terkini dan sensasi

Selasa, 19 Mac 2019

Selesai urusan LHDN

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas tak pernah kisah pun pasal potongan cukai ni, sampaikan dah ada akaun didaftar pun Mas tak tahu. Hahahaa nampak sangat tak ambik kisah pasal benda ni, mungkin sebab potongan bulanan tu tak banyak kot?


Tapi tahun ni tergeraklah hati nak ambik kisah pasal potongan cukai ni, naklah isytihar pendapatan dan tangungan yang ada. Mana tahu potongan yang sedikit tu dapat refund semula. Jadi semalam Mas pergilah je LHDN Bangi untuk dapat pin nombor bagi pembukaan e-filing kali pertama. 

Hasil semakan untuk pegawai LHDN rupanya dari tahun 2014 Mas tak pernah declare, haaa punyalah tak ambik tahu kan? Jadi pegawai tu suruhlah Mas buat dari tahun 2014, manalah tahu jumlah potongan tu akan dibayar semula. Kat situ jugak ada disediakan kemudahan komputer untuk pelanggan daftar e-filing dan ada pegawai yang akan bantu. 

Tapi Mas malas nak buat kat situ, ramai sangat orang. Buat kat handphone je pun boleh, sambil² buat kerja kat pejabat tu. Haaa sekejap je Mas buat, tak sampai sejam dah selesai buat taksiran dari tahun 2014 hingga 2018. Dari 5 tahun ni hanya 3 tahun je Mas dikenakan potongan, lagi 2 tahun takde. 

Jadi bila dah declare tu dapatlah refund jumlah bayaran tu, takdelah banyak pun tapi legalah bila dan selesai. Sebenarnya walaupun kita takde potongan bulan² tapi seeloknya kita bukalah akaun, ini untuk elakkan hal² lain kemudian nanti. Sebab macam Mas sebagai penjawat awam hal cukai ni tak boleh dipandang remeh, nanti bila dah pencen akan disemak balik. 

6 ulasan:

  1. gaji berapa dikenekan cukai yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap pendapatan tahunan 30k ke atas.

      Padam
  2. Citer bab lhdn terus seram meremang segala bulu. Padahal tak de apa pun kannn... Hahaa

    BalasPadam
  3. pening juga dengan LHDN ni.. yg x penah bkk file tiba2 ada file. hehe dala pendapatan pun xdak =P

    BalasPadam
  4. Hadoiii jgn buat main .. nak track akaun lama2 tu jenuhh nnt

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com