Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 26 Mac 2019

Amalan minum air masak

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu Mas memang kurang minum air masak, lebih suka air manis² je. Kalau boleh pagi petang siang malam nak minum air milo ais je, tak minum rasa tak lengkap hidup. Haaa memang ketagih air manis masa tu!


Tapi sejak Mas amalkan diet dan pemakanan sihat, air manis Mas dah tolak tepi. Sekarang lebih suka teguk air masak je, sehari wajib 3 liter. Camne nak amalkan dan konsisten minum air masak ni, boleh ke berjaya? 

Haaa mula² nak amalkan tu memang agak susah, kadang satu hari tu 1 liter pun tak habis. Puas jugak tahan tekak dari nak teguk air manis, minum air masak macam teguk racun je. Hahahaa punyalah payah kan? Tapi Mas cuba amalkan, dan nak lebih konsisten Mas buat air detox. Air campuran lemon, bila buat gitu jadi banyak jugaklah Mas minum air masak. 

Tapi lama kelamaan bila dah terbiasa minum air masak je, tekak jadi lali. Jadi tak perlu dah buat air detox, teguk air masak kosong je sepanjang masa. Pastu nak amalkan tu kena sentiasa bawak air masak ke mana saja, Mas ni pergi kenduri kahwin pun angkut botol air masak sendiri tau. Lagi satu kat dalam bilik, kat ruang tamu, kat dalam kereta dan kat pejabat kena sediakan botol air masak. Haaa dengan cara ni Mas memang akan selalu minum air masak secukupnya berbanding dari air manis. 

Jadi kalau korang yang payah nak konsisten minum air masak tu boleh ikut cara Mas ni, dijamin akan berjaya. Minum ikut keperluan badan kita, berat 25kg untuk 1 liter air masak. Bolehlah minum ikut berat badan kita ye, dan moga korang berjaya amalkan gaya hidup sihat!

Isnin, 25 Mac 2019

Mood menulis makin merundum!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semenjak dua menjak ni tak tahulah kenapa mood menulis agak merundum, macam takde semangat je. Kalau tahun lepas sehari tak menulis rasa macam tak seronok je, mesti nak update setiap hari. Setiap hari mesti ada 1 entri, ada je idea datang untuk menulis. 


Dalam tahun 2019 mood menulis tu tak tahulah hilang entah ke mana, asyik malas je rasa. Setakat hari ni baru tulis 30 entri, haaa sikit kan untuk tempoh 3 bulan. Kalau rajin dan setiap hari ada 1 entri, mesti dah ada 84 entri setakat tarikh hari ni. Huhuhuu banyak tu, ni tak separuh pun belum capai. Nasiblah ada jugak entri kerja, kalau nak harap entri peribadi mesti ada berapa ketul je yang ditulis. 

Tapi bagi Mas, menulis blog ni ada pasang surutnya. Ada masa kita seronok menulis dan idea mencurah², dan ada masa keseronokan tu hilang entah kemana bersama idea dan kerajinan. Mas pernah 2-3 kali jugak hadapi situasi camni, sampaikan ada masa nak berhenti berblog je. Tapi dek kerana sayangkan blog yang dah hampir 9 tahun bernyawa ni, Mas usahakan jugak untuk terus menulis walaupun hakikatnya semangat tu dah tak berapa nak ada.

Jadi bila mood menulis ni makin ke laut, Mas dah kurang nak ambik entri kerja untuk blog. Yelah risau client tak berpuashati je, maklumlah trafik pun dah agak merundum. Biasanya client nak blog yang aktif ditulis setiap hari. Cuma ada jugaklah entri kerja yang Mas ambik kalau bayarannya tak tinggi sangat, sekurangnya setimpal dengan trafik blog Mas. 

Sekarang tengah usaha nak aktif semula menulis setiap hari, sayang nak tengok blog ni bersawang je. Nak naikkan semula trafik blog yang makin sendu tu, dan nak raih semula kepercayaan client pada blog Mas. Bukanlah harapkan dapat banyak entri kerja tapi sekurangnya adalah sedikit rezeki darinya. Moga lepas ni Mas terus konsisten menulis!

Selasa, 19 Mac 2019

Selesai urusan LHDN

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas tak pernah kisah pun pasal potongan cukai ni, sampaikan dah ada akaun didaftar pun Mas tak tahu. Hahahaa nampak sangat tak ambik kisah pasal benda ni, mungkin sebab potongan bulanan tu tak banyak kot?


Tapi tahun ni tergeraklah hati nak ambik kisah pasal potongan cukai ni, naklah isytihar pendapatan dan tangungan yang ada. Mana tahu potongan yang sedikit tu dapat refund semula. Jadi semalam Mas pergilah je LHDN Bangi untuk dapat pin nombor bagi pembukaan e-filing kali pertama. 

Hasil semakan untuk pegawai LHDN rupanya dari tahun 2014 Mas tak pernah declare, haaa punyalah tak ambik tahu kan? Jadi pegawai tu suruhlah Mas buat dari tahun 2014, manalah tahu jumlah potongan tu akan dibayar semula. Kat situ jugak ada disediakan kemudahan komputer untuk pelanggan daftar e-filing dan ada pegawai yang akan bantu. 

Tapi Mas malas nak buat kat situ, ramai sangat orang. Buat kat handphone je pun boleh, sambil² buat kerja kat pejabat tu. Haaa sekejap je Mas buat, tak sampai sejam dah selesai buat taksiran dari tahun 2014 hingga 2018. Dari 5 tahun ni hanya 3 tahun je Mas dikenakan potongan, lagi 2 tahun takde. 

Jadi bila dah declare tu dapatlah refund jumlah bayaran tu, takdelah banyak pun tapi legalah bila dan selesai. Sebenarnya walaupun kita takde potongan bulan² tapi seeloknya kita bukalah akaun, ini untuk elakkan hal² lain kemudian nanti. Sebab macam Mas sebagai penjawat awam hal cukai ni tak boleh dipandang remeh, nanti bila dah pencen akan disemak balik. 

Isnin, 18 Mac 2019

Masih kena follow up

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni lagi sekali temujanji Aiyra dengan Pakar Pediatrik, rutin setiap 3 bulan sekali. Pergi kali ni dengan harapan temujanji ini adalah kali terakhir, sebab Aiyra memang takde masalah dan membesar dengan sihat je. 


Sebenarnya rutin jumpa Pakar Pediatrik ni bukanlah sebab Aiyra ada masalah kesihatan yang serius tapi untuk pemantauan tumbesaran dia je. Doktor tak nak perkembangan dia terbantut atau terlebih obesiti sebab masa lahir dulu dia ada masalah hypo. Pastu doktor nak pantau jugak graf berat, tinggi dan BMI dia.

Tapi bila dah timbang berat ada pengurangan 300 gram, ini mungkin sebab dia tak selera makan masa kena HFMD dan demam lama hari tu. Jadi dah turun tu maka graf berat dia pun menurunlah sikit, tapi nasiblah BMI masih normal. 

Bila graf tak cantik tu doktor cakap kena datang lagi untuk follow up, lagi 5 bulan. Alaaa ingatkan dah boleh discaj sebab takde masalah serius kan, cuma berat je turun. Tapi doktor cakap kena datang jugak untuk tengok perkembangan berat badan dia, doktor nak graf dia naik cantik dan normal. Jadi Mas ikutkan je, demi kesihatan Aiyra kan? Tak kan nak buat tak tau je atau tak nak datang dah lepas ni, nanti ada masalah pada anak Mas jugak yang susah. 

Jumpa pulak bulan 8 nanti!

Rabu, 13 Mac 2019

Dek sikap pihak tak bertanggungjawab!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bodoh dan tak berhati perut!

Haaa itu je yang boleh Mas katakan pada si pelaku yang sesuka hati buang sisa toksid berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tu. Dek kerana sikap tak bertanggungjawab tu lebih 500 orang pelajar sekolah dirawat akibat pencemaran tu, dan 111 sekolah terpaksa ditutup.


Pastu yang kesiannya ada pelajar yang kritikal, sampai terpaksa dirawat di ICU. Hancur luluh hati ibu bapa tengok anak terpaksa terima akibat dari sikap tak bertanggungjawab orang lain. Hospital sampai sesaklah dibuatnya!

Ya Allah kenapalah ada manusia durjana camni, tak fikir ke akibat buruk yang akan berlaku. Korang takde duit atau tak mampu nak lupuskan bahan kimia tu, janganlah sampai menganiaya orang lain. Sesuka hati je buat camtu, haihhh memang tak boleh terima dek akal kan? 

Harap pihak berwajib dapat bagi hukuman berat pada si pelaku ni, jangan sekadar suruh mereka bayar denda je. Itu mereka mampu buat, dan tak mustahil lepas bayar tu mereka akan ulangi lagi kes sebegini. Kalau ikut Mas yang sakit hati ni, rendam je muka sekor² dalam sungai tercemar tu. Haaa baru tahu camne seksanya orang yang menghidu dan terkena bahan kimia beracun tu! 

Mas harap sangat masalah ni dapat diatasi secepat mungkin, dan sisa bahan kimia tu dapat dibersihkan dengan sebaik mungkin. Pastu sekolah pun biar tutup lama sikit, dah sah benar² selamat baru buka kembali. Lagi satu penduduk di sana kena sentiasa ambik langkah berjaga², kalau boleh elakkan aktiviti di luar rumah supaya tak terdedah kepada pencemaran bahan kimia tu. Sama²lah kita doakan semoga penduduk di Pasir Gudang selamat dan dilindungi! 

Selasa, 12 Mac 2019

Prihatinlah wahai ibu bapa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya sikap segelintir ibu bapa yang tak prihatin ni menyusahkan ibu bapa lain. Bukanlah Mas nak kondem semua ibu bapa, tapi memang ada yang sambil lewa je bab anak² ni. Terutamanya bab bila anak² dijangkiti penyakit yang mudah berjangkit. 


Macam baru² ni si Aiyra kena HFMD, bila disiasat rupanya berjangkit kat taska. Ada ibu bapa yang sanggup jugak hantar anak ke taska walaupun anak tu dah dijangkiti HFMD, alasannya tak tahu anak dah kena virus tu. Patutnya kalau tak tahu pergilah bawak ke klinik untuk dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor. Janganlah anggap penyakit camtu perkara remeh je kan?

Kadang tu bukan ibu bapa ni tak tahu tanda² virus HFMD ni, tapi ada tu sayang nak bercuti. Jadi sanggup jugaklah hantar anak ke taska demi nak korbankan cuti, yang jadi mangsa anak² orang lain kat taska tu. Bila dah berjangkit kat ramai anak² bukan sahaja dia yang susah, ibu bapa lain jugak akan susah jika taska perlu ditutup!

Jadi bab² camni ibu bapa kenalah prihatin sikit, jangan pentingkan diri sendiri. Paling tak pentingkanlah kesihatan anak² tu, tergamak anak sakit pun nak hantar taska. Bertolak ansur lah suami dan isteri kan, gilir² ke cuti untuk jaga anak tu. Bagi yang kerja kerajaan akan dapat cuti kuarantin 5 hari untuk penyakit berjangkit ni, jadi manfaatkan lah. Kalau habis cuti tu anak masih tak sihat, tak salah kalau sambung cuti sampai anak betul² sihat!

Macam Mas ni, anak demam pun tak sanggup hantar ke taska inikan pulak kena penyakit camtu. Kesian tengok anak² siksa menanggung!

Isnin, 11 Mac 2019

Menu diet yang sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni bila dah mula kembali berdiet memang akan jaga makan betul², semuanya wajib 100% bersih. Memang Mas akan masak tanpa guna minyak dan garam, hanya perasakan dengan chilli flakes, serbuk lada hitam dan perahan jus lemon. Serius sedap tau, korang kena cuba buat. 



Untuk sediakan menu diet yang sihat ni, Mas akan sediakan menu seringkas mungkin. Sebab Mas masak seawal jam 4 pagi untuk bawak bekal ke pejabat, jadi tak perlulah menu yang leceh². Biasanya Mas sediakan salad je, itu yang paling mudah dan mengenyangkan!

Salad yang Mas buat ni memang sangat sedap, segar dan mengenyangkan. Biasanya Mas guna sayur segar yang terdiri daripada romaine salad, butterhead, brokoli, taugeh hijau, timun jepun, kacang peas, tomato ceri dan lobak. Mas akan campurkan 3-4 jenis sayur² untuk setiap hidangan salad ni. Pastu protein pulak Mas gunakan ayam fillet atau telur je, kadang kalau teringin ikan salmon Mas masaklah sekali sekala.



Nak sediakan salad ni senang sangat, 5 minit je dah siap. Hanya potong² sayur dan campurkan dalam mangkuk, kalau macam sayur taugeh hijau dan brokoli tu Mas akan grill sekejap. Ayam pulak Mas potong kecik² dan grill je, kalau telur Mas akan buat telur hancur je. Pastu campurkan ayam atau telur ni dengan sayur² dan perasakan dengan serbuk lada hitam, chilli flakes dan perahan jus lemon. Nak lagi sedap letaklah sedikit minyak zaitun, memang terangkatlah! 

Kalau Mas nak ada sedikit karbo, Mas akan bakar 1-2 keping roti gandum penuh. Pastu potong kecik² dan gaul dengan salad tadi. Haaa jadilah satu hidangan diet yang lengkap, sihat, 100% bersih dan berkhasiat! 


Rabu, 6 Mac 2019

Dua beradik demam serentak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhh minggu lepas dan minggu ni memang sangat struggle dan memenatkan. Haaa tulis blog pun dah ke laut dalam, takde dah 1 hari 1 entri macam sebelum ni. Jadi mulai hari ni nak kejar balik, nak cari balik mood menulis tu!


Mana taknya dua² puteri Mas tu demam on off, bermula dengan Aiyra kena HFMD dan kemudian Airis pulak demam. Pastu Aiyra walaupun HFMD dia dah baik tapi masih demamnya tak kebah², sentiasa kena bagi ubat. Tapi dah bagi ubat pun suhu tak nak turun, terpaksalah hari Isnin tu bawak dua² ke klinik. Suhu sampai 39°, haaa mau tak runsing Mas!

Bila sampai klinik Aiyra kena ambik darah, sebab deman dah lebih seminggu. Nasiblah keputusan darah takde masalah apa², demam virus takde dan platelet darah pun normal. Bukan apa risau denggi je, sebab sekarang musim virus denggi dah menular semula. 

Airis pulak takde kena ambik darah sebab dia baru 2 hari demam masa tu, jadi cuma kena makan ubat jelah sebab suhu tinggi. Pastu ingatkan dah makan ubat suhu turun tapi takde pun, makin panas jugak badan. Sampaikan malam tu suhu dia sampai 40°, huhhh panik kami. Bukan apa risau dia kena tarik je, kaki tangan dia dah kejang sebab terlalu panas badannya. Nasib masa tu Aiyra dah kebah sikit demamnya, takdelah kalut sangat! 


Jadi bila suhu tak nak turun² dan panas pun tak nak surut², Mas basahkan tuala dan bungkus badan dia. Pastu kepala dia Mas basahkan dengan air daun bunga raya, haaa sejam lebih jugaklah kami buat camtu. Barulah turun suhu ke 38° dan panas pun berkurangan, lega kami! 

Alhamdulillah hari ni dua² dah beransur sihat, Aiyra dah pergi taska dan Airis pun dah boleh ke sekolah. Moga mereka berdua terus kembali sihat dan ceria seperti biasa, kalau tak runsing aihhhh anak² demam ni!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com