blog wajib baca

  • Nuffnang dan Rezeki - Hello peeps... Kenapa saya pilih nuffnang ? Ada blogger baru bertanya pendapat saya tentang pilihan syarikat pengiklanan mana yang terbaik untuk dipasang...

toink toink dari beloG MTT

entri terbaru dan terkini

Selasa, 28 Februari 2012

cuti-cuti Sabah : island tour

Assalamualaikum...(^ ^)

lagi cerita percutian Mas di Sabah... kali ni Mas nak cerita pengalaman island tour kami!


hari ketiga : 24/2/2012
seawal jam 8 pagi kami dah gerak ke Jesselton Point... sampai disana terus survey kaunter mana yang boleh tawarkan pakej yang paling berpatutan... setelah puas survey dapat jugak pakej yang bagi Mas berpatutanlah... RM250 untuk 13 orang dan ditambah RM57 untuk cukai pelabuhan! pakej yang kami ambil ni untuk 2 pulau sahaja... kami pilih Pulau Manukan dan Pulau Sapi! 


dah selesai urusan pembayaran, kami sarapan dulu kat jeti... bila perut dah kenyang terus excited nak pergi ke pulau! kami sewa satu bot supaya senang nak setkan masa di setiap pulau... kalau share dengan orang lain susah pulak kan? pemandu bot yang bertanggungjawab membawa kami ke pulau-pulau tu ialah Pak Aziz... sangat baik dan peramah orangnya! senang berurusan dengan dia...


pulau pertama yang menjadi pilihan kami ialah Pulau Manukan... sangat cantik pulaunya! air yang jernih, permandangan yang indah dan pantainya sangat bersih... kami ambil masa 2 jam berada di pulau ni! layan anak-anak mandi dan snorkeling... masa kat pulau ni baru Mas belajar snorkeling dengan husband! tapi tak berani sangat sebab first time kan? 


setelah puas mandi-manda di Pulau Manukan, dalam pukul 1 tengahari kami gerak ke Pulau Sapi pulak... pulau ni pulak taklah secantik Pulau Manukan tapi lagi syok snorkeling kat sini... sebab airnya lagi jernih dan terumbu karangnya lagi cantik! kat sini baru Mas berani cuba snorkeling tapi husband kena temankan... Mas kan tak tahu berenang! memang pengalaman yang sangat seronok dapat melihat keindahan hidupan di dasar laut... Mas sangat teruja dan tak dapat lupakan saat itu!


dah habis snorkeling dan mandi manda dalam pukul 3 petang kami gerak balik... rasa berat hati nak tinggalkan pulau tersebut! tak puas rasanya snorkeling, sangat seronok! next time kalau datang lagi Mas tak akan lepaskan peluang untuk snorkeling... 

itulah cerita keseronokan island tour kami... lepas ni Mas sambung cerita lagi ye! hehehee

11 juta kata dan doa:

  1. seronoknya kak mas.. lawa kan tmpt tu. bila agaknya CA berpeluang nk g bercuti cam kak mas ni? tunggu anak2 besar sikit la nmpknya

    BalasPadam
  2. syiok!!! sy g sn taun dpn..hadoi, lm lg..

    BalasPadam
  3. seronok bercuti di sabah kan mas...rasa macam nak pergi lagilah...

    BalasPadam
  4. Seronoknya..Mas pun dah pandai snorkling ye..mesti teruja tgk keindahan dasar laut..

    BalasPadam
  5. cantik sungguh ...indah sungguh ciptaan allah S.A.W...

    BalasPadam
  6. woaaaa jernihnya air!

    sy mmg lama dh admire kat pulau manukan ni!

    BalasPadam
  7. last year ofis trip saya ke sana.. mmg best giler! rasa mcm nak berumahtangga di sana je...

    BalasPadam
  8. cantiknya laut !! alaa, ni yg eager nak pergi nih !! :)

    BalasPadam
  9. Dah lama tak gi melancong ngan keluarga macam ni

    BalasPadam
  10. salam kenal kak mas, berapa harga chartered utk satu boat? :)

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com