Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 25 September 2013

Cerita kursus di Pangkor

Assalamualaikum...(^ ^)

Maaflah kawan², lambat update cerita kursus di Pangkor tu. Maklumlah banyak betul kekangan masa!

Pada yang ada baca entri Mas minggu lepas, Mas ada beritahu mengenai berkursus di Pangkor. Mas pergi pada 18hb hingga 20hb. Mula² dapat tawaran kursus ni macam berat hati jugak nak pergi sebab Airis masih menyusu badan. Tapi dalam masa yang sama fikirkan jugak kursus yang belum cukup. Bila dah berbincang dengan suami dia bersetuju dan benarkan Mas pergi, dan Mas pun bagi syarat yang dia serta anak² kena ikut sekali.

18hb kami gerak dari rumah ke jeti Lumut jam 9 pagi dan sampai jam 1 tenghari. Tunggu bas peserta kursus yang lain sampai dan terus naik feri ke jeti Teluk Dalam. Baru Mas tau yang jeti nak ke Teluk Dalam berlainan dengan jeti nak ke Pangkor. Jadi sampai ke resort dalam jam 2.30 petang, check in bilik dan sebelah malam baru ada kelas.

Sebenarnya seronok pergi berkursus sambil family ikut sekali ni, cuma penat sikit sebab banyak benda nak kena uruskan sebelum masuk kelas. Sebelum pergi kelas Mas dah siap masak bubur untuk Airis dan siapkan susu untuk dia. Mas siap bawak rice cooker untuk masak bubur Airis di bilik. Camtulah bila ada anak kecil kan, semua kena angkut! 

Anak² dan husband pun seronok sebab dapat jalan², bukan senang nak dapat ikut mama kursus sambil jalan² kan? Ini Mas selitkan gambar² semasa di sana.









Rabu, 18 September 2013

Berkursus sambil makan angin

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang Mas dalam perjalanan ke jeti Lumut.

Mas akan berkursus di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor mulai hari ini hingga Jumaat. Kursus kali ni semua kena ikut sebab Airis masih menyusu badan, jadi dapat berkursus sambil makan angin.

Anak² pun terpaksalah tak hadir ke sekolah 3 hari. Nak buat camne kan, stok susu Airis pun takde kalau nak tinggal dia dengan abahnya. Jadi bawa jugaklah!

Lagi pun dapat anak² berjalan. Cuti sekolah yang lepas tak pergi mana, jadi memang seronok diaorang. Nanti Mas update cerita kat sana.

Jumaat, 13 September 2013

Antara kemampuan dan kepercayaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila Mas post gambar bayi 6 bulan yang kena dera semalam di Facebook, Instagram dan blog ramai yang memberi komen. Ada satu komen di Facebook mengatakan "Sebab itulah Islam menggalakkan isteri duduk rumah jaga anak".

Memang betul apa yang dia komen tapi dalam situasi itu kenalah tengok kemampuan sebuah keluarga. Sebagai contoh keluarga Mas sendiri, walaupun anak Mas baru 3 orang tetapi keadaan taraf hidup sekarang membuatkan Mas memilih untuk bekerja. Tujuan bekerja adalah untuk membantu meringankan beban suami. Kalau Mas tidak bekerja memang tidak cukup perbelanjaan keluarga, jadi dengan situasi ini Mas kena hantar anak di bawah jagaan pihak taska.

Bila di bawah jagaan taska, Mas kenalah beri kepercayaan kepada dia untuk jaga anak Mas dengan baik. Tapi di sebalik kepercayaan itu Mas kena sentiasa pantau dan pantau keadaan anak bila ambik dia dari taska selepas balik bekerja. Maksud Mas pantau ialah sentiasa periksa keseluruhan badan anak kita, ada tak kesan lebam atau keadaan dia membimbangkan. Jika ada cepat² tanya pada pihak taska, ini mengelakkan jika ada berlaku kes penderaan atau apa sekalipun. Jika sah anak kita kena dera cepatlah bertindak!

Jadi itulah pendapat Mas sebagai ibu yang bekerja. Tiap² hari berdoa selepas hantar anak di taska supaya mereka dilindungi dan selamat sehingga mamanya balik kerja. 


Khamis, 12 September 2013

Manusia makin kejam

Assalamualaikum...(^ ^)


Sedih, pilu, marah, geram dan macam² perasaan bercampur baur bila baca berita ni. Kenapalah manusia semakin kejam! Bayi sebesar ini dianggap seumpama anak patung sahaja, boleh dipukul dan dibaling sesuka hati. Apakah orang yang melakukan takde akal fikiran atau dihasut syaitan?

Padahal kalau ikut berita yang dikhabarkan si pengasuh ni ada anak sendiri, jadi mana pergi perasaan kasih sayang dia pada bayi tersebut. Patutnya dia jaga bayi tu seperti dia jaga anak sendiri kan? Tapi tak taulah pulak kalau anak dia sendiri pun dia pukul sesuka hati jugak, memang kejam sangat! 

Apa pun Mas harap si pelaku dapat balasan yang setimpal, kalau dia lepas balasan di dunia di akhirat nanti jangan harap nak terlepas. Mas berdoa semoga bayi ni selamat dan sihat seperti sediakala! 

Rabu, 11 September 2013

Wordless Wednesday [75]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kena duduk dalam ni!
Mama tak larat kejar dah, asyik jelajah sampai ke ceruk dapur.



Selasa, 10 September 2013

Terus rajin dan sabar

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas kena terus rajin dan sabar demi Airis! 

Sekarang ni Airis dah macam kurang berselera untuk makan, kalau dulu Mas masak 2 genggam beras untuk bubur nasi memang sentiasa licin. Dia akan makan pagi, tengahari dan malam. Seronok tengok dia makan, suap je nganga luas². Tapi sekarang jarang dah makanan dia habis, bila dah makan separuh dia akan buat loya² dan macam nak muntah. Jadi memang kena berhenti suaplah, kalau tak dia pasti muntah. Kat taska pun cikgu dia cakap camtu.

Jadi kekadang tu Mas hilang sabar, marah jugak kat dia sebab tak mau makan. Rasa macam penat je kita masak tapi baby tak mau makan. Ter emosi pulak mama ni kan, sian Airis kena marah. Takdelah, bukan marah beria pun marah² sayang je!

Tapi walau apa pun, Mas tetap kena rajin dan sabar. Baby memang camtu, kadang² dia akan hilang selera untuk makan. Mungkin dia dah bosan dengan rasa makanan yang sama atau dia nak berubah bulan dan semakin membesar.

Jadi sebab itulah kita sebagai ibu kena pelbagaikan resepi makanan untuk bayi kita, jangan masak yang sama setiap hari. Jadi sekarang, Mas gigih cari pelbagai resepi untuk Airis dan akan cuba sedaya upaya masak dan bagi dia makan. Harap selera dia akan baik semula dan makin bertambah.

Pastu kena sabar jugak, ini penting! Janganlah baby tak nak makan kita paksa jugak sampai dia menangis, kena secara perlahan² dan pujuk dia baik². Mesti dia nak makan punya, walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit. Nanti esok kita cuba lagi! 

Tapi alhamdulillah, Airis memang tak memilih bila makan dari umur 6 bulan sampai sekarang. Cuma buat masa ni dia kurang selera sikit sebab mungkin dia nak membesar.


Isnin, 9 September 2013

Bijak! Bijak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kononnya mama letak kerusi nak halang dia dari pergi ke ruang makan. Mula² dia berdiri kat kerusi tu sambil ketuk² dan mulut bising, tanda proteslah tu sebab mamanya dah halang dia dari merangkak ke ruang makan. Tapi mama buat tak endah, tak larat nak kejar dia dari terus jelajah sampai ke dapur. Jadi mama pun sibuklah buat kerja lain.

Tiba² tengah buat kerja kat dapur, mama pusing belakang tengok dia dah ada. Sambil tersengih² dan mulut bising, puas hatilah tu dapat datang kat mama di dapur. Mama pun pelik jugak mula²nya, camne dia boleh lepas dari kerusi tu. Jadi mama hantar dia semula dan tengok camne dia boleh lepaskan diri. Rupanya camni caranya, tak terfikir langsung mama. Hahahaa!

Bijak kan Nur Airis Arissa ni.


Sabtu, 7 September 2013

Penutup Syawal

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam hari terakhir dalam bulan Syawal. Habis dah Syawal kan, rindu rasanya saat² itu. Moga jumpa lagi tahun 2014 nanti. Jadi sempena penutup Syawal, Bahagian Sumber Manusia tempat Mas bertugas buat jamuan raya.

Serba sederhana tapi tetap meria. Pelbagai juadah yang ada seperti Nasi Hujan Panas, Sate, Lemang, Laksa dan Kuih Muih, semuanya memikat selera kan? Lepas ni takde dah juadah² camni jadi santapan, kena diet pulak sebab dah banyak sangat makan makanan berlemak dan berminyak. Pastu dengan air manis lagi, badan pun dah makin kembang.

Tapi takpelah, janji kena lebih jaga kesihatan lepas ni. Kurangkan yang manis dan berlemak tu! Dah melalut ke lain pulak Mas ni, jadi jom tengok sedikit gambar yang ada. Gambar makanan takdelah, tak sempat nak ambil sebab semua orang dah serbu makanan!





Selamat Hari Raya, jumpa Syawal 2014!

Khamis, 5 September 2013

Photoshoot anniversary

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa anniversary Mas pada 30 Ogos hari tu adalah rancang nak buat outdoor photoshoot. Bukan apa, dah lama sangat tak ambil gambar 1 keluarga kat luar. Memandangkan masa tu hari kerja, jadi Mas cadang nak buat lepas waktu kerja di Putrajaya.

Tapi keadaan tak mengizinkan sebab hujan lebat di Putrajaya, terpaksalah batalkan niat nak buat kat sana. Jadi kami pergi kat jalan menghala ke KLIA nun. Kat situ boleh tengok kapalterbang mendarat dan adalah tasik sikit kat situ, cantik jugalah. Jadilah untuk photoshoot syok² sendiri kan, hehehee!

Mas tak nak celoteh panjang, jom tengok gambar yang ada. Gambar ada sikit je sebab masa tu hari dah nak hujan, jadi kena cepat².




Suka gambar ni, family yang sempurna gitu

Tengok Airis tu, dia dah bosan

Dia dah nangis dah


Nangis dah!

Kakak dan abang


Rabu, 4 September 2013

Wordless Wednesday [74]

Assalamualaikum...(^ ^)

Koleksi gambar Nur Airis Arissa dari umur 1 hari sehinggalah sekarang, 24/11/13 nanti dah setahun, besar dah si comel mama ni.



Selasa, 3 September 2013

Hanya kita yang mampu

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas menulis bukanlah nak kata Mas terlalu pakar dalam bab penjagaan anak², tapi menulis berdasarkan pengalaman Mas yang mempunyai anak 3 orang ni. 


Bagi Mas dalam membesarkan anak² dari dia berumur 1 hari sehinggalah dia dewasa, kita kena yakin dan percaya pada diri sendiri yang kita mampu. Janganlah suka dengar cakap orang. Orang memang suka bercakap, itu tak boleh ini tak boleh. Tapi adakah yang tukang cakap tu tau susah payah kita membesarkan anak² untuk jadi yang terbaik.

Bukan Mas tak boleh terima cakap orang, tapi Mas tak mau ikut bulat². Cakap orang tu Mas jadikan teladan dan panduan kalau ianya baik dan berguna, dan Mas jadikan sempadan dan buang jauh² kalau ianya sekadar cakap kosong je. Mas tau hanya Mas yang mampu lakukan yang terbaik untuk anak² Mas. Kita sebagai ibu bapa yang sentiasa ada 24 jam dengan anak² kan?

Apa yang kita buat tu baik atau tidak bukan orang tahu. Mereka nampak dan mereka dengar jadi dengan senang mereka cakap apa saja, contohnya..

Eh, tak baguslah masak makanan camtu untuk anak²!
Eh, tak eloklah beli baju camtu untuk anak²!

Jadi pada kawan², jangan ambil pusing sangat kalau orang nak cakap apa² pasal anak kita. Fikir positif yang kita boleh lakukan yang terbaik. Kata orang tu kalau bermanfaat jadikan panduan tapi kalau hanya omongan kosong jangan ambil pusing pun.

Sentiasa ingat kita ibu terbaik untuk anak² kita, hanya kita yang mampu

Isnin, 2 September 2013

Fully breastfeeding

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, di usia Airis yang dah nak masuk 10 bulan Mas masih fully breastfeeding dia. Syukur sangat pada Allah SWT sebab Mas diberi peluang ini. Sangat seronok bila anak dapat minum air susu kita dari mula dia lahir sehinggalah sekarang. Moga susu itu terus banyak dan rezeki Airis terus ada sehingga dia berumur sekurang²nya 2 tahun.

Mas memang takde simpan stok dah macam masa dalam pantang dulu, sejak bulan puasa hari tu stok memang dah habis. Biasanya kalau bekalkan ke taska ada tinggal stok dalam 2-3 botol, tapi masa puasa tu susu agak merundum sikit jadi stok pun habis. Sekarang pam hari ni untuk stok bekalan ke taska pada esok hari. 

Jadi memang kena konsisten pam setiap hari, kalau tidak memang takde stok untuk bekalan ke taska nanti. Biasanya di pejabat Mas akan pam 2 kali, pagi sekali dan tengahari sekali. Balik dari kerja nanti pam lagi. Jadi sehari sekurangnya kena dapatkan 5 botol 4oz untuk stok esok hari. Biasanya Mas bekal ke taska 4 botol, jadi ada lebih 1 botol kalau tak cukup susu.


Tapi nasib Airis ni tak kuat sangat menyusu sebab dia dah makan. Sehari kalau bekalkan 16oz susu, biasanya akan lebih 4oz. Cuma kadang² tu habis jugak. Harapan mama semoga dapat susukan Airis selagi mama mampu, moga dipermudahkan!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com