Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Oktober 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang ni Mas di bumi Langkawi, percutian pendek bersama keluarga. Dek disebabkan sewa hotel bajet je jadi takdelah Astro. Nasiblah ada Astro On The Go dan wifi hotel, dapatlah jugak tengok Konsert Ketiga GV3. Jom baca corat coret Mas untuk minggu ketiga ni!

Ternyata lagu minggu ni agak sukar dan menguji kemampuan semua peserta. Tetapi mereka tetap berani sahut cabaran untuk menyanyikan lagu tersebut walaupun bukanlah lagu makanan mereka.


Tapi nasib tidak menyebelahi Rem apabila beliau menjadi peserta kedua yang tersingkir. Membawakan lagu Penawar Rindu yang berentak perlahan dan iramanya yang lunak merdu memang agak sukar bagi Rem yang bersuara garau tu. Tapi dia dah buat sehabis baik menyampaikan lagu tersebut! 

Persembahan terbaik bagi Mas milik Zarul dan Azharina. Zarul memang berjaya buat yang terbaik untuk lagu OAG. Lagu tu bukan senang, memerlukan vokal dan tenaga yang mantap! Azharina jugak berjaya sampaikan lagu Bob Marley dengan baik. Yelah bukan senang perempuan nak nyanyikan lagu lelaki, lagu English pulak tu!


Untuk minggu ke-4 semua peserta akan berduet dengan peserta dari GV1 dan GV2. Temanya pulak Duet Berganza! Wahhh tema ni seronok jugak sebab kita boleh saksikan mampukah peserta bersaing dari segi vokal dengan bekas peserta GV musim lalu.

Jom kita tengok lagu² untuk konsert ke-4 nanti.

Azharina & Haleeda | Doa Buat Kekasih (Khatijah Ibrahim & Ramli Sarip)
Siti Sarah & Rahmad | Bunga Angkasa (Terra Rossa)
Zarul & Farahdhiya | Lelaki Ini (Anuar Zain)
Gmie Screen & Nizam Laksamana | Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded)
Nora & Ayai | Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha)
Ameng & Siti Nordiana | Nilai Cinta (Saloma & Ahmad Daud)
Intan Sarafina & Fazli Zainal | Aku Yang Tersakiti (Judika)
Zur Eda & Mamat | Rindu Bayangan (Carefree)
Shidi Data & Ezlynn | Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)
Elly Mazlein & Acong | Jangan Menangis Sayang (Safura & Oney)

Jumpa di Konsert Ke-4!

Sabtu, 29 Oktober 2016

Menu sihat yang mudah dan berkhasiat

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah dekat sebulan Mas amalkan semula pemakanan sihat. Alhamdulillah dah dapat balik berat 65kg sebelum ni. Lagi 5kg nak dihapuskan untuk capai misi 60kg yang diidamkan. Ada 2 bulan lagi untuk usaha dan usaha!

Masa amalkan pemakanan sihat ni semua menu Mas sediakan sendiri di rumah. Memang bagus kita sediakan sendiri sebab kita boleh kawal kadar pengambilan garam, gula dan minyak. Pastu kita akan masak menu yang semestinya sihat dan berkhasiat! 

Macam Mas memang suka sediakan menu yang mudah dan berkhasiat. Nak buat pun tak lama, hanya 5 minit je dah siap. Lagi pun Mas hanya grill sekejap dan campur dengan sayuran. Memang boleh kenyang makan menu sihat ni, sebab ia banyak serat. Tak percaya cuba menu² sihat Mas ni.


2 keping roti gandum
½ brokoli
10-15 biji baby tomato
Grill roti gandum atas kuali ajaib. Dah masak campurkan dengan brokoli dan baby tomato. Pastu gaulkan dengan perahan jus lemon dan letak lada hitam. Sesuai dimakan untuk breakfast atau lunch.



Sebiji epal dan sebiji oren
Sebuku roti croissant
Sesudu kecil chia seed
Potong epal dan oren, pastu campur dengan roti croissant. Gaulkan semuanya dengan sedikit perahan jus lemon. Kemudian taburkan chia seed. Yang ni sesuai dimakan untuk dinner. 



6 ekor udang
Lettuce, baby tomato dan capsicum
Sebuku roti croissant
2 sudu jagung manis
Udang digrill bersama baby tomato dan capsicum. Pastu campurkan dengan lettuce, roti croissant dan jagung. Pastu perisakan dengan perahan jus lemon, lada hitam dan herba thyme. Memang mengenyangkan untuk menu lunch. 



Sebiji buah mangga
Sebiji buah delima
Lettuce
Potong dan hanya campurkan semuanya. Pastu gaul dengan sedikit lada hitam dan herba thyme. Sesuai untuk menu sarapan pagi. 



2 biji telur 
4 keping roti gandum + bijirin
Timun jepun, baby tomato dan lettuce
Telur dibuat omelette dan roti digrill atas kuali ajaib. Pastu bila dah siapkan jadikan sandwich sihat yang sedap. Sesuai untuk sarapan pagi anda.

Rabu, 26 Oktober 2016

Green Juice : Sedap dan sihat

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas tak pernah tahu dan terfikir pun pasal Green Juice ni. Memang tak pernah tahu yang campuran sayuran pun sedap dibuat jus. Sekali bila geng KBBA9 ikuti program detox dan mereka kongsikan pasal Green Juice, barulah Mas tau!

Mula tu tak teringin pun nak cuba minum sebab takut tak sedap, hahahaa! Tapi bila tengok diaorang minum macam sedap je teruslah cuba buat sendiri. Mas guna blender je sebab takde juicer. Tengah bodek abam bomba ni nak mintak belikan satu, hehehee!


Jadi pagi ni gigih buat Green Juice sendiri. Campurannya sebiji epal, brokoli, timun jepun, seleri dan lemon. Kisar semua sampai hancur dengan secawan air, pastu siap untuk diminum. Sekali sedut, ehhhhh sedaplah pulak! Rasa segar je kat tekak, fresh rasa sayuran tu.

Sarapan pagi ni Mas minum Green Juice je, ternyata sangat mengenyangkan! Lepas ni memang jadi sarapan wajiblah. Sebenarnya banyak lagi pilihan Green Juice yang kita boleh buat sendiri, cari je kat google. Yang penting gunakan sayuran hijau untuk lebih sihat dan berkhasiat!


Selasa, 25 Oktober 2016

HSAJB terbakar : Pelbagai berita tak sahih disebarkan

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ni kita dikejutkan dengan berita sedih tentang kebakaran Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. Memang simpati sangat dengan pesakit² dan staf² hospital tersebut. Tapi lagi sedih bila pelbagai berita tidak sahih disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Sepatutnya bila dengar berita macam ini, baca dulu dan tengok dari mana sumber yang kita baca tu. Kalau dah betul² sahih dan benar barulah kita sebarkan. Kalau kita pun rasa tak pasti dan ragu² jangan sebarkan. Nanti tak pasal² kita viralkan cerita yang tidak benar! 

Mas yang kerja Kementerian Kesihatan ni pun tak dapat maklumat yang sahih dan tepat. Pelik camnelah orang lain begitu cepat dapat macam² maklumat. Ada yang cakap handphone yang dicaj meletuplah, tong gas oksigen meletuplah, ada mangsa rentunglah, ramai yang terkorbanlah dan macam² lagi. Ishhhh kenapalah ada yang sanggup sebar cerita sebegini! 


Patutnya kita kena simpati dan jaga perasaan mangsa yang terlibat. Pasti mereka sedih bila terbaca berita yang tak benar ni. Kita doakan yang terbaik buat semua mangsa. Tunggu saja berita yang sahih kat media massa barulah kita boleh nilai apa yang terjadi sebenarnya. 

Moga semua yang terlibat dalam keadaan selamat dan takziah buat keluarga mangsa terkorban. 

Isnin, 24 Oktober 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

GV3 dah masuk minggu kedua. Persaingan antara peserta pun dah semakin hebat. Dengan tema Memori Berkasih pada Konsert Kedua ini semua peserta menyampaikan lagu dengan baik namun nasib tidak menyebelahi Razis Ismail. Beliau merupakan peserta yang tersingkir pada minggu ini. 


Lagu Bunga Pujaan memang dinyanyikan dengan baik namun mungkin kurang memikat hati juri. Apa pun tahniah kepada beliau, walaupun di usia 56 tahun masih mampu bersaing di pentas besar sebegitu dengan artis² lain. 

Pilihan persembahan terbaik adalah milik GMie Screen dan Elly Mazlein. Kenapa Mas pilih mereka kerana lagu yang disampaikan bukanlah lagu yang mudah dinyanyikan dan menguji keupayaan vokal mereka. Lagu Januari dapat dinyanyikan dengan baik oleh Gmie walaupun dia biasa menyanyikan lagu rock sahaja. Lagu Berpisah Jua ternyata berjaya disampaikan hampir prefect oleh Elly. Bukan senang tau nak nyanyi lagu Ziana Zain tu tapi dia mampu buat yang terbaik! 


Tema untuk minggu ketiga pulak adalah Ada Bran? Ini memang tema yang Mas nantikan sebab setiap peserta diberikan lagu yang tak pernah dinyanyikan dan berlainan dengan genre mereka. Ada peserta lelaki yang dapat lagu wanita dan peserta wanita dapat lagu lelaki. Haaaa memang menarik kan? Mampukah mereka sampaikan lagu tu dengan baik.

Inilah lagu pilihan untuk Konsert Ketiga.

Zarul | Generasiku (OAG)
Siti Sarah | Joget Sayang Disayang (Anita Sarawak)
Azharina | No Woman No Cry (Bob Marley)
Nora | Sudah Ku Tahu (Projector Band)
Ameng | Lelaki Seperti Aku (Alif Satar)
GMie Screen | Seni Berzaman (To'ki)
Elly Mazlein | Perawan Atau Janda (Cita Citata)
Zur Eda | Karma (Cokelat)
Intan Sarafina | Penantian (Black Rose)
Rem | Penawar Rindu (Orchid Abdullah)
Shidi Data | Mengapa Dikenang Mengapa Difikir (Herman Tino)

Fuhhhh lagu yang diberikan memang betul² menguji kemampuan peserta². Tak sabar nak tunggu Konsert Ketiga GV3!

Ahad, 23 Oktober 2016

Riadah di Taman Awam Nilai

Assalamualaikum...(^ ^)


Setiap hujung minggu kat sinilah Mas suka jogging. Suasana taman dia sangat hijau, penuh dengan pokok. Udara pun nyaman dan segar. Bila berjogging pun tak rasa penat, rasa sihat dapat hirup udara segar dan bersih. Pastu kawasan taman ni tak panas sangat, redup je!


Trek yang disediakan pun sangat selesa untuk jogging, memang dibuat khas untuk pengunjung beriadah. Bukan setakat jogging je, kat trek tu boleh jugak main roller blade dan berbasikal. Yang best jogging kat sini sebab satu pusingan trek bersamaan dengan 1km. Jadi mudahlah bila nak jogging, kalau nak lari 5km buat 5 pusingan, nak 7km buat 7 pusingan dan nak jogging 10km pun boleh. Haaaa memang cukup buat kita berpeluh! 



Selain trek jogging ada jugak kemudahan lain disediakan seperti padang bola, gelanggang untuk main takraw atau badminton, trek untuk main skateboard, taman permainan kanak² dan peralatan untuk aktiviti fizikal. Pendek kata memang Taman Awam Nilai ni sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 



Pasal parking tak perlu risau, memang luas dan selesa. Tandas awam pun ada disediakan. Pastu kawasannya pun selamat sebab jauh dengan jalanraya, jadi tak perlu risau kalau bawak anak². 


Jom jogging petang ni kat Taman Awam Nilai!

Sabtu, 22 Oktober 2016

Intipati Bajet 2017 yang menarik

Assalamualaikum...(^ ^)

Bajet 2017 telah dibentangkan. Apa yang menarik perhatian korang semua? Bagi Mas ada beberapa perkara yang menarik perhatian dan dapat beri manfaat terutamanya sebagai penjawat awam. 


Ini yang paling menarik bagi Mas. Memang dah lama ada niat nak sambung belajar tapi sebagai Kumpulan Pelaksana kami hanya boleh buat PJJ je. Untuk Mas ia agak sukar sebab Mas memang tak boleh nak belajar dan bekerja dalam satu masa, otak Mas bukan otak robot! Kalau nak belajar biar tumpu sepenuh masa pada pelajaran dan apa yang bakal dilaksanakan ini memang membantu. 


Ini pun satu tindakan yang bagus! Memang bila anak sakit yang memerlukan perhatian kita 24 jam maka kenalah ambik cuti yang lama. Nak hantar taska tak boleh sebab penyakit tu akan berjangkit. Bila diberi cuti sebegini memudahkan urusan ibu bapa untuk rancang segalanya dan dapat jaga anak sehingga sembuh. 


Peranan wanita jugak diambil berat dan ini memang menarik perhatian Mas. Sekurangnya wanita tidak dipandang rendah dalam pembangunan negara. Di samping bekerja untuk bantu sara keluarga, kami jugak nak bagi perhatian pada anak², diri sendiri dan keluarga!


Ini lagi beberapa intipati yang menarik. Bonus macam biasalah takde, tapi cukuplah dengan bantuan kewangan. Dapat jugak guna untuk beli kelengkapan sekolah anak². Untuk pinjaman beli telefon bimbit dan motosikal tu bagus jugak tapi kena tengok komitmen dulu kalau nak beli. Takut nanti tambah beban hutang pulak! 



Jadi puashati tak dengan Bajet 2017? 

Jumaat, 21 Oktober 2016

Bajet oh Bajet

Assalamualaikum...(^ ^)


Bajet 2017 dibentangkan hari ini!

Tak taulah nak rasa serolnok ke, teruja ke atau biasa² je. Sebab rasanya tiap² tahun macam sama je intipati bajet. Barang, minyak dan kos sara hidup tetap bertambah dan tetap rasa terbeban. Yang miskin tetap miskin dan yang kaya makin kaya, seleweng duit dan rasuah tetap berleluasa!

Cuma suka tak suka tetap nak dengar jugak dan tetap ada harapan moga bajet ni lebih bermanfaat untuk rakyat. Sedikit sebanyak kita nak jugak tengok penambahbaikan terutamanya dalam aspek pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 


Tapi yang pastinya isu GST tentu akan jadi tumpuan, maklumlah dengar kata nak dinaikkan ke 8%! Kalau betul naik memang makin tinggi kos hidup, mana taknya nak makan sayuran pun kosnya tinggi tau tak? Baru nak hidup sihat tapi kena fikir 10 kali sebab kos nak beli terlalu mahal dek kerana GST. Kalau naik 8% entah² harga sebekas salad jadi RM10. 

Bonus untuk penjawat awam 
Ehhhh sudah tentulah yang ni Mas harapkan! Sapa tak nak bonus kan, lagipun bukan senang nak dapat. Tiap tahun asyik bantuan RM500 je. Penting kot bonus ni untuk orang pendapatan rendah macam Mas ni. Duit bonus itulah untuk belanja persekolahan anak² awal tahun depan nanti. Tak pernah lagi joli sakan dengan duit bonus, semuanya habis untuk keluarga.. 

Satu lagi moga apa saja bajet tu biarlah untuk kebaikan rakyat. Janganlah slogan "Rakyat Didahulukan" tu jadi rakyat didahulukan dengan rasa terbeban demi kepentingan negara dan pemimpin. Janganlah bajet tu hanya melepaskan batuk ditangga dek kerana pilihanraya yang semakin hampir!

Khamis, 20 Oktober 2016

Jus Pudina Lemon legakan batuk selsema

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh seksa betul bila batuk dan selsema ni. Dah dekat 2 minggu tak baik² lagi. Perit tekak, pedih hidung dan sakit dada dibuatnya. Tidur malam pun tak lena sebab asyik batuk dan hidung tersumbat. Pastu pagi pun sama, gatal tekak! Nak buat kerja pun rasa tak selesa. Dahlah Mas ni jenis tak suka sangat makan ubat kalau batuk selsema, jadi kena cuba cara natural remedy!

Pastu semalam ada jualan kat pejabat, ternampaklah kakak ni jual jus² yang dia buat sendiri. Dengar² jus yang dia buat tu baik untuk kesihatan. Tanya dia ada tak jus yang boleh legakan batuk selsema, terus dia bagi rasa Jus Pudina Lemon ni!


Sedap, rasa berangin pudina dan masam² lemon tu. Apa lagi terus beli 2 botol. Yang seronoknya akak tu siap ajar lagi cara nak buat, katanya nanti boleh buat sendiri kat rumah. Senang je caranya! 

Ambil lebih kurang segenggam daun pudina, basuh bersih pastu kisar dengan 1 jug air. Tapis dan buang hampasnya! Kemudian belah dua sebiji lemon pastu korek isi dan serat² lemon dengan sudu. Jangan perah jus je sebab serat tu yang berkhasiat. Letak isi lemon tu dalam air pudina tadi dan campur sedikit madu. Sejukkan dan sedia untuk diminum!


Haaa semalam Mas dah minum sebotol, rasa lega sikit tekak. Takde dah batuk² berpanjangan sampai termuntah². Selsema pun agak berkurangan pagi ni, kurang bersin dan hidung tak berair dah.

Hari ni minum sebotol lagi dan lepas ni buat sendiri je! Tapi kena ingat jugak, jus ni hanya melegakan. Makan tu kena jaga², barulah cepat baik!


Rabu, 19 Oktober 2016

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

2 minggu terakhir Oktober ni anak² sibuklah dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Bukan anak² je yang sibuk, mamanya pun sama. Takdelah sibuk ulangkaji tapi sibuk berleter suruh ulangkaji, terutama dekat si Arfan!


Kakaknya minggu ni dah mula peperiksaan. Dia macam biasa tak perlu suruh ulangkaji, dah semulajadi rajin. Ikut mama dia ni! Kadang tengok pukul 5 pagi dia dah bangun sambung ulangkaji sebab dia sekolah sesi petang. Memang sebijik mama masa sekolah dulu, gen mak lebih ni. Hehehee!

Cuma sekolah Arfan mula minggu depan. Tapi Arfan ni kena kerahan sikit kalau bab ulangkaji, kena cakap banyak kali baru nak buat. Kalau cakap sekali "Arfan pergi ulangkaji!", memang tak dihiraukan. Pastu bila mama dah bangun dan angkat rotan baru dia nak gerak. Haishh geram jugak kadang tu! Tapi dah suruh bukan dia tak boleh buat cuma vitamin malas yang terlebih, ingat nak main je! 


Tapi apa pun tak cukup anak² je ulangkaji, kita ibu bapa kena doakan yang terbaik buat mereka. Walaupun kadang² mereka liat sikit nak ulangkaji Mas tetap doakan mereka terang hati bila jawap soalan peperiksaan. Tak dapat keputusan cemerlang pun takpe janji lulus semua matapelajaran. 

Moga anak² mama buat yang terbaik untuk Peperiksaan Akhir Tahun ni. Habis exam kita pergi bercuti! 

Selasa, 18 Oktober 2016

Tak makan nasi ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada kawan tanya.. "Kau tak makan nasi ke Mas sejak mula diet ni? Hari² aku tengok kau upload gambar kau makan sayur dengan buah je!"


Hehehee takdelah sampai tak makan langsung. Mas makan bila rasa teringin atau seminggu sekali je. Kalau tak makan Mas gantikan dengan roti gandum penuh atau cereal. Dua² ni pun sumber karbohidrat dan banyak serat, jadi perut memang akan kenyang!

Sekarang kalau rasa nak makan nasi Mas akan masak cara sihat, senang je nak buat. Nasi segenggam digoreng dengan bawang putih, bawang merah dan sebiji cili api yang ditumbuk. Mas goreng tanpa minyak dan garam, hanya letak lada hitam, serbuk cili dan herba thyme. Kalau nak ada sumber protein sikit letaklah ayam, udang atau telur. Pastu campurkan dengan 2-3 jenis sayur seperti carrot, brokoli dan baby tomato. 


Haaaaa 5 minit jer dah siap! Ehhh sedap ke Nasi Goreng tak letak garam? Sedap tau, rasa manis² sayur tu dan pedas lada hitam dan serbuk cili tu. Alhamdulillah tekak Mas boleh telan, yang penting sedap dan berkhasiat!

Jadi sapa kata orang diet tak boleh makan nasi. Boleh tapi sukatan nasi kena segenggam, jangan 2 senduk pulak. Lagi bagus guna beras perang, pastu masak dengan cara yang sihat dan berkhasiat!

Isnin, 17 Oktober 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Pentas Gegar Vaganza 3 telah dibuka semalam dengan menampilkan 12 orang penyanyi² lama yang hebat². Minggu pertama menyaksikan mereka menyanyikan lagu sendiri yang popular suatu masa dulu. Fuhhh memang terimbau kembali kenangan silam bila dengar lagu² nostalgia ni, mengamit memori gitu!

Selepas persembahan kesemua peserta semalam bagi Mas semua peserta GV3 memang terbaik. Memang tak berubah suara mereka walaupun ada tu dah 10 tahun tak menyanyi di pentas. Mereka masih mampu menyanyikan lagu² tersebut dengan baik, malah sama macam 10 tahun dulu! 


Seperti biasa di setiap konsert Mas akan ada pilihan persembahan terbaik untuk artis lelaki dan wanita. Bagi minggu pertama ni pilihan Mas adalah milik Zarul dan Siti Sarah. Suara Zarul memang sama seperti dulu, lunak merdu! Bila dia nyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka terus teringat memori dedulu. Pastu Siti Sarah pulak memang kecil² cili api, persembahan dia sangat bertenaga dan menghiburkan. Suara pun power giler!

Tak sabar nak tunggu persembahan mereka untuk minggu kedua nanti. Inilah senarai lagu yang akan dinyanyikan dalam Konsert Kedua yang bertemakan Memori Berkasih.

Ameng | Epilog Cinta Dari Bromley (Suhaimi Mior Hassan)
Azharina | Sinaran (Shiela Majid)
Elly Mazlein | Berpisah Jua (Ziana Zain)
GMie Screen| Januari (Glenn Fredly)
Intan Sarafina | Pudar (Rossa)
Nora | Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
Rem | Suratan Atau Kebetulan (Keny, Remy & Martin)
Razis Ismail | Bunga Pujaan (Jamal Abdillah)
Shidi Data | Meneka Dalam Kesamaran (Ibnor Reza)
Siti Sarah | Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latif)
Zarul | Untukmu Selamanya (Visa)
Zur Eda | Berpaut Di Dahan Cinta (Dayang Ku Intan)

Hasil pemakanan sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah berjaya seminggu amalkan pemakanan sihat dan hampir 90% eat clean. Kalau dulu Mas diet memang amalkan jugak makanan sihat tapi bila hujung minggu je selalu terbabas. Tapi kali ni memang sediakan sendiri menu kat rumah. Pastu garam, gula, minyak dan lemak sangat kurang diambil sebab apa yang Mas masak semuanya hanya dicampur lada hitam dan perahan jus lemon.


Inilah hasil selepas seminggu, berjaya hilangkan dekat 2kg. Memang Mas target seminggu berjaya kurangkan 1kg atau 2kg. 

Kalau ikutkan lepas berjaya diet tahun lepas Mas pernah capai hingga 65kg. Pastu bila tak jaga makan dan kurang bersenam terus naik ke 68kg. Tapi bila timbang 10/10/2016 tu memang terkejut dah naik ke 70kg. Nak nangis rasa, barulah nak insaf sebab dah kurang jaga makan. Lagi satu bila berat dah naik mulalah cepat penat, asyik mengantuk dan badan jadi malas. 


Pastu terus azam nak ubah balik apa yang dah tersasar selama ni. Kena lebih memilih makanan sihat dan berkhasiat. Lebihkan sayur, buah, minum banyak air kosong, bersenam, tidur yang cukup dan buat detox sekurangnya 2 bulan sekali. 

Lagi pun selain nak kurus Mas nak sihat sebab umur pun dah dekat nak cecah 40an. Takut woooo tetiba dihinggap penyakit² berbahaya.

Jom hidup sihat dan makan sihat!


Sabtu, 15 Oktober 2016

Masak sendiri menu sihat

Assalamualaikum...(^ ^)


Sejak kembali berazam nak makan menu sihat setiap hari ni kenalah rajin. Kalau setakat hangat² taik ayam memang tak menjadilah. Setakat ni dah seminggu Mas masih berjaya makan menu yang sihat dan masak sendiri. 

Memang mula² rasa payah sebab kena bangun pagi untuk sediakan bekal untuk sarapan dan lunch. Tapi bila dah tiap² hari buat terus alah bisa tegal biasa. Mas bangun seawal jam 5 pagi, sediakan bahan dan potong². Dalam ½ jam gitu dah siap menu untuk sarapan dan lunch! 


Semua menu yang Mas masak memang mudah tapi sihat dan mengenyangkan. Macam telur, ikan atau ayam tu Mas hanya grill dalam kuali ajaib tanpa minyak dan garam. Pastu untuk sayur, Mas campur 2-3 jenis dan gaul dengan lada hitam dan perahan jus lemon. Siap untuk dimakan!

Inilah antara menu² yang Mas masak sendiri, bolehlah cuba. Kita kena mulakan dari sekarang makan secara sihat barulah badan rasa segar dan bertenaga. Lagilah Mas yang dah berumur, takut wooo dengan penyakit² kronik ni!







Khamis, 13 Oktober 2016

Krisis air Selangor semakin meruncing

Assalamualaikum...(^ ^)


Kesian sangat tengok bila ramai yang ada masalah air sejak loji di Semenyih tu ditutup akibat pencemaran. Hari² terpaksa bersabar tunggu bekalan air bersih sampai, pastu kena pulak angkut ke rumah. Kalau rumah teres takpelah, buatnya rumah flat yang takde lif tu jenuh jugak. 

Air adalah segalanya! Bagi Mas biarlah takde letrik dari takde air. Air kita nak guna untuk mandi, masak, basuh kain, ambil wuduk dan macam² lagi. Takde air ni bak takde duitlah, susah! 

Taska anak Mas kat Cyberjaya pun ada masalah air. Jadi sekarang tiap² pagi memang kena mandikan anak kat rumah. Kalau tak mandikan jawapnya sampai petang tak mandi. Melalaklah dia mandi pepagi buta pukul 5.30!

Tapi mujurlah kat kawasan perumahan Mas ada air. Banyak jugak kawasan perumahan kat Salak Tinggi tu ada masalah air tapi rumah Mas tak terlibat, syukur sangat! Jadi sekarang memang suruh anak² berjimat cermat gunakan air. Stok air pun kena simpan, mana tau terjadi apa². Kena bersedia sebab dengar kata ada lagi loji yang akan ditutup! 


Dalam kes ni pihak berwajib kena lebih cepat ambil tindakan supaya masalah krisis air ni tak berlanjutan. Tak boleh salahkan di antara satu sama lain, memang tak selesailah kes. Bekalan air pun kena sentiasa cukup supaya penduduk tak mengamuk.

Moga kes krisis air Selangor ni cepat selesai dan tindakan setimpal perlu dikenakan pada pihak yang akibatkan pencemaran tu!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com