Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 28 April 2013

Nur Airis Arissa : 5 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)


Tenggelam timbul tenggelam timbul Mas ni kan, kejap update pastu 3 hari tak update. Nak buat camne, masa terhad sangat sejak dah kembali bekerja ni. Masa itu emas kan?

Hari ni nak cerita perkembangan Airis dah masuk 5 bulan ni, meniarap memang dah pandai. Dah boleh pusing 360° dan baring sendiri bila dah penat meniarap. Sekarang ni dia tengah belajar nak tegakkan lutut dan angkat bontot, dia dah boleh buat cuma tak pandai nak tahan dengan tangan lagi. Jadi caranya dia tahan dengan kepala pastu goyang² bontot, comel je!


Mulut memang riuh, sentiasa nak cerita² kalau kita borak dengan dia. Kuat minum susu, jadi mama kena usaha pam susu setiap hari. Pastu kuat menjerit, kalau kita lambat panaskan susu atau bila dia dah bosan mesti jerit kuat² untuk tunjukkan tanda protes. Geram nak gigit mulut comel tu!

Alhamdulillah, Airis membesar dengan sihat. Lagi sebulan dah boleh bagi solid food. Tak sabar nak tengok dia nganga mulut tunggu mama suap makanan, mesti comel.

Rabu, 24 April 2013

Kembali bertugas

Assalamualaikum...(^ ^)


3 hari jugak tak update, makin lama makin tak cukup masa nak hadap blog. Lagi pun semalam dah kembali bertugas setelah 5 bulan seronok bercuti, jadi masa sangat mencemburui Mas.

Bila mula kerja akan bermulalah rutin harian seperti biasa, kena bangun seawal 5 pagi. Sebelum tidur kena sediakan beg pam susu, beg baju Airis, iron baju kerja dan siapkan bekal susu untuk Airis di taska. Memang tak menang tangan! Paling awal pun boleh tidur jam 11 malam, pastu esok pukul 5 pagi dah bangun. Pukul 6.15 pagi dah ada atas jalanraya, pukul 7 pagi dah terpacak kat pejabat.

Pastu petang balik jam 4.30. Tapi walaupun balik awal, dekat pukul 6 jugak sampai rumah. Pastu buat itu ini, sedar tak sedar dah jam 10 malam. Padat kan jadual kita sebagai ibu ni, tak kiralah yang bekerja atau surirumah. Kadang² tu tak tahu bila masa rehatnya.

Macam Mas kalau kat pejabat pun kena pandai curi masa nak update blog. Sekarang sibuk dengan kerja lagi, nak pam susu lagi. Waktu makan pun selalu terbabas dari masanya. Tapi nak buat camne, kena cuba buat sebaik mungkin dan atur masa dengan sebaiknya. Janji kerja pejabat dan kerja rumah selesai, anak² dan suami tak terabai.


Jumaat, 19 April 2013

Mengundi

Assalamualaikum...(^ ^)


Tinggal beberapa minggu lagi kita akan mengundi untuk PRU13, tahun ni tahun kedua Mas akan mengundi. Entah kenapa setiap kali nak mengundi rasa teruja pulak, hehehee!

Untuk memudahkan keadaan, Mas dah tukar tempat mengundi. Kalau sebelum ni mengundi di Temerloh, jadi tahun ni Mas tukar mengundi di daerah Sepang. Jadi tukar alamat kat IC ke alamat sini, pastu 1 April hari tu baru pergi tukar alamat tempat mengundi di pejabat pos. Memang tahu dah lewat masa tu tapi dengan harapan sempat lagi kot?

Hari isnin lepas Mas semak kat laman web SPR, sekali tengok masih mengundi di Temerloh. Belum tukar lagi rupanya. Terus telefon SPR tanya dan mereka cakap Mas dah lewat tukar sebenarnya, hampa betul. Tapi mereka masih beri harapan dan suruh semak 2-3 hari sebelum mengundi, kalau ada rezeki mungkin tempat mengundi Mas dah ditukarkan!

Harap adalah rezeki sebab husband Mas dah tukar tempat mengundi di Salak ni. Kalau tetap mengundi di Temerloh mungkin Mas tak balik, susah nak balik sebab husband dah mengundi kat sini.

Rabu, 17 April 2013

Genap 10 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas terlupa yang 16 April genap 10 tahun Mas berkhidmat sebagai penjawat awam, jadi kenalah kongsi cerita tu hari ni.

16 April 2003 Mas lapor diri di Kementerian Kesihatan dan ditempatkan di Bahagian Sumber Manusia. Sehingga semalam genap 10 tahun perkhidmatan di bahagian dan kementerian yang sama. Alhamdulillah, Mas masih seronok kerja di situ dan masih serasi dengan bos sekarang. Lagi takde masalah dan ditukarkan, Mas akan tetap setia di KKM ni.

Kalau umur panjang ada 26 tahun lagi perkhidmatan Mas sebagai penjawat awam, lama lagi kan? Kalau kesihatan mengizinkan Mas akan pencen umur 60 tahun. Moga Allah panjangkan umur Mas untuk terus bekerja mencari rezeki untuk anak² dan untuk membantu suami, Insya Allah!

Selasa, 16 April 2013

Airis dah big girl

Assalamualaikum...(^ ^)


Nak kongsilah sikit cerita pergi sunatkan Airis hari ni. Lagi pun minggu depan Mas dah mula kerja, jadi sementara masih cuti ni pergi sunatkan dia. Nanti dah kerja takut takde masa pulak.

Mas pergi kat Poliklinik An-Nur kat Putrajaya, bayaran cuma RM35. Masa nak sunat tu macam biasa mama yang cuak lebih, Airis rilek je! Masa doktor nak mula buat, Mas boleh pergi duduk kat kerusi. Pastu doktor panggil suruh pegang tangan Airis dan borak² dengan dia. Apalah punya mama, cuak sampai tak nak duduk dekat.

Masa buat tu Airis sikit pun tak menangis, siap gelak² lagi. Doktor pun siap cakap, pertama kali saya sunatkan baby siap gelak² lagi. Memanglah doktor, Airis kan kuat.

Jadi Airis dah big girl. Dah boleh kenyit mata kat boboy, hehehee!

Isnin, 15 April 2013

Kunyit dan madu

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang memang musim batuk, selsema dan demam kan? Rata² Mas tengok anak² mereka dijangkiti virus 3 serangkai ni. Di rumah Mas dimulai dengan husband, pastu berjangkit ke Mas. Kemudian Airis dan seterusnya kakak dan abang dia. Tapi alhamdulillah takde demam, cuma batuk dan selsema.

Mas paling tak suka kalau anak² batuk selsema ni, kesian sangat! Kita yang dah dewasa pun rasa tak selesa bila batuk selsema, lagi lah anak². Terutamanya anak sekecil Airis tu. Bukan tau apa², hanya menangis je bila tak selesa.


Nak kurangkan selsema dia Mas cuba petua lama, letak kunyit kat hidung dia. Sebenarnya Mas tak tahu pasal petua ni, bila tengok Ben buat kat anak dia baru Mas tahu. Jadi cuba buat kat Airis, memang mujarab! Lega sikit hidung dia, takdelah tidur bernafas ikut mulut sebab hidung tersumbat.

Nak legakan batuk pulak, Mas bagi dia madu yang dicampur air suam. Bancuh 1 camca kecil madu ngan air suam pastu bagi dia minum dalam 3ml guna picagari. Tiap² malam Mas buat dan alhamdulillah batuk dia berkurangan, kalau tak dah hampir hilang suara. Kakak dan abangnya minum air madu ni, lega sikit batuk mereka. Mereka suka rasa manis madu tu. 

Itulah kan, kadang² petua lama lagi mujarab daripada ubat-ubatan.

Sabtu, 13 April 2013

Diserang anai²

Assalamualaikum...(^ ^)

2-3 hari jugak tak update, bukan apa sibuk mengemas rumah. Kabinet dapur diserang anai². Tak tau dari mana dia datang, sedar² dah beribu ekor dok kat dalam kabinet bawah. Habis semua kotak gelas yang dapat hadiah kahwin dulu dikerjakannya. Gelas tu semua memang Mas letak dalam kotak lagi, jadi dalam kotak tu anai² buat sarang.

Tak pasal² terpaksa basuh semua gelas² tu sebab dah kotor kena sarang dia. Partition yang dalam kabinet tu pun dah habis rosak, dia dah masuk kat dalam kayu tu. Rasa nak nangis tengok, dahlah mahal buat kabinet dapur ni.



Tengoklah!

Sekejap je dia kerjakan, dah habis jadi camni. Kalau lama lagi mungkin seluruh kabinet jahanam. Jadi sekarang dah letak ubat anai², harap sangat mati semuanya dan tak datang semula.

Itulah kita tak boleh pandang ringan dengan serangga camni. Bukan rumah kampung yang buat dari kayu je dia pandai serang, rumah teres pun boleh.

Rabu, 10 April 2013

Perihal taska

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila hantar anak ke taska ni kadang² kita kena redha, apa² perkara kecil yang tak puas hati kena simpan dalam hati. Maklumlah kat taska tu bukan anak kita sorang je kan? Tapi ada jugak perkara yang Mas tak puas hati terutama bab kebersihan anak².

Sekarang Airis tengah selsema, jadi macam biasa hidung dia memang comot dengan hingus. Bila nak ambik dia jam 2 petang memang macam anak takde mak. Comot hingus kat hidung, sampai dah kering. Yang peliknya pengasuh takde masa sangat ke nak lap hingus dia, tisu basah Mas dah bekalkan. Sekurangnya jagalah sikit kebersihan baby kan?

Kadang² masa ambik dia Mas saja cakap kuat², "Alah comot anak mama dengan hingus!" Saja nak bagi pengasuh tu dengar, harap dia faham dan boleh jaga sikit kebersihan baby. Baby ni sensitif, kalau kotor sikit lagi lambat baik sakit dia kan?

Camtulah perihal taska, kena redha dan tawakal. Tapi kalau ada perkara yang benar² buat kita tak puas hati lebih baik suarakan dari memendam rasa. Bincang elok² dengan pihak taska, bukan kita nak lebih² tapi untuk anak kita.

Isnin, 8 April 2013

Berhabis shopping untuk anak

Assalamualaikum...(^ ^)

4 hari tak update, bukan malas tapi banyak sangat pulak urusan. Cuba curi masa tapi asyik tak sempat, ni nak cerita sikit pasal gila shopping untuk Airis..


Camnilah ibu² kan bila ada anak kecik, gila berhabis shopping untuk anak². Sekarang Mas gila shopping rompers untuk Airis. Bukan apa senang pakai rompers, tak panas dan mudah untuk dipakai. Pastu adik rekemenkan pulak online shopping rompers murah, tengok je terus sambar 2 set 5in1 rompers untuk Airis. Pastu tengok sleepsuit pun comel², apa lagi sambar 2 set jugak!

Memang murah rompers dengan sleepsuit yang dijual, kalau kat luar Mas beli sekali ganda harganya. Kalau ada ibu² yang berminat boleh ke Facebook Ummialya Outlets, pasti puas hati!

Tapi shopping untuk diri sendiri memang takdelah sekarang ni, huhuhuu!

Rabu, 3 April 2013

Wordless Wednesday [70]

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila abang Arfan mengajar adik meniarap, siap tunjuk camne cara²nya. Tapi Airis buat tak tahu je!



Selasa, 2 April 2013

Kerja sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega sikit rasa hati sebab Airis dah nak menyusu kat taska. Mas bekal 5 botol, habislah 3 botol. Alhamdulillah ada peningkatan dan harap² esok habislah 5 botol yang dibekalkan.

Hari ni nak cerita sikit pasal abang dan kakaknya, perihal mereka buat kerja sekolah. Si kakak kalau buat kerja sekolah tak payah disuruh sebab dari darjah satu lagi dia tahu pasal tu. Tapi si abang Arfan ni, setiap kali balik sekolah kena tanya ada homework tak. Kalau tak tanya memang dia tak akan buat. Pastu setiap kali buat kerja sekolah kena bertunggu, kalau tak tunggu jadi macam dalam gambar ni.



Masa khusyuk, dia buatlah sebab mama dok jengil sambil pegang rotan. Tak sampai seminit mama terlelap sekejap, tengok dia dah dok main². Bila mama tegur cepat² dia capai pensil dan sambung semula buat kerja, geram betul Mas!

Anak lelaki ni memang banyak main sikit, sebab tu kena pantau dan bagi perhatian lebih. Dia bukan tak boleh buat tapi selalu leka nak main.

Isnin, 1 April 2013

Sedih sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas sedih sangat ni kawan², nak mengadu kat sini agar ada yang dapat memahami.

Hari ni hari pertama Mas hantar Airis untuk biasakan diri ke taska. Sebelum hantar tu memang dengan harapan yang Airis tak meragam kat taska dan minum banyak² susu yang Mas bekalkan. Tapi perkara pertama yang Mas dengar masa nak ambik dia pukul 2 tadi ialah "Kak, Airis tak nak menyusu botol, akak tak ajar dia ke?"

Terkejutlah Mas! Padahal sejak dari umur dia 2 bulan, Mas dah ajar menyusu botol dan sejak umur 3 bulan memang dia menyusu botol 100% pada sebelah siang. Malam baru direct feeding. Memang luluh jantung Mas bila pengasuh cakap camtu. Bayangkanlah dari jam 7 pagi sampai jam 2 petang, Airis hanya menyusu 3oz je.

Masa nak ambik dia tadi Mas tengok dia tidur dengan air mata berlinang, Ya Allah sebak jiwa raga Mas kawan². Airmata memang nak mengalir dah tapi Mas tahan. Mungkin dia terlalu ngantuk jadi tertidur jugak dengan perut lapar. Masuk dalam kereta Mas terus panaskan susu dan bagi dia minum, laju gila dia minum dan siap licin 2 botol sekaligus. Memang dia lapar sangat tu, huwaaa sedihnya!

Apa lagi terus sesi soal jawab dengan pengasuh taska. Macam² Mas tanya, bagaimana cara dia kendalikan susu dan cara dia bagi susu kat Airis. Pastu dia cakap dah bagi tapi Airis main² menyusu pastu tolak puting dengan lidah. Nak tak nak Mas terpaksa sedapkan hati, Mas agak Airis tak biasa lagi dengan pengasuh sebab baru hari pertama.

Harap sangat esok Airis dah ok, dalam kereta tadi dah puas pujuk dan cakap dengan dia suruh minum susu banyak esok. Moga dipermudahkan segalanya! "Airis jangan buat mama camni lagi, mama sedih tau. Mama dapat bayangkan camne awak lapar!"

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com