasa kami tempah baju, nasib baik dia masih terima lagi tempahan. Apa lagi terus kami pergi ke Nilai beli kain buat baju melayu dan baju kurung. Malam tu jugak hantar tempahan dan akan siap pada 16/8 nanti.

Alhamdulillah, selesai jugak urusan baju raya mereka. Untuk Mas hanya beli dress online, sesuailah untuk ibu mengandung kan? Dah sampai pun dress tu hari ni, tak sabar nak cuba.

Gambar raya tahun lepas, tema baju warna merah. Tahun ni, tunggu 1 Syawal!


Khamis, 26 Julai 2012

Rezeki Allah!

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, syukur sangat! Di bulan Ramadhan yang mulia ni rezeki tu berlipat kali ganda. 

Semalam dah dapat gaji, pastu 9 Ogos ni dapat bonus raya pulak. Pastu 13 Ogos gaji bulan 8 pulak, bolehlah buat belanja beli keperluan raya dan barang baby sikit. Selebihnya kena simpan dan berjimat cermat sebab nak tunggu gaji bulan 9 sudah tentu lambat.

Hari ni nak pergi survey baju raya anak² kat Jusco, katanya ada sale!

Rabu, 25 Julai 2012

Wordless Wednesday [62]

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni dah gaji, syoknya. Baru boleh shopping keperluan untuk raya, hehehee!


Isnin, 23 Julai 2012

Tahun pertama Arfan berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, dah 3 Ramadhan. Setakat ni Mas berjaya berpuasa dengan baby kat dalam perut ni. Walaupun sahur tak makan nasi tapi berkat makan oat, kurma dan susu, alhamdulillah Mas dapat bertahan. Lagi pun baby tak banyak meragam, mama dia berpuasa dia rilek je dalam perut. Tapi bila dah dekat waktu berbuka baru aktif dia menendang. Mungkin tak sabar nak makan kot, hehehee!


Nak ceritalah sikit pasal tahun pertama Arfan berpuasa, mulai Ramadhan tahun ni baru Mas ajar dia berpuasa. Lagi pun seawal umur 6 tahun kita perlu ajar anak² berpuasa, nanti bila dah besar takdelah mereka liat nak berpuasa.

Alhamdulillah, 2 hari berpuasa Arfan dapat berpuasa dengan jayanya. Ada jugak. sekali dua kali dia cakap lapar dan dahaga tapi Mas suruh dia sabar. Leka kan dia dengan main games dan tengok kartun kat TV barulah dia tak fikir sangat pasal lapar tu. Tapi yang tak tahannya bila masuk pukul 6.30 hingga ke 7.30, setiap 15 minit mesti minta nak minum air. Huhuhuu, puas jugaklah nak sabarkan dia.

Hari ni hari pertama dia berpuasa di sekolah, macam² Mas pesan kat dia. Bukan apa takut dia terlupa yang dia berpuasa, maklumlah budak². Harap dia berjaya tamatkan puasa dia hari ni, Insya Allah!

Jumaat, 20 Julai 2012

Murah rezeki!

Assalamualaikum...(^ ^)

Esok kita dah berpuasa! 

Terima kasih Ya Allah kerana panjangkan usia Mas untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga ibadah puasa kita diberkati olehNya, Insya Allah!


Macam biasa di pejabat Mas bila dah nak puasa ramai yang akan buat jamuan makan² untuk menyambut bulan Ramadhan, paling banyak sekali jamuan hari ni. Maklumlah hari terakhir makan di waktu siang, esok dah kena berpuasa.

Jadi pagi dan tengahari ni rezeki Mas dan baby sangat murah. Sarapan dapat makan percuma, tengahari pun sama. Alhamdulillah, Mas memang sangat bersyukur dan terima kasih pada kawan² pejabat yang menyediakan jamuan tersebut. Moga murah rezeki kalian dan diberkati puasa kalian!

Pagi tadi makan Nasi Dagang, tengahari ada Mee Kari dan Laksa pulak. Aduh, terbabaslah sekejap diet control Mas. Tapi takpe, hari ni je. Esok dah puasa kan?

Selamat bersahur dan berpuasa!

Khamis, 19 Julai 2012

Persediaan berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Petang ni tengok anak bulan dan malam pengumuman puasa, mungkin esok atau lusa kita akan mula berpuasa. Seronoknya, tak sabar sangat!

Tahun ni pengalaman pertama Mas berpuasa ketika usia kandungan dah mencecah 5 bulan. Bagaimanalah rasanya, cepat lapar ke, larat ke? Masa mengandungkan Atikah dulu ketika bulan puasa jugak. Tapi masa tu usia kandungan baru 6 minggu, jadi rasa lapar dan asyik nak makan kurang lagi. Tapi sekarang bila kandungan dah besar, rasa lapar tu cepat terasa.

Jadi Mas kena betul² bersedia, tak boleh tak sahur. Hari² kena bangun dan makan makanan yang boleh mengenyangkan perut seperti minum susu ke, makan oat ke dan kurma. Semua makanan ni melambatkan rasa lapar. Mas memang tak boleh makan nasi waktu sahur, lagilah cepat lapar.

Kepada kawan² blogger yang mengandung harap dah bersedia untuk berpuasa. Moga Mas dapat puasa penuh tahun ni, Insya Allah.

Selamat berpuasa semua!


Rabu, 18 Julai 2012

Wordless Wednesday [61]

Assalamualaikum...(^ ^)

Tekak ni tak habis² lagi mengidam, tapi bukanlah mengidam yang bukan². Cuma mengidam kuih-muih dan masakan tradisional je.

Inilah antara yang dingidamkan, hehehee! Harap dapatlah makan sebelum bersalin nanti.

Bubur Biji Nangka

Lepat Pisang

Kuih Talam

Pajeri Nenas

Selasa, 17 Julai 2012

Sayang adik!

Assalamualaikum...(^ ^)


Nak kongsi gambar kakak dan abang tengah sibuk dengar apa yang adik dia buat dalam perut mama. Dua² kusyuk mendengar sambil mulut sibuk bertanya.

Adik buat apa?
Dah tidur ke?
Adik tengah tengok TV dengan mama ke?

Pastu bila tak dengar dan rasa bunyi apa² terus tanya Mas, kenapa? Memang mereka nak sangat rasa pergerakan adik kat dalam perut ni, hehehee!

Sabar kakak dan abang, tak lama lagi bolehlah rasa.

Isnin, 16 Julai 2012

Kerang Bakar punya pasal!

Assalamualaikum...(^ ^)

3 hari tak update, hari tu janji nak update tiap² hari. Tapi nak buat camne, kesihatan tidak mengizinkan. 3 hari Mas terlantar sakit tak bermaya, dok lepak kat rumah sambil jadi teman setia tandas. 

Teman setia tandas, apa ke hal pulak ni?

Camni, Mas kena cirit birit yang sangat teruk selama 3 hari. Boleh dikatakan hampir setiap masa dok ulang alik ke tandas, camne tak jadi teman setia kan? Makan tak lalu dan nak buat apa² pun tak larat, memang seksa sangat. Baby dalam perut pun macam tak selesa, kurang menendang. Biasanya 1 hari 2-3 kali jugak menendangnya tapi bila mama tak sihat dia pun kurang aktif jugak, kesian baby.

Sebenarnya Mas kena cirit birit ni atas kesalahan dan kecuaian diri sendiri jugak. Hari Rabu lepas Mas mengidam nak makan kerang bakar, terus ajak husband pergi makan kat pantai Bagan Lalang. Oleh kerana rasa ngidam tu mengatasi segalanya terus lupa yang Mas memang tak boleh makan kerang. Kalau makan mesti akan kena cirit birit yang teruk. Masa awal mengandung hari tu dah kena jugak sebab makan kerang.

Pastu makan pulak bukannya sikit. Sedap punya pasal, memang banyaklah makan sampai tak ingat dah kesakitan dan akibat yang bakal melanda. Bila dah kena, Ya Allah rasa tak tertanggung dah sakit tu. Husband pun rasa menyesal sangat sebab turutkan kemahuan Mas. Dah siap bagi amaran, lepas ni memang dia tak akan bagi Mas makan kerang. Mana taknya dia pun risau tengok keadaan bininya.

Tapi alhamdullilah, hari ni Mas dah beransur sihat. Dah boleh pergi kerja macam biasa, cuma badan rasa lemah sikit. Mas rasa bersyukur sangat sebab baby pun sihat dan takde apa², hari ni pun dah aktif dia menendang. Apa pun yang terjadi tu Mas akan jadikan pengajaran, lepas ni tak nak ikut sangat nafsu mengidam tu.


Khamis, 12 Julai 2012

Macam² gelagat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memiliki seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki ni memang susah sikit bila nak dapat adik. Si kakak memang dari awal nak adik perempuan sebab dah ada adik lelaki. Si adik pulak sudah tentulah nak adik lelaki sebab nak kawan main bola sepak. 

Mana taknya, hari² pelbagai gelagat mereka bila dok bercerita pasal jantina adiknya. Kadang² sampai bertengkarlah, masing² tak nak mengalah. Adoi, mamanya yang pening kepala!

Kakak mesti akan cakap dekat Arfan..
"Kalau dapat adik lelaki mesti Arfan kena basuh berak kencing dia tiap² hari!" 

Pastu Arfan pulak cakap..
"Kalau adik perempuan kakak yang kena basuh berak kencing dia, Arfan tak nak tolong!"

Macam² kan, kadang² bila dah geram sangat Mas marah jugak. Mas cakap pada mereka tak baik cakap camtu. Tak kira apa pun jantina adik, dia tetap adik kakak dan abang. Kena terima seadanya, sebab yang tentukan jantina bukan kita tapi Allah. Nasib mereka memahami. Tapi biasalah anak², teruja nak dapat adik tu tak dapat dibendung. Jadi kita kenalah pandai cakap dengan mereka.

Harap² bila dah scan jantina nanti, mereka akan gembira walau apa pun jantina adiknya. Jangan ada yang merajuk dan bermasam muka sudahlah, hehehee!

boy or girl?

Rabu, 11 Julai 2012

Wordless Wednesday [60]

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tengok gambar semalam, ramai cakap tak nampak perut Mas. Tak macam orang mengandung!

Ni nak tayang sikit baby bump Mas, comel tak?


Selasa, 10 Julai 2012

Mood berblog dah ada!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, lamanya blog berkubur tanpa update. Dah hampir dua bulan kan? Entah ada lagi ke pembaca blog ni, huhuhuu! Ini semua gara² kemalasan yang melanda tahap gunung tingginya, tengok blog rajin tapi nak menaip sesuatu tu memang takde mood langsung. Ramai kawan² yang bertanya bilalah nak update blog. Jawapannya senang, malas!

Tapi tiba² hari ni rasa rindu pulak nak menaip. Cuma rasa kekok sikit nak karang ayat, maklumlah dah lama otak ni beku. Bila mood berblog pun dah ada sikit², jadi Mas akan cuba update setiap hari macam mula berblog dulu.

Mas alhamdullilah sihat, alahan pun dah takde. Usia kandungan pun dah nak masuk 5 bulan. Si kecil dalam perut pun dah aktif menendang, terutamanya selepas Mas makan. Mungkin dia rasa seronok sebab dapat makan, tapi yang ajaibnya badan makin lama makin mengecil bukan makin membesar. Nak buat camne kan, Mas sekarang kena kawal diet. Maklumlah disahkan ada kencing manis hamil kali ni. Jadi makan memang kena kawal, 6kg hilang. Mas diet masa sebelum mengandung pun tak turun banyak camni, huhuhuu!

Setakat ni Mas belum lagi scan jantina anak. Kalau ikut husband dia tak bagi scan, nak suprise katanya. Macam Atikah dengan Arfan dulu memang Mas tak scan pun, semuanya ikut naluri. Tapi kali ni kena scan jugak sebab si kakak dan abang sibuk nak tau jantina adiknya. Jadi dah masuk 5 bulan nanti Mas akan pergi scan.

Ini gambar terbaru Mas sekarang, hehehee! Tak macam orang mengandung kan, maklumlah badan makin kecik. Ini gambar minggu lepas masa Mas pergi kursus kat Kuala Terengganu, dapat jugak jejak kaki kat Masjid Kristal.


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com