Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 20 September 2019

Ayam Bismi jadi pilihan, diyakini Halal!

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sini penggemar ayam, angkat tangan sikit. Hehehee Mas pun suka ayam terutama anak², kalau masak Ayam Goreng ke, Ayam Masak Kicap ke atau Ayam Masak Merah memang mereka bertambahlah makan nasi. Jadi stok ayam kena sentiasa ada kat dalam peti ais. 


Biasanya Mas beli ayam di pasaraya atau pasar malam, cuma kekadang tu ada jugak rasa was² ayam tu betul² halal ke atau bersih ke? Jadi kenalah pilih ayam dari sumber yang betul² kita percayai serta yakin, dan sebab itulah sekarang Mas memilih Ayam Bismi. Ayamnya memang dijamin SEGAR, HALAL dan SUCI! 

Kenapa perlu memilih Ayam Bismi
Yang paling utama sudah semestinya ia diiktiraf halal oleh JAKIM dan ada pensijilan MeSTI oleh KKM. Pastu Ayam Bismi adalah sebuah jenama AYAM HALAL tanpa ragu² dan was² untuk dimakan kerana ia mengamalkan konsep Halal Muslim 100% dimana ayam dijaga dari peringkat ternakan, sembelihan dan edaran.


Di antara kelebihan utama Ayam Bismi ialah:
  • Tanpa suntikan
  • Tanpa hormon
  • Bebas dari antibiotik merbahaya yang diharamkan oleh KKM
  • Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir
  • In house Dr Veterinar khusus untuk menjaga kesihatan Ayam Bismi
  • Pasukan Teknikal Ladang yang mahir dan berpengalaman
  • Visiting Dr Veterinar yang berpengalaman sebagai Konsultant Ladang Ayam Bismi
  • Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam
  • Kilang penyembelihan yang telus
  • Pemilik dan pekerja 100% muslim
Ayam Bismi ada penghantaran ke rumah
Haaa yang ini paling Mas suka, jimat masa dan tenaga. Tak perlu dah Mas nak pilih² ayam kat pasaraya atau pasar malam, whatsapp je pastu ayam terus dihantar ke depan pintu rumah. Buat tempahan pagi, sebelah petangnya ayam dah selamat dihantar. Mas pun apa lagi terus order stok ayam untuk seminggu, mudah sangat!


Ayam yang ditempah pulak ada pelbagai pilihan, boleh pilih ikut mana yang korang suka. Ada bahagian dada je, bahagian kepak je, bahagian peha je dan bahagian thigh je. Pastu ada jugak ayam sederhana yang dipotong 9, ayam besar yang dipotong 12 dan ayam bulat (whole chicken + internal organ). Fuhhh memang mudah kan, tak perlu dah kotorkan tangan pilih² ayam, order je bahagian mana yang kita suka. Senangnya!



Kerja memasak mudah dengan Ayam Bismi
Kalau dulu nak masak ayam memang remeh sikitlah, kena defrost ayam dah makan masa ½ jam pastu nak kena cuci bersih² dulu baru boleh masak. Tapi tidak lagi bila dah pilih Ayam Bismi, serius kerja memasak jadi mudah sangat!

Keluarkan Ayam Bismi dari peti ais pastu defrost 5 minit, haaa memang sekejap ayam dah lembut. Pastu bilas je dengan air bersih, tak perlu dah nak cuci lebih² sebab ayamnya dah siap dicuci bersih sebelum dibungkus. Ayam pun segar macam baru disembelih, kurang lemak serta isinya tidak keras bila dimasak. 



Haaa bila dah mudah tu, memang seronoklah memasak. Terus Mas masak menu kegemaran keluarga iaitu Nasi Arab Ayam Panggang Bismi dan menu kegemaran anak² Ayam Goreng Bismi Pedas Berapi. Anak² pun cakap "Ayam Bismi ni sedaplah mama, isi lembut dan rasa fresh je." Wahhh memang tak rugi Mas memilih Ayam Bismi!



Nyum³ Ayam Bismi sedap!


Jadi Mas sarankan sangat kat korang untuk pilih Ayam Bismi, sebab ayamnya dijamin halal dan segar. Kalau nak order klik whatsapp link ni http://projekayambismi.wasap.link, ayam akan terus dihantar ke rumah korang dan nak suruh hantar terus dalam peti ais pun boleh. Hehehee!

Pastu untuk pertanyaan lanjut, boleh layari:



10 ulasan:

  1. wah..bagusnya. delivery tu cover kawasan mana? nanti masukkan harga sekali boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whatsapp je kat link yang saya bagi tu nanti dia akan bgtau cover kawasan mana dan harga ayam.

      Padam
  2. Tgk part takde injection tu mmg baguihhh sgt kn . Itu yg bawak penyakit kat kita

    BalasPadam
  3. Bagusnya.. susah nak cr ayam tak ada suntikan sekarang ni.

    BalasPadam
  4. Menarik gak ni. 1st time dengar ayam Bismi. Lepas ni nak order sebab ramai kengkawan dah try kata sedap

    BalasPadam
  5. Bestnye ayam bismi ni. Tak pernah lagi beli.

    BalasPadam
  6. yeayhh ! support BMF.. so nak beli ni jugak

    BalasPadam
  7. kita hari2 kalau boleh nak makan ayam..hahahha..ayam sedap..lagi kalau goreng..bagus ayam bismi ni..nanti nak beli la

    BalasPadam
  8. tesktur ayam segar dan berbeza dari dari ayam biasa di kedai

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com