terkini dan sensasi

Rabu, 25 September 2013

Cerita kursus di Pangkor

Assalamualaikum...(^ ^)

Maaflah kawan², lambat update cerita kursus di Pangkor tu. Maklumlah banyak betul kekangan masa!

Pada yang ada baca entri Mas minggu lepas, Mas ada beritahu mengenai berkursus di Pangkor. Mas pergi pada 18hb hingga 20hb. Mula² dapat tawaran kursus ni macam berat hati jugak nak pergi sebab Airis masih menyusu badan. Tapi dalam masa yang sama fikirkan jugak kursus yang belum cukup. Bila dah berbincang dengan suami dia bersetuju dan benarkan Mas pergi, dan Mas pun bagi syarat yang dia serta anak² kena ikut sekali.

18hb kami gerak dari rumah ke jeti Lumut jam 9 pagi dan sampai jam 1 tenghari. Tunggu bas peserta kursus yang lain sampai dan terus naik feri ke jeti Teluk Dalam. Baru Mas tau yang jeti nak ke Teluk Dalam berlainan dengan jeti nak ke Pangkor. Jadi sampai ke resort dalam jam 2.30 petang, check in bilik dan sebelah malam baru ada kelas.

Sebenarnya seronok pergi berkursus sambil family ikut sekali ni, cuma penat sikit sebab banyak benda nak kena uruskan sebelum masuk kelas. Sebelum pergi kelas Mas dah siap masak bubur untuk Airis dan siapkan susu untuk dia. Mas siap bawak rice cooker untuk masak bubur Airis di bilik. Camtulah bila ada anak kecil kan, semua kena angkut! 

Anak² dan husband pun seronok sebab dapat jalan², bukan senang nak dapat ikut mama kursus sambil jalan² kan? Ini Mas selitkan gambar² semasa di sana.









10 ulasan:

  1. wah..sangat enjoy kan kan..takde la stress berkursus tu bile family ada sama :)

    BalasPadam
  2. Kita pun kursus tak cukup lagi nak buat camana kan, redha jelah so tunggu jelah tahun depan nanti baru kasi cukup.

    BalasPadam
  3. akk masa akk g kursus sape jaga dorg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. husband akaklah rara.. dia ikut sekali.. heheheee

      Padam
  4. jauhnya berkursus..mujur suami pun ok nak ikut..

    BalasPadam
  5. Nak dapatkan pakaian bayi/kanak2 berjenama yang berkualiti dan menarik untuk si comel anda dengan harga berpatutan? Jom shopping di Zaira Kids Cloth..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...mmg seronok sambil berkursus boleh bercuti sekali...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com