Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Februari 2020

Masalah lutut kanan Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas tak pernah tahu pun pasal masalah lutut Airis ni, tapi pernahlah husband cerita dia mengadu lutut dia sakit. Masa tu dia umur 5 tahun dan bila rasa sakit dia akan mengadu pada husband Mas je, jadi Mas ingat takdelah masalah serius. Pastu sakit tu bukan datang kerap, dalam setahun tu ada lah 2-3 kali dia mengadu. 

Tapi sejak tahun lepas Mas tengok kerap jugaklah dia mengadu lutut tu sakit, terutama bila dia terlalu aktif main. Ada sekali tu dia duduk melutut terlalu lama buat kerja sekolah, tiba² menangis cakap lutut dia sakit sangat. Sampai tak boleh nak luruskan kaki tu, kena sapu minyak panas dulu pastu gerakkan kaki tu perlahan² barulah boleh lurus. Lutut dia ni bila bengkok dan luruskan akan nampak macam pergerakan dan keluarkan bunyi, bila tengok nampak macam tulang tu termasuk keluar. Haaa camtulah, Mas pun tak reti sangat nak terangkan.


Bila tengok dia sakit camtu Mas risaulah jugak, terus suruh husband bawak dia ke KK Salak. Bila jumpa doktor katanya masalah knee ligament, mungkin disebabkan jatuh katanya. Cuma setahu Mas takde pulak Airis mengadu pernah jatuh yang akibatkan lutut dia sakit, tanya banyak kali pun dia tetap cakap takde. Tapi doktor cakap dia pun tak dapat pastikan, kena rujuk hospital dan jumpa Pakar Ortopedik dulu. Jadi doktor KK Salak sediakan refer letter ke Hospital Serdang.

Bila dah pergi hospital kami dapat tarikh temujanji semalam untuk jumpa Pakar Ortopedik. Jumpa je doktor dan pemeriksaan dibuat katanya masalah tu macam habitual action, iaitu Airis selalu buat pergerakan tu sehingga menjadi habit. Cuma doktor tak boleh nak sahkan betul², kena xray dulu untuk tengok samada betul ke masalah tulang tu boleh termasuk keluar bila dia lurus dan bengkokkan kaki. 

Tapi bila dah xray, tulang dia takde masalah. Jadi kenalah rujuk ke Pakar Tulang Kanak² pulak. Semalam sampai 2 doktor pakar dan 3 doktor MO dok tengok lutut dia, naik cuak pulak Mas tengok muka Airis. Yelah 5 doktor kerumun dia dah suruh jalan ulang alik, suruh bengkok dan luruskan kaki banyak kali. Tapi semalam belum ada pengesahan betul² apa masalah lutut dia, serius atau tak belum tahu lagi. Pakar Tulang Kanak² tu cakap kemungkinan masalah urat atau saraf, untuk kepastian dia kena scan dulu kaki Airis tu baru boleh nampak keseluruhan pergerakan tu. 

Lagi pun pakar kata kes Airis ni pertama kali mereka tengok, sebab tu kena pastikan betul². Jadi kena datang lagi temujanji bulan 6 nanti, masa tu kena scan keseluruhan kaki kanan dia dan akan xray dari lutut hingga ke hujung jari kaki. Doktor pakar kata masalah Airis ni takdelah serius sangat sebab dia masih boleh berjalan dan berlari, cuma doktor takut urat tu akan membengkak kalau dia aktif sangat. Jadi kalau dia mengadu kerap sangat, doktor akan percepatkan temujanji. 

Buat masa ni Mas tengok camne perkembangan dia, kalau tak kerap sakit Mas tunggu je hingga bulan 6. Pastu kena pantau lah pergerakan dia, tak boleh aktif sangat dan tak boleh selalu main gerakkan lutut tu. Harap temujanji bulan 6 nanti takdelah masalah serius! 

Isnin, 10 Februari 2020

Pentas AJL34

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah lagu Sumpah, Naim Daniel!


Ikutkan Mas tak target pun dia menang, Mas cuma teka dia menang persembahan terbaik sebab nampak kelainan dan menarik. Tapi lirik lagunya yang kuat dan mendalam maksudnya membuatkan lagu Sumpah layak menang, lagi pun ramai yang suka lagu ni. Mas takdelah minat sangat tapi suka liriknya. Rezeki dia lah selepas lagu ni banyak kontroversi!

Tahniah jugak buat lagu Bangun dan Anta Permana, menang tempat kedua dan ketiga. Lagu Bangun ni bila dengar betul² memang liriknya menarik jugak, ada maksud tersirat. Melodi dan rentak lagunya pun best, sebab layak jugak menang. Lagu Anta Permana sememangnya Mas target jadi Juara Lagu, suka sangat dengan liriknya yang penuh puitis. Agaknya kalau Tok Ti yang nyanyi mesti dia bolot vokal terbaik dan Juara Lagu kot, hehehee!


Persembahan terbaik pulak milik Hafiz, haihhh memang tak jangka sangat. Tapi suka tengok persembahan dia, sweet dan simple je. Rezeki isteri dan anak dia! Vokal pulak Mas memang target dia menang, tak dinafikan vokal dia sangat power. Sedap seperti dulu! 


Peserta lain tak kurang hebatnya, semua berikan saingan. Tapi Mas cuba tak berkenan dengan persembahan dari Aina Abdul dan Drama Band tu, kurang menyenangkan sikit. Macam Aina tu vokal dah bagus dan lagu pun menarik jugak, tapi tetiba buat persembahan tikam² sampai berdarah pulak. Terus mencacatkan semua! 

Macam kumpulan Drama Band, lagu dah best dan persembahan pun menarik pasal isu panas semasa. Cuma makeup mereka tu agak keterlaluan sangat, terkejut beruk bila tengok muka penyanyinya. Kalau ada sakit jantung dah lama gol, yelah tetiba pusing muka buruk ya ampun. Harap lepas ni takdelah para peserta buat persembahan pelik² camni, buat yang simple tapi menarik pun boleh menang!


Itu sajalah sedikit coretan pasal AJL34, walaupun tak ingat pun malam semalam final. Tapi nasib anak Mas ingatkan, dan Mas pun nak tengok persembahan lagu Anta Permana je. Sekali bila Tok Ti muncul memang terus jeritlah, tak sangka dia buat kejutan. Cuma agak spoil bila mikrofon dia tak berbunyi, kecewa jugaklah. Tapi puashati dapat dengar dia nyanyi walaupun sekejap, rindu dengan zaman dia bertanding AJL dedulu.

Keputusan penuh AJL34.
Juara Lagu: Naim Daniel | Sumpah
Naib Juara: Aman Ra | Bangun
Tempat Ke-3: Siti Nurhaliza | Anta Permana

Persembahan Terbaik: Hafiz Suip | Kisah Cinta Kita
Vokal Terbaik: Hafiz Suip | Kisah Cinta Kita

Rabu, 5 Februari 2020

Homemade Oden ala² Family Mart

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni bukanlah penggemar makanan korea, memang tak pernah makan pun. Kalau member dok sebut makanan korea kat Family Mart tu sedap, serius memang Mas tak tahu.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas ada kawan² pejabat ni buat makan². Pastu diaorang ada buat Oden ala² Family Mart katanya, Mas pun memang tak pernah makan jadi terujalah nak cuba. Bila dah makan, Mas akui memang sedaplah dan tekak Mas boleh terima. Ianya ala² steamboat jugak tapi kuah dia ala² tomyam.



Bila dah makan rasa sedap, terus teringin nak buat sendiri untuk husband dan anak². Teringin punya teringin baru tahun ni ada kesempatan untuk buat, alhamdulillah husband dan anak² suka makan. Jadi Mas nak kongsikan kat sini resepinya, kot² korang nak cuba buat jugak. Mudah dan senang je nak buat!

Bahan-bahan Oden
1 botol kecil pes thai tomyam
1 pek perencah asam pedas
2 peket steamboat campur
1 peket 6 in 1 maggi
Cendawan Enoki
Telur puyuh
Isi ayam
Sawi Pak Choy
1-2 batang serai
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)



Cara² membuatnya
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga naik bau, kemudian masukkan air mengikut kesukaan korang. Macam Mas guna rice cooker je, jadi masuk sehingga hampir penuhlah. 

2. Pastu masukkan sebotol kecil pes thai tomyam dan 1 pek perencah asam pedas. Perasakan dengan garam, dah menggelegak sikit bolehlah masukkan bahan² oden tadi. Dah sedia untuk dimakan bersama keluarga! 


Nota: Kalau ikutkan tak nak tumis pun takpe, campur je semua bahan tumis tu dengan air dan perencah pastu kasi menggelegak je. Cuma kalau nak rasa lagi sedap, tumislah sekejap. 

Selamat mencuba!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com