Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 April 2017

Buka Puasa Buffet @ Seri Pacific Hotel KL

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh sebut sahaja buka puasa itu tandanya kita dah semakin hampir dengan Ramadhan. Memang semua orang tak sabar tunggu bulan yang mulia ni, selain ia penuh dengan keberkatan sudah tentu juadah² buka puasa yang memikat selera akan jadi pilihan.

Baru² ni Mas dapat peluang ke preview Buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific KL. Ramai rakan² blogger kata juadah buka puasa di sini sedap², jadi Mas tak nak lepaskan peluang ni. Lagipun katanya ada Serawa Durian yang sedap di sini, fuhhh memang tak sabarlah nak cuba. Dahlah memang mengidam durian, hehehee!


Buka Puasa Buffet "Halaman Haji Saad"
Tahun ini Buffet Ramadhan mereka bertemakan "Halaman Haji Saad" yang menyajikan juadah berkonsep selera tradisional. Tapi siapa pulak Haji Saad tu kan? Inilah dia Chef Haji Saad, Ketua Chef di Seri Pacific Hotel. Beliau bersama chef² yang lain akan menyediakan pelbagai hidangan selera tradisional yang berbeza setiap hari. Memang banyak wooo menunya, rugi kalau tak datang buka puasa di sini.


Ada beberapa juadah yang menjadi pilihan Mas pada hari tu, salah satu darinya ialah Nasi Beriani Rusa. Masa mula² Mas tengok nasi tu terus cakap, "Wahhh sedapnya, tak sabar nak makan!" Tapi masa tu Mas tak perasan pun ianya Nasi Beriani Rusa, ingatkan daging lembu je. Bila dah habis makan sepinggan baru tau itu daging rusa, hahahaa! Tapi serius Mas puji, memang sedap dan kena dengan selera Mas walaupun pertama kali Mas makan daging rusa. 


Lagi satu Kuey Teow Goreng. Walaupun kita boleh makan kuey teow di kedai² biasa tapi yang ni memang lain rasanya. Makan sepinggan memang nak tambah lagi sepinggan. Jangan lupa tambah cili jeruk dan cili kicap, pasti lagi umphhh!


Yang paling tak sabar nak makan sudah tentulah, Serawa Durian. Baunya pun dah boleh buat perut berkeroncong, nak² pulak peminat durian macam Mas ni. Jadi korang yang suka durian tu kena cuba buka puasa di sini dan jangan lupa makan Serawa Durian tau!

Antara juadah lain yang pastinya menyelerakan adalah seperti Kambing Golek, Bubur Lambuk, Serunding Daging Ayam, Briyani Gam, Nasi Kandar, Sup Gearbox, aneka dessert, aneka salad, aneka Kerabu, ulam² kampung dan buah-buahan. Air yang disediakan jugak pasti menghilangkan dahaga anda seperti Air Kurma, Sirap Limau, Bandung dan Sirap Selasih.






Harga Buffet Ramadhan Seri Pacific Hotel
Harga yang ditawarkan terdiri dari 3 pakej iaitu:

Pacific Ballroom
Bermula 27 Mei hingga 22 Jun 2017 dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak². Juadah yang disediakan adalah berkonsepkan gerai dengan menu² seperti Sup Ekor Mamak, Sup Ayam, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Pisang Muda, Udang Goreng Kunyit, Ikan Siakap Kukus Kuah Taucu, Ayam Lemak Rebung Santan Nipah Muda dan banyak lagi.

Zende Restoran
Bermula 29 Mei hingga 24 Jun 2017 dengan harga RM138 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak². Juadahnya pulak terdiri daripada Gulai Daging Campur Umbut Kelapa, Lemang, Satay Ayam dan Daging, Mee Rebus, Laksa Johor, Mee Udang, Roti Jala dan pelbagai lagi.

Rumah Terbuka : RM95 seorang


Haaaaa dah terliur baca juadah yang menyelerakan tu, jadi bolehlah buat tempahan dan pertanyaan di: 

No. Telefon: 03-40494351 / 4352

Rabu, 26 April 2017

Kemeriahan Photoshoot Raya KBBA9

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun dah beberapa hari berlalu tapi setiap kali tengok semula gambar² sekitar photoshoot ni pasti tersenyum sendirian. Memang photoshoot kali ni adalah yang paling meriah, hampir 40 orang tu blogger KBBA9 berkumpul. Itu belum lagi semua adik beradik KBBA9 ni berkumpul, kalau tak mesti lagi meriah dan gamat suasana.


Lokasi yang menjadi pilihan untuk photoshoot kali ini adalah di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia. Mas baru tahu pasal muzium ni dan baru pertama kali jejak kaki di sini. Bila sampai je memang terasa seperti berada di kampung, dengan rumah kayu tradisional yang tersergam indah dan di kelilingi pohon² menghijau. Memang boleh mengamit memori dan nostalgia suasana hari raya di kampung semasa kecil² dulu.

Jadi kalau nak buat photoshoot untuk mengimbau memori dan kenangan di kampung memang muzium ini adalah lokasi yang sesuai.



Pastu yang paling nostalgia bila makan tengahari yang disajikan oleh pihak Muzium Warisan Melayu UPM disediakan dengan cara makan berhidang. Fuhhh dengan duduk bersila, lauk pauk masakan kampung dan beralaskan tikar mengkuang memang buat kami terasa berada di kampung. Semuanya berselera makan, siap bertambah 2-3 pinggan tu!


Bergaya anggun dan kacak Blogger KBBA9
Selain lokasi yang menarik dan makanan yang sedap, semua blogger KBBA9 yang terlibat bergaya anggun dan kacak di hadapan lensa kamera. Mana taknya, semuanya dapat hasil sentuhan dari MUA terbaik dan ada jugak para blogger mengayakan busana yang ditaja khas. Jadi memang dah macam suasana hari raya sebenar!

Mas pun tak ketinggalan untuk bergaya anggun dan cantik. Terima kasih pada MUA Aleea kerana sudi cantikkan Mas pada hari tu, barulah yakin nak bergaya di depan kamera kan? Inilah hasil sentuhan dari Aleea, suka sangat!



Terima kasih para penaja
Tanpa penaja yang sudi berkerjasama dengan kami pastinya Photoshoot Raya KBBA9 ni tak akan berhasil. Terutama sekali pihak Muzium Warisan Melayu, UPM yang sudi menaja lokasi yang sangat cantik, pastu jurugambar terkenal Wan Izhar yang sudi meluangkan masa mengambil gambar kami. Boleh baca bagaimana profesionalnya beliau di Wan Izhar Abu Bakar: Jurugambar terbaik!



Jutaan terima kasih jugak kepada penaja² lain yang sudi bekerjasama dengan KBBA9.

Biskut Raya: K.Roger's Cookies

Personal Hygiene Sanitizer: Waazu

Busana:
@byfaradila @bynanienazyracollections
Khimar & niqab by @niqavie_malaysia
Urban Thobe @uthobe
@butikpenmerah
@hanatajuddin
@sauq_scarf
@bajumelayuslimfit
7th Jehan
Little Prin Cess
Aizara Couture
Butik Farisha Hana
Cik Kiah Tailor Pukal

Penaja Mekap:
Mas by @yayabebeh.makeup
Saidila by @m.u.a_byilahamzah
Athirahassin by @alinaothman
Shazillah Sani by @makeupbyninanizam
Syima by @afifahbakri
YB Shehan by @akid.anuar
Nina Mirza by @lizamahizan
Ema by @jemarikuct_aischa
Moha/Kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
Dell by @afifahbakri
SS/Hanani by @faeezah_pija
Qaseh/Sueizza by @hamidah_mat_shafie
Ayue by @emily.aisya
CikMa by @nyonyahanna
Kak Laila @kartina_khanib
Azni @byezzaharon
Cik EN by @elsbyeliyana
Bella by @surayasufian
Yanie by @sitinurfatehah
Nadia johari @lindaus
Umminani by @lilybeautyfacial
Yulia Fajrin by @nurfahazliani

Selasa, 25 April 2017

Buffet Ramadhan 2017 @ PICC

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedar tak sedar kita dah menghampiri bulan Ramadhan, bulan yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam. Tapi bila sebut bulan puasa ni sudah tentulah ianya sinonim dengan Buffet Ramadhan yang disediakan oleh hotel² dan restoran² terkemuka. Pilih saja mana satu yang berkenan dihati. 


Buffet Ramadhan 2017 @ PICC
Ini adalah salah satu buffet yang sentiasa menjadi pilihan baik oleh penduduk Putrajaya, malah oleh pengunjung luar jugak. Tahun ini PICC sekali lagi menyediakan Buffet Ramadhan untuk pengunjung setianya dengan tema International IFTAR. Ia merangkumi pelbagai hidangan masakan melayu dan jugak juadah antarabangsa.



Tahun ni ada sedikit kelainan dari segi hidangan menu utamanya. Selalunya setiap tahun mereka akan sediakan Kambing Bakar tapi tahun 2017 diberi kelainan dengan menyediakan hidangan Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Mediteranean . Pastu ada jugak hidangan istimewa iaitu Nasi Briyani Buloh. Memang sedap nasinya, ada kelainan dari segi rasanya. Jadi memang rugi kalau tak cuba!

Antara juadah lain yang pastinya memikat selera adalah Nasi Kerabu, Putu Mayam, Mee Rebus, Laksam, Cendol dan ABC, pelbagai jenis lauk pauk masakan melayu, pelbagai jenis kuih muih tradisional, aneka dessert, buah-buahan dan air pelbagai perisa. Untuk anak² pulak ada disediakan aiskrim pelbagai perisa dan Chocolate Fountain.









Harga Buffet Ramadhan PICC
Harga yang ditawarkan adalah RM98.00 untuk dewasa dan RM49.00 untuk kanak² berumur 6-12 tahun. PICC jugak menyediakan promosi diskaun 15% bagi pelanggan terawal yang membuat tempahan bermula 13 April hingga 15 Mei 2017. Selain itu ada jugak promosi diskaun 20% bagi yang membuat tempahan secara online di www.ticketonline.my/picc bermula 21 April hingga 15 Mei 2017. Bagi tempahan yang dibuat bermula 21 Mei 2017, harga biasa akan dikenakan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pakej² dan promosi² Buffet Ramadhan yang disediakan oleh PICC boleh layari:

Website: www.picc.com.my
Instagram: @piccmalaysia
No. Telefon: 03-88876000

Isnin, 24 April 2017

Wan Izhar Abu Bakar: Jurugambar terbaik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila boss KBBA9 Ben Ashaari beritahu jurugambar untuk Photoshoot Raya KBBA9 kali ni adalah seorang yang profesional dan berpengalaman 20 tahun dalam bidang photoshoot, terus rasa teruja! Bukan senang wooo nak bekerjasama dengan jurugambar terbaik camni. Lagilah bila Mas tengok Instagram beliau, Wan Izhar Abu Bakar ni sering bekerjasama dengan artis². Fuhhh memang lagi tak sabarlah nak bergaya depan kamera beliau.

Tibanya hari kejadian memang Mas puji sikap profesional beliau, sentiasa tersenyum dan ingin berikan yang terbaik bagi setiap gambar yang diambil. Cuaca panas dan keadaan lokasi yang sedikit becak dek kerana hujan tidak menghalang beliau mencari sudut yang terbaik untuk setiap blogger bergaya dan beraksi di depan kamera.  


Bila tiba giliran Mas, memang agak kekok sebab Mas bukanlah pandai sangat nak bergaya depan kamera. Tapi Wan Izhar dan krew beliau banyak membantu supaya kita nampak bersahaja dan cantik di depan kamera. Beliau sentiasa bagi tunjuk ajar dan bagaimana cara nak posing. Haaaaa memang tak sabarlah nak tengok hasil kerja beliau.

Terima kasih tak terhingga pada Wan Izhar dan team beliau kerana sudi bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Sikap sabar dan profesional beliau melayan 40 blogger untuk bergambar memang Mas puji, terbaik! Jadi kalau korang nak dapatkan khidmat terbaik dari Wan Izhar dan ODS Studio Communications untuk photoshoot korporat boleh emel ke onedigitalsolution@gmail.com atau hubungi Puan Huda di talian 012-3031005.

Aksi belakang tabir. Kredit photo Saidila



Aksi blogger² bergaya di hadapan kamera Wan Izhar.





Khamis, 20 April 2017

Tak boleh makan ikan

Assalamualaikum...(^ ^)

Simtom orang mengandung ni kadang² pelik kan? Mas yang dah 5 kali mengandung pun terasa pelik dengan simtom² tu, kadang tertanya kenapa boleh jadi camtu? Hahahaa, Mas yang mengandung Mas sendiri pulak yang hairan. 

Mas ni bila mengandung simtom yang paling teruk biasanya alahanlah, awal 3 bulan pertama tu memang seksa sikit. Yang paling seksa bila apa pun tak boleh nak makan dan telan, sedih wooo! Tapi bila dah masuk trimester kedua alahan tu dah beransur pulih, cuma bab makan tu ada jugak lagi benda² yang tak boleh diterima oleh tekak. 


Salah satu yang tak boleh makan ialah ikan, apa² jenis ikan pun. Bila masuk je dalam mulut tetiba rasa loya nak muntah, pastu macam bau hanyir. Padahal ikan tu tak hanyir pun! Macam hari tu balik kampung, berialah beli ikan patin sebab teringin sangat nak makan. Tapi bila dah ada langsung tak sentuh, tengok ikan tu pun rasa nak muntah. Keras kejung dah ikan tu dalam peti ais, husband pun hari² dok tanya bilalah ikan tu akan dimakan. Hahahaa!

Rasa macam tak cukup zat pulak bila tak boleh makan ikan ni, padahal ikanlah Mas punya kegemaran. Hanya telur  je boleh telan, ayam pulak memilih jugak. Ada jenis² masakan je yang boleh telan, hadoiii mengada betul mengandung kali ni. Hehehee! 

Rabu, 19 April 2017

Nasiblah bukan patah

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai anak bujang Mas ni, bikin suspen betul semalam. Tetiba balik sekolah petang mengadu sakit kaki, dan bila Mas tengok bengkak teruk jugak kakinya. Teruslah tanya kena apa, dia cakap jatuh terseliuh. Mas pun suruh jelah sapu minyak urat untuk bagi surut sikit bengkaknya. 


Tapi makin lama kakinya makin sakit dan bengkak, nak jalan pun susah. Mas suruh husband tengok, takut ada yang serius. Sekali bila husband tengok katanya bukan terseliuh, macam patah je. Sebab kaki tu nampak macam terlari sikit tulangnya. Husband tanya betul² kena apa sebenarnya, barulah dia mengaku kata jatuh masa main bola. Hurmmm gara² main bola rupanya, alahai anak!

Hurmmm gundah gelanalah hati maknya ni dengar, terus suruh husband cuba cari orang yang pandai tengok dan urutkan. Nasib baiklah ada bomoh patah kat kampung sebelah, lepas maghrib terus bawak Arfan. Bila bomoh tengok rupanya tulang teralih dari sendinya. Fuhhh lega dengar, nasiblah bukan patah. Jadi bomoh tu kenalah betulkan untuk masukkan semula tulang tu ke sendinya. Haaaaa apa lagi meraung kooo masa kena buat tu, sakit woooo! Mas dengar babah dia cerita pun dah seriau. 

Hari ni terpaksalah tak pergi sekolah, sebab nak berjalan pun masih sakit. Bomoh tu pun cakap kena berhenti dulu bersukan, nak bagi kaki tu betul² sembuh. Haaaaa melepaslah dia nak main softball Sabtu ni kalau kaki tak baik lagi. Memang sedihlah dia sebab tiap² hari pergi latihan. Tapi Mas cakap takpelah takde rezeki, yang penting kaki tu bagi sembuh betul² dulu. 

Isnin, 17 April 2017

Pengalaman ambik darah 3 kali

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila mengandung bab ambik darahlah yang paling Mas tak suka, bukannya apa ai ni penakut. Penakut tu bukanlah sampai tahap lari keliling klinik kena kejar dengan nurse, hahahaa! Tapi penakut kan jarum je. Bila nurse keluarkan jarum tu, tahap seriau tu mulalah lain macam. Rasa nak cabut lari oiiiii!


Kenapa sampai kena ambik darah 3 kali? Khamis lepas Mas kena minum air gula, biasalah prosedur wajib kalau mengandung. Sebelum minum tu kenalah ambik darah dulu, pastu selepas 2 jam dah minum air gula kena serah tangan lagi sekali. Kali ketiga pulak kena ambik darah untuk check kandungan gula dalam darah kita selama 3 bulan, yang ni dipanggil HbA1c. 

Fuhhh dup dap dup dap dada akak kau, 3 kali kena serah tangan jadi mangsa suntikan jarum. Pastu satu lagi yang buat Mas seriau setiap kali ambik darah sebab urat susah nak timbul. Sampai nurse kena urut² dulu dan tepuk² banyak kali. Tapi bila dah jumpa uratnya, masuk je jarum darah pulak tak nak keluar. Haaaaa masa ni nurse kena pusing² sikit jarum tu nak bagi kena urat. Masa ni sakit dia jangan cakaplah, rasa nak lempang je nurse tu. Hahahaaa!

Kadang sampai satu tahap darah tak nak jugak bagi kerjasama, jadi terpaksa cabut jarum dan cucuk tempat lain. Huwaaa ai redha je masa tu walau rasa nak meraung dah! Memang pengalaman yang agak menakutkanlah bagi Mas kalau setiap kali nak ambik darah. 

Jadi legalah semua tu dah selesai. Harap temujanji akan datang takdelah kena ambik darah lagi!

Selasa, 11 April 2017

Bakal adik Atikah, Arfan, Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, syukur atas rezeki ini. 

Kalau ikutkan ada rezeki hamil kali ke-4 yang lepas, sekarang Mas masih dalam pantang lagi. Tapi tak sangka Allah gantikan ia dan beri Mas peluang untuk hamil lagi. Memang tak diduga sangat sebab lewat period baru 2 hari, tapi bila buat urine test laju je naik 2 line. 


Sekarang kandungan dah masuk 3 bulan dan semalam baru terhegeh² pergi buat buku pink. Insyallah tarikh dijangka bersalin pada 18/10/2017. Tapi kena bebel jugaklah dengan nurse sebab lewat, dia kata sepatutnya tahu mengandung dah kena buat buku. Lagipun katanya mengandung dah lebih umur 35 tahun memang kena check-up awal, bukan apa takut ada apa² risiko kan? Tapi Mas cakap, "Nurse saya penat layan mabuk!" Hehehee, memang tak boleh blah alasan.

Cerita bab alahan dan mabuk, ya Allah memang teruk. Lemah, letih dan tak bermaya langsung. Pastu muntah² jangan cakaplah, pantang masuk makanan dalam mulut. Ada masa sampai satu tahap nak bangun pun tak larat dan makan pun tak lalu, hanya terbaring je. Cuti sakit dan EL memang keraplah masa awal² tu, tapi sekarang dah nak masuk 13 minggu jadi dah beransur baik.

Reaksi 3 beradik tu pulak camne? Kakak bila tau je mama mengandung dia biasa² je, siap cakap "Hurmmm nak dapat adik lagi!" Bukan dia tak seronok tapi biasalah orang dah besar, pastu dah ada 2 orang adik jadi dia tak kisah sangat. Arfan pulak seronok je, siap cakap "Kali ni nak baby boy pulak!" Hehehee, dia memang dari dulu nak adik lelaki sebab boleh ada geng main bola. Airis pulak adalah orang yang paling seronok dan teruja, hari² dok tanya bila baby nak lahir. Pastu bila tanya nak baby apa terus cakap "Airis nak baby girl, nanti boleh cantik macam kakak Airis!" Camtulah reaksi 3 beradik tu! Mas cakap tak kisahlah baby apa, janji dia lahir dengan selamat dan sihat.

Jadi sekarang bermulalah fasa kena pergi klinik setiap bulan, pastu minum air gula. Hahahaa, yang ni Khamis nanti dah kena minum. Sekarang semua kena buat awal untuk kesan faktor risiko yang bakal berlaku, mengandung dah berumur pulak tu. Tapi Mas akan hadapi semua tu dengan tabah, lalui je fasa terindah 9 bulan ni.

Doakan yang terbaik untuk Mas ye! Moga kandungan Mas sihat dan selamat hingga melahirkan.

Isnin, 10 April 2017

Nasib ada kakak Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak kakak Atikah duduk di asrama dialah jadi kakak dalam rumah tu. Memang tak sabar sangat nak jadi kakak, selalu tanya bila Airis nak besar macam kakak Atikah. Pastu kalau mama atau babah panggil dia adik, bising mulut tu. Terus cakap "Ini kakak Airislah, bukan adik!"


Tapi Mas legalah dia ada, sikit sebanyak boleh jugak tolong mama. Dengan keadaan Mas yang tak berapa sihat sekarang, adalah beberapa benda yang boleh harapkan dia. Walaupun kadang tu mintak tolong sampai 10 kali baru nak buat, hehehee! Tapi takpe janji dia ada rasa nak tolong, itu dah cukup.

Mas memang suka ajar anak² tolong dari mereka usia muda, barulah nanti bila dah besar tak malas dan liat kan? Bukannya suruh buat kerja² yang susah cuma suruh kemas mainan sendiri, tolong kita angkat kain kat ampaian dan hantar botol susu dan pinggan mangkuk sendiri ke sinki lepas dah guna. Kalau dia agak liat dan malas nak tolong, Mas ugut² manjalah sikit.

Lagi satu pujilah sikit lepas dia dah tolong tu, barulah dia semangat lagi nak buat. Jangan kita tau ugut je bila dia malas tapi tak puji langsung bila dia dah tolong.

Khamis, 6 April 2017

Filem hebat yang ditunggu

Assalamualaikum...(^ ^)

Ehhhhh tak kan tak tau filem apa? Sudah tentulah filem Fast & Furious!


Setiap kali filem ini bakal ditayangkan di pawagam, Mas memang teruja nak pergi menonton. Dah jadi ketagih tau! Maklumlah dari siri pertama hingga yang ke-7 semuanya Mas tonton di pawagam. Jadi bila Fast & Furious 8 bakal ditayangkan apa lagi memang tak sabarlah. 

Mas dah tengok thriller dia, fuhhh memang gempak. Dengan kereta sport, dengan aksi lagak ngeri yang mendebarkan, memang tak akan mengecewakan penontonlah. Pastu Dominic Toretto jadi jahat, haaa ini memang suspen. Tak sabar betul nak tengok sebab apa dia jadi camtu?

Cuma FF8 ni dah takde watak Brian dan Mia, agak tak seronok sikitlah. Bukan apa sebab dari siri 1 hingga 7 kita tengok mereka berlakon bersama, bila takde tu rasa lainlah sikit. Nak buat camne Paul dah takde, jadi watak itu perlu dimatikan. Tapi jangan risau, walau 2 watak tu takde filem ni pasti akan hebat, gempak dan kebabooom.


Haaaaa jangan tunggu lagi, cepat² pergi beli tiket. Nanti terlepas nak saksikan aksi hebat filem ni. Sekarang pun semua pawagam dah jual advanced tiket, beli je online. Mas pun tengah usha² jugak.

Ingat tarikhnya, 13 April dah ada di pawagam!

Isnin, 3 April 2017

Seronok tengok anak² bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sabtu lepas tadika Airis sertai Hari Sukan Pasti peringkat daerah Sepang, Mas dan husband berpeluang pergi tengok. Haaa ni nak ingatkan, kita sebagai ibu bapa kalau anak² ada menyertai acara sukan wajiblah pergi tengok. Bagi sokongan dan semangat sikit kat anak² tu walaupun hanya sukan peringkat tadika je. Kalau kita ada tu mesti mereka akan gembira dan lebih semangat nak bertanding.


Sampai je kat padang tu memang meriah sangat, anak² pun semuanya dah teruja nak beraksi. Walaupun pada mulanya hujan turun agak lebat tapi langsung tak patahkan semangat mereka, semacam je nak teruskan pertandingan. Bila hujan dah kembali reda semua pertandingan rancak dijalankan, ada 3 acara je iaitu bola sepak, bola jaring dan lari berganti². 

Airis masuk acara bola jaring, jadi GS. Fuhhh dasat jugak anak mama ni, jadi shooter tu. Tapi biasalah anak² seusia 5 dan 6 tahun main, memang boleh terhibur kita tengok. Ada yang seronok dan teruja nak main, dan ada jugak yang berdiri tegak macam tiang gol je. Bila cikgu jerit suruh lari dan rebut bola barulah bergerak, hehehee! Haaaaa mak ayah kat luar memang tergelak²lah tengok aksi anak masing², memang terhibur sangat. Tapi Mas memang respek sikap anak² ni, walaupun mereka bukanlah pandai sangat main tapi semangat kesukanan tu sangat kuat.



Mas tengok jugak acara bola sepak bagi anak² lelaki, hadoiii memang sakit perut gelak. Pelbagai ragam dan aksi lucu dari mereka. Tapi ada jugak yang berbakat walaupun baru berusia 6 tahun, pandai gelecek bola dan jaringkan gol. Seronok tengok tau, memang bersemangat mereka main untuk menang. Tadika Pasti Airis memang naib johan untuk acara bola sepak, tahniah buat anak² hebat ni. 


Mas tengok Airis pun seronok dan gembira sangat dapat masuk acara sukan. Walaupun pasukan bola jaring dia takde rezeki memenangi hadiah, yang penting semangat dan keyakinan dia nak bersukan tu kita harus puji dan bagi sokongan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com