Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 Jun 2014

I'm back and Selamat berpuasa

Assalamualaikum.. (^ ^)

Huwaaaaaaaaaaaa, sedihnya! Nak nangis dulu boleh tak kawan².

Dah 6 bulan blog ni terabai, sampaikan domain dah mati pun Mas terlupa. Ini baru je buat domain renewal, tu yang boleh update. Sadis sangat!

Fuhhhh, fuhhhh, fuhhhh.
Kita tiup dulu habuk² yang ada, maklumlah sepanjang tahun 2014 ni hanya ada 1 entri je. Kesian betul pada para pembaca yang masuk ke blog ni, mesti nak termuntah tengok entri yang dah basi kepam² tu. Tapi Mas terharu sebab walaupun tak berupdate masih ada yang sudi baca dan komen di entri² Mas yang lama. Terima kasih teramat sangat!

Mas mula dengan cerita berpuasa. Sekarang dah masuk bulan Ramadhan, dan hari ni pun dah hari kedua kita berpuasa. Puasa tahun ni Mas nak lebih berjimat cermat, kalau boleh tak nak asyik membeli lauk-pauk dan kuih-muih di bazar Ramadhan. Selagi termampu oleh kudrat, Mas akan masak tiap² hari untuk suami dan anak². Lagi pun mereka lagi suka makan apa yang mamanya masak, lagi sedap katanya. Kuih pun takdelah Mas pandai buat sangat, buat yang mudah je. Janji boleh makan!

Semalam hari pertama puasa Mas masak Ketam Lemak Cili Api + Nenas, Ikan Sardin Goreng dan buat kuih Buah Melaka. Alhamdulillah suami dan anak² seronok dan puas makan. Pastu macam² yang diaorang suruh masak, "Insya Allah abang dan anak², selagi termampu mama akan cuba buat!"

Selamat menjalani ibadah puasa semua, moga ibadah kita diberkati olehNya. Harap² entri ini tak akan jadi entri basi lagi, tengah kumpul semangat untuk kembali aktif berblog. Sayang dengan blog yang dah hampir 4 tahun bernyawa ni. 

Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com