Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 27 Mei 2019

Masak juadah berbuka!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni sebenarnya bukanlah rajin dan selalu sangat masak setiap hari, tapi bila tiba bulan Ramadhan rutin tu berubah. Masuk je bulan puasa Mas lebih suka memilih untuk masak sendiri berbanding membeli di luar. Bukan apa, bagi Mas husband dan anak² dah penat berpuasa seharian, jadi mestilah nak jamu mereka makan juadah yang kita masak sendiri. Baru puashati kan?


Bila puasalah husband dan anak² nak makan macam², lain dari yang biasa makan. Jadi kalau Mas masak sendiri baru puas mereka makan, lebih sedap dan kebersihan terjamin. Jimat pun ye jugak kalau masak sendiri ni, belanja RM50 boleh untuk 2-3 hari makan. Kalau beli karang kita belum pasti tahap kebersihan dan rasanya, kalau tak sedap dah membazir kan?

Pastu anak² Mas ni suka makan kuih, jadi bulan puasalah mereka boleh suruh Mas buat macam² jenis kuih. Kalau bulan lain maknya ni malas sikit, sebulan sekali adalah satu kuih dibuatnya. Tapi bila bulan puasa boleh dikatakan hari² Mas buat, keseronokan dan kerajinan membuatnya rasa lain sikit. Yelah nak bagi makan orang² yang dah penat berpuasa, tu yang rasa seronok nak buat!

Nasi Arab

Nasi Daging

Lagi satu kalau bukan bulan puasa Mas memang jarang masak, sebabnya anak² akan makan di sekolah. Sebelah malam pulak mereka jarang makan, Mas dan husband pun sama. Kadang hari minggu je masak kalau tak keluar kemana². Jadi bulan puasalah Mas ambik peluang untuk masak setiap hari, lagi pun memang akan berbuka bersama². Mas masak memang siap² untuk sahur, senang!

Nanti lepas habis puasa mesti rindu nak masak² camni dan makan sama². Nampaknya lepas raya kena kerap masak, baru boleh selalu makan sama² kan? Baru lebih erat hubungan tu, takdelah masa bulan puasa je!

Nasi Dagang pun Mas masak

Khamis, 23 Mei 2019

Shopping sakan di Althea!

Assalamualaikum...(^ ^)

Makin seronok jadi sebahagian dari komuniti Althea Angels ni, macam² dapat. Baru² ni sempena birthday Mas, Althea ada hadiahkan reward points. Seronok sangat sebab inilah peluang Mas nak shopping, bukan apa kalau bukak website Althea tu mesti terliur tengok produk² dia terutamanya barang makeup. 


Lepas pihak Althea dah hantar emel kata dan masukkan reward points dalam akaun Mas, teruslah pergi tengok. Masa tu tak tahu dapat berapa points, sekali tengok ada 400 points. Fuhhh lompat bintanglah Mas, boleh shopping sakan sempena nak raya!

Inilah yang bestnya jadi Althea Angels, merasa shopping tanpa keluar duit satu sen pun. 400 reward points tu ialah RM400 tau, jadi Mas boleh shopping apa² produk Althea yang Mas nak sebanyak RM400. Haaa sapa nak bagi kau, terima kasih sangat pada pihak Althea Korea. 

Ada RM400 apa lagi, shopping sakan lah ai. Paling teruja bila tengok alat makeup, klik punya klik masuk dalam troli tak sedar lebih dah RM500. Hahahaa nampak tak keterujaan itu! Jadi kenalah pilih mana yang betul² nak beli kan, points ada 400 je. Kalau ada 1000 mau lagi rambang mata Mas ni, hehehee!


Pilih punya pilih inilah hasil shopping itu, puashati sebab apa yang nak Mas dapat beli. 

1. Pink In Pink Make Up Brush Set
2. Laneige Lip Sleeping Mask
3. Play Color Eyes Juice Bar
4. Flawless Creamy Concealer (Mocha)
5. Pure Purifying Serum Cleanser
6. Kill Eyeliner (Brown)
7. Petal Velvet Powder (Warm Biege)
8. Petal Velvet Powder (Honey Biege)
9. Drawing Eyebrow (Dark Brown)
10. Eyebrow Brush

Ada beberapa produk tu Mas repeat order sebab dah jatuh cinta dan best sangat bila guna, jadi order lebih untuk buat stok. Lepas ni nak kumpul lagi reward points yang dapat, nanti boleh shopping lagi. Jimat dan berbaloi sangat!

Rabu, 22 Mei 2019

Terpaksa tukar susu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak umur setahun, Aiyra dah mula minum susu formula disebabkan susu badan Mas dah berkurang. Walaupun dah serasi dengan susu formula tapi dia masih lagi menyusu badan kalau waktu nak tidur atau waktu malam, atau bila dah nampak muka Mas. Hahahaa memang pantang nampak, mesti nak menyelak!


Mula² nak bagi susu formula tu, Mas buntu jugak nak pilih susu jenama apa. Kalau ikut kakak dan Arfan, keduanya bermula dengan Dugro dan serasi sampailah berhenti susu. Cuma Airis je minum susu mahal S26 sebab perut dia tak tahan minum Dugro, bila dah umur 2 tahun baru boleh minum. 

Jadi Aiyra ni sebagai permulaan Mas cuba bagi LactoKid, alhamdulillah serasi dengan dia. Pastu ada keluar jenama baru iaitu Lactogrow, Mas pun cubalah bagi dan serasi dengan dia. Dari mula dia minum takdelah kena cirit birit atau perut dia meragam, lagi kuat menyusu adalah. Parah jugaklah nak beli sebab untuk pek 1.3kg harganya RM42.90 dan boleh tahan 2-3 minggu je. Tapi takpelah demi kebaikan anak kan?

Tapi hari Khamis lepas dia kena cirit birit, sehari sampai 5-6 kali berak². Sampai melecet teruklah bontot dia, nangis² kena air bila nak basuh. Mas pun tak tahu apa puncanya, nak kata salah makan memang takde bagi makanan yang bukan². Mas cuba jugak kurangkan bagi susu, kalau dia nak pun Mas bancuh cair je. Tapi bila lepas je minum susu terus tercirit, tak sampai 5 minit pun susu tu masuk perut. Haihhh risau dibuatnya, nampak susut terus badan dia. Makan pun tak lalu sangat!


Jadi Mas agak mungkin susu Lactogrow tu dah tak serasi dengan perut dia, dah tak boleh terima dah. Terus Mas cakap dengan husband, "Kita kena tukar susu Aiyra ni!" Hari Isnin kami terus beli susu Dugro untuk umur 1-3 tahun tu, nasiblah dia nak minum susu baru. Alhamdulillah lepas tukar tu, terus cirit birit dia berkurangan. Sehari 1-3 kali je berak², takdelah sekerap sebelum ni. Lega rasa dan harap susu Dugro ni akan serasi dengan dia sehingga umur 6 tahun nanti!

Selasa, 21 Mei 2019

Nasi Daging dan Salsa Nenas Tomato

Assalamualaikum...(^ ^)

16 Ramadhan dah kita berpuasa kan, alhamdulillah Mas masih diberi kesihatan untuk berpuasa serta memasak untuk suami dan anak². Setakat hari ni memang juadah berbuka masak sendiri, takde pun beli di bazar. Cuma kuih jelah ada yang beli sebab malas atau penat nak buat! 


Pastu bila puasa nilah terlebih rajin nak masak macam² menu yang tak pernah masak, selera orang berpuasa kan? 12 Ramadhan hari tu Mas pertama kali cuba masak Nasi Daging, lama dah sebenarnya teringin makan tapi malas nak buat. Bila dah rajin terus buat, resepi pulak Mas olah sendiri dari pelbagai resepi yang Mas tengok kat google. Mas buat jugak Salsa Nenas Tomato, haaa yang ni memang reka sendiri je. Jom tengok resepi! 

Bahan-bahan Nasi Daging
1kg daging (potong dan rebus hingga empuk)
3 pot beras Basmathi
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih (bahan tumis)
1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu unsalted butter
2 sudu minyak masak
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam Maggi
2 sudu rempah kurma


Cara² membuatnya
1. Cairkan unsalted butter dan campurkan minyak masak, kemudian tumis bahan tumis dan bahan yang dihiris halus. Masak hingga kekuningan dan naik bau.

2. Seterusnya masukkan rempah kurma dan kacau hingga sebati. Bila bahan² tu dah sebati masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata. Bila nasi dah bercampur elok dengan bahan² tumis tu bolehlah tutup api.


3. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama 3 senduk air rebusan daging. Kemudian tambah air masak mengikut sukatan periuk nasi sendiri, pastu masukkan daun pandan, garam dan 1 kiub pati ayam Maggi. Bolehlah dimasak seperti biasa.



Bahan-bahan Salsa Nenas Tomato
½ biji nenas masak (separuh untuk kisar dan separuh ptong segitiga)
2 biji tomato (1 untuk kisar, 1 dipotong dadu)
2 biji cili api
1 biji cili besar
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu cuka epal
½ cawan air

Cara nak buat sangat senang, tak perlu dimasak pun. Kisar semua bahan di atas hingga hancur, pastu tuang dalam mangkuk. Kemudian campurkan nenas dan tomato yang dipotong tadi, kacau hingga sebati. Dah siap dan serius sangat sedap dimakan dengan Nasi Daging ni!

Selamat Mencuba! 

Jumaat, 17 Mei 2019

Nasi Arab Ayam Panggang

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini kali kedua Mas cuba buat Nasi Arab, tapi tak pernah kongsi resepi. Walaupun Mas tengok jugak dekat google tapi bila nak buat Mas olah sendiri ikut cara Mas, takde tiru resepi asal bulat². Alhamdulillah hasil olahan tu berjaya, menjadi dan sedap nasinya macam yang beli. 

Pastu kali ni Mas buat Nasi Arab Ayam Panggang, ayam tu Mas tak rebus pun. Perap je selama 4-5 jam pastu panggang dalam Air Fryer. Fuhhh memang bertambah anak² makan. Jom tengok resepinya. 


Bahan-bahan Nasi Arab
3 pot beras Basmathi
1 biji bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
Kulit kayu manis + buah pelaga + bunga lawang (bahan tumis)
2 sudu besar unsalted butter (untuk menumis)
2 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
½ sudu jintan manis + ½ sudu jintan putih + ½ sudu lada hitam + ½ sudu buah pelaga (goreng tanpa minyak dan kisar)

Cara² membuatnya
1. Cairkan unsalted butter dan masukkan bahan tumis, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak hingga kekuningan dan naik bau. 

2. Seterusnya masukkan bahan kisar dan kacau hingga sebati. Bila bahan² tu dah sebati masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata. Bila nasi dah bercampur elok dengan bahan² tumis tu bolehlah tutup api.

3. Masukkan air mengikut sukatan periuk nasi sendiri, pastu masukkan garam dan 2 kiub pati ayam Maggi. Bolehlah dimasak seperti biasa. Bila nasi dah kering kacau rata dan titiskan pewarna kuning telur, nak makan nanti baru gaulkan.


Bahan-bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana (potong 10-12 bahagian)
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
5 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara membuatnya senang je, gaul semua bahan dengan ayam dan perap selama 4-5 jam. Kemudian masak dalam Air Fryer selama 20 minit pada suhu 180°C. Untuk ayam masak sekata, panggang 10 minit pastu balikkan ayam dan panggang lagi 10 minit. Kalau takde Air Fryer boleh masak dalam kuali ajaib je. 

Selamat mencuba!

Rabu, 15 Mei 2019

Koleksi terbaru A'bloom dari Althea Korea

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sekali lagi Althea Korea perkenalkan koleksi terbarunya iaitu A'bloom. Memang tak sia² Mas jadi sebahagian dari Althea Angels sebab selalu dapat cuba produk² terbaru mereka. 


Koleksi A'bloom sangat menarik sebab ianya didatangkan dalam set yang lengkap untuk persediaan wajah sebelum dan selepas makeup. Ketiga² produk ni memang best tau, Mas dah cuba semuanya dah jatuh cinta sangat. 

Lagi satu yang Mas suka pasal produk² Althea A'bloom ni sebab semuanya comel² sangat. Kadang sayang nak guna tengok packaging yang cantik dan bentuknya yang comel! Hehehee serius tau, kalau korang beli pun mesti rasa camni. Meh Mas perkenalkan setiap satu dari koleksi terbaru Althea A'bloom ni.


A'bloom BHA Blackhead Blaster
Bintik hitam paling Mas tak suka, terutama dekat T-Zone. Bila dah banyak bintik hitam ni mulalah tona kulit jadi tak sekata, nak pakai makeup pun susah kan? Pastu nak hilangkan tu bukan senang, kadang ada sesetengah cara tu menyakitkan

Tapi dengan adanya BHA Blackhead Blaster ni korang tak perlu risau dah, blackhead boleh hilang semudah ABC. Bahan kandungan organik di dalamnya seperti Apricot Seeds Powder, Charcoal dan Tree Leaf Oil sangat sesuai dan bagus untuk kulit. 


"Blackhead out without the ouch!" Haaa memang betul tau, tak rasa sakit pun. Nak pakai dan nak bersihkan pun senang, sedar² balckhead dah takde. Itulah pengalaman Mas pakai BHA Blackhead Blaster ni, memang best dan berbaloi untuk korang miliki.

A'bloom Meringue Puff
Haaa puff ni memang comel teruk tau, bila tengok rasa nak kunyah² je sebab terbayang macam meringue cookies pulak. Hehehee!


Ia diperbuat dari Non Latex sponge dengan hydrophilic. Didatangkan dalam 2 saiz iaitu Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff. Yang Giant boleh digunakan untuk meratakan foundation di seluruh wajah manakala yang Baby untuk sapuan di celah hidung, tepi bibir dan mata. 


Tekstur puff ni sangat lembut tau, licin je bila nak blend foundation pada wajah. Memang tak akan bercapuk punya, foundation akan nampak sekata je pada wajah. Yang menariknya puff ini boleh diguna kering atau basah, pasti kalau nak guna basah rendam je dalam air dan ia akan berkembang 1.5 kali ganda dari asal. Nak cuci pun senang, rendam dalam air dan keringkan.

A'bloom Refreshing Skin Mask
Ini lagi satu yang best dalam set Althea A'bloom 
ni, iaitu Mask Sheet. Ada 4 jenis dan semuanya diperbuat dari ekstrak buah-buahan dan tumbuhan semulajadi. 
1. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
2. A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
3. A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
4. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

Memang segar kulit wajah bila pakai mask sheet ni, sebabnya mask dia sangat lembab. Bila pakai kulit akan rasa tenang sebab bau buah-buahan tu. Pastu ia jugak jadikan PH kulit senttiasa lembab dan tidak mudah kering. Kalau seharian dan pakai makeup, pakailah mask sheet ni pasti kulit korang akan kembali segar dan cantik!


Haaa memang rugi tau korang tak dapatkan koleksi terbaru A'bloom ni. Harganya murah sangat, dan yang paling penting berbaloi untuk korang cantikkan kulit wajah. Layari website https://my.althea.kr untuk maklumat lanjut dan pembelian.

Isnin, 13 Mei 2019

Menu salad untuk berbuka!

Assalamualaikum...(^ ^)

Puasa tahun ni Mas memang dah nekad nak makan menu lebih sihat, nak lebih jaga pemakanan. Bukanlah nak kurus sangat, tapi nak rasa lebih sihat memandangkan usia dah meningkat ni. 

Setakat semalam dah 8 hari berpuasa, Mas masih berjaya kekalkan menu sihat dan bersih. Bersih dari garam, gula, minyak dan lemak, pastu semuanya Mas sediakan sendiri. Yang paling Mas tak sangka, lepas 8 hari berbuka dengan menu sihat ni tanpa disangka berat dah turun 3kg. Haaa badan pun tak rasa penat, perut pun tak meragam sepanjang berpuasa. 


Pastu menu² sihat yang Mas buat ni lebih kepada salad, sebabnya salad lebih mudah disediakan. Potong², campak² dan gaul² dah siap, bila makan pun lebih mengenyangkan. Salad tu Mas buat pelbagaikan, takdelah sama je setiap hari. Kalau sama je nanti bosan pulak kan, maklumlah makanan sihat takdelah sesedap masak lemak cili api. Hehehee!

Bahan² yang Mas gunakan biasanya daun salad, tomato ceri, lobak, timun jepun. Pastu untuk protein Mas guna ayam fillet, telur, ikan salmon dan ada juga seafood macam kerang, udang dan sotong. Nak lagi rasa sedap, Mas tambah buah seperti buah nenas atau mangga. Bahan perasa Mas hanya guna lada hitam, chili flakes dan perahan jus lemon. 

Alhamdulillah kenyang sangat korang berbuka camni, dah 8 hari puasa memang Mas tak makan nasi pun. Serius kenyang hingga bersahur, walau  kadang tu lepas terawih Mas tak makan apa² dah. Makanan lain Mas masak untuk husband dan anak² je, Mas dah tak lalu sangat nak makan masakan sendiri. Lagi satu makan salad ni lebih lawas sistem penghadaman, tiap pagi mesti nak membuang!

Inilah antara jenis menu salad yang Mas dah buat, serius semuanya sedap². Yang penting sihat dan berkhasiat!

Salad Telur

Salad Kerang

Salad Mangga + Ayam

Salad Seafood

Khamis, 9 Mei 2019

Senangnya ada Air Fryer ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, Mas memang dah lama teringin nak ada Air Fryer ni. Nak beli sendiri tu memang fikir 2-3 kali, bukan tak mampu tapi benda camni cuma kehendak je. Kalau ada tu memanglah seronok jugak kan, hehehee! 


Lagi satu bukannya apa bagi Mas ia memudahkan kerja memasak, dan satu lagi sangat mudah untuk masak menu sihat. Yelah kalau nak goreng, grill atau panggang guna Air Fryer ni tak perlu guna minyak. Jadi sangat sesuai untuk Mas yang berdiet ni!

Haaa angan punya angan nak ada, akhirnya jadi kenyataan bila Mas menang cabutan bertuah hari tu. Tak sangka sangat rezeki nak dapat, jadi memang jimat masa kalau nak memasak. Tak perlu lama² hanya 10 ke 20 minit dah siap, tak perlu nak tunggu² tepi dapur. Cukup masa apa yang dimasak dah siap!

Anak² Mas pun boleh guna, sebab ianya tak bahaya. Takde guna api atau minyak panas, letak je kentang atau nugget pastu set suhu dan masa, haaa dah boleh masak. Lagi sedap tau, makan pun tak muak sebab takde guna minyak. Anak² suka sangat, bila² masa mereka boleh masak sendiri. Pastu Mas pun takdelah risau kalau tinggal mereka kat rumah memasak sendiri, semuanya selamat.



Hari tu husband buat Ayam Panggang Ala² Kenny Rogers, haihhh mudah sangat tau. Perap je dalam 4 jam lebih, pastu panggang je dalam Air Fryer ni selama 20-25 minit dengan suhu 200°C. Cantik sangat masaknya, sama rasa dan rupa macam ayam Kenny Rogers tu. Lepas ni kalau nak makan tak perlu dah ke Kenny Rogers, beli ayam seekor dah puas kami 6 beranak makan. Terima kasih my lucky Air Fryer!

Rabu, 8 Mei 2019

Ragam Airis berpuasa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun ni Airis dah umur 7 tahun, jadi Mas pun nak dia belajar berpuasa tahun ni. Bukanlah nak paksa dia berpuasa penuh setiap hari, tapi nak dia lebih tahu apa erti berpuasa dan kenapa kena berpuasa. Nanti bila dia dah besar dia akan mampu dan boleh berpuasa sendiri tanpa dipaksa.

Masa hari pertama berpuasa dia memang semangat, bangun sahur dan makan nasi. Tapi sampai je pukul 12.30 tengahari dia dah minum susu sebotol, hahahaa! Pandai pulak dia buat susu sendiri, babahnya tengok dah syok membotol. Hehehee dia mana boleh tahan kalau nampak botol susu tu, cuma takpelah janji dia dah mampu tahan berpuasa sehingga ½ hari. 


Hari kedua pulak dia sendiri cakap dengan Mas, nak puasa penuh. Bangun sahur siap makan nasi goreng, makan lepat pisang, pastu minum susu sebotol. Haaa banyak makan tu, jadi Mas haraplah dia dapat bertahan. Tapi macam hari pertama jugak dia hanya mampu tahan hingga ½ hari, pastu dah ngadu lapar dan dahaga. Takpe, hari ketiga Mas suruh dia cuba lagi.

Masuk hari ni dia janji nak cuba lagi berpuasa penuh, Mas bagi semangat kat dia dan harap dia boleh. Sampai balik sekolah, alhamdulillah dia masih berpuasa. Tapi tetiba tepat je pukul 6 petang dia dok minum air, katanya tak tahan dahaga sangat. Memang sayanglah sebab lagi 1 jam setengah je nak berbuka, tapi takpelah sekurang²nya dia dah mampu bertahan hingga dekat waktu berbuka. Mungkin esok lusa dia mampu berpuasa penuh hingga ke 30 Ramadhan!

Camtulah ragam Airis belajar berpuasa, walau tak dapat penuh berpuasa sehari tapi dia ada semangat nak mencuba. Mas memang ajar anak² mula berpuasa seawal umur 7 tahun, cuma pada umur tu memang Mas tak paksa mereka berpuasa penuh tapi lebih kepada belajar untuk tahan diri dari lapar dan dahaga. Bila mereka dah mampu dari segi mental dan fizikal, mereka akan berjaya berpuasa penuh tanpa dipaksa!

Selasa, 7 Mei 2019

Menu sihat sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa, camne korang semua sediakan juadah berbuka? Beli di bazar atau masak sendiri?


Mas seperti biasa masih teruskan tradisi masak sendiri untuk menu berbuka, lebih sihat dan sedap gitu. Kalau beli tu bukan semuanya tak sedap, tapi kita tak boleh kawal penggunaan garam gula dan minyak tu. Masak sendiri kita boleh kawal dan boleh sediakan dalam cara yang sihat dan bersih. 

Lagi pun anak² dah makin membesar, lebih puashati kalau masak sendiri. Anak² pun boleh makan dengan kenyang, dan boleh request je menu apa mereka nak makan. Cuma tahun ni Mas masak menu² sedap ni hanya untuk husband dan anak² je, Mas memilih untuk makan menu diet dan eat clean


Bukan saja niat tu nak kurus tapi nak lebih jaga kesihatan, yelah umur dah masuk 40 tahun kan? Pastu bila pilih menu sihat ni, badan lebih rasa bertenaga dan kurang penat. Yelah Mas kawal pemakanan dan hanya makan buah, sayur dan protein je. Nasi tu Mas akan ambil jugak jika teringin nak makan, tapi setakat 2 hari ni masih belum makan nasi. 

Menu sihat Mas buat memang 100% bersih, maksudnya takde guna minyak, garam dan bahan perasa. Semuanya hanya dimasak dengan campuran lada hitam, serbuk cili dan perahan jus lemon. Protein pulak Mas hanya grill atau kukus. Sahur pulak hanya makan buah, kurma, Ephyra dan air masak secukupnya. Mas memang akan ambil sekurangnya 2 liter air masak, air manis memang tak minum!


Setakat 2 Ramadhan ni memang berjaya makan menu 100% sihat bila sahur dan berbuka. Kuih yang Mas buat pun hanya jamah sikit je, itu pun kalau teringin. Pastu sebelum tidur wajib minum teh hijau untuk detox, pepagi memang lawas. 

Moga Mas terus istiqomah makan menu secara sihat hingga 30 Ramadhan, kebaya dah beli tu. Heheheeeee!

Isnin, 6 Mei 2019

Selesai baju untuk 1 Syawal!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hamboiii baru hari pertama puasa dah siap beli baju raya, tak menyabar sungguh kan? Kalau ikutkan baru tahun ni Mas beli baju raya awal, biasanya dah masuk 15 Ramadhan ke atas baru pergi shopping. Tapi penatlah bila shopping dalam keadaan diri tengah berpuasa tu, mood nak membeli pun ke laut jugak. 

Jadi tahun ni Mas pergi beli awal sikit, lagi pun ada duit lebih apa salahnya beli awal kan? Mas beli baju untuk pakai pagi Syawal je dulu, baju anak² yang lain tu belum lagi. Yang tu boleh beli kat uptown je, sekurangnya yang nak pakai Syawal pertama tu dah selesai beli. 


Mas pergi beli kat Kenanga Wholesale je, kebetulan semalam baru balik dari kampung. Terlanjur dah lalu kat area KL tu, ajak jelah husband pergi terus. Tapi memang sesak ko, maklumlah hari minggu. Nak naik ke parking dan nak dapat parking pun makan masa dekat 1 jam, tapi dah sampai jadi hadap jelah. 

Kami sampai pukul 3 petang, dekat pukul 7 malam baru dapat beli semua baju. Jenuh tawaf dekat 4 jam dari tingkat 1 sampai tingkat 7, sampai semua kedai nak tutuplah. Tapi sebab dah nekad nak dapatkan semua baju, penat camne pun Mas hadap jugak. Nasiblah belum berpuasa kan, jadi mood tu takdelah ke laut sangat dan Aiyra pun tak meragam semalam. 

Yang paling susah nak dapat semalam, baju Airis dan Aiyra. Mulanya nak giveup jugak, sebab ada yang berkenan takde saiz Airis tapi ada saiz Aiyra je dan sebaliknya jugak. Dah dekat pukul 7 malam baru dapat baju yang ada saiz dan yang matching dengan baju lain, itu pun xdelah sama warna. Janji dapat sedondon Mas dah puashati! 

Haaa lega dah selesai 1 bab, takdelah kelam kabut nanti kan. Ni tunggu gaji bulan Mei ni baru beli baju yang lain untuk anak², Mas dengan husband sepasang sorang dah memadai! 

Khamis, 2 Mei 2019

40 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Happy Birthday to me!

Haaaaa masuk 4 series dah Mas, alaaa takpe umur je kan? Yang penting Mas terus kekal cantik dan bahagia, ehhh hahahaaa!


Bagi Mas kan tak kisah umur berapa pun setiap kali hari lahir tiba, yang penting kita kena perbaiki diri untuk setiap kelemahan yang kita ada. Mana tau tahun ni adalah tahun terakhir kita diberi peluang untuk sambut hari lahir, jadi manfaatkan peluang itu. 

Mas ni setiap kali hari lahir memang tak pernah raikan, hanya beli kek untuk bagi anak² makan je. Di umur dah 40an ni apa yang penting gembirakan anak² je, mereka yang paling seronok setiap kali birthday mamanya. Dari awal pagi dah tanya, mama takde beli kek ke hari ni? 

Tapi tahun ni istimewa sikit sebab husband belikan kek sedap, pastu siap bagi coklat Fereror Rocher lagi. Apa lagi berbunga²lah hati birthday girl, tak dapat hadiah pun takpe kalau dah dapat coklat tu! 


Pastu rancangan asal nak jugak pergi bercuti sempena birthday ni, tapi keadaan tak mengizinkan sebab kakak Atikah dah mula periksa tengah tahun hari ni. Jadi takdelah cuti² sempena birthday tahun ni, biasa tiap tahun Mas akan bawak anak² pergi jalan². Takpe kita tangguh ke hujung tahun yer!

Moga hari lahir tahun ni Allah panjangkan umur Mas, beri Mas kesihatan untuk terus beribadah kepadaNya. 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com