Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 Oktober 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Alaaa terlambat pulak update pasal konsert ketiga GV6 ni, boleh pulak terlupa. Tapi sebab wajib update pasal GV6 ni setiap minggu, Mas tulis jugak walaupun dah lewat. 


Di minggu ketiga ni menyaksikan Ameer Sofaz tersingkir dek kerana gagal memenangi hati juri untuk memperolehi markah yang banyak. Mas akui dia gagal menyanyikan lagu Samrah Mentari tu dengan baik, bak kat juri vokal dia takde masalah cuma dari segi teknikal yang kurang. 

Untuk peserta terbaik pulak Mas akui Naqiu Boboy masih jadi pilihan, haihhh vokal dia tu memang mantaplah. Pastu persembahan dia setiap minggu dah mengecewakan, sentiasa deliver lagu dengan baik dan konsisten. Sampai Tok Ram cakap setiap minggu dia nyanyi macam makan Nasi Ayam je, haaa nampak kan dia sentiasa beri yang terbaik!

Pastu Wann pulak memang tak dijangka mampu sampaikan lagu Asmaradana dengan baik, dia nyanyikan macam lagu dia sendiri. Mulanya ingat dia tak boleh bawak lagu tu, tapi ternyata tekaan meleset. Dia sampaikan dengan cara tersendiri, vokal pun bagus dan takde pun sumbang bunyinya. 

Nampaknya Naqiu dan Wann ni agak konsisten setiap minggu, haaa memang beri saingan sengit kepada peserta lain ni. Diaorang kena berjaga² dengan 2 orang ni, kena buat yang lebih baik. 


Minggu hadapan lagi cabaran buat peserta, mereka bakal berduet dengan penyanyi² hebat dan ada jugak pemenang GV musim² lalu. Haaa masa tu semua peserta kena buktikan yang mereka mampu nyanyi lebih baik dari pasangan duet. Kadi dengan tema Haaa Tepuk, inilah pasangan duet dan lagu yang bakal dinyanyikan oleh para peserta.

Jatt & Ayai Ilusi | Debunga Wangi (Lefthanded)
Wann & Aris Ariwatan | Engkau Laksana Bulan (Tan Sri P Ramlee)
Sham & Marsha Milan | My Heart (Irwansyah & Acha Septriasa)
One Nation Emcees & Azharina | Layar Impian (Ella)
Naqiu & Siti Nordiana | Gurauan Berkasih (Siti Nordiana & Acik Spin)
Kool & Farawahida| Siapa Dia Sebelum Daku (Francissca Peter & Royston Sta Maria)
Feeza & Hafiz Suip | Bagaikan Sakti (Tiara Jacquelina & Dato' M Nasir)
Nurfatima & Liza Hanim | Anggapanmu (Ziana Zain)
Norshila Amin & Syamel | Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri)
Hady Mirza & Siti Sarah | Kisah Ku Inginkan (Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika)
Roy & Amelina | Yang Tersayang (Amelina & Iwan)

Isnin, 28 Oktober 2019

Boling Fun Puspanita IPKKM 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun dah setahun tak masuk ke gelanggang boling tapi semangat nak main tu tetap ada, susah nak tolak kalau bab boling ni. Yelah Mas dari zaman UiTM dulu dah main boling, jadi dah sebati dengan jiwa. Cakap je nak pencen dah, tapi bila ada tournament tetap nak masuk jugak. 


Sabtu lepas Puspanita IPKKM ada anjurkan Boling Fun Puspanita, ini sempena Bulan Sukan Negara. Bukanlah tournament yang besar, sekadar perlawanan di kalangan ahli² Puspanita Ibu Pejabat KKM. Bolehlah nak jadikan ia sebagai latihan pemanas untuk Mas yang dah lama tak main ni, mana tau boleh jadikan persiapan untuk ke Sukan KKM tahun 2021 nanti. Heheheee kenalah berangan kan?

Kali ni seramai 30 lebih ahli Puspanita yang sertai pertandingan, kami main 3 games sahaja. Pastu pemenang kali ni adalah untuk kategori individu, bukannya berkumpulan. 10 individu terbaik akan dapat hadiah jika perolehi jatuhan pin terbanyak, haaa ramai jugak tu. Hadiah yang disediakan adalah hamper untuk tempat ke-4 hingga ke-10 dan piala + hamper untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. 


Selepas hampir 2 jam main, alhamdulillah mampu jugak Mas capai skor 100 ke atas walau dah lama tak main. Ternyata skill tu tetap ada meski pun dah lama tak berlatih, dah lama tak pegang bola dan dah lama tak membaling. Untuk setiap games Mas skor 152, 126 dan 147 mata. Jadi dengan jatuhan pin sebanyak 425 untuk 3 games Mas menang sebagai Naib Juara, haaa memang tak dijangka langsung.

Alhamdulillah rezeki walaupun dah hampir setahun tak main, hehehee ternyata masih berbisa jugak. Beza mata dengan Johan pun tak banyak, hanya 3 mata je. Kalau Mas main lebih baik, mungkin boleh raih gelaran Juara kan? Tapi takpelah dah dapat tempat kedua pun dah kira bertuah, bukan senang bagi orang yang dah lama tak berlatih boleh menang. 


Lepas ni kenalah aktif semula untuk kejar misi Sukan KKM 2021, moga tak hangat² taik ayam ler. Hahahaa! 

Isnin, 21 Oktober 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya dah masuk konsert kedua, jadi mestilah kena ada penyingkiran. Tak akanlah minggu kedua nak bagi dok selesa lagi kan? Jadi Mazleela adalah peserta pertama yang disingkirkan, bagi Mas persembahan dia agak biasa je dan kurang menyerlah sebab itulah mungkin juri berikan markah rendah. Cuma apa pun tahniah jugak pada dia sebab masih mampu menyumbangkan vokal yang bagus walaupun dah lama tak menyanyi. 


Peserta terbaik pulak dengan vokal yang mantap bagi Mas pergi pada Naqiu Boboy. Ya memang tak sangka vokal dia sebaik tu, pastu nyanyian dia jugak penuh jiwa. Dia beri penghayatan 100% pada lagu Meraung tu, memang feel habis bila dengar. Dahlah lagu tu Mas suka! 

Lagi satu Mas suka vokal Wann, memang tak berubah langsung suara dia. Bak kata Tok Ram suara telan kaset, haaa betul sama macam dalam kaset dan tetap mantap. Mas memang dari dulu suka suara dia yang serak² basah ala² seksi tu. Pastu persembahan yang menghiburkan pulak milik One Nation Emcess, best! 

Jadi untuk konsert ketiga minggu hadapan barulah peserta akan hadapi ujian sebenar dari segi vokal dan persembahan mereka, sebab dah takde dah kena nyanyi lagu sendiri. Peserta akan menyanyikan lagu² yang tak pernah langsung mereka nyanyikan, dengan tema Yang Aneh-Aneh. Haaa nak tau apa aneh, inilah lagu yang bakal mereka nyanyikan:


Jatt | Awallah Dondang (Noraniza Idris)
Wann | Asmaradana (Tiara Jacquelina)
Sham | Sayang Sayang (Aliff Aziz)
One Nation Emcees | Gelora (Pn Sri Saloma & Tan Sri P Ramlee)
Naqiu | #123 (Khai Bahar)
Kool | Lagu Zaman (Datuk Ramli Sarip & Tan Sri SM Salim)
Nurfatima | Hati Kama (Dato' Sri Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
Norshila Amin | Pelesit Kota (Search)
Ameer Sofaz | Samrah Mentari (Dato' Jamal Abdillah)
Hady Mirza | Ibu Kota Cinta (Def Gab C)
Roy | Gila Judi (Dato' M Daud Kilau)
Feeza | Temberang (Ayda Jebat)

Fuhhh memang menguji vokal dan kekuatan peserta kan, dah lah bukan genre mereka pastu ada penyanyi lelaki dapat lagu wanita dan sebaliknya. Tak sabar nak tunggu konsert ketiga GV6!

Isnin, 14 Oktober 2019

Gegar Vaganza 6 : Minggu Pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Gegar Vaganza kembali mengegar!


Haaa inilah satu-satunya program hiburan yang Mas tak pernah ketinggalan untuk tengok, memang Mas suka. Masa inilah kita boleh tengok artis² yang pernah popular suatu ketika dulu kembali menyanyi, terubat jugak rindu nak dengar suara mereka. Manalah tau lepas GV ni rezeki mereka untuk buat lagu baru atau album baru akan ada kan?

Pastu tahun ni Mas suka jugak dengan pemilihan penaja utama, haaa barulah aman nak tengok  konsert dari mula hingga akhir. Kalau tak asyik ada je penaja nak buat promo produk dia, kalau sekejap tak apa tapi meleret². Baguslah Astro pilih penaja yang tak kontroversi sangat, lagi pun kalau dah orang suka GV ni mesti rating akan naik jugak kan?

Berbalik pada artis² yang bertanding, seperti biasa minggu pertama tiada cabaran sangat. Ia umpama sesi memanaskan vokal je, cari balik rentak dan keserasian suara tu. Dapatlah dengar mereka nyanyikan semula lagu popular mereka suatu masa dulu, fuhhh mengimbau kenangan sungguh. Ada yang suaranya masih mantap iaitu Sham Visa, umpama rakaman dalam kaset je. Memang mengamit memori betul lagu Dalam Gerimis yang dia dendangkan tu, maintain camtu je suara. 

Lagi satu yang power vokalnya ialah Jatt, fuhhh mantap betul. Walaupun dah berumur 63 tahun tapi dia masih boleh beri persembahan yang bertenaga. Sampai kan juri Dato' Ramli MS mintak dia belanja satu lagu lagilah! 

Haaa jadi dua² ni memang calon favourite Mas, ada peluang untuk kekal hingga ke pentas akhir. Pastu Wann pun masih sedap jugak vokal dia, cuma perlu dimantapkan lagi. Calon juara Mas masih belum nampak lagi di minggu pertama ni, kena tunggu mereka keluar dari zon selesa dan nyanyikan lagu yang betul² menguji vokal. Masa tu barulah boleh nampak siapa yang konsisten!


Penyanyi² lain pun bagus jugak, mampu bagi saingan jika terus usaha. Pastu seperti biasa minggu pertama tiada penyingkiran, semua 13 peserta bakal berentap di minggu kedua dengan tema Carma iaitu lagu Cari Makan. Mereka akan nyanyikan lagu² yang pernah popular suatu masa dulu dan dalam erti kata lain lagu buat duitlah. Ada peserta yang dapat lagu sendiri dan ada yang dapat lagu artis lain, jadi harap semuanya dapat berikan persembahan mantap walaupun nyanyi lagu sendiri. 

Ini lagu untuk konsert kedua:
Jatt | Dulu & Sekarang (Black Dog Bone)
Wann | Lamunan Hati (Wann)
Sham | Visa Untukmu Selamanya (Visa)
One Nation Emcees | Raja Gelek (One Nation Emcess)
Naqiu Boboy | Meraung (New Boyz)
Kool | Kau dan Aku (Ning Baizura)
Mazleela | Apa Khabarmu Disana (Ramlah Ram)
Nurfatima | Terlalu Cinta (Rossa)
Norshila Amin | Kad Ucapanmu (Norshila Amin)
Ameer Sofaz | Dan Bila Esok (Sofaz)
Hady Mirza | Demi Cinta (Ezad Lazim)
Roy | Jerat (Harvey Malaiholo)
Feeza | Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)

Rabu, 2 Oktober 2019

Selamat Ulangtahun Aiyra!

Assalamualaikum...(^ ^)

Happy 2nd Birthday Nur Aiyra Annasya!

Pantas betul masa berlalu, hari ni 2 tahun dah umur si comel mama ni. Haihhh besar dah dia, tak puas lagi gomol² peluk² sebab sekarang kalau gomol mesti dia marah. Hehehee pandai tepis dah!

Tiap kali birthday anak², macam biasa memang takde majlis ke atau celebrate lebih². Cukuplah beli kek dan makan² je, anak² Mas dapat makan kek pun dah seronok. Yelah mereka dah diajar dari kecik tak pernah buat apa² celebration kalau birthday, jadi tak kisah sangat. 

Aiyra pun seronok jugak bila cakap nak potong kek, laju je dia ambik pisau. Tapi yang kelakarnya bila kami nyalakan lilin terus dia jadi takut, cuak tengok tetiba ada api atas kek. Hahahaa terus keras tangan tak jadi nak potong kek lepas kami nyanyi, puas jugak pujuk. 

Alhamdulillah Aiyra membesar dengan sihat sehingga umur 2 tahun, walaupun masa lahir dia ada sikit masalah kesihatan. Mas sentiasa doa semoga anak² Mas membesar dengan sihat, dipelihara akhlaknya, jadi anak soleh dan solehah serta dapat berjasa kepada Mas dan husband. 


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com