Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 20 September 2019

Ayam Bismi jadi pilihan, diyakini Halal!

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sini penggemar ayam, angkat tangan sikit. Hehehee Mas pun suka ayam terutama anak², kalau masak Ayam Goreng ke, Ayam Masak Kicap ke atau Ayam Masak Merah memang mereka bertambahlah makan nasi. Jadi stok ayam kena sentiasa ada kat dalam peti ais. 


Biasanya Mas beli ayam di pasaraya atau pasar malam, cuma kekadang tu ada jugak rasa was² ayam tu betul² halal ke atau bersih ke? Jadi kenalah pilih ayam dari sumber yang betul² kita percayai serta yakin, dan sebab itulah sekarang Mas memilih Ayam Bismi. Ayamnya memang dijamin SEGAR, HALAL dan SUCI! 

Kenapa perlu memilih Ayam Bismi
Yang paling utama sudah semestinya ia diiktiraf halal oleh JAKIM dan ada pensijilan MeSTI oleh KKM. Pastu Ayam Bismi adalah sebuah jenama AYAM HALAL tanpa ragu² dan was² untuk dimakan kerana ia mengamalkan konsep Halal Muslim 100% dimana ayam dijaga dari peringkat ternakan, sembelihan dan edaran.


Di antara kelebihan utama Ayam Bismi ialah:
  • Tanpa suntikan
  • Tanpa hormon
  • Bebas dari antibiotik merbahaya yang diharamkan oleh KKM
  • Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir
  • In house Dr Veterinar khusus untuk menjaga kesihatan Ayam Bismi
  • Pasukan Teknikal Ladang yang mahir dan berpengalaman
  • Visiting Dr Veterinar yang berpengalaman sebagai Konsultant Ladang Ayam Bismi
  • Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam
  • Kilang penyembelihan yang telus
  • Pemilik dan pekerja 100% muslim
Ayam Bismi ada penghantaran ke rumah
Haaa yang ini paling Mas suka, jimat masa dan tenaga. Tak perlu dah Mas nak pilih² ayam kat pasaraya atau pasar malam, whatsapp je pastu ayam terus dihantar ke depan pintu rumah. Buat tempahan pagi, sebelah petangnya ayam dah selamat dihantar. Mas pun apa lagi terus order stok ayam untuk seminggu, mudah sangat!


Ayam yang ditempah pulak ada pelbagai pilihan, boleh pilih ikut mana yang korang suka. Ada bahagian dada je, bahagian kepak je, bahagian peha je dan bahagian thigh je. Pastu ada jugak ayam sederhana yang dipotong 9, ayam besar yang dipotong 12 dan ayam bulat (whole chicken + internal organ). Fuhhh memang mudah kan, tak perlu dah kotorkan tangan pilih² ayam, order je bahagian mana yang kita suka. Senangnya!



Kerja memasak mudah dengan Ayam Bismi
Kalau dulu nak masak ayam memang remeh sikitlah, kena defrost ayam dah makan masa ½ jam pastu nak kena cuci bersih² dulu baru boleh masak. Tapi tidak lagi bila dah pilih Ayam Bismi, serius kerja memasak jadi mudah sangat!

Keluarkan Ayam Bismi dari peti ais pastu defrost 5 minit, haaa memang sekejap ayam dah lembut. Pastu bilas je dengan air bersih, tak perlu dah nak cuci lebih² sebab ayamnya dah siap dicuci bersih sebelum dibungkus. Ayam pun segar macam baru disembelih, kurang lemak serta isinya tidak keras bila dimasak. 



Haaa bila dah mudah tu, memang seronoklah memasak. Terus Mas masak menu kegemaran keluarga iaitu Nasi Arab Ayam Panggang Bismi dan menu kegemaran anak² Ayam Goreng Bismi Pedas Berapi. Anak² pun cakap "Ayam Bismi ni sedaplah mama, isi lembut dan rasa fresh je." Wahhh memang tak rugi Mas memilih Ayam Bismi!



Nyum³ Ayam Bismi sedap!


Jadi Mas sarankan sangat kat korang untuk pilih Ayam Bismi, sebab ayamnya dijamin halal dan segar. Kalau nak order klik whatsapp link ni http://projekayambismi.wasap.link, ayam akan terus dihantar ke rumah korang dan nak suruh hantar terus dalam peti ais pun boleh. Hehehee!

Pastu untuk pertanyaan lanjut, boleh layari:



Rabu, 18 September 2019

Jerebu teruk melanda lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun 2015 negara kita pernah dilanda jerebu teruk akibat pembakaran haram di negara jiran. Masa tu memang IPU sangat tidak sihat sampaikan ada sesetengah tempat cecah tahap bahaya, sekolah pun sampai 2 kali diarah tutup.

Tahun ni sekali lagi bencana jerebu melanda, dan kali ni agak teruk jugak terutama di negeri Sarawak kerana ianya berhampiran dengan Kalimantan dan Sumatera. Kalau di Semenanjung di daerah Klang yang paling tidak sihat IPUnya, namun sekarang dah merebak ke Melaka, Putrajaya, daerah lain di Selangor dan Nilai. 


Memang kalau keluar dari rumah akan hidu bau asap yang kuat, mata hidung akan terasa pedih. Mas yang memandu pagi² pun rasa sukar sebab keadaan yang berasap, penglihatan memang terbatas. Sekarang memang pergi kerja duduk di pejabat je, langsung tak keluar ke mana². Balik rumah pun terus tutup tingkap pintu! 

Pastu mulai semalam sekolah pun dah mula ditutup, dimulai dengan sekolah di Putrajaya. Sekolah anak² Mas semalam sesi pagi masih buka sebab anak² di tingkatan 4 ada peperiksaan akhir tahun. Tapi sekolah sesi petang terpaksa ditutup sebab IPU di Nilai dah cecah 200 lebih. Hari ni pun sekolah tutup jugak sebab IPU masih 200 ke atas! 


Kesian jugaklah kat anak² sekolah terutama yang sedang hadapi peperiksaan, macam kakak Atikah lah. Sepatutnya hari ni dia ada exam paper Sejarah, tapi terpaksa tangguh dek kerana sekolah tutup. Tapi Mas cakap kat dia takpelah demi kesihatan, lagi pun boleh study lebih lagi. 

Harap sangatlah negara yang terlibat tu dapat atasi masalah pembakaran terbuka tu dengan cepat, sebab keadaan jerebu ni sangat memudaratkan. Pastu kita kat Malaysia pun kena prihatin jugak, jangan tambahkan lagi masalah jerebu ni dengan lakukan pembakaran terbuka dengan sengaja. Sikap ni akan membuatkan kualiti udara kita semakin teruk! 

Ini bacaan IPU setakat jam 10 pagi ni di Putrajaya dan Nilai, masih sangat tidak sihat iaitu 200 lebih.



Khamis, 12 September 2019

Review filem Fast Furious: Hobbs and Shaw

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya dapat jugak tengok filem ni, walaupun tayangannya dah lama ada di pawagam. Mas kalau sekuel Fast & Furious ni memang tak akan ketinggalan, dari yang pertama lagi. Walaupun filem kali ni hanya berkisahkan Hobbs dan Shaw je, tapi Mas tahu ianya pasti best.


Mas pergi menonton masa hari merdeka tu, dan kali ni boleh bawak anak² sebab bukan kategori 18 tahun ke atas tapi P13. Anak² pun seronoklah sebab mereka pun suka cerita ni.

Filem kali ni berkisar mengenai Hobbs dan Shaw, yelah kita tahu mereka berdua ni tak berapa ngam dari Fast7. Shaw kan jahat masa tu, pastu Hobbs pulak tangkap dan sumbat dia dalam penjara. Tapi masa Fast8 mereka terpaksa bekerjasama, walaupun pada awalnya bertegang leher jugaklah. Tapi sebenarnya mereka serasi dan boleh bekerjasama!

Dalam sekuel ini sekali lagi mereka kena bekerjasama dalam satu misi menumpaskan seorang Anarkis Siber Genetik hebat iaitu Brixton. Pada mulanya mereka tak tahu pun kena bekerjasama, tapi bila dah jumpa memang tak serasilah. Namun mereka akhirnya dapat selesaikan misi dengan jayanya, dan jadi kawan baik.


Review Fast & Furious: Hobbs & Shaw
Bagi Mas ia tidak mengecewakan, babak aksi memang cukup padat. Haaa memang Mas tak berganjak dari tempat duduklah. Cuma Mas akui pada permulaan cerita agak bosan sikit tapi bila ada adegan² pertempuran, pergaduhan dan tembak menembak maka ianya jadi menarik.

Lagi satu ianya tidak membosankan bila ada unsur² humor yang spontan dan sangat melucukan, memang mencuit hatilah. Paling best bila tengok babak² pertikaman lidah antara Hobbs dan Shaw, walaupun gaduh mulut tapi kelakar dan buat Mas ketawa berdekah.

Selain aksi yang luar biasa dan komedi yang menarik, filem ini jugak ada mesej kekeluargaan yang ringan dan santai. Jadi berbaloi lah laburkan duit menonton filem ni, Mas bagi 8 bintang.

Selasa, 3 September 2019

Floria Putrajaya 2019 agak hambar

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni peminat bunga-bungaan, jadi sejak dari mula Floria diadakan di Putrajaya Mas memang tak lepaskan peluang untuk pergi. 


Tahun ni dah 11 tahun Floria diadakan di Putrajaya, dan sudah tentulah Mas tak ketinggalan untuk pergi. Cuma lokasi Floria tahun ni diadakan di Taman Botani, ini mungkin kerana clash dengan Hari Merdeka jadi kalau buat di tapak asal tu agak sesak. Namun selepas pergi menyaksikan sendiri Floria 2019 ni, Mas agak hampa dan kecewa. Bagi Mas tahun ni ianya agak hambar dan kurang menarik. 

Parking pun memang agak payah, mula² kami park depan Taman Botani tu tapi disuruh alih oleh penguatkuasa. Husband pun parking kat atas bukit berhampiran Shangri La Hotel tu, ahhhh kejang kakilah dok daki bukit. 

Pastu bagi Mas lokasi di Taman Botani tu agak kurang sesuai kerana ianya agak luas, jadi nak berjalan dari satu tempat lanskap ke yang lain agak jauh. Memang ada disediakan perkhidmatan buggy tapi agak terhad, Mas ambik masa dekat sejam menunggu untuk naik buggy tu. Lagi satu ianya dikenakan bayaran, mungkin sebab itu ramai yang memilih tak mahu naik. Yer bayaran takdelah mahal, cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak² tapi bagi yang anak ramai pasti akan terasa. Sebab mereka dah bayar untuk tiket masuk sekali nak naik buggy pun kena bayar. 




Bukanlah nak cakap tak larat nak jalan, tapi kesian kat anak² je. Mereka yang seronok nak tengok, tapi bila dah penat mood tu dah ke laut. Jadi memang kami tak habis jelajah pun kat dalam tu, kesian dekat anak². Tunggu buggy dah lah lama, bila sampai dan nak naik katanya waktu rehat pulak. Situ dah sikit rasa kecewa!

Lagi satu lanskap bunga² nya agak kurang menarik bagi Mas, tak seperti yang sesebelum ni. Bila jalan² kat situ umpama jalan di Taman Botani yang dihias, bukannya tengok Floria. Tak semua bagi Mas tak menarik, ada yang menarik tapi jika dibandingkan dengan lanskap² tahun 2018 lebih menyerlah. Jadi nak ambik gambar pun tak berapa ada mood, ditambah dengan penat berjalan lagi. Tapi ada jugak gambar yang Mas rakamkan sebagai kenangan!




Mas katakan sedemikian kerana Mas adalah pengunjung setia Floria, dari tahun pertama lagi yer. Sebab itu Mas boleh bezakan ianya menarik atau hambar, bukan Mas saja² nak kondem. Tapi takpelah pendapat dan pandangan semua orang tak sama, janji Mas dah pergi dan support Floria 2019. Harap pihak berwajib boleh terima pandangan pengunjung dan harap tahun depan mereka boleh perbaiki kelemahan yang ada, barulah dapat berikan yang terbaik!

Bagi korang yang belum pergi boleh je pergi tengok sendiri dan nilai, takdelah Mas cakap tak payah pergi. Mungkin pandangan dan pendapat korang berbeza kan? Harga tiket masuk murah je, RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak. Nak beli tiket secara online pun boleh di https://ticket.smart.putrajaya.my/




Isnin, 2 September 2019

Review filem Sangkar

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang dah tengok ke filem Sangkar, kalau belum cepat² pergi beli tiket. Serius tak rugi tau tengok filem ni, best sangat dan ibarat lauk yang cukup rasa. Sarat dengan pengajaran, penuh dengan nilai kekeluargaan dan kasih sayang, persahabatan dan sikap saling memaafkan.


Mas ni serius tak minat sangat kalau tengok filem fighting camtu, nak pulak MMA yang ganas² camtu. Tapi bila Mas baca review ramai cakap filem ni menarik, terus Mas cabar diri nak tengok. Pujuklah husband ajak tengok, ingatkan dia tak nak sebab dia ni memang anti sikit nak tengok dengan filem melayu. Tapi lepas menonton kami puashati, tak rugi pun beli tiket berharga RM18 sorang. 

Review filem Sangkar
Mula² tengok ingatkan filem ni hanya berkisar pasal perlawanan MMA sahaja, tapi tanggapan Mas salah. Daripada minit pertama hinggalah minit terakhir memang mata tak beralih dari skrin besar, rasa rugi kalau beralih pandangan. Husband Mas tu biasanya kalau tengok filem melayu dia akan tidur, tapi untuk filem Sangkar ni Mas boleh tengok dia khusyuk menonton dari mula hingga habis. Setiap babak dalam cerita ni penuh makna dan pengajaran, sebab itu kami tak bosan menontonnya.


Pastu memang tak dijangka ada babak kelakar yang sangat melucukan, memang Mas tak cover dah gelak. Paling berdekah babak dalam tandas, haaa kalau nak tahu korang kena pergi tengok filem Sangkar. Watak Zul Ariffin memang menjadi kelakarnya, walaupun hanya lafazkan dialog tapi kita boleh gelak besar. Memang bersahaja sangat!

Remy Ishak pulak memang tak dinafikan dia pelakon yang bagus, Mas memang meminati lakonan dia. Tapi dalam Sangkar ni Mas bagi 10/10 untuk lakonan dia, cukup rasa semuanya. Membawa watak sebagai seorang yang lumpuh bukannya mudah, tapi dia mampu membawa watak itu dengan baik dan memberi kesan di hati kita yang menontonnya. 


Serius sukar nak cakap dengan kata² tapi filem Sangkar ini penuh dengan rasa. Ada rasa kasih sayang, penyesalan, tanggungjawab, bebanan, sedih, sinis, kelakar dan marah. Bromance antara watak Adam dan Johan memang terbaik, kita boleh rasa mereka saling memerlukan dan ada persahabatan yang kuat. Mereka saling memaafkan dan tiada simpan dendam!

Lagi satu semua watak dalam filem ni memberi impak yang terbaik, sebab itulah filem ini jadi terbaik. 10 bintang untuk Sangkar dan wajib tonton! Mas yang dah tengok ni pun rasa nak tengok sekali lagi, rasa tak puas tengok sekali je! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com