Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 29 Februari 2012

Demi nombor cantik

Assalamualaikum...(^ ^)


MAS 7

Cantik tak nombor ni? Inilah nombor idaman Mas untuk plat kereta. Tapi kalau nak dapatkan mesti mahal punya, mahu cecah sampai ratusan ribu!

Tapi ada orang yang sanggup habis ratusan ribu demi nombor cantik ni. Janji mereka puas hati dapat yang diidamkan kerana bagi mereka ia umpama satu nombor bertuah. Pagi tadi ada dengar di radio yang nombor plat Wilayah Persekutuan iaitu WWW boleh ditempah mulai 30 April ni. Bagi peminat nombor WWW 1 hingga WWW 10 boleh membuat tempahan nanti, dan harga untuk setiap nombor tersebut sekurang²nya RM10 ribu.

Mahal gila kan? Jadi siapa rasa² berminat dan banyak duit boleh tempah dari sekarang, hehehee!

Cuti-cuti Sabah : Shopping

Assalamualaikum...(^ ^)

Cerita terakhir di hari terakhir kami di Sabah. Terima kasih pada yang sudi baca cerita sebelum ni, kalau belum baca boleh klik link di bawah.

cuti-cuti Sabah : tibanya di Sabah
cuti-cuti Sabah : indahnya Kundasang
cuti-cuti Sabah : Kundasang lagi
cuti-cuti Sabah : island tour
cuti-cuti Sabah : seafood dan mutiara

Hari terakhir : 23/2/2012
Seawal pagi memang takde aktiviti apa², jadi bolehlah bermalasan dan bangun lambat sikit. Sarapan pun suruh husband beli kat kedai dan makan kat dalam bilik, jam 12.30 baru kami check out. Selesai semua urusan terus kami pergi ke Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin untuk shopping.


Sampai kat pasar tu memang ramai orang, parking pun susah nak dapat. Sampai kena pusing 2-3 kali baru dapat parking, mula² kami pergi ke Pasar Ikan Masin. Mas memang nak cari Ikan Terubuk Masin, nak beli untuk mak mertua. Pastu beli jugak ikan bilis, RM15 sekilo. Ikan bilisnya pun segar.


Dah habis shopping dan borong ikan masin serta ikan bilis kami pergi ke Pasar Kraftangan. Masa datang Sabah tahun 2010, Mas tak pergi pun pasar ni. Besar jugak, pelbagai barang kraftangan dijual di sini. Semuanya menarik dan cantik, sempat jugak beli gelang mutiara untuk buat cenderahati.


Dah penat pusing Pasar Kraftangan kami gerak ke Pasar Peniaga Tempatan untuk beli kuih, Mas borong 3 peket Kuih Cincin dan 3 peket Kuih Amplang. Memang sedap kuih ni, Mas suka. Kat pasar ni semua peniaga tempatan yang berniaga, harga kuih muih pun boleh mintak tawar. Sampai 2 kali kami pergi sebab tak cukup kuih yang dibeli, mana taknya sampai dalam van terus buka dan makan.


Setelah puas hati shopping kami pusing² kat sekitar bandar Kota Kinabalu, maklumlah nak habiskan masa sementara nak pergi ke airport pada jam 6 petang. Dah pening pusing² kami lepak santai kat Pantai Tanjung Aru, tengok orang main perahu layar. 

Sebelum gerak ke airport kami isi perut dulu, makan KFC je. Pukul 6.30 petang dah tiba di airport. Selesaikan urusan pemulangan van, check in dan pukul 8 malam dah ada dalam perut kapal terbang. Pukul 12.30 malam baru selamat sampai kat rumah. Memang penat gila tapi puas hati sebab percutian yang dilalui sangat menyeronokkan, berbaloi²!

Selasa, 28 Februari 2012

Cuti-cuti Sabah : Seafood dan mutiara

Assalamualaikum...(^ ^)

Sambung lagi cerita Sabah, sikit lagi je! 


Hari ketiga : 24/2/2012
Selepas balik dari pulau semuanya kepenatan, jadi rehat sebentar sementara nak tunggu malam. Sebab malam nanti nak makan seafood sepuas²nya. 

Pukul 7.30 malam kami keluar menuju ke gerai seafood berhampiran dengan laut. Sampai di sana memang tempat tu dah banyak berubah, tak sama macam masa Mas pergi dulu. Dah banyak gerai. Harga seafood yang dijual pun tidak semurah dulu, dah mahal sekarang. Kalau dulu seekor ikan merah dijual dengan harga RM10 seekor tapi sekarang RM3 untuk 100 gram. Masa dah banyak berubah, peniaga pun dah pandai cari untung sebab semakin ramai pelancong datang ke sana.





Dah puas tengok gerai yang tawarkan harga lebih murah, hanya satu gerai je jual dengan harga yang berpatutan. RM3 untuk 100 gram bagi semua jenis seafood. Jadi kami pilih 2 ekor ikan merah, 4 ekor ketam dan 5 ekor sotong. Masakan yang kami pilih pulak ialah Ikan Merah Sweet & Sour, Ikan Merah Masak Stim, Sotong Goreng Tepung dan Ketam Masak Cili Kering.

Boleh tahan masakan dia, sedap hingga licin selicin licinnya. Bayaran yang kami kena untuk semua masakan seafood ditambah dengan nasi putih dan air ialah RM100 lebih, mahal jugaklah. Tapi takpe, yang penting sedap dan makan pun puas hati.


Lepas perut dah kenyang kami jalan² kat Pasar Filipina, cuci mata sambil tengok pelbagai barangan perhiasan dari mutiara. Semuanya cantik, Mas beli brooch dan gelang mutiara untuk bagi pengasuh anak² dan cikgu mereka. Gambar pun tak sempat nak ambil sebab asyik sangat shopping.

Tamat sudah cerita hari ketiga. Esok cerita untuk hari terakhir pulak, tunggu!

Yang baru!

Assalamualaikum...(^ ^)


Comel tak IC baru ni, baru ambik semalam.

Sebelum Mas pergi bercuti ke Sabah lagi dah buat, itu pun husband yang bersungguh ajak. Katanya nak tukar alamat kat IC, nak guna alamat rumah kat sini. Alasannya bila mengundi nanti malas nak balik kampung, mengundi kat sini lagi senang.

Betul jugak kata husband, nak balik mengundi kat kampung kos minyak dengan tol lagi. Jadi kalau dah tukar alamat sini senang sikit. Jadi 21/2/12 Mas pergilah ke JPN, ingatkan memakan masa yang lama sebab Mas agak mesti ramai orang. Sekali sampai kat sana, sepantas kilat je dah selesai. IC akan siap dalam masa 1 hari.

Masa ambil IC semalam pun sekejap je, tak sampai 5 minit tunggu. Jadi kalau kawan² nak tukar IC baru bolehlah pergi. Memang cepat, tak perlu tunggu lama. Hari Sabtu Ahad pun mereka buka kaunter sampai jam 2 petang.

Yang bagusnya mereka dah masukkan data lesen memandu dalam IC, cuma Mas perlu pergi ke pejabat pos untuk tukar alamat tempat mengundi.

Cuti-cuti Sabah : Island tour

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi cerita percutian Mas di Sabah, kali ni Mas nak cerita pengalaman island tour kami.


Hari ketiga : 24/2/2012
Seawal jam 8 pagi kami dah gerak ke Jesselton Point, sampai disana terus survey kaunter mana yang tawarkan pakej yang paling berpatutan. Setelah puas survey dapat jugak pakej yang bagi Mas berpatutanlah, RM250 untuk 13 orang dan ditambah RM57 untuk cukai pelabuhan. Pakej yang kami ambik ni untuk 2 pulau sahaja, kami pilih Pulau Manukan dan Pulau Sapi.



Dah selesai urusan pembayaran, kami sarapan dulu kat jeti. Bila perut dah kenyang terus teruja nak pergi ke pulau. Kami sewa satu bot supaya senang nak setkan masa di setiap pulau, kalau kongsi dengan orang lain susah pulak kan? Pemandu bot yang bertanggungjawab membawa kami ke pulau² tu ialah Pak Aziz. Sangat baik dan peramah orangnya, senang berurusan dengan dia.



Pulau pertama yang menjadi pilihan kami ialah Pulau Manukan, sangat cantik pulaunya. Air jernih, permandangan yang indah dan pantainya sangat bersih. Kami ambik masa 2 jam berada di pulau ni, layan anak² mandi dan snorkeling. Masa kat pulau ni baru Mas belajar snorkeling dengan husband, tapi tak berani sangat sebab pertama kali kan?



Setelah puas mandi-manda di Pulau Manukan, dalam pukul 1 tengahari kami gerak ke Pulau Sapi pulak. Pulau ni tidaklah secantik Pulau Manukan tapi lagi syok snorkeling kat sini, sebab airnya lagi jernih dan terumbu karangnya lagi cantik. Kat sini baru Mas berani cuba snorkeling tapi husband kena teman, Mas kan tak tahu berenang. Memang pengalaman yang sangat seronok dapat melihat keindahan hidupan di dasar laut, Mas sangat teruja dan tak dapat lupakan saat itu.


Dah habis snorkeling dan mandi manda dalam pukul 3 petang kami gerak balik, rasa berat hati nak tinggalkan pulau tersebut. Tak puas rasanya snorkeling, sangat seronok! Lain kali kalau datang lagi Mas tak akan lepaskan peluang untuk snorkeling.

Itulah cerita keseronokan island tour kami, lepas ni Mas sambung cerita lagi.

Isnin, 27 Februari 2012

10 perkara rosakkan mood di waktu pagi

Assalamualaikum...(^ ^)


Kebiasaannya bila waktu pagi mesti kita nak mood berada dalam keadaan tenang kan? Sebab diwaktu pagi kita akan memulakan hari, jadi kalau mood ceria baru hari tersebut boleh dilalui dengan indah sekali. Tapi kadang² ada jugak beberapa perkara yang boleh rosakkan mood kita di waktu pagi.

Antara yang dapat Mas kesan dan pernah dilalui, jom Mas kongsikan.

Bangun lewat
Kalau Mas memang rasa kelam kabut sangat kalau bangun lewat, serba tak kena dibuatnya. Tiba² rasa tak tahu nak mulakan mana satu, nak mandi dulu ke, gosok baju dulu ke atau siapkan sarapan anak² ke? Jadi mulalah mood ke laut, rasa terus malas nak pergi kerja.

Anak menangis
Mas cukup pantang kalau anak² menangis waktu pagi, rasa keheningan pagi macam jadi hingar bingar pulak. Kalau menangis tu suaranya perlahan takpe jugak, ini tidak makin kuat lagi adalah. Sebab itulah Mas akan pastikan anak² tidur awal supaya mereka tak menangis bila dikejut pagi nanti.

Kereta habis minyak
Hidupkan enjin kereta, tengok minyak dah habis. Apa kita rasa, mesti rosak mood kan? Jadi kena pastikan sebelah malam dah isi minyak penuh², baru kejadian sebegini tak rosakkan mood di pagi hari.

Trafik jammed
Yang ini memang dah rutin, selalu buat kita bad mood kan?

Ada road block
Mas memang pelik kalau polis atau JPJ buat road block waktu pagi. Nak pulak masa tu waktu puncak, orang berpusu nak pergi kerja. Rosak mood betul, mesti lambat sampai pejabat.

Jalan ditutup
Ini yang Mas alami pagi tadi, memang buat darah menyirap je. Dahlah jalan ditutup, pastu tak bagi petunjuk untuk laluan alternatif. Kelam kabut kita nak cari jalan mana yang boleh dilalui, masa tu rasa nak pergi cakap kat polis trafik tu.

Susah dapat parking
Hari² Mas lalui saat ni, kadang² bad mood jugak!

Tak sempat sarapan
Nak mulakan kerja mesti kita nak perut dah diisi kan, kalau lapar camne nak mulakan kerja dengan bersemangat. Tapi kalau tak sempat sarapan memang rasa tak semangat nak kerja, mula mood ke laut. Jadi kena simpan makanan macam biskut ke atau cereal ke, jadi kalau tak sempat sarapan sekurang²nya ada sesuatu boleh dimakan untuk alas perut.

Lif tiba² rosak
Kenalah menapak naik tangga. Kalau satu tingkat je takpe, tapi kalau 10 tingkat bukan saja rosakkan mood tapi terus balik rumah je.

Kena marah dengan bos
Kalau kena marah dengan bos pagi² memang tak seronok langsung, terus pagi yang ceria tu jadi kelam je. Nak kerja pun dah takde mood, ambil EL boleh tak?

Apa yang rosakkan mood kawan², cuba kongsi.

Cuti-cuti Sabah : Kundasang lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini ada lagi cerita percutian di Sabah, cerita masih berkisar di Kundasang. Jom baca sambil tengok gambar² kami di sana.


Hari kedua : 23/2/2012
Selepas bersukaria main² dengan ikan kelah kami terus gerak ke Poring Hot Spring. Sampai di sana terus cari restoran untuk lunch sebab perut masing² dah nyanyi lagu keroncong. Kami singgah makan di restoran berhampiran kawasan Hot Spring tu. Order nasi putih dengan Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur. Sedap masakan dia, licin dibedal oleh kami 13 orang.





Bila perut dah kenyang barulah seronok nak jalan², jadi terus beli tiket masuk. Mas ambil tiket untuk jalan² di sekitar Hot Spring dan tiket ke Canopy Walkway. Tapi yang tak seronoknya kami tak dapat nak teruskan perjalanan ke Canopy Walkway sebab hari dah hujan, sempat masuk separuh jalan je. Tak berani nak teruskan sebab perjalanan tu di dalam hutan, jadi sementara nak tunggu hujan berhenti kami lepak² sambil rendam kaki kat kolam air panas. Sangat best, rasa segar dan hangat.

Memandangkan hujan tiada tanda² nak berhenti kami terpaksalah redah untuk ke kereta. Tapi banyak jugak tempat yang tak sempat kami lawati di Kundasang seperti Kundasang Memorial War, Pekan Nabalu, Desa Mesilau Farm dan Karambunai disebabkan hari hujan. Jadi kami teruskan saja perjalanan untuk balik ke Kota Kinabalu.





Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap kat satu kawasan hentian ni untuk bergambar, dari kawasan ni memang nampak jelas permandangan Gunung Kinabalu. Jadi memang tak lepaskan peluang untuk rakamkan gambar sebagai kenangan, dan yang paling seronok kawasan ni sangat berangin. Walaupun rasa sangat sejuk tapi segar dapat hirup udara gunung yang sangat nyaman.



Pukul 6.30 petang kami selamat tiba di Kota Kinabalu, singgah sekejap kat tepi pantai untuk tengok matahari terbenam. Sangat cantik dan indah, tak jemu mata memandang. Apa lagi terus rakamkan gambar sebagai kenangan. Dah puas tengok sunset terus check in di Impiana Mutiara Hotel. Menarik jugak hotel ni sebab ianya terletak di tengah bandar Kota Kinabalu, harga bilik pun agak berpatutan. Sebelah malam pulak kami hanya keluar makan dan jalan² di sekitar pasar malam Kampung Air.

Habislah kisah hari kedua kami di Kundasang, lepas ini cerita island tour kami ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Nantikan ye!

Ahad, 26 Februari 2012

Cuti-cuti Sabah : Indahnya Kundasang

Assalamualaikum...(^ ^)

Sambung lagi kisah percutian di Sabah, harap kawan² tak bosan membacanya.



Hari kedua : 23/2/2012
Hari bermula dengan menikmati sarapan di Kinabalu Pine Resort, seperti dinner jugak kami dapat sarapan untuk 6 orang dan ianya secara ala-carte. Memang bagus cara sarapan camni sebab kami diberi pilihan untuk memilih apa makanan yang kami suka. Setelah perut kenyang dengan sarapan yang lazat, kami rakamkan gambar dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat indah.




Setelah puas posing sakan, kami check out dan bersiap untuk melawat tempat² menarik di Kundasang. Lawatan dimulakan dengan Kinabalu Park, memang wajib melawat tempat ni sebab disini bole lihat Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Tapi kena pergi sebelum jam 9 pagi sebab selepas waktu tu kabus dah mula menebal, kalau lewat memang tak sempat nak lihat keindahan gunung.




Dah puas menikmati cuaca sejuk dan nyaman di Kinabalu Park kami terus bergerak menuju ke Ladang Teh Sabah di Ranau, agak kecewa jugak bila sampai di sana sebab ladang tehnya tak secantik dulu. Ambik gambar sebagai kenangan, shopping teh sabah dah terus gerak ke Kelah Sanctuary di Sungai Tagal. Pastinya inilah pengalaman yang paling dinantikan, beri makan ikan kelah secara dekat.

geli oiiiii





Tiket yang dikenakan untuk masuk ke Kelah Sanctuary tu ialah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak² berumur 7 tahun ke atas. Mereka jugak ada sediakan makanan ikan yang dijual dengan harga 20 sen untuk satu pek kecil, RM5 jugak Mas habiskan untuk beli makanan ikan je. Mula² jejak kaki ke dalam sungai memang rasa takut jugak sebab ikan kelah tu terus datang berkerumun kat kaki. Rasa geli sangat bila dia gigit² kaki, Mas siap terjerit² lagi. Tapi lama kelamaan rasa seronok pulak sebab dapat bagi ikan² makan dan dalam masa yang sama boleh pegang ikan² tersebut. Memang satu pengalaman yang sangat seronok!



Lepas dah puas main² dengan ikan, kami cuba pulak pengalaman jalan² di atas jambatan gantung berhampiran. Mas sempat jalan separuh je, gayatlah pulak. Tapi nak jugak cuba dan posing ambil gambar kat atas jambatan tu, seterusnya kami terus gerak ke Poring Hot Spring pulak.

Nanti Mas sambung cerita lagi, dah panjang sangat ni. Hehehee!

Cuti-cuti Sabah : Tibanya di Sabah

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, selamat sampai di Teratak Idaman pada jam 12.30 tengah malam semalam. Memang penat tak terkata tapi tetap gembira kerana telah melalui percutian yang sangat seronok. Sekarang rumah pun dah sunyi sepi sebab semua adik beradik dah pulang ke rumah masing². 

Mulai hari ini Mas akan update satu persatu percutian kami di Sabah, dimulakan dengan hari pertama kami di sana. Mas akan cerita berserta dengan gambar sekali, harap seronok membacanya.


Hari pertama : 22/2/2012
Penerbangan semalam 2 jam setengah membawa kami ke Negeri Di Bawah Bayu. Sampai di airport kami terus ambik kereta sewa, Mas tempah kereta Exora dengan sewa RM230 sehari. Kemudian selepas makan tengahari di KK, dalam pukul 3 petang kami pun terus bertolak ke Kundasang. Perjalanan dalam hujan membuatkan kami mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kundasang. 


Di Kundasang kami menginap di Kinabalu Pine Resort. Resort ini memang terkenal di Kundasang kerana tempatnya memang strategik untuk melihat Gunung Kinabalu secara jelas. Mas menyewa 3 buah bilik dan harga sebuah bilik ialah RM240 berserta dengan pakej makan malam dan sarapan. Bagi Mas sangat berbaloi dengan resortnya yang cantik dan makanan yang sedap, pastu cuaca di situ sangat sejuk dan nyaman.

Selepas check in di resort kami semua bersiap sedia untuk makan malam, pakej yang disediakan adalah untuk 2 orang bagi satu bilik. Kami dapat pakej untuk 6 orang kerana menyewa 3 bilik. Menu yang disediakan pulak adalah berbentuk ala-carte dimana kami boleh memilih 1 jenis sup, 3 jenis lauk dan 2 jenis sayur, nasi putih dan air kosong. Memang berbaloi untuk kami seramai 13 orang makan, cuma perlu tambah nasi putih sahaja yang dikenakan caj sebanyak RM1 untuk sepinggan nasi. Inilah antara makanan yang kami pilih, semuanya sedap!


Selesai makan terus ambik peluang jalan² kat sekeliling resort, tapi tak boleh lama² sebab cuaca sangat sejuk hingga ke tulang. Ditambah pulak dengan hujan dan kawasan resort sangat berangin, jadi kami ambik jugak kesempatan rakamkan gambar sebagai kenangan. Walaupun sejuk tapi cuacanya sangat nyaman. Memang syok tidur malam tu, hehehee!

Ini sahaja cerita hari pertama, nanti Mas sambung untuk hari kedua pulak.




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com