terkini dan sensasi

Isnin, 25 Mac 2019

Mood menulis makin merundum!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semenjak dua menjak ni tak tahulah kenapa mood menulis agak merundum, macam takde semangat je. Kalau tahun lepas sehari tak menulis rasa macam tak seronok je, mesti nak update setiap hari. Setiap hari mesti ada 1 entri, ada je idea datang untuk menulis. 


Dalam tahun 2019 mood menulis tu tak tahulah hilang entah ke mana, asyik malas je rasa. Setakat hari ni baru tulis 30 entri, haaa sikit kan untuk tempoh 3 bulan. Kalau rajin dan setiap hari ada 1 entri, mesti dah ada 84 entri setakat tarikh hari ni. Huhuhuu banyak tu, ni tak separuh pun belum capai. Nasiblah ada jugak entri kerja, kalau nak harap entri peribadi mesti ada berapa ketul je yang ditulis. 

Tapi bagi Mas, menulis blog ni ada pasang surutnya. Ada masa kita seronok menulis dan idea mencurah², dan ada masa keseronokan tu hilang entah kemana bersama idea dan kerajinan. Mas pernah 2-3 kali jugak hadapi situasi camni, sampaikan ada masa nak berhenti berblog je. Tapi dek kerana sayangkan blog yang dah hampir 9 tahun bernyawa ni, Mas usahakan jugak untuk terus menulis walaupun hakikatnya semangat tu dah tak berapa nak ada.

Jadi bila mood menulis ni makin ke laut, Mas dah kurang nak ambik entri kerja untuk blog. Yelah risau client tak berpuashati je, maklumlah trafik pun dah agak merundum. Biasanya client nak blog yang aktif ditulis setiap hari. Cuma ada jugaklah entri kerja yang Mas ambik kalau bayarannya tak tinggi sangat, sekurangnya setimpal dengan trafik blog Mas. 

Sekarang tengah usaha nak aktif semula menulis setiap hari, sayang nak tengok blog ni bersawang je. Nak naikkan semula trafik blog yang makin sendu tu, dan nak raih semula kepercayaan client pada blog Mas. Bukanlah harapkan dapat banyak entri kerja tapi sekurangnya adalah sedikit rezeki darinya. Moga lepas ni Mas terus konsisten menulis!

6 ulasan:

  1. normal gitu kak.. akan da tempoh kita nak phase hiatus tu. hihi memang kalo time xde mood n malas x jadi apa langsung =)

    BalasPadam
  2. haha sama la kita kak, nak maintain pun dah tak mampu sejak kerja baru ni. Bila dah penat kerja mula la hilang mood nak menulis. Tapi kesian dekat client sebab trafic jatuh nak promote produk diorang pun tak sampai hati

    BalasPadam
  3. saya pun sama.. sendu je blog.. nak tinggalkan blog tu.. sayang.. dari 2009 tu menulis di blog itu..

    BalasPadam
  4. saya pun dah kelaut dah ni aktiviti blogging..baru anak dua, dah susah nak spend masa untuk blogging

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com