Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 30 November 2017

Nur Aiyra Annasya : 2 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

2 bulan dah si Aiyra ni, pantas betul masa berlalu. Makanya tinggal 3 bulan lagi Mas akan bercuti, alaaa ni yang malas ni. Rasa nak cuti lama lagi, syok pulak duduk kat rumah jaga anak².


Dah masuk umur 2 bulan ni Mas akan mula ajar dia menyusu gunakan botol, kena ajar awal supaya senang bila dah bekerja nanti. Kadang setengah bayi ni mudah nak ajar, kadang ada yang susah. Tapi anak² Mas kesemuanya mudah dan cepat pandai, jadi memang tak susah nak ajar. Esok bermulalah cabaran tu, harap sangat Aiyra dapat bagi kerjasama. Tapi guna botol ni cuma sebelah siang je, malam dia akan direct feeding seperti biasa. Ini nak mudahkan masa kat taska nanti je! Insya Allah dalam masa 2-3 minggu mudahan dia akan pandai menyusu guna botol. 

Perkembangan tumbesaran Aiyra pulak alhamdulilah baik, membesar dengan sihat. Berat pun rasanya dah 5 kilo tu, sebab setiap kali dukung atau pangku dia naik lenguh satu badan. Menyusu pulak masih susu mama sepenuhnya, kuat menyusu sebab kalau malam tu 3-4 kali jugak dia bangun. Ragam pulak macam biasalah dah makin banyak, maklumlah orang dah makin besar. Cuma takdelah dia meragam teruk², biasa menangis beria sikit kalau nak tidur. Nak mama ada dekat dengan dia kalau tidur tu, kalau rasa mama takde mudahlah dia terjaga. Pastu berbedung pun tak nak dah, kalau dibedung mau dia meraung macam kena cubit. Yelah orang dah besar kan, hehehee!


Kepandaian dia pulak dah umur 2 bulan ni dah mula nak mengiring, kalau letak atas tilam tu pandai dah sikit². Pastu main² dengan kakak abang dah pandai, kalau diagah tu kemain gelak dan senyum. Nak masuk jari dalam mulut pun reti dah, cuma tangan tu masih tergenggam. Kalau dah pandai buka genggam tu nanti mesti dapat masuk ibu jari dalam mulut. Jadi mama pakaikan sarung tangan, dihisapnya sarung tu pulak. Hehehee! 

Kesihatan pulak takde masalah jugak, hari tu dah buat ujian pendengaran dan alhamdulilah baik. Nanti 6/12 ada temujanji Pediatrik Cardio, ini sebab masa dia lahir tu doktor pakar kanak² ada kesan bunyi sikit kat jantung dia. Jadi bila dah umur 2 bulan kena buat follow up untuk periksa semula, takutlah masalah tu berlanjutan. Harap sangat keadaan tu tak berlanjutan dan jantung Aiyra sihat, Insya Allah!

Moga terus membesar dengan sihat Nur Aiyra Annasya!

Rabu, 29 November 2017

Filem Hacksaw Ridge : Pengorbanan di medan perang

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali filem Hacksaw Ridge ni disiar ulang kat Astro Fox Movies mesti Mas tak lepaskan peluang, terkesan kat jiwa setiap kali menontonnya. Setiap kali tengok keberanian dan pergorbanan si Doss tu menyelamatkan rakan²nya di medan perang memang tersentuh jiwa, dia tak kisah langsung pasal keselamatan nyawanya. Baginya asalkan rakan² dia terselamat, itu dah cukup bermakna bagi dia.


Berdasarkan kisah benar Prebet Desmond Doss menyertai tentera sebagai anggota perubatan dengan niat untuk membantu anggota² yang tercedera di medan perang. Tapi niat baiknya disalah ertikan dek kerana hanya tidak mahu menggunakan senjata, sebabnya dia punyai kepercayaan agama yang menentang pembunuhan. Pelbagai cara rakan² dan pegawai atasan buat supaya dia mengalah dan tarik diri, namun semangat kentalnya tak pernah pudar. 

Akhirnya dia berjaya berkhidmat sebagai anggota perubatan di medan perang tanpa membawa senjata. Walaupun dia tahu bahaya mengundang tapi niatnya untuk menyelamatkan anggota tercedera, semua itu dapat diatasi. Memang kagum tengok dia berlari ke sana sini mencari anggota yang cedera sedangkan peluru pihak musuh menghujani. Tapi dia sedikit pun tidak tercedera malah berjaya menyelamatkan 75 orang rakan²nya yang cedera parah. 


Masa dia turunkan rakan² yang cedera ke kem selamat, Mas terharu sangat. Walaupun dah penat tapi dia tetap cakap "One more, one more please!" Memang tak putus asa selagi semua rakan² yang cedera dapat diturunkan dengan selamat, dia tak kisah pun nyawanya dalam bahaya. Besar betul pengorbanan dia walaupun sebelum ni rakan²nya tu pandang rendah pada dia sehingga gelarnya pengecut! 

Korang kena tonton filem ni tau kalau belum tengok, masih ada lagi tayang kat Astro tu. Kalau takde Astro boleh muat turun je secara online. Banyak pengajaran dan besarnya pengorbanan seorang askar masa tu walaupun sekadar sebagai anggota perubatan. Jangan perkecilkan tugas mereka!


Inilah Prebet Desmond Doss yang sebenar semasa dia menerima anugerah pingat keberanian tertinggi di atas pengorbanannya berjuang di medan perang tanpa kenal erti takut.

Selasa, 28 November 2017

Pantau aktiviti cuti sekolah anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy cuti sekolah datang lagi, camtulah gembira dan seronoknya anak² bila tiba cuti sekolah. Mas pun seronok sebab tak perlu nak bangun awal pagi sediakan sarapan anak², tak perlu gosok uniform sekolah anak² dan tak perlu tempuhi jammed hantar anak² ke sekolah. Bolehlah rehat sikit kan? 

Tapi dalam keseronokan tu, ada segelintir ibu bapa tak ambik peduli atau tak kisah dengan apa yang anak² lakukan sepanjang cuti sekolah ni, biar anak² buat apa saja tanpa dikawal. Sepatutnya kena awasi anak² wahai ibu bapa, pantaulah aktiviti mereka supaya tak terjadi perkara tak diingini. Jangan biar mereka bebas buat apa saja, sehingga ada aktiviti tu mengundang bahaya! 


Banyak aktiviti bahaya ni yang kadang kita tak sedar anak² buat seperti mandi manda atau memancing di tepi² sungai, lombong atau tasik. Memanglah seronok tapi dari keseronokan itulah yang membuatkan mereka alpa dan membahayakan nyawa sendiri. Tak kan kita tak tengok berita, banyak kejadian anak² lemas ketika mandi manda di tempat camni. Jadi biarlah mereka menangis atau merajuk kerana dilarang pergi tapi sanggupkah kita lihat hanya jasad anak² terbujur kaku?

Lagi satu jangan biar anak² bersukaria sambil lepak di pasaraya atau pusat² games. Memang selalu berlaku camni bila cuti sekolah, dari awal pagi hingga ke malam biarkan anak² yang masih dibawah umur melepak di tempat sebegini. Takde faedahnya pun, membuang masa dan menghabiskan duit je. Pastu kalau mereka terlibat dengan gejala sosial yang tak diingini kita jugak yang susah kan?

Pastu ada jugak Mas tengok ibu bapa biarkan anak² menunggang basikal atau motosikal tanpa arah tujuan. Memang aktiviti tu tak salah tapi ada segelintir menunggang sesuka hati sambil buat aksi² bahaya. Kalau jadi apa² bukan sekadar susahkan ibu bapa tapi susahkan pengguna jalanraya yang lain, pastu membahayakan nyawa jugak.


Jadi apa kata kita isi cuti sekolah anak² tu dengan aktiviti berfaedah, banyak yang boleh dilakukan selain bawa mereka bercuti atau jalan². Buatlah aktiviti main games kat rumah seperti sahiba, monopoli dan teka silangkata. Seronok tau, boleh uji minda jugak. Kalau nak biar anak² buat aktiviti di luar, kenalah pantau dan awasi supaya mereka tak buat apa² yang bahaya dan tak berfaedah! 

Isnin, 27 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Kelima

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila Elyana tersingkir di konsert kelima ni siapa sangka dia dedahkan mengenai penyakit kanser yang dihadapinya dah bertahun. Fuhhh kuat semangat dia kan, walaupun sakit masih mampu masuk bertanding di GV4. Tak nampak langsung dia menderita kanser! Tapi bila dia bagitau tu janganlah kita anggap dia nak raih simpati, mungkin dia nak bagi semangat pada pesakit kanser lain supaya jangan mudah mengalah. Moga dia terus diberi kesihatan untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya.


Berbalik pada konsert semalam, bagi Mas masih belum ada wow lagi dalam persembahan beberapa peserta. Macam Hazami, Aqasha, Tia dan Firman, suara mereka memang sedap tapi bila menyanyikan satu lagu tu belum betul² memukau. Begitu jugak dengan Syura dan Liza Hanim, suara A++ tapi kadang ada persembahan tu biasa² je.

Tapi berlainan dengan Aishah dan Lan Kristal, setiap minggu mereka berdua ni sentiasa cipta kelainan dalam persembahan. Tidaklah asyik berada di zon selesa je, sentiasa cuba beri yang terbaik. Vokal jangan cakaplah memang power, terutama Aishah. Semalam sedap sangat dia nyanyikan lagu Menghitung Hari tu, terpukau juri jemputan. Lan pulak dapat lagu Ziana Zain, dan ramai tahu susah sikit nak nyanyi lagu Ziana kan? Tapi Lan terbaik semalam, Sangkar Cinta tu umpama lagu dia.

Minggu depan dah masuk suku akhir, 8 lagi peserta akan berentap untuk ke konsert separuh akhir. Harap peserta akan berikan persembahan yang lagi memukau dan lain dari lain, Mas nak jugak terpukau! Dengan tema Jangan Kata Tak Tahu, para peserta akan nyanyikan lagu² yang sedang hits dan pernah hits. Ini senarai lagunya, semua tahu kan?

Aishah | Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
Liza Hanim | Warkah Untukku (Ara)
Syura | Kau Tetap Dalam Anganku (Azie)
Firman | Terakhir (Sufian Suhaimi)
Hazami | Jampi (Hael Husaini)
Lan Kristal | Pahit Akan Manis Akhirnya (Ukays)
Tia Jinbara | Bayang (Khai Bahar)
Aqasha | That's Why You Go Away (Micheal Learns To Rock)

Wahhh semua lagu menarik, terutama lagu MLTR tu. Aqasha pulak yang nyanyikan, harap bestlah!

Jumaat, 24 November 2017

Selamat Hari Lahir Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

24/11/2017, Selamat Hari Lahir yang ke 5 tahun Nur Airis Arissa!


Walaupun dah umur 5 tahun dan dah ada adik tetap jugak nak jadi baby mama dan babah, hehehee layankan je. 6 tahun nak tunggu dapatkan dia, jadi biarlah dia manja terlebih sikit kan? Alhamdulillah dia membesar sebagai anak yang bijak dan mendengar kata, cuma kadang tu panjang akal sikit. Ada masa tak terduga setiap percakapan dan tindakan dia, sampaikan mama atau babah yang terkena.

Kami raikan harijadi dia biasa² je, takde pun jamuan meriah. Seperti biasa memang Mas suka sambut harijadi anak² serba sederhana je, tak pernah pun buat majlis untuk mereka. Yang penting ingatan tu kan? Dekat tadika dia Mas hanya sediakan goodies pack untuk bagi kawan² dan cikgu dia, kek pulak potong kat rumah dan beli KFC je untuk makan².



Mula cadang memang nak buat kek untuk dia, macam Mas buat untuk abang dan kakaknya. Dia pun beria nak mama yang buatkan kek aiskrim. Tapi apakan daya mama dah digari oleh Aiyra, tak mampu nak buat. Kang baru nak bancuh kek Aiyra dah nangis, nanti kek entah ke mana. Jadi Mas belikan je kek untuk dia, Oreo Black Forest. Dah janji tahun depan mama buatkan kek aiskrim istimewa untuk dia!


Doa dan harapan kami sebagai ibu bapa untuk dia, moga jadi anak yang solehah, berjaya dalam pelajaran dan dapat kejar cita² serta berjaya dunia akhirat. Mama, babah, kakak Atikah, abang Arfan dan adik Aiyra sayang kakak Airis!

Khamis, 23 November 2017

Ujian saringan pendengaran

Assalamualaikum...(^ ^)

3 orang anak sebelum ni tak pernah pun ada buat ujian saringan pendengaran, Mas dan husband yang kena pantau sendiri samada mereka ada masalah pendengaran atau tak. Tapi sekarang setiap hospital dah titikberatkan program saringan pendengaran, jadi setiap bayi yang lahir kena buat ujian. Ini senang untuk pastikan dari awal bayi kita ada masalah pendengaran atau tidak.


Aiyra dah buat ujian pertama masa dia berumur 5 hari tapi tak berjaya, pakar ENT tak dapat keputusan tepat pasal pendengaran dia. Jadi kenalah buat ujian kali kedua pulak pada hari ni, kalau tak berjaya akan ada ujian ketiga. Hari ni Mas bawalah Aiyra ke Hospital Serdang untuk temujanji tu, dengan doa dan harapan tiada apa² masalah. 

Lepas daftar terus ke Klinik ENT untuk ujian saringan, dan sebelum buat ujian kena tidurkan bayi kita dulu. Ini untuk memudahkan ujian serta dapatkan keputusan yang lebih tepat. Yang ni mencabar sikit sebab Aiyra dah nak masuk umur 2 bulan jadi bukannya mudah nak tidurkan dia seperti umur 5-6 hari. Makan masa dekat sejam jugak Mas dodoikan dia nak bagi tidur, naik lenguh tangan.


Bila dia dah betul² lena terus mulakan ujian, tak boleh tunggu lama nanti dia terjaga semula. Cara ujian dilakukan ialah headphone khas akan diletakkan secara bergilir di telinga kiri dan kanan, kemudian bacaan graf di komputer akan rekod. Kalau graf menaik dan sampai ke garisan hijau bermakna ujian lulus dan bayi tiada masalah pendengaran. Lepas tu akan dibuat pulak ujian dengan meletakkan earphone di telinga bayi, secara bergilir jugak kedua belah telinga. Ujian ini untuk pastikan gegendang telinga bayi berfungsi dengan baik.

Selepas kedua ujian tu alhamdulillah pendengaran Aiyra baik dan tiada masalah, jadi tak perlulah buat saringan ketiga. Dia pun tidur lena sangat masa buat ujian tu, memang memudahkan kerja pakar dan keputusan tepat pun boleh diperolehi. Syabas anak mama! 

Selasa, 21 November 2017

Cat rumah sendiri, lebih jimat

Assalamualaikum...(^ ^)

Zaman sekarang kalau boleh semua kita nak berjimat kan, maklumlah nilai duit makin rendah. Jadi apa yang kita boleh buat sendiri atau DIY itu lebih bagus, lebih jimat dan kos pun tak banyak. Lagi pun terasa lebih puas hati kalau kita buat sendiri, kalau tak cantik atau rosak kita tak salahkan orang lain. 


Macam Mas kalau bab cat rumah memang akan buat sendiri, tak pernah upah orang pun. Bukan susah sangat kerja mengecat ni, anak² pun boleh tolong. Cuma kena peruntukkan masa dan tenaga je, satu rumah tu kalau cat boleh siap 2-3 hari je. Pastu kos pulak hanya beli cat sahaja, tak perlu nak bayar upah orang. Mahal sekarang upah cat rumah ni, kalau satu rumah mahu pergi RM300 ke RM500. 

Masa mula² masuk rumah baru dulu kami cat rumah sendiri, satu rumah luar dan dalam. Memang jimat sangat, kos beli cat dan berus dalam RM400 je, dah lengkap semuanya. Pastu bila cat sendiri ni tak kisah berapa lama masa kita nak ambil, nak cepat siap kenalah tumpu masa banyak sikit. Tapi kalau tak kisah siap lambat, ambil masa lama sikit pun takpe. Janji siap dan kita puashati dengan hasilnya. 

Tapi kalau upah orang, tak boleh bagi masa lama² sangat. Sebab sesetengah orang ambil upah mengecat ni kadang upah ikut hari, lagi banyak hari lagi banyak upahnya. Jadi kenalah kita suruh mereka siapkan cepat² supaya tak perlu bayar upah yang tinggi. Apa pun hasilnya kenalah kita terima seadanya, setimpal dengan upah. 


Sekarang kami dalam proses nak cat baru rumah, dah 7 tahun pakai cat lama. Mural dan lukisan kreatif pun dah penuh menghiasi dinding, biasalah anak² kreatif sangat. Untuk 3 bilik, ruang tamu dan ruang makan, 6 bekas cat diperlukan dan kosnya hanya RM400. Bertungkus lumuslah babah dan 3 beradik tu mengecat, tapi Airis tu penyibuk je. Mama memang tak boleh nak tolong, baru nak pegang berus cat Aiyra dah panggil. Hahahaa!

Tak sabar nak tengok hasil cat baru oleh 4 beranak tu. Walaupun banyak masa diperlukan dan tenaga kerja hanya husband dan anak², yang penting jimat kos dan puashati dengan hasil kerja sendiri.

Isnin, 20 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Keempat

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh berdebar jugak tengok masa pemilihan Ada Lagu Ada Lagi tu, ingat abam Aqasha yang tersingkir. Kalau tak hilanglah seri GV4, takde mood dah ai nak tengok. Hahahaa, hamboi kau Mas bukan main lagi. Tapi bagi Mas persembahan Aqasha semalam lebih baik dari Haida, gabungan dia dan Tomok menyampaikan lagu agak baik. Juri pun puji mereka serasi dan ada kelainan dengan persembahan tu, mungkin sebab itu dia terselamat. 


Tapi nasib tak menyebelahi Haida, dia tersingkir! Memang Mas dah agak dari awal sebab bila tengok persembahan duetnya bersama Ezad agak hambar. Macam dia syok sendiri je nyanyi lagu dangdut tu, takde keserasian dengan pasangannya. Vokal dia bagus cuma persembahan yang membuatkan juri beri markah yang rendah kot. 

Pasangan pilihan duet terbaik bagi Mas adalah milik Hazami dan vokal terbaik milik Aishah, mantaplah mereka. Dari sudut keserasian dan duet yang berjaya memang milik Hazami dan Azharina, menjadi sangat. Lagu Jangan Pisahkan tu dah macam lagu mereka je. Macam Aishah pulak kekuatan vokal dia memang tak dinafikan, sama je dari dulu. Bila dia sampaikan lagu Ceritera Cinta tu nampak bersahaja je, takdelah pasangan duet overshadow vokal dan persembahannya. 


Lan Kristal dan Liza Hanim pun konsisten persembahan mereka, cuma duet mereka agak tak serasi. Macam tak menjadi je, gabungan vokal pun kurang menyengat! Betullah kata juri yang pasangan duet memainkan peranan penting untuk peserta berikan persembahan mantap. 

Konsert kelima nanti menyaksikan 9 peserta bakal meneruskan perjuangan, dan temanya ialah Kaum Kerabat. Pemilihan lagu² pulak memang menarik dan agak menguji kekuatan vokal peserta. Macam Aqasha dapat lagu M. Nasir, fuhhh lagu kegemaran Mas tu. Harap dia boleh nyanyikan dengan baik, begitu jugak peserta lain. Inilah lagu² untuk minggu kelima nanti.

Aishah | Menghitung Hari (Kris Dayanti)
Liza Hanim | Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Elyana | Sepi (Yuni Shara)
Syura | Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
Firman | Bukan Aku Tak Cinta (Iklim)
Hazami | Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)
Lan Kristal | Sangkar Cinta (Ziana Zain)
Tia Jinbara | Antara Hujan dan Airmata (Sudirman)
Aqasha | Juwita (M. Nasir)

Jumaat, 17 November 2017

Kuala Lumpur, punyai tarikan tersendiri

Assalamualaikum...(^ ^)

Abang, lepas saya habis pantang ni bolehlah kita bawa anak² bercuti. Kesian kat mereka cuti sekolah nanti tak kemana². Lagi pun masing² sibuk dok tanya tak pergi jalan² ke cuti sekolah ni."

"Nak bercuti tu boleh tapi dengan keadaan kos sara hidup sekarang abang rasa tak sesuai, sebab banyak nak guna duit kalau bercuti ni. Kos minyak, tol, hotel dan makan minum tu semua kena bajet."

"Hurmmm betul jugak tu! Kalau camtu kita bercuti kat Kuala Lumpur jelah. Jimat bajet dan anak² pun tentu seronok dapat jalan²."


Haaaaa bawak anak² bercuti di Kuala Lumpur? Apalah yang ada kat Kuala Lumpur tu selain jalan yang sesak dan bangunan tinggi². Itulah korang, sebut je about Kuala Lumpur terus ingat tak boleh bawa anak jalan². Jangan tak tahu, Kuala Lumpur pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga untuk isi masa terluang cuti sekolah nanti. Pastu nak pergi ke tempat² menarik ni mudah sangat sebab ada banyak pengangkutan awam disediakan seperti LRT, Komuter dan MRT. Lagi satu tempat makan dan restoran pun banyak, jadi tak perlu pening nak singgah makan selepas penat jalan².

Dah puas melawat tempat² menarik dan perut kenyang boleh pergi membeli belah. Terkenal dengan syurga membeli belah terdapat banyak pusat membeli belah seperti Sogo, Mid Valley, Pavillion, One Utama, Time Square, Suria KLCC dan banyak lagi. Cakap je apa nak beli, semua ada di Kuala Lumpur!

Jadi jom Mas bawak korang menggembara ke kota metropolitan ni, pasti korang teruja nak pergi ke tempat² menarik di Kuala Lumpur. Ia punyai tarikan tersendiri yang tak terdapat di tempat lain tau!

Mini Zoo @ KL Tower
Tau tak korang dalam bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk tu ada Mini Zoo, dan ianya terletak bersebelahan dengan KL Tower. Jadi sesuai sangat untuk korang bawa anak² ke sini, pasti mereka seronok dapat beramah mesra dengan haiwan² yang jinak serta boleh pegang, sentuh, peluk dan bagi makan haiwan² jinak di sana. Bukan anak² je teruja tau, mak ayah pun sama. 

Mas dah pernah jejak kaki ke Mini Zoo @ KL Tower ni, dan memang Mas sarankan korang pergi. Selain bagi makan kita dapat mengenali haiwan² di situ dengan lebih dekat. Apa habitat mereka, makanan mereka dan tabiat mereka. Haaa bagus untuk pembelajaran dan pengetahuan anak², bukan setakat seronok tapi dapat ilmu gitu!

Harga tiket masuk pun berpatutan. RM32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak² serta warga emas, untuk kanak² di bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Pastu ada jugak harga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak² serendah RM98 sahaja. Haaaa memang berbaloi! Waktu operasinya pulak pada setiap hari Isnin-Ahad jam 10 pagi hingga 9 malam.



KLCC Skybridge
KLCC sudah tentu punya tarikan untuk dilawati, selain dari pusat membeli belah terdapat jugak Petrosains dan yang paling menarik KLCC Skybridge. Haaa korang pernah tak jejak kaki ke skybridge tu, kalau tak pernah kena pergi tau. Boleh tengok permandangan seluruh kotaraya Kuala Lumpur dari atas jambatan tu, teruja tau!

Mas dah pernah naik ke KLCC Skybridge ni dalam tahun 2011, memang pengalaman menarik yang sentiasa diingati. Hanya ada 2 sesi je kalau nak naik ke skybridge ni, satu jam 11 pagi dan satu lagi jam 2 petang. Masa berada atas tu memang kena patuhi aspek keselamatan yang diberikan dan 15 minit je masa diberi untuk jalan² atas skybridge dan bergambar untuk kenangan. Tapi walaupun sekejap ianya menyeronokkan tau, korang kena cuba naik.

Harga tiket pun tak mahal cuma RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak² serta warga emas menggunakan Mykad. Pastu nak beli tiket ada 2 cara samada secara online di website atau datang sendiri ke Concourse Level KLCC, cuma nak beli sendiri kena datang beratur seawal jam 8.30 pagi.



Aquaria KLCC
Ini satu lagi tarikan di Kuala Lumpur yang sesuai dilawati terutamanya bawa anak², mesti mereka seronok. Terletak dalam KLCC ianya menjanjikan keterujaan pada anak² kerana dapat tengok pelbagai jenis ikan dan hidupan laut, pastu dapat belajar dan kenali hidupan air yang terdiri dari pelbagai spesis. Bukan setakat pelbagai jenis ikan tapi ada jugak hidupan lain yang dapat mereka kenali.

Pastu kalau bernasib baik dapat tengok pekerja di Aquaria ni beri makan kepada ikan². Masa Mas pergi tu paling seronok dapat tengok semasa mereka bagi makan ikan sumpit. Makanan akan diletak di board target pastu ikan tu akan sumpit air untuk jatuhkan makanan, memang hebat tau sebab tepat je ikan tu sumpit air mengena sasaran. Haaa kena pergi tengok sendiri baru seronok dan memang sesuai sangat bawa anak² ke Aquaria ni.

Bagi yang tak pernah masuk ke Aquaria KLCC, ini senarai harga tiket. Bagi kita pemilik MyKad harga akan lagi murah! RM46 untuk dewasa, RM43 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM35 untuk kanak² (3 tahun ke bawah percuma).



Planeterium Negara
Anak² korang minat tentang ilmu angkasa lepas tak? Kalau minat di Kuala Lumpur ada Planeterium Negara yang menarik untuk dikunjungi. Apa yang Mas baca, tarikan utama planeterium ialah ruang teater yang menayangkan rancangan mengenai angkasa lepas. Ruang pameran jugak meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain² balai cerap purba yang dibina.

Mas memang tak pernah bawa anak² ke sana, jadi bolehlah pergi cuti sekolah nanti. Banyak aktiviti katanya yang boleh dilakukan oleh anak² di sana seperti permainan berunsur sains dan merasai sendiri pengalaman di angkasa lepas. Pastu kat sini jugaklah aktiviti melihat anak bulan atau gerhana dilakukan, wahhh menarik ni! Memang Mas kena bawak anak² melawat ke sini.

Yang menarik nak masuk ke Planeterium Negara ni percuma je, cuma kena bayar untuk tengok tayangan 3D. Harga tiketnya ialah RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak². 


Zoo Negara
Ini lagi satu tempat yang anak² mesti teruja nak pergi, terutama anak² yang suka haiwan. Kalau anak² Mas memang suka ke Zoo Negara, habiskan masa seharian di sana pun mereka tak jemu. Lagilah dah ada tarikan baru iaitu Giant Panda Conservation Centre, terujalah anak² nak pergi. Dapat tengok panda depan mata sendiri memang pengalaman yang sangat berharga, selain tu dapat ilmu pengetahuan mengenai kehidupan panda ni.

Pastu di Zoo Negara sekarang dah menarik sebab banyak haiwan yang kita boleh tengok, dan ada jugak Multi Animal Show dimana kita boleh lihat haiwan² yang bijak membuat pertunjukan. Seronok tau dapat tengok kecerdikan dan kepandaian haiwan² tu buat persembahan, ikut je arahan tuan mereka. Rasa nak ambil bawa balik pelihara kat rumah je, hehehee!

Harga tiket masuk pulak ialah RM44 untuk dewasa, RM16 untuk kanak² (3-12 tahun), RM21 untuk warga emas 60 tahun ke atas. Pastu di dalam tu ada disediakan tram, kalau malas nak jalan kaki bolehlah naik tram tu dengan bayaran hanya RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak².



Muzium Negara
Bagi korang yang punyai anak² yang obses pada ilmu sejarah jangan risau, Muzium Negara kan ada! Kat sana bermacam² kesan peninggalan sejarah dipamerkan, dari zaman batu hinggalah yang terkini. Terdapat 4 galeri kat sana iaitu Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan² Melayu, Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Setiap galeri ni mempamerkan cerita dan sejarah mengikut era dan beberapa zaman di Malaysia ni.

Pastu di luar muzium jugak ada dipamerkan pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan pada zaman dahulu hingga sekarang seperti kereta, keretapi, kereta bomba, kereta polis dan kereta kebal Bukit Bendera. Haaa selain dapat tengok pameran, boleh timba ilmu pengetahuan serta dedahkan anak² tentang sejarah negara kita Malaysia.

Harga tiket masuk pulak cuma RM2 untuk dewasa dan kanak², RM1 untuk warga emas dan OKU serta percuma untuk kanak² bawah 12 tahun dan pelajar sekolah menengah yang berpakaian seragam lengkap. Waktu operasinya pulak dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.


Haaaaa camne, puashati tak? Siapa sangka kan banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur, bukan hanya tengok kesesakan lalulintas je. Bagi Mas yang tinggal di Lembah Klang sesuai sangatlah pilih Kuala Lumpur sebagai tempat jalan² bersama keluarga, jimat bajet gitu! Tak perlukan belanja yang besar, dekat pun ye jugak.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang tempat² menarik tu bolehlah layari website Traveloka, banyak info berguna kat situ. Semua maklumat mengenai tempat² menarik untuk dilawati di Malaysia ada, merangkumi 14 buah negeri. Cepat² muat turun aplikasi Traveloka, senang nak cari mana tempat² menarik di Malaysia yang boleh kita pergi. Cuti sekolah dah dekat, inilah masa nak rancang percutian!

Khamis, 16 November 2017

60 hari perintah berkurung

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa ni siap ada perintah berkurung lagi! Haaaaa jangan tak tahu, masa berpantang kalau tak cukup 60 hari memang Mas tak keluar jalan ke mana². Cuma terkecuali kalau kena pergi temujanji di klinik atau hospital, itu memang tak boleh elak dah. 

Semua ni dah terbiasa sejak berpantang arwah mak jaga, selagi tak cukup 60 hari memang dikenakan perintah berkurung. Jangan haraplah nak keluar rumah walaupun kat laman, haaa memang ketat! Kalau ada temujanji klinik husband akan balik dan pergi dengan mak bawa baby. Mas tunggulah kat rumah je, melainkan Mas kena pergi jugak untuk pemeriksaan. Selain dari tu memang tak ke mana, 60 harilah duduk kat rumah berpantang betul².


Bila berpantang sendiri ni dah jadi terbiasa, memang 60 hari di rumah je. Ehhh tak bosan ke terperap kat rumah, tak stress ke? Nak stress apanya, kita berpantang nak jaga kesihatan diri dan baby jadi kenalah berehat secukupnya. Tak kan baru 2 minggu berpantang dah bawak anak yang masih kecil keluar jalan² kat pasaraya. Hilang akal ke apa, kat luar banyak virus dan kuman boleh tersebar pada baby yang masih kecil. Pastu diri sendiri pun masih belum kuat dan sihat, nanti bentan ke apa ke kan susah. 

Jangan jadikan alasan bosan terperap kat rumah, sebab dah nama berpantang mesti kena banyak rehat. Kena bagi diri betul² kuat dan baby pun dah besar, barulah sesuai nak ke mana². Macam Mas kadang dah cukup 60 hari pun teragak² nak bawak baby jalan², risau dia meragam. Kalau rasa nak keluar pun sekejap je, itu pun jika ada kepentingan. Pastu Mas lebih suka bawa baby jalan² kalau dia dah pandai menyusu botol, senang sikit! Takdelah kita kalut nak cari tempat tertutup untuk susukan dia.

Nak balik kampung jumpa atuk nenek dia pun Mas tunggu umurnya dah 3 bulan. Yelah nak jalan jauh kan, biarlah baby dah besar sikit dan tak banyak meragam. Barulah kita selesa dan dia pun selesa!

Lagi 14 hari nak habis perintah berkurung ni, merdeka! Hahahaa, tak sabar rupanya.


Rabu, 15 November 2017

Majlis Graduasi anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Mana² sekolah sekarang ni setiap kali habis persekolahan hujung tahun pasti ada Majlis Graduasi, bukan sekolah je tadika pun ada. Untung anak² sekarang kan, 5 tahun dah konvo dan merasa pakai jubah. Mak ayah tengok pun senyum lebar, terus update kat Facebook dan Instagram. "Wahhh anak mama baru 5 tahun dah konvo". Hehehee, macam diri sendiri yang buat ni!


Tapi bagus jugak pihak tadika dan sekolah buat camtu, sekurang²nya naikkan semangat anak² untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Bila dah merasa majlis graduasi di sekolah pasti mereka nak rasa jugak konvokesyen di peringkat universiti kan, itu baru yang betul² berharga. Sekali seumur hidup, tentu anak² tak nak lepaskan peluang! Dah merasa pakai jubah konvo olok² di tadika, tak kan tak nak pakai jubah sebenar di universiti nanti. 

Pastu kita sebagai ibu bapa kena jugak menghargai majlis graduasi anak² ni, seeloknya hadirkan diri. Sesibuk mana pun kalau anak² nampak muka mak ayah hadir ke majlisnya, dah tentu dia gembira. Jangan sebab ianya sekadar majlis konvokesyen peringkat tadika, ada segelintir mak ayah buat tak kisah je. "Alaaa konvo tadika je, bukan kat universiti pun!" Memang ada tau ibu bapa yang beranggapan camtu, tak menyokong langsung anak²nya. 


Macam Mas lagi suka hadir ke majlis graduasi anak², bangga weihhh. Dapat tengok anak² naik pentas dan terima sijil, seronok tengok pencapaian mereka. Cuma baru ni konvo Airis Mas tak dapat hadir sebab dalam pantang kan, sedihlah jugak. Hanya babahnya yang pergi dan whatsapp gambar je. Tapi Airis tak merasalah pakai jubah sebab dia baru 5 tahun, dia hadir konvo tu sebab tahun depan dia dah berhenti Pasti. Jadi cikgu minta jugak hadir, dan seronok sangatlah dia dapat hadiah. 

Mama babah pun seronok! Moga ada rezeki kami tengok anak² konvo kat universiti pulak nanti.

Selasa, 14 November 2017

Tamat pantang 44 hari, 100 hari pulak!

Assalamualaikum...(^ ^)

9 bulan mengandung, 2 jam sakit bersalin, 5 minit je melahirkan sedar tak sedar dah habis pantang 44 hari. Alhamdulillah sepanjang pantang Mas takde masalah, hari ke 20 rahim pun dah elok kecut. Urat² badan pun elok kecut dan takde sakit² urat, sakit kepala atau badan berangin. Itulah penangan berpantang dengan betul, bersalai dan bertungku serta amalkan minum air akar kayu. 


Tapi kena ingat tau, walaupun dah habis 44 hari tetap ada lagi yang kena teruskan berpantang terutama dari segi pemakanan. Makanan yang bisa, berangin, sejuk, berlemak dan berminyak tu kena elakkan dulu sekurangnya 6 bulan ke setahun. Ais pun jangan bedal dah, macam Mas memang setahun pantang air batu ni. Makanan berbisa macam nenas, air tebu, air kelapa dan ikan bersengat pun pantang setahun. Sayang badan wooo!

Lagi satu pantang buang air mencangkung, setahun Mas pantang. Nasiblah rumah ni tandas duduk jadi senang sikit, takdelah susah nak buat bangku. Tapi masa pantang kat kampung dulu tandas cangkung, memang arwah abah siap buatkan tempat duduk khas untuk buang air. Sampai sekarang ada lagi simpan, senang nak guna kalau balik kampung nanti. Kena pantang mencangkung ni bukan apa, rahim kita kan belum kuat lagi jadi kalau dah dok cangkung tanpa dikawal takut peranakan jatuh pulak. 

Pastu lagi satu yang paling penting ialah pantang 100 hari, memang Mas patuhi sejak anak pertama tau! Jangan ingat dah habis pantang 44 hari merdeka dah, pastu anak baru umur 5 bulan dah mengandung semula. Haaaaa ada yang camtu tau, banyak dah Mas dengar jururawat kat klinik cerita. Memang seriau, Mas yang dah beranak 4 orang ni pun takut dengar. Dalam tempoh 100 hari tulah masa Mas nak jaga badan dan kesihatan, tau kesakitan beranak tu camne kan?


Sebenarnya seronok kalau berpantang betul² ni sebab badan Mas sentiasa sihat dan tiada masalah, nak jaga anak pun senang. Pastu nak kurus pun senang, haaaaa pakej tau! Mas dah idamkan nak dapat berat badan ideal lepas habis berpantang 100 hari nanti.

Isnin, 13 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)

Setelah berada selesa di minggu pertama dan kedua, para peserta diuji kemampuannya di konsert ketiga dengan menyanyi lagu yang bukan dari genre mereka serta keluar dari zon selesa. Namun tak semua peserta mampu berikan yang terbaik, dan tuah itu tak menyebelahi Raja Azura. Akhirnya dia tersingkir setelah kurang menyakinkan juri dengan lagu Perhaps Perhaps Perhaps yang disampaikan, kurang menyengat gitu!


Tapi ada beberapa peserta telah membuktikan mereka mampu berikan persembahan terbaik dan kekalkan kemantapan vokal walaupun bukan lagu genre mereka, antaranya Liza Hanim, Lan Kristal, Haida dan Firman. Pastu Aqasha dan Hazami tak kurang hebatnya bila dapat menyampaikan genre dangdut dan joget dengan baik, kiranya mereka mampu keluar dari zon selesa.

Namun antara yang terbaik itu peserta lelaki dan wanita yang menjadi pilihan Mas yang telah berikan persembahan paling mantap adalah Firman dan Liza Hanim. Mulanya Mas ingat Firman tak dapat sampaikan lagu Zalikha tu dengan baik tapi sangkaan meleset, dia mampu nyanyikan lagu itu mengikut iramanya tersendiri. Liza Hanim pulak memang sentiasa konsisten, bukan senang nak nyanyikan Lagu Untukmu tu. Perlukan vokal tinggi dan lenggok suara yang berani, ternyata dia berikan yang terbaik.


Di konsert keempat nanti pulak kita bakal saksikan peserta berduet dengan artis pilihan melalui tema Berdua Lebih Baik. Masa itulah kita nak lihat mereka mampu kekalkan vokal dan momentum tanpa diatasi oleh duet masing². Kita tak naklah artis jemputan pulak overshadow persembahan mereka kan, jadi peserta kena buat yang terbaik. Inilah pilihan lagu di minggu keempat dan semua lagu best², memang tak sabar nak tengok!

Aishah & Sam Innuendo | Ceritera Cinta (Jaclynn Victor & Rio Febrian)
Liza Hanim & Hafiz Suip | Dirgahayu (Faizal Tahir & Siti Nurhaliza)
Elyana & Aepul | Aku Yang Tersakiti (Judika)
Syura & Bob | Selasih Ku Sayang (Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah Buang)
Haida & Ezad Lazim | Memori Daun Pisang (Amelina & Iwan)
Firman & Misha Omar | Biar Menjadi Kenangan (Reza Artamevia & Masaki Ueda)
Hazami & Azharina| Jangan Pisahkan (Dedi Dorres & Mayang Sari)
Lan Kristal & Siti Nordiana | Naluri Cinta (To'ki & Rohana Jalil)
Tia Jinbara & Aweera | Arjuna Mencari Cinta (Dewa 19)
Aqasha & Tomok | Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv)

Khamis, 9 November 2017

Jaga makan ketika berpantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Ketika berpantanglah kita nak badan sentiasa sihat dan kuat kan, yelah mana nak jaga baby lagi dan jaga diri sendiri. Pastu memasak pun Mas kena buat sebab husband dah kembali bekerja, masa dia cuti dulu memang dia yang masak. Lagi satu nak berjaga malam lagi kalau anak meragam, memang badan penat sebab tak cukup tidur. 


Jadi Mas kena betul² jaga kesihatan dalam pantang ni, salah satu caranya makan makanan sihat dan berkhasiat. Kadang pemakanan yang membuatkan badan kita sakit dan lemah² kalau tak jaga betul². Memang tak boleh makan sebarangan nanti boleh sakit urat, bentan, kena tuju angin dan macam² lagi. Kalau dah sakit tu camne kita nak jaga baby kan? 

Untuk kekal sihat Mas jaga makan dan pilih yang berkhasiat dan tak memudaratkan, Mas banyakkan makan sayuran hijau, buah-buahan dan protein. Sayur pilihan ialah sawi putih, lobak putih, lobak merah, brokoli dan ulam pegaga. Buah-buahan pulak Mas makan buah epal merah, epal hijau, anggur dan limau sunkist. Pastu Mas makan ikan salmon sebab ia bagus untuk kesihatan dan banyak khasiatnya. 


Bila kita dah jaga pemakanan ni takdelah badan sakit , sebab kita tahu kan pantang makanlah kena jaga betul². Tersilap makan sikit boleh datangkan masalah pada kita dan baby jugak, sebab baby menyusu badan kan? Misalnya makanan berangin mesti kena elakkan, nanti tak pasal² kita kena tuju angin dan baby pulak kena kembung perut. Tak ke susah husband bila dua² dah sakit kan?

Jadi jagalah makan semasa pantang, pilih yang sihat dan berkhasiat. Bukan lama pun kena pantang makan tu, 44 hari je. Tapi bukan semua ye pantang 44 hari, ada makanan yang kena pantang setahun. Jadi pastikan kita tahu mana makanan yang kena lama sikit pantang tu, demi kesihatan diri!

Rabu, 8 November 2017

Kawal perbelanjaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh rasanya dalam pantang duit lebih banyak habis, macam air mengalir. Tapi kebanyakkannya habis untuk keperluan makanan harian, seminggu sekali beli barang² basah sebab hari² masak untuk keluarga. Pastu barangan kering macam milo, susu, roti dan biskut pun kerap jugak beli sebab itu sajalah makanan ruji semasa pantang ni. 


Nak berjimat untuk semua tu memang susah sebab ianya keperluan, pastu harga barang pun makin naik sekarang. Kalau nak membeli tu kena pergi pasaraya yang adakan jualan murah, dapatlah berjimat sikit dalam RM10 ke RM30. Jadilah kan, janji berjimat. Barang basah pun Mas lebih suka beli kat pasaraya, lebih murah jugak!

Jadi nak kawal perbelanjaan tu, memang kena abaikan shopping online. Sekarang ni lagilah tengah hangat pasal jualan pada 11.11 tu, hari² dok terima emel. Kalau tak kawal diri laju je tangan dok klik sana sini beli barang, terutama tengah ada baby kan? Memanjang nak beli barang baby, dugaan betul!


Cuma kali Mas berjaya kawal diri dari membeli belah atas talian ni, setakat ni dah 38 hari berpantang belum buka lagi online shop. Kalau tak masa Airis dulu selang 2-3 hari pos laju dok hantar barang ke rumah, setiap minggu ada je barang dibeli. Macam air duit tu mengalir, hehehee! Husband pun geleng kepala tengok, tapi takpe beli pakai duit sendiri tak minta dengan dia pun.

Agaknya kali ni lebih kawal sikap tu sebab anak dah ramai kot, kos tanggungan tu makin tinggi dan bertambah. Kalau tak sayang duit camne nak sediakan duit untuk keperluan sekolah mereka nanti, bukan sikit tu! Jadi 11.11 nanti pejam mata je  tengok jualan tu, jangan buka langsung. Hahahaa, jimat oiiiii zaman duit segalanya ni!

Selasa, 7 November 2017

Cara legakan selsema bayi

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang ni musim hujan panas jadi mudahlah anak² dijangkiti selsema dan batuk, Aiyra pun dah selsema. Pastu berjangkit jugak dari kakak Airis, sebab kakak sepanjang masa dok cium adik je. Hehehee, tak boleh buat apa dah. Marah dan larang pun memang tak jalan, semacam je dia cium adik.


Jadi bila Aiyra selsema memang dia tak selesa terutama bila nak tidur dan menyusu, tersekat² pernafasan sebab hingus penuh dalam hidung. Kadang sampai tersedak dan menangis waktu menyusu dek hidung tersumbat, kesian sangat! Kita yang tengok pun rasa tak selesa, ini pulak dia. Baby bukannya reti nak hembus hingus lagi, jadi Mas kena cuba pelbagai cara untuk legakan selsema dia.

Cuba jugak petua letak air kunyit kat hidung nak bagi pernafasan dia selesa, berkesan jugak tapi tak lamalah. Pastu letak jugak Vicks kat leher, dada, belakang dan hidung dia selepas mandi supaya nafasnya lancar, bolehlah bagi lega kan? Lagi satu sapu jugak minyak bawang putih sebelum dia tidur, berkesan jugak dan nampaklah dia boleh tidur. Tapi semua cara ni bukan dapat sembuhkan selsema dia dengan cepat, lebih kepada melegakan.


Untuk cara yang lebih berkesan Mas gunakan penyedut hingus, beli je kat farmasi. Mas beli yang camni sebab lebih senang nak sedut, pastu takdelah sakitkan baby kita. Nak buat pun senang, masukkan muncung tu ke dalam hidung baby. Pastu sedutlah menggunakan tiub yang disediakan, nanti hingus akan terkumpul dalam botol. Tapi sebelum buat pastikan baby kita dalam keadaan duduk menegak, ini untuk mudahkan proses sedutan. Sebelum sedut tu jugak picitkan sedikit Nasal Spray ke dalam hidung baby untuk bagi hingus dan lendir mudah keluar.

Semalam 2 kali Mas dan husband buat dekat Aiyra, alhamdulilah nampak lega sikit hidung dia dan dapat bernafas dengan selesa. Masa buat memang banyak jugaklah hingus dan lendir terkumpul. Tidur dan menyusu malam tadi pun dah tak tersekat² pernafasan dia, dapat tidur lena dan menyusu pun senang. Mas akan teruskan proses sedutan tu sampailah selsema dia baik, memang akan makan masa sikit. Tapi takpe kan, janji Aiyra selesa dan cepat sembuh!

Isnin, 6 November 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

Masuk konsert kedua kemampuan vokal dan mutu persembahan para peserta belum teruji lagi, sebab kebanyakkan lagu macam makanan mereka je. Setelah 12 peserta membuat persembahan, akhirnya Ferhad disingkirkan. Menyanyikan lagu Harus Terpisah dari Chakra Khan bukan mudah bagi Ferhad sebab lagu tu susah, pastu lenggok suara Ferhad agak tak kena dengan lagu tu. Bila dia menyanyi semalam nampak dia cuba sampaikan yang terbaik, tapi nasib dan rezeki tak menyebelahi dia.


Pastu peserta yang sepatutnya Mas jangka akan keluar iaitu Raja Azura, berjaya kekal ke konsert ketiga. Walaupun semalam agak seksa tengok dia menyanyi pastu siap meraih undi lagi, tapi dia masih ada rezeki. Moga minggu ketiga nanti dia tak buat camtu dah, dia kena lebih fokus pada persembahan dan vokal sebab lagu untuk konsert ketiga lebih mencabar.

Pilihan persembahan terbaik untuk artis lelaki dan wanita pulak bagi Mas adalah milik Lan Kristal dan Liza Hanim. Memang lagu Karam tu makanan Lan je tapi kemampuan dia mempertahankan kemantapan vokal harus dipuji. Liza Hanim pulak menyampaikan lagu Aku Hanya Pendatang dengan baik sekali mengikut gayanya tersendiri. Dahlah Mas suka lagu² Fransisca Peter, bila ianya dinyanyikan dengan bagus lagilah suka!


Persembahan peserta² lain pulak Mas tak nak ulas satu², ada yang bagus dan ada yang perlu diperbaiki. Mas cuma ulas persembahan terbaik sahaja! Cuma nak komen bab pembukaan tu, alahai sepatutnya takde adegan camtu. Memang dia taja juta² program GV4 tu tapi tak semestinya kena over acting kan, buat biasa² macam GV sesebelum ni kan bagus. Ke sebab ada chef tu yang dia menggedik sangat! Haraplah minggu depan takde drama lagi ye, nanti muak pulak orang nak tengok GV4.

Untuk minggu ketiga nanti barulah cabaran bermula sebab lagu yang diberikan bukan dari genre mereka dan lebih susah. Dengan tema Berani Ke Idok, inilah lagu² yang bakal peserta² nyanyikan.

Aishah | Terukir Di Bintang  (Yuna)
Liza Hanim | Lagu Untukmu  (Meet Uncle Hussin)
Elyana | Wulan Merindu (Cici Faramida)
Syura | Knock Knock  (Elizabeth Tan)
Haida | Kenangan Bersamamu (Lefthanded)
Raja Azura | Perhaps Perhaps Perhaps (The Pussy Cat Dolls)
Firman | Zalikha (Floor 88)
Hazami | Joget Kenangan Manis (Sudirman)
Lan Kristal | Sayang Sayang (Aliff Aziz)
Tia Jinbara | Bila Resah (Anuar Zain)
Aqasha | Cinta Tak Keruan (Amigos)

Haaaaa ada yang dapat lagu jogetlah, dangdutlah dan pasti ianya menguji vokal dan persembahan mereka. Tak sabar nak tengok Aqasha dangdut, hehehee!

Jumaat, 3 November 2017

Perlu ke perancang kehamilan?

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas je selamat bersalin dan dah masuk wad perkara pertama yang doktor tanya adalah nak ambil perancang kehamilan apa lepas ni. Dah 4 kali beranak dan sekali gugur itulah soalan cepu emas yang akan doktor tanya, selagi tak jawablah. Kadang tu ada setengah doktor, bila kita cakap tak nak ambil perancang dia akan marah.


Macam Mas dari anak pertama lagi memang tak pernah ambil perancang kehamilan, semuanya merancang sendiri je. Alhamdulillah takde masalah, dan jarak anak² Mas semuanya jauh. Atikah dan Arfan jarak 3 tahun, Arfan dan Airis jarak 6 tahun dan Airis dan Aiyra jarak 5 tahun.

Boleh berhasil ke kalau merancang sendiri ni, ada jugak yang bertanya camtu. Hasil tu pokok pangkalnya pada diri kita dan pasangan, kena bekerjasama. Kalau suami tu rasa nak jaga kesihatan diri isteri dan rancang keluarga dengan baik ianya akan berjaya. Kadang tu ambil perancang pun ada jugak yang mengandung kan, tak semuanya selamat.

Berbalik pada perlu ke ambil perancang ni semuanya terpulang pada kita sendiri, kalau rasa tak boleh nak rancang sendiri lebih baik ambil. Sekarang ni dah ada macam² jenis perancang kehamilan, pilih saja mana yang lebih berkesan dan mudah. Macam Mas ada jugak doktor sarankan ambil ubat atau suntikan, sebab itu paling mudah. Tapi Mas tak nak sebab Mas jenis lupa kalau bab² makan ubat ni. 

Lepas lahirkan Aiyra ni doktor pun dah suruh ambil perancang, perlu katanya sebab Mas lahirkan baby besar dan umur pun dah dekat 40an. Tapi bagi Mas tak perlu kot sebab dah terbiasa merancang sendiri, jadi teruskan je cara tu. 

Khamis, 2 November 2017

Tenangkan bayi ketika tidur

Assalamualaikum...(^ ^)

Bayi yang berumur sebulan hingga ke 3 bulan biasanya tidurnya mudah terganggu, kadang tidur baru beberapa minit dia dah terjaga. Pastu kadang ketika tidur tu dia selalu terkejut, pastu tiba² menangis. Kita tak tahu apa yang menganggu fikiran dia, mungkin dia tak selesa.


Macam Aiyra ni pun selalu jugak tak lena tidurnya, terutama waktu malam. Ada masa tengah tidur dia akan terjaga tiba² dan menangis, padahal tengah tidur nyenyak. Pastu mulalah kita rasa tak sedap hati kan, fikirkan apa yang ganggu tidur bayi kita. Kadang terfikir jugak ada benda yang menganggu, betul tak? Jadi nak tenangkan dia ketika tidur dan tak fikir yang bukan², Mas akan buat beberapa perkara. 

Pertama sekali Mas akan bedung dia ketika tidur, ini untuk pastikan dia tak terkejut. Lagi pun bila bedung ni bayi akan rasa lebih selesa dan seperti dipeluk, pastu takdelah tangan dia gerak sana sini. Masa bedung tu pulak janganlah terlalu ketat, biarkan longgar supaya tangan kaki bayi boleh bergerak dengan selesa. Macam anak² Mas kalau malam memang kena tidur berbedung, baru lebih lena.

Kedua pulak Mas akan pasangkan alunan zikir munajat sepanjang Aiyra tidur, ini untuk elakkan apa² yang tak elok ganggu dia. Alunan zikir yang merdu tu buat dia lebih lena tidur. Pastu kalau dia menangis tiba² masa tidur memang Mas akan pasangkan zikir tu, cepat je dia diam. Kadang masa mula² nak tidur pun kena pasang zikir munajat ni, baru dia boleh tidur.


Lagi satu Mas akan pastikan Aiyra kenyang serta perut dia selesa sebelum tidur, jadi kena susukan secukupnya dan sapu minyak kat perut dia. Yelah kalau perut lapar atau kembung memang bayi tak boleh tidur lena, mulalah dia menangis. 

Itu sajalah yang Mas buat, alhamdulillah Aiyra takde masalah untuk tidur baik siang atau malam. Kalau dia berjaga tengah malam pun bukanlah sebab susah tidur tapi mungkin dah puas tidur agaknya. Sebab kalau berjaga tu takde pun dia menangis cuma nak lelapkan mata tu payah sikit. Tapi bila Mas buat cara² di atas dia akan lena semula. 

Rabu, 1 November 2017

Misi dapatkan berat asal

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas bersalin sudah tentu impian wanita nak dapatkan semula berat asal sebelum mengandung, dalam erti kata lain nak kembali kuruslah. Tapi ada sesetengah tu beranggapan tak boleh sebab tengah menyusukan anak, jadi kena makan banyak supaya susu tak kering. Salah tanggapan tu, sepatutnya dalam pantang dan menyusukan anaklah kita mudah kurus. 

Mas masa berat 63kg


Macam Mas memang target nak dapatkan berat ideal 60kg selepas bersalin ni, sebab misi tu tak pernah tercapai pun. Hehehee, yelah bila dah cecah berat 63kg tetiba mengandung pulak. Jadi terpaksalah lupakan diet dulu, lepas bersalin baru sambung misi kurus tu. 

Masa sebelum bersalin berat Mas cecah 83kg, naik 15kg dari berat asal iaitu 68kg. Fuhhh banyak jugak naik kan, mana taknya si Aiyra pun dah 4.2kg beratnya. Pastu lepas bersalin berat Mas 71kg, kiranya dah 12kg berkurang. Dan selepas 30 hari berpantang Mas dah dapat semula berat sebelum mengandung iaitu 68kg, sekarang nak kurangkan ke 63kg pulak. 


Mas bukan amalkan diet pun, gila apa tengah menyusukan anak nak diet. Mau lapar mengigil nanti kan? Mas cuma amalkan makan nasi sekali sehari je dan banyakkan makan sayur, buah dan protein. Pastu Mas makan makanan yang boleh tambahkan susu badan supaya susu tak berkurangan seperti lobak putih, amalkan minum susu setiap hari dan minum banyak air masak. Alhamdulillah susu tak kurang walaupun Mas kawal pemakanan!

Pastu lagi satu pantang makan tu kena jaga betul² kalau nak cepat kurus, jangan main bedal je makan apa saja. Amalkan yang seimbang, yang banyak serat dan yang sihat. Pasti boleh dapat berat idaman punya kalau konsisten dan disiplin!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com