mrs secretary

Isnin, 23 Julai 2012

Tahun pertama Arfan berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, dah 3 Ramadhan. Setakat ni Mas berjaya berpuasa dengan baby kat dalam perut ni. Walaupun sahur tak makan nasi tapi berkat makan oat, kurma dan susu, alhamdulillah Mas dapat bertahan. Lagi pun baby tak banyak meragam, mama dia berpuasa dia rilek je dalam perut. Tapi bila dah dekat waktu berbuka baru aktif dia menendang. Mungkin tak sabar nak makan kot, hehehee!


Nak ceritalah sikit pasal tahun pertama Arfan berpuasa, mulai Ramadhan tahun ni baru Mas ajar dia berpuasa. Lagi pun seawal umur 6 tahun kita perlu ajar anak² berpuasa, nanti bila dah besar takdelah mereka liat nak berpuasa.

Alhamdulillah, 2 hari berpuasa Arfan dapat berpuasa dengan jayanya. Ada jugak. sekali dua kali dia cakap lapar dan dahaga tapi Mas suruh dia sabar. Leka kan dia dengan main games dan tengok kartun kat TV barulah dia tak fikir sangat pasal lapar tu. Tapi yang tak tahannya bila masuk pukul 6.30 hingga ke 7.30, setiap 15 minit mesti minta nak minum air. Huhuhuu, puas jugaklah nak sabarkan dia.

Hari ni hari pertama dia berpuasa di sekolah, macam² Mas pesan kat dia. Bukan apa takut dia terlupa yang dia berpuasa, maklumlah budak². Harap dia berjaya tamatkan puasa dia hari ni, Insya Allah!

7 ulasan:

  1. saya pun suka buat oat, kurma dgn susu bila puasa.. blend semuanya..tahun ni tambah pulak dengan badam..hehehe..

    BalasPadam
  2. yang si kecik kat dlm tu mmg berjoget masa buka kan.rara pon sama.hehe

    BalasPadam
  3. heheh...
    anak dayah pun enam tahun ..dan dua hari semalam dapat puasa penuh..
    hari nih masa ambik dia kat sekolah tadi mmg dia kata letih dan lapar tapi dayah pujuk jugak.. kat taska nanti tidur ,petang ibu ambik kita gi bazar ramadhan..hehe..harap2 dia kuat semangat la..sebab dayah dok pesan jugak kat bbsit tu kalau dia lapar sangat kasik la dia makan..

    ada bby yek..?
    bape bulan dah..

    er..dayah baru follow nih..
    salam perkenalan..
    (nanti dayah baca entry lain yg dah lepas tu mesti tau dah baper bulan kan..? hihi)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...belajar berpuasa ni biarlah dr usia begini memang baik tu...tahniah pd Arfan sbb dah berjaya berpuasa...:)

    BalasPadam
  5. weeee
    seronoknye tgk ibu2 ajo anak puasa nii
    wee...akk mas, jaga kesihatan ye ;))

    BalasPadam
  6. selamat belajar berpuasa:)
    salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    BalasPadam
  7. lepas berbuka je dia start
    berjoget sampai jam 2,3 pagi nanti..
    susah nak tidur..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com