terkini dan sensasi

Selasa, 30 Ogos 2016

14 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Happy 14th Anniversary Abang, love you!


Terima kasih melengkapi hidup Mas selama 14 tahun. Terima kasih jugak jadi teman dan sahabat selama 6 tahun kita bercinta dulu! 

20 tahun yang kita lalui bersama hanya kita yang tahu susah senangnya. Tapi kita tempuhi jugak demi jodoh yang kuat ini. Moga ia terus kuat dan kekal hingga hujung nyawa. 

"You are my desire, I am your love.. 
Be mine forever, Do not leave me ever.."



Maut dan buli di sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau Mas jadi ibu bapa anak² ini pasti luluh rasa hati bila tengok keadaan mereka macam ni. Pagi² kita hantar pergi sekolah anak² sihat je, salam dan peluk cium mereka. Sekali tiba² dapat berita anak dah takde atau anak cedera parah, Allah pasti susah nak terima kenyataan kan?


Nak salahkan siapa

Adakah kurang pemerhatian guru² terhadap murid atau salah didikan ibu bapa. Bagi Mas dua² kena main peranan bagi menangani masalah sebegini di sekolah. Jangan harapkan sebelah pihak sahaja! 

Sebagai ibu bapa kita harus sentiasa pesan pada anak² jika berlaku buli dari rakan² sekolah jangan ambil tindakan sendiri, maklumkan pada cikgu. Pastu kalau anak kita yang buat salah di sekolah biarkan cikgu jatuhkan hukuman setimpal, jangan kita masuk campur pulak. 

Sebagai cikgu pulak seharusnya sentiasa pantau tingkah laku pelajar baik di dalam atau di luar sekolah. Jika anak² murid ada laporkan mereka dibuli atau dipukul, cikgu kena terus ambil tindakan. Jangan dibiarkan kerana dikhuatiri terjadi kes sebegini! 

Diharap kes ini dijadikan ikhtibar dan tidak berlaku lagi. Moga anak² kita sentiasa dilindungi.

Isnin, 29 Ogos 2016

Menjelang 14th Anniversary

Assalamualaikum...(^ ^)

Tenggelam timbul update blog sekarang. Bukan takde idea tapi kadang penyakit malas tu yang banyak. Sehari satu entri pun payah, haishhh! 

Memandangkan esok anniversary Mas jadi hari ni nak buat entri campak belakang sikit. Kenangan 20 tahun dah kami kenal. 20 tahun tu bukan kahwin tapi 4 tahun bercinta, 2 tahun bertunang dan 14 tahun sah sebagai suami isteri. Wahhhh panjang dah perjalanan cinta kami, 2 dekad dah!

Jom campak belakang.. 

1. Zaman bercinta kami penuh dengan surat cinta. Bukannya takde handphone masa tu tapi Mas masih belajar dan dia pulak dalam rekrut bomba, jadi kena berjimat sikit. Jadi untuk eratkan perhubungan kami main tulis surat cintalah. Tapi sekarang bila baca semula surat² tu tergelak sakan kami. Tak sangka dua² pandai tulis surat jiwang karat, ayat bunga² kooooo! 



2. Tahun 2000 kami bertunang atas permintaan keluarga sebab dah lama bercinta. Masa tu umur Mas baru 21 tahun dan masih belajar dalam semester 6 di UiTM. Jadi kenalah bertunang 2 tahun untuk tunggu Mas habis belajar! 



3. Setelah 2 tahun tempuh suka duka, onak duri semasa bertunang akhirnya pada 30 Ogos 2002 sah kami sebagai suami isteri. Tarikh 30 Ogos menjadi pilihan kerana pada tarikh tu tahun 1997 kami sah jadi pakwe makwe. Masa tu umur Mas baru 18 tahun, kemain lagi dah pandai bercinta. Hehehee!



4. Sweet kan? Sah dah jadi isteri dia, gembira sangat masa ni sebab Allah panjangkan jodoh kami. Nak beritahu satu rahsia ni. Nasiblah masa tu Mas mengaku dulu sukakan dia, kalau tak mesti Mas tak kahwin dengan dia. Biarlah buat muka tak malu masa tu janji tak melepas, hahahaa!



5. Alhamdulillah esok ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 tahun. Syukur sangat jodoh kami masih dilindungi Allah SWT. Masalah dalam alam rumahtangga tu biasalah memang ada tapi kami cuba hadapi dengan baik agar takde hati yang terluka.


Itulah perjalanan cinta kami. Tak sabar tunggu esok, bukannya buat majlis istimewa pun tapi nak luangkan masa bersama berborak² mengenang kembali kisah cinta kami. Lepas balik kerja bolehlah bawak anak² pergi makan, raikan mama babah. Hehehee!

Khamis, 25 Ogos 2016

Ganjaran lumayan

Assalamualaikum...(^ ^)

Temasya sukan Olimpik telah melabuhkan tirainya pada 22 Ogos yang lalu dengan menyaksikan USA menjuarai dengan 46 pingat emas. Kontigen Malaysia pula beraksi cemerlang tahun ini dengan dengan 5 pingat. Satu pencapaian terbaik sejak tempoh 60 tahun!

Semalam wira² negara yang berjuang di Rio pun dah selamat pulang ke tanahair. Meriah sambutannya di KLIA! Tak lupa jugak ganjaran lumayan yang bakal diterima bagi 8 orang wira yang menyumbangkan pingat buat negara. 



Bila tengok jumlah ganjaran yang diterima bagi Mas ia setimpal dengan usaha terbaik mereka. Bukan senang nak menang pingat di sukan dunia ni, perlu semangat kental dan tidak mudah menyerah kalah. Kena berjuang habis-habisan! Bila mereka diberi ganjaran sebegini barulah rasa penat lelah dan usaha mereka dihargai.

Tahniah wira² Malaysia! Moga anda semua terus cemerlang di Olimpik Tokyo 2020 nanti. Harapan emas berkilau di negara kita pasti tercapai. 

Rabu, 24 Ogos 2016

Misi 60kg

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah badan dah makin sihat dan kuat selepas keguguran hari tu. Jadi misi 60kg yang tak capai² sejak tahun lepas disambung semula. Harap hujung tahun nanti berjaya naik penimbang dan angka 60kg ditunjukkan!

Semasa dapat tahu mengandung hari tu berat Mas 68kg. Memang dah naik sebab tak jaga diet langsung. Pastu bila alahan mengandung teruk terus turun sampai 65kg dan hingga cecah 63kg. Masa tu tak gembira pun sebab dok seksa tanggung alahan yang teruk!


Sekarang dah naik balik ke 68kg sebab masa pantang gugur tu hari² makan nasi. Fuhhhh nyampah bila tengok angka kat penimbang tu, bila ntah nak cecah 60kg. Tapi masa tu tengah berpantang kan, jadi redha jelah. Cuba kawal jugak supaya tak cecah 70kg! 

Sekarang dah mula semula jaga pemakanan, minum air detox dan minum teh hijau. Senaman belum mula lagi sebab masih belum cukup 44 hari pantang. Tak nak taksub sangat sebab masih baru lagi kan, badan pun baru nak kuat. Yang penting makan kena menu yang sihat dan minum air masak banyak, pasti boleh kurang kg tu walaupun tak workout.

Jadi hari² kena sediakan menu diet sendiri kat rumah. Mujurlah Mas senang bab makan ni, pagi hanya 2 keping roti gandum dengan scramble egg dan tengahari buah epal hijau sebiji dan oren sebiji. Itu dah cukup kenyang! Malam Mas jarang rasa lapar sebab perut dah biasa tak makan malam, tapi kalau terasa lapar Mas makan cereal je.


Moga misi 60kg tercapai! Harap kuat semangat ye Mas, buat macam mana awak capai dari berat 84kg hingga turun ke 65kg dulu. 

Selasa, 23 Ogos 2016

Lumrah tugas seorang PA

Assalamualaikum...(^ ^)

Tukar boss lagi.


Itulah lumrah tugas seorang PA, sentiasa bertukar bos. Tak kan nak kekal dengan seorang bos sampai pencen pulak, hehehee!

Sejak dilantik sebagai PA tahun 2003 Mas dah bekerja dengan 6 orang bos, 5 bos lelaki dan seorang bos wanita. Semua bos bagus cuma ada masa kekadang tu sedikit cerewet dan kuat marah. Biasalah bos kan, sikap cerewet tu sentiasa ada! Dia bos dan kita PA, jadi nak tak nak kita kena ikut cakap dia. Tapi tak semua Mas ikut, kalau rasa tak betul tu Mas bersuara jugak.

Nak memenangi hati boss dan dianggap PA terbaik bukan senang. Kadang 1000 kebaikan yang kita buat dia tak nampak tapi satu kesalahan dia akan ingat sampai bila². Mas tak cakap semua boss camtu tapi ada segelintir! 

Sebab tu sebagai PA, Mas akan cuba jadi yang terbaik. Jaga dan penuhi keperluan bos agar tugas seharian dia berjalan lancar. Walaupun kadang bos tak puashati tapi Mas cuba tak ambil hati. Perbaiki lagi tugas tu agar dia berpuashati. Bila dia senyum tu kita tau dia suka dengan kerja kita sebab kadang bos ni susah nak bagi pujian, tapi bila bab marah kemain lagi!


Dah 13 tahun jadi PA memang banyak pahit manisnya. Yang manis tiada apa boleh dikatakan selain dihargai oleh bos dan diberi pujian atas tugas yang kita buat. Itu dah memadai bagi seorang PA. Pahit pulak bila bos sesuka hati tak suka kita dan nak PA lain, sedih koooo! Masa tu rasa sangat yang khidmat kita tak dihargai, tapi nak buat camne itulah lumrah tugas seorang PA.

Moga khidmat Mas sebagai PA yang berbaki lagi 23 tahun sebelum pencen akan terus cemerlang dan dihargai oleh bos.

Isnin, 22 Ogos 2016

Terapi pokok hijau

Assalamualaikum...(^ ^)

Diakui yang Mas memang tak reti sangat jaga pokok hidup. Pernah jaga pokok untuk bos, 2 minggu je bertahan pastu mati. Kat rumah pun pernah berpasu² arwah mak bagi pokok bunga tapi lepas beberapa minggu jadi arwah pokok tu. 


Baru ni tergerak hati nak letak pokok hijau kat pejabat. Bukan apa seronok tengok pokok hijau ni hidup segar, boleh jadi terapi. Kalau stress buat kerja atau kena marah dengan bos tenung dan renung pokok tu, mesti rasa sejuk je hati. Betul atau tidak Mas tak tahu tapi Mas dah cuba memang berhasil. 

Inilah pokok kesayangan Mas yang baru seminggu jadi teman di pejabat. Letak dalam bekas kecik je, baru nampak comel. Tak mahu jaga yang besar² nanti tak terjaga pulak kan? Mas pilih pokok ni sebab dia boleh hidup letak dalam air atau tanah. Mas pilih guna air sebab senang sikit nak jaga!

Pagi² masuk pejabat mesti belai² dan cakap dengan dia dulu. Apa ke pelik cakap dengan pokok? Ehhh tak salah sebab arwah mak pernah cakap kalau kita bercakap dengan pokok yang kita tanam, Insya Allah dia akan hidup segar dan subur. Bukan nak percaya 100% tapi pokok pun makhluk Allah jugak kan? Dia hidup segar jika kita jaga dia dengan kasih sayang. 


Comel kan dia! Inilah teman terapi Mas di pejabat kalau bosan atau stress. 

Ahad, 21 Ogos 2016

Tahniah wira negara

Assalamualaikum...(^ ^)

Tiada apa lagi boleh dikatakan, memang sedih!

Tapi sedihnya kita, sedih lagi dia. Kecewanya kita, kecewa lagi dia!


Waktu dia minta maaf pada semua rakyat Malaysia memang saat yang paling sedih dan sebak. Tapi takpe Dato', anda dah berjuang habis-habisan tanpa kenal erti tewas. Anda dah harumkan nama negara dengan pingat yang anda menangi. Itu dah cukup bermakna bagi kami rakyat Malaysia!

Selepas ni nama Dato' Lee Chong Wei akan sentiasa di hati semua sebagai lagenda badminton yang tak pernah menyerah kalah. Sewaktu dia beraksi menentang Lin Dan adalah saat yang paling getir dan mendebarkan berbanding aksi final semalam. Boleh nampak kepuasan dan kegembiraan di muka dia bila dapat tewaskan Lin Dan. Itu rasanya lebih bermakna buat dia!

Tahniah wira negara, Dato' Lee Chong Wei.


Sabtu, 20 Ogos 2016

Pingat Perak untuk Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Rezeki emas untuk Malaysia belum kesampaian, walaupun itulah harapan kita. Tapi hadiah pingat perak itu tetap jadi kebanggaan kerana wira² negara telah berjuang habis-habisan. 


Bukan senang mereka nak sampai hingga ke tahap itu, bertahun² berlatih tu. Lagi pun mereka bukanlah diletakkan untuk meraih pingat tapi berkat usaha mereka telah buktikan. Syabas! 

Sekarang harapan emas terletak pada Dato' Lee Chong Wei pulak. Perjuangan beliau menentang seterunya Lin Dan memang patut dibanggakan. Sangat sengit perlawanan semalam, hampir luruh jantung dibuatnya. Masa mata akhir tu rasa nak demam, seram sejuk badan. Hahahaa!

Jadi malam ni mari kita sama² beri sokongan padu pada Dato' LCW. Pasti rezeki emas memihak kepada beliau, Mas yakin! 

Malam ni Mas nak tonton perlawanan emas ni di Dataran Putrajaya, baru meriah sikit. Lagi pun seronok tengok ramai² tu. Sapa nak ikut, jom!

Khamis, 18 Ogos 2016

Pingat kebanggaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Emas, perak dan gangsa! Semua atlet idamkan 3 pingat ni setiap kali sertai sukan bertaraf dunia, lagi² sukan Olimpik. Walaupun hanya raih pingat gangsa tapi emosi mereka seperti dapat sesuatu yang tak ternilai. Bangga woooo!


Kalau kita tengok setiap atlet yang menang pingat, tak kisahlah pingat apa semuanya gembira sangat. Jadi janganlah senang² kita nak cakap, alah menang gangsa je, itupun nak nangis! Halooooo sukan Olimpik bertaraf dunia tu, bukannya sukaneka kat sekolah je. Ingat senang ke mereka nak capai sejauh tu, makan masa bertahun² untuk latihan.

Lagi pun mereka sertai sukan ni bawak nama negara, sepatutnya kita bangga bila mereka harumkan nama negara. Tengok penyokong² negara lain, walaupun atlet mereka menang pingat gangsa, kegembiraan dan sorakan tu seolah² menang emas. Bagi mereka itu hadiah untuk negara! Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya macam tu, tetap sokong tak kira emas, perak atau gangsa.

Tahniah pada semua atlet negara yang sumbangkan pingat, korang kebanggaan negara! 



Jumaat, 12 Ogos 2016

Cerita bergambar [12]

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat semua! Hari ni hari terakhir cuti sakit, minggu depan akan kembali bertugas setelah MC selama 3 minggu. Kesihatan dah beransur pulih, badan pun dah rasa kuat, perut pun tak sakit, cuma masih berpantang 44 hari. Apa pun tetap kena jaga makan dan jaga kesihatan, tak boleh terlalu lasak dan buat kerja berat.

Hari ni Mas cuma nak kongsi entri santai² je, entri cerita bergambar. Banyak pulak gambar dalam Note yang belum diceritakan. 

1. Inilah menu yang Mas makan setiap hari sepanjang berpantang. Nasi panas dengan lada hitam + ikan tenggiri, ikan bilis dan ulam pegaga. Mas memang tak susah bab makan lauk pantang ni, lauk camni lagi berselera makan. Kadang tu bukan dalam pantang pun Mas lebih suka menu camni. 




2. Gambar kenangan sambutan Hari Raya bahagian Mas. Masa ni sehari sebelum Mas keguguran. Tak sempat nak tulis entri pasal majlis ni. Masa ni berselera sangat makan juadah Hari Raya dan seronok sangat jumpa bos lama Mas, berborak sambil gelak ketawa. Tak sangka esoknya berlaku kejadian sedih, tapi takpelah redha dengan takdir Allah.





3. Hangat hari tu pasal kad debit maybank boleh letak gambar sendiri. Apa je gambar yang kita suka. Boleh mohon secara online dan dikenakan bayaran RM26, pastu bila dah siap boleh ambil kad kat bank. Jadi sajalah gatal² tangan cuba buat, cantik jugak. Tapi tak mohon pun, tak minat sangat!



4. Sejak Airis tahu Mas hamil hari tu memang dia terlalu sukakan baby. Kalau jalan² kat pasaraya memang pantang nampak baby, mesti dia akan pergi kat baby tu. Diciumnya, diusiknya! Ini masa tengok baby adik Mas, memang dia je dok mengadap baby tu. Tak bagi orang lain pegang. Tapi takde rezeki dia nak dapat adik dan dia faham bila Mas cakap baby Allah dah ambil, sedih!


Khamis, 11 Ogos 2016

Fenomena Chia Seed

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang tahu pasal Chia Seed ni sebab pernah tengok rakan pejabat dok makan. Tanya jugak dia apa kelebihannya, dia kata baik untuk detox dan diet. Tapi masa tu takdelah teringin nak cuba makan sebab Mas memang minum air detox lemon je.

Baru² ni dok tengok ramai rakan blogger amalkan makan Chia Seed ni dan dijadikan minuman detox harian. Ishhhh tak boleh jadi ni, terus membuak² keinginan nak cuba. Lagi pun Mas nak sambung semula misi kurus 60kg tu, hehehee! Nasib rakan blogger Ben Ashaari ada lebih stok kat rumah, terus beli dengan dia. 


Semalam terus rendam 2 sudu teh dan buat air detox. Bila minum tak rasa apa² pun macam makan biji selasih je. Mas minum 2 liter air detox Chia Seed ni semalam, memang tak rasa nak makan nasi langsung. Rasa kenyang sangat! Pastu nak membuang pun senang, pagi² dah jadi teman tandas. Si Airis pun sibuk nak minum, sedap katanya. Dia panggil telur katak sebab dia biasa makan biji selasih.

Kelebihan dan kebaikan Chia Seed ni memang banyak, google je! Antaranya baik untuk usus dan penghadaman. Boleh jugak kekalkan diet yang sihat bagi yang tengah berusaha nak kuruskan badan. Boleh jugak kawal kandungan gula dalam darah dan kawal kandungan kolestrol. Baik untuk jantung, kencing manis dan darah tinggi. Wahhhh memang banyak kebaikan dia, jadi jangan teragak² untuk amalkan mula dari sekarang. Sehari hanya 2 sudu teh je, jadikan air detox dan minuman harian kita. 

Pastu banyak cara nak makan Chia Seed ni, bukan sahaja buat air detox. Boleh makan dengan oat atau minuman jus. Pastu kalau anak² nak makan campur sikit dengan yogurt dan buah-buahan, pasti mereka suka. Jadi jom amalkan Chia Seed, kita sihat sama²!

Rabu, 10 Ogos 2016

Beransur pulih

Assalamualaikum...(^ ^)

Maaf lama tak menulis. Kesihatan dan keadaan diri tak mengizinkan. Sekarang dah beransur pulih, dah dapat semangat dan fikiran dah tenang jadi bolehlah mula menulis kembali. 

Mana yang dah baca mesti tahu kisah Mas keguguran baby yang berusia 3 bulan lebih pada 20 Julai lepas. Seminggu doktor bagi cuti sakit dan pada 28/7 ada follow up untuk repeat scan. Tapi masa scan tu masih terdapat lebihan janin dan pintu rahim pun belum tertutup. Doktor pun tak sangka boleh jadi camtu sebab masa hari gugur tu dah habis keluar semuanya. 

Jadi terpaksa cuci rahim untuk elakkan jangkitan kuman dan terjadi sesuatu yang tak baik. Mas ikut nasihat doktor sebab melibatkan kesihatan diri dan keselamatan rahim Mas. Jadi 28/7 tu terus masuk wad di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya. Esoknya dah tempah bilik OT untuk buat DnC! 


Perasaan jangan cakaplah, memang takut dan gementar. Maklumlah pertama kali alami kejadian camni. Tapi mujurlah ada suami, anak², adik beradik dan kawan² yang bagi kata² semangat. Jadi sedikit sebanyak Mas boleh hadapinya dengan tenang.

29/7 tu jam 4 pagi dah mula puasa sebab bilik OT dah tempah seawal 8 pagi. Tapi lama jugak kena tunggu bilik OT kosong sebab hospital lebih utamakan kes² kecemasan. Tunggu punya tunggu pukul 6 petang baru masuk bilik OT dan proses cuci rahim dijalankan. Tak rasa sakit sebab Mas dibius separuh badan dan DnC pun tak lama, cuma 15 minit je! 

30/7 dah boleh balik rumah bila doktor dah sahkan keadaan Mas dah stabil. Dapat MC seminggu dan sekarang masih sambung MC sebab belum cukup sihat untuk pergi kerja. Perut pun masih sakit kalau berdiri lama atau berjalan jauh. Insya Allah akan beransur pulih dan minggu depan boleh mula bekerja.

Alhamdulillah semuanya selamat! Untuk hamil lagi Mas serahkan pada rezeki Allah. Buat masa ni kena rehat dulu 6 bulan.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com