Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 Jun 2021

Tahniah Kakak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Masih belum terlewat untuk Mas abadikan kenangan terindah ni, alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kakak Atikah menghadapi SPM 2020.


Pada 10 Jun yang lepas telah keluar keputusan SPM 2020, syukur kakak Atikah berjaya dapat 6A. Memang dia pun tak sangka dapat sebagus tu, yelah dengan belajar di dalam keadaan pandemik ni memang agak mencabar. Tapi syukur cikgu² banyak membantu dengan kelas online setiap hari, dengan latihan dan nota² yang lengkap. 

Pastu kakak Atikah memang berusaha keras untuk dapatkan keputusan yang baik, siang malam Mas tengok dia belajar. Kadang tu Mas yang risau dok tengok khusyuk sangat belajar tanpa pedulikan hal lain. Jadi Mas selalu nasihatkan dia buat setakat yang mampu, jangan terlalu paksa diri. Yelah bukan apa takut tertekan pulak!

Cuma dia agak terkilan jugak sebab Add Math tak dapat kredit. Tapi Mas kata takpe, janji semua lulus dan ada peluang untuk dia sambung belajar. Dapat semua A pun bukan jaminan di dalam keadaan sekarang, yang penting kita ada kemahiran dan pengalaman. Sebab tu Mas galakkan dia pilih course yang dia minat, dia mampu bawak hingga habis semester dan mudah untuk dapat kerja nanti.


Kalau ikutkan memang dah ada course yang dia minat, dia pilih Sains Forensik. Cuma nak ambik course tu kena masuk matrikulasi dulu, macam dia kena 2 tahun sebab tak kredit Add Math. Jadi fikir punya fikir dia kata lebih baik ambik Diploma dulu selama 3 tahun pastu sambung Ijazah selama 2 tahun. Haaa sama jer tempoh belajar dengan masuk matriks, 5 tahun jugak!

Haaa bagi Mas, memang ikutkan jer pilihan dia. Mas tak nak paksa, biar dia tentukan sendiri. Mas cuma doakan dia dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan akan dapat kerja yang bagus nanti!

Rabu, 9 Jun 2021

Lengkap Vaksin Covid-19

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah sebenarnya lengkap dos kedua vaksin Covid-19 ni, pada 31 Mei yang lalu. Tapi macam biasalah kekangan masa dan kerja membataskan Mas untuk menulis. Lagi pun Mas takde bekerja dari rumah, Isnin sampai Jumaat memang kena datang pejabat. 


Hari ini ada kelapangan sikit jadi Mas nak kongsikan pengalaman semasa suntikan kedua dos ni. Dos kedua diberi selepas 21 hari kita dapat dos pertama, selesai je suntikan pertama kita terus akan dapat tarikh temujanji. Kemudian esoknya bolehlah semak dalam MySejahtera masa dan tempat untuk dapatkan suntikan dos kedua. Macam Mas dapat masa dan tempat yang sama seperti dos pertama, jadi takde apa² masalah pun.

Sampai masa hari suntikan, seperti biasa kena daftar MySejahtera dahulu dan kenalah beratur panjang macam ular kena palu. Haaa memang ramai ye, yang datang seawal jam 8.30 pagi pun masih beratur lagi masa Mas sampai pukul 10 pagi. Tapi legalah sikit masa beratur dos kedua ni, ada disediakan kerusi jadi takdelah penat sangat berdiri. Masa beratur digalakkan bawak kipas dan air mineral, yelah cuasa panas kan? Memang berpeluh dan tekak cepat rasa dahaga. 


Selepas dua jam beratur, sampailah giliran Mas untuk disuntik. Bila masuk ke dalam dewan tu seperti biasa akan diberi tag. Pastu akan ke kaunter disediakan untuk mereka semak nama dan nombor kad pengenalan dalam sistem. Bila dah selesai akan naik ke tingkat 2 untuk dapatkan dos, masa di sini dah mudah urusannya. Cuma tunggu di kerusi yang disediakan dan tak sampai 5 minit nama dah dipanggil untuk suntikan dos kedua. Mas macam biasa memang nervous gila, sampaikan nurse tu pun perasan. Hahahaa orang penakut jarum kan memang serba tak kena!

Selesai suntikan seperti biasa kita diarahkan ke bilik pemantauan, tapi untuk dos kedua ni masa pemantauan hanya 20 minit sahaja. Cukup masa nama kita akan dipanggil dan sebelum keluar akan diberi kad temujanji ini mengatakan yang kita dah lengkap vaksin Covid-19, pastu akan dapat badge Saya Telah Divaksin ni. Kemudian kita boleh terus semak dalam MySejahtera, ada Digital Certificate untuk yang dah lengkap vaksin. Haaa lepas tu jangan lupa abadikan kenangan bergambar, bukti tau Saya Sudah Ambil 2 Dos.


Simptom untuk dos kedua ni agak lain macam sikit rasanya, takde demam pun cuma pening kepala yang agak teruk. Sampai tahap bila buka mata seolah2 nampak macam ada bintang² kat kepala, melayang² je rasa. Dua hari jugaklah layan pening dan telan panadol, hehehee!

Alhamdulillah lega sangat dah lengkap vaksin ni, rasa diri kita lebih selamat sikit. Walaupun tak dijamin orang yang dah selesai vaksin tak akan dijangkiti virus Covid-19 ni, tapi sekurang²nya kita dah ada protection kan? Cuma jangan alpa tau, pelitup muka tetap kena pakai dan jarak tetap kena jaga serta SOP tetap kena dipatuhi. 


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com