mrs secretary

Sabtu, 13 April 2013

Diserang anai²

Assalamualaikum...(^ ^)

2-3 hari jugak tak update, bukan apa sibuk mengemas rumah. Kabinet dapur diserang anai². Tak tau dari mana dia datang, sedar² dah beribu ekor dok kat dalam kabinet bawah. Habis semua kotak gelas yang dapat hadiah kahwin dulu dikerjakannya. Gelas tu semua memang Mas letak dalam kotak lagi, jadi dalam kotak tu anai² buat sarang.

Tak pasal² terpaksa basuh semua gelas² tu sebab dah kotor kena sarang dia. Partition yang dalam kabinet tu pun dah habis rosak, dia dah masuk kat dalam kayu tu. Rasa nak nangis tengok, dahlah mahal buat kabinet dapur ni.



Tengoklah!

Sekejap je dia kerjakan, dah habis jadi camni. Kalau lama lagi mungkin seluruh kabinet jahanam. Jadi sekarang dah letak ubat anai², harap sangat mati semuanya dan tak datang semula.

Itulah kita tak boleh pandang ringan dengan serangga camni. Bukan rumah kampung yang buat dari kayu je dia pandai serang, rumah teres pun boleh.

6 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...mmg bahaya anai2 ni...:)

    BalasPadam
  2. betul kak mas. aritu time kita baru pindah pon hubby yang buat anti termite sorang-sorang. kalau tak memang naya lah. dahlah kabinet tu semua dari kayu. hiks.

    BalasPadam
  3. racunkan anai-anai nie...tak suka kalau anai-anai dah melekat kat perabut dalam rumah....

    BalasPadam
  4. bahaya nih...kalau anai2 ada dalam umah maknanya atas umah pun dia ada..cer check kat atas siling tu...kalau ada cepat2 panggil orang sembur racun tu..

    BalasPadam
  5. jahat la anai2. melampau. kalau lantai kayu pun dia kemain rancak sangat.

    BalasPadam
  6. nampak kecil tapi kalau dah banyak dan berkampung dalam rumah memang bahaya.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com