mrs secretary

Ahad, 23 Oktober 2016

Riadah di Taman Awam Nilai

Assalamualaikum...(^ ^)


Setiap hujung minggu kat sinilah Mas suka jogging. Suasana taman dia sangat hijau, penuh dengan pokok. Udara pun nyaman dan segar. Bila berjogging pun tak rasa penat, rasa sihat dapat hirup udara segar dan bersih. Pastu kawasan taman ni tak panas sangat, redup je!


Trek yang disediakan pun sangat selesa untuk jogging, memang dibuat khas untuk pengunjung beriadah. Bukan setakat jogging je, kat trek tu boleh jugak main roller blade dan berbasikal. Yang best jogging kat sini sebab satu pusingan trek bersamaan dengan 1km. Jadi mudahlah bila nak jogging, kalau nak lari 5km buat 5 pusingan, nak 7km buat 7 pusingan dan nak jogging 10km pun boleh.. Haaaa memang cukup buat kita berpeluh! 



Selain trek jogging ada jugak kemudahan lain disediakan seperti padang bola, gelanggang untuk main takraw atau badminton, trek untuk main skateboard, taman permainan kanak² dan peralatan untuk aktiviti fizikal. Pendek kata memang Taman Awam Nilai ni sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 



Pasal parking tak perlu risau, memang luas dan selesa. Tandas awam pun ada disediakan. Pastu kawasannya pun selamat sebab jauh dengan jalanraya, jadi tak perlu risau kalau bawak anak². 


Jom jogging petang ni kat Taman Awam Nilai!

1 ulasan:

  1. macam best je tempat jogging tu... tempat pun nampak bersih... perghh..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com