Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 September 2017

Tempoh berehat dan bersedia

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam hari terakhir bekerja, lepas ni tak perlu fikir dah pasal tak larat nak memandu ke tempat kerja. Mulai hari ni adalah tempoh berehat dan bersedia, bila² masa je boleh bersalin ni sebab nak masuk 38 minggu dah. Sekarang rasa dah tanda² awal tu dah kerap, cuak jugaklah!

Pastu nak pergi mana² pun husband tak galakkan sangat, setakat pergi pasaraya atau pasar malam tu bolehlah. Tapi kalau nak berjalan² jauh ke, nak berkelah ke atau nak ke kenduri kahwin dia tak benarkan. Risau dia Mas terberanak je masa tu, yelah tanda² awal tu dah kerap mana dia tak risau. Pastu bila tengokkan perut Mas yang makin membesar tu lagilah dia risau, takut Mas tak larat je. Hehehee memang pun, Mas pun seram tengok perut sendiri. Tengoklah dah macam belon nak meletup. 


Dah mula bercuti memang rasa lega sikit, takdelah badan rasa penat sangat. Yelah setiap malam tidur tak lena, perut asyik merengat² dan mengeras. Pastu ditambah pulak dengan sakit pinggang, kadang satu malam tak tidur. Sampaikan ada masa kena tidur sambil duduk menyandar disebabkan sakit pinggang tu, kalau tidur baring susah sungguh nak bangun. Lagi satu selang ½ jam atau satu jam dok ulang alik ke tandas buang air kecil, camnelah nak lena tidur kan. Jadi kalau kena bekerja terasalah penat tu kan, sebab itulah Mas ambil cuti awal. 

Dah bersedia ke nak bersalin? Setakat ni Mas bersedia dah dari segi mental dan fizikal, tapi perasaan cuak dan gementar tu tetap ada. Tipulah kalau takde kan walaupun dah pernah 3 kali beranak, sebab pengalaman setiap anak tu tak sama. Cuma tak nak fikirkan sangat rasa tu, bertenang dan bersedia sertai lalui je proses tu nanti dengan sebaiknya. Insya Allah dipermudahkan!

4/10 genap 38 minggu, fuhhh makin dekat ni. 

Jumaat, 29 September 2017

Rezeki menyebelahi Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah tak tahu nak cakap camne, rasa syukur dan gembira sangat! Betullah orang kata rezeki tu tak akan salah alamat kalau ia memang dah ditakdirkan untuk kita, jangan putus asa dan sentiasa berdoa je. Alhamdulillah Allah bantu Mas dan permudahkan urusan anak².

Apalah berita gembira ni kan? Mas kan pernah kongsi cerita yang rayuan tak berjaya untuk Pra Sekolah Airis, masa tu memang dah kecewa sangat dan anggap memang takde rezeki Airis nak masuk Pra Sekolah. Tapi bersyukur jugak sebab diterima masuk ke Tadika Kemas, jadi memang akan hantar dia bersekolah di situ je. 


Tapi rezeki menyebelahi Airis, sekali cikgu Pra Sekolah whatsapp husband beritahu suruh datang taklimat pada 28/9/2017. Husband pun pelik jugak masa tu sebab tak berjaya masuk tak kan nak datang taklimat pulak kan? Sekali cikgu tu maklumkan ada murid yang ibu bapanya menolak, jadi pihak sekolah maklumkan pada PPD untuk masukkan nama Airis sebagai calon menunggu rayuan diterima. Jika diterima maka dapatlah Airis masuk pra, jadi kami kena tunggu masa hari taklimat tu.

Semalam husband pergi je taklimat, dapat atau tak belum tahu lagi masa tu. Bila dah sampai ke sekolah terus maklumkan guru bertugas dan dia beritahu, "Ya Encik, Airis dah berjaya diterima ke Pra Sekolah SK Salak ni! Kami dah masukkan dia dalam Kelas Gemilang." Fuhhh gembira tak terkata Mas bila husband whatsapp beritahu rayuan Airis berjaya, dapat jugak dia masuk Pra Sekolah. Dia pun seronoklah, tak sabar sangat nak tunggu mula bersekolah tahun depan. 

Haaaaa lega seleganya bila semuanya dah selesai, kalau tak asyik dok fikir pasal persekolahan Airis je. Bolehlah mama bersiap sedia untuk bersalin dengan tenang, hehehee! 

 Terima kasih Ya Allah!

Khamis, 28 September 2017

Terkesan ke dengan harga minyak

Assalamualaikum...(^ ^)

Hurmmm entahlah, tak tau nak cakap camne. Sebabnya naik atau turun harga minyak tetap kena isi minyak jugak kan, kalau tak camne nak ulang alik ke tempat kerja. Isi RM50 kalau kereta Exora Mas tu boleh jalan 3 hari, 210km. Sama je walau minyak naik atau turun sebab kadar naik turun tu bukan banyak sangat, 3-5 sen je setiap minggu.


Lagilah sekarang minyak naik turun setiap minggu, jadi nak rasa terkesan atau terbeban tu macam takde apa je. Kadang selalu tanya husband, esok Rabu minyak naik ke turun. Husband selamba je cakap, “Alah naik turun pun tetap kena isi. Bukannya banyak beza sangat harga naik turun tu! Nak tak nak buat tak tau jelah, kang tak jalan pulak kereta." Hehehee nampak tak, husband pun dah malas nak kisah!

Cuma nak berjimat banyak tu memang susahlah bab minyak ni, sebab Mas paling kurang RM400 sebulan untuk minyak je. Terkesan tu rasalah jugak, tapi kena pandai ambil langkah berjimat jugaklah. Misalnya hujung minggu tak pergi ke mana², dok rumah je. Jadi minyak yang masih ada dalam tangki tu boleh digunakan pada hari Isnin nanti. Pastu kalau nak ke tempat yang dekat² atau ke kedai husband lebih rela naik motor je, senang!

Tapi kalau Mas yang agak terkesan bila minyak naik ni ialah harga barang², pasti akan naik jugak dan lebih mahal. Terutamanya harga bahan basah, memang 2 kali ganda naiknya. Jadi nak selalu membeli makanan di luar tu memang kena fikir 2-3 kali, semuanya dah mahal. Baik beli bahan basah sendiri dan masak, bolehlah kurangkan kos sikit walaupun tak banyak. Pastu bawak duit RM50 pergi kedai kadang bawak balik 2-3 barang je!

Dah 2 minggu minyak turun, mesti minggu depan naik kan? Kan?

Rabu, 27 September 2017

Memanglah masih budak², tapi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah terjadi berkali² sebab tu hilang sabar jugak dibuatnya. Mana taknya anak² jiran sesuka hati main air paip di luar rumah, habis disembur merata tempat. Dah macam main air hujan pulak, basah sana sini.

Mas tahu mereka yang main bila suatu petang tu dengar macam bunyi hujan tapi tengok kat tingkap hari tak hujan pun. Bila keluar tengok seronok je budak² ni dok sembur air paip ke atas atap rumah. Haaaaa apa lagi kena sergahlah, semua lari lintang pukang. Patutlah Mas selalu perasan tiap kali balik kerja basah kat depan pagar rumah, nak kata hujan tapi tak. Rupanya itulah puncanya, dan mungkin jugak itu punca bil air rumah agak mahal.

Kalau ikutkan rasa marah dan sikap yang garang ni memang dah pergi jumpa mak ayah anak² jiran  ni. Tapi sebab tak nak cari gaduh dan bermasam muka dengan jiran, Mas ambil keputusan berdiam diri je. Lagi pun husband tak izinkan, budak² katanya. Hurmmm husband memang gitu, lembut hati sangat!


Memang budak² tapi kadang tu sikap anak² ni jadi degil camtu sebab kurang perhatian dari mak ayah. Selalu biarkan anak² main dan buat sesuka hati di rumah jiran², tak nak pantau. Dengan alasan anak² masih kecil, biasalah budak² nakal sikit dan sudah nak kawal. Tak boleh bagi alasan camtu, anak² Mas pun susah jugak nak kawal kalau dah main di luar rumah. Tapi Mas akan sentiasa pastikan mereka tak buat onar kat rumah jiran².

Geram dengan sikap anak² jiran camni, keterlaluan. Nak marah lebih² kita pun serba salah, tak nak bermasam muka. Mas cuma tegur dan bagi amaran je, dia nak mengadu kat mak ayahnya terpulanglah. Harap² mereka tau sikit sikap nakal anaknya diluar rumah, kena beri perhatian jugak. Jangan biar je anak² bebas bermain tanpa pengawasan. Kalau anak² dah sampai buat onar kat rumah orang nanti mak ayah pulak yang rasa bersalah!

Sebab itulah bila Mas tengok gejala sosial sekarang, rasa sedih sangat. Bukan nak salahkan ibu bapa sepenuhnya tapi bila terjadi perkara sebegitu kita boleh renung balik camne pengawasan kita terhadap anak² semasa mereka masih budak² lagi. Fikir semula!

Selasa, 26 September 2017

Saya makan gaji, awak pun sama!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas paling tak suka kalau orang yang suka kondem kerja orang lain, seolah² kita ni makan gaji buta dan goyang kaki je. Sesuka hati je cakap kita takde kerja atau kerja kita ni senang macam petik jari je. Padahal setiap orang yang bekerja dah diberi tugas ikut bidang kerja dia, susah atau senang itu dah jadi tanggungjawab dia camne nak laksanakannya.

Macam penoreh getah kerjanya memang susah, kena bangun seawal jam 5 pagi untuk ke kebun getah. Pastu kena toreh berpuluh² malah kadang beratus pokok getah untuk dapatkan hasil. Kalau dia malas nak toreh sendiri dia boleh upah orang, janji dia dapat hasilnya walaupun itu kerja yang senang. Yang penting dia tahu nak laksanakan kerja tu walau dengan apa sekali pun, janji dia dapat duit.


Macam kerja Mas sebagai PA memang orang nampak kerjanya mudah, duduk je macam takde kerja. Tapi Mas dah ada tugas harian yang perlu dilaksanakan seperti urusan surat keluar masuk, uruskan jadual mesyuarat dan temujanji bos serta urusan bos yang lain. Kadang kalau bos pergi mesyuarat memang nampak macam rilek takde kerja tapi Mas masih perlu jawab panggilan telefon, buat filing dan urusan pejabat yang lain. Jadi takde istilah berehat atau goyang kaki!

Sepatutnya kalau kita bekerja dan dah diberi tugas laksanakan je dengan baik, tak kisahlah susah atau senang. Itu yang dah dipertanggungjawabkan untuk kita dan kita dapat gaji darinya. Kalau asyik nak kondem kerja orang lain dan anggap kita je yang banyak kerja, ingat boleh berkat ke gaji tu. 

Saya makan gaji dan awak pun sama, jadi laksanakan amanah tu!

Isnin, 25 September 2017

Baby dah tunjuk tanda awal

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa ada lagi kat pejabat hari ni, masih larat dan mampu datang kerja. Bukannya apa semalam baby dah tunjuk tanda, jadi cuak jugaklah sebab ingat nak bersalin sangat dah. Dari Sabtu malam tu perut sakit merengat², nak kata kontraksi takde pulak sakit menarik sampai ke pinggang. Cuma perut je rasa merengat, serba tak kena dibuatnya.


Memang Sabtu malam tu tak boleh tidur langsung, pusing kiri kanan pun tetap tak selesa. Rasa macam nak membuang tapi bila masuk tandas dekat 1 jam bertapa takde apa pun, sakitnya boleh tahan. Pastu semalam pun sama, seharian sakit merengat perut dan baby pun asyik mengeras je. Nak buat apa pun takde mood, makan tak lalu dan nak tidur pun tak boleh walaupun badan penat dan mata mengantuk.

Mas dok jalan² je dalam rumah tu, kalau betul nak bersalin memang akan cepat turun tanda kalau banyak berjalan. Husband pun Mas suruh bersiap sedia, kot² kalau betul dah sampai masanya. Tapi sampai ke petang masih takde tanda² nak bersalin, cuma sakit merengat tu je. Agaknya baby ni nak tunjuk tanda awal ni, nak bagi mama bersedia dan cuak. Hehehee, nasiblah bila dah malam sakit merengat tu berkurangan. Jadi dapat lagilah pergi kerja hari ni!

Tapi Mas memang tak rasa nak bersalin lagi sebab baru nak masuk 37 minggu, takde lagi anak² Mas yang lahir awal dari 38 minggu. Sebab tu masih boleh rilek je kat rumah walaupun husband ada tanya nak pergi hospital ke. Selagi sakit tu tak menarik hingga ke pinggang dan kerap 10 minit sakitnya memang Mas tak akan pergi hospital. Sebab tiga² anak sebelum ni semua tanda sakitnya camtu! 

Cuma apa pun Mas kena jugak bersedia, baby dah tunjuk tanda² awal tu! 

Sabtu, 23 September 2017

Teruja dengan Note 8

Assalamualaikum...(^ ^)

Uishhhhh sapa tak teruja kan? Sejak Mas jadi pengguna setia koleksi Samsung Galaxy Note ni memang tak pernah tukar telefon lain dah. Mas pernah pakai Note 1, Note 3, Note 4 dan sekarang Note 5. Setakat ni memang berpuashati dengan Samsung Galaxy Note, tak pernah ada masalah lagi.


Pastu lagilah teruja bila baru² ni Samsung dah keluarkan koleksi terbaru Samsung Galaxy Note 8. Fuhhh tengok pun dah terpikat, smart giler kan? Kalau tak fikir panjang, memang dah tempah dan beli. Tapi fikirkan banyak komitmen lain dan Note 5 yang guna ni masih elok, jadi tahan jelah perasaan tu. Tapi kalau husband sudi nak belikan sebagai hadiah, ai terima dengan hati terbuka. Hahahaa!

Tapi takpe, tak dapat sekarang boleh kumpul duit dulu kan? Dah cukup nanti baru beli, lambat pun takpe janji beli atas usaha sendiri. Macam Mas beli Note 5 ni dulu, gigih kumpul duit berblog. Cuma nak beli sekarang dah mudah sebenarnya, banyak pihak telco sediakan pakej yang menarik dan berbaloi. Pilih je mana satu samada dari Maxis, Celcom, Digi dan Umobile, pastu nak beli secara ansuran melalui Aeon Kredit pun boleh. Pilih je ikut kemampuan!



Macam Mas tertarik dengan pakej terbaru untuk dapatkan Samsung Galaxy Note 8 yang ditawarkan oleh Umobile ni, tanpa wang pendahuluan dan tiada ikatan kontrak. Pastu ada 3 pilihan pelan Ultimate Device, pilih je yang mana kita termampu. Mas memang tak pernah lagi beli handphone dari mana² pelan pakej internet ni, lebih suka beli tunai. Tapi pakej Umobile ni nampak menarik dan berbaloi! 

Ok kita survey dulu, buat masa ni belum terfikir lagi nak beli walaupun teruja aihhhhh tengok Note 8 ni. 


Jumaat, 22 September 2017

Masalah tumit merekah tiada lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tumit merekah, ini masalah yang paling tak disukai oleh kaum wanita kan? Mana taknya kalau nak pakai kasut tumit tinggi pasti akan nampakkan tumit merekah tu, alaa tak menarik langsung kan? Jadi memang perlukan sesuatu untuk atasi masalah tumit merekah ni, dan Mas ada cara penyelesaiannya.

Mas dah lama jugak hadapi masalah tumit merekah ni, sejak dah makin berumur ni. Lagi teruk masalah ni bila sentiasa pijak lantai simen dan mozek, kaki memang tak tahan. Cepat je kulit tu merekah dan kering, jadi kenalah pakai selipar di dalam rumah untuk elakkan kulit tu lebih teruk merekahnya. Ada jugak Mas beli krim di farmasi tapi masalah tumit merekah tetap tak baik.


Tapi semuanya berubah bila Mas diperkenalkan dengan Travel Set Cosmoderm, penyelamat betul! Walaupun Mas dah tahu pasal kebaikan produk Cosmoderm tapi bila gunakan salah satu krim di dalam travel set ni ternyata ia berkesan merawat masalah tumit merekah. Advanced Moisture Therapy Cream adalah jawapan yang tepat!

Mas dah gunakan Advanced Moisture Therapy Cream ni dekat sebulan, dan alhamdulillah masalah tumit merekah tu semakin baik. Dah takde kulit keras dan merekah, kulit tumit jadi lembut dan licin je. Dah tak perlu nak pakai selipar dalam rumah, pastu dah tak segan nak pakai sandal atau kasut tak bertutup. Jadi sekarang memang wajib sapu setiap hari selepas mandi dan sebelum tidur, barulah tumit jadi lawa dan licin kan? 


Pastu satu lagi krim ni jugak berkesan melembutkan permukaan kulit yang kering, kasar dan gatal. Jadi sebab itulah Mas sapukan jugak pada stretch mark kat perut Mas yang kadang² gatal ni. Biasalah bila hamil stretch mark pada perut Mas agak teruk jugak dan selalu gatal. Mula tak tahu nak sapu apa, teringat pulak kat Advanced Moisture Therapy Cream ni. Terus sapu setiap kali selepas mandi atau bila rasa gatal, dan ternyata berkesan. Kurang dah rasa gatal tu dan kulit jadi lembut je, barulah selesa.

Haaaaa korang yang ada masalah tumit merekah atau kulit kering serta masalah stretch mark gatal² bagi wanita hamil wajib ada satu krim ni. Nak dapatkannya senang je, boleh beli secara online di website mereka. Atau dapatkan di kedai² terpilih seperti Watson, Guardian, Farmasi Caring, Aeon Wellness dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:


Khamis, 21 September 2017

Mandian daun serum ketika pantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak sabar nak tunggu tempoh berpantang, tak tahulah tapi Mas suka berpantang ni. Masa itulah boleh jaga makan, jaga kesihatan luaran dan dalaman serta jaga badan supaya dapat semula berat ideal. Kalau tak berpantang tu memang liat sikit nak jaga sebab kita boleh makan apa saja dan buat apa saja.


Salah satu yang Mas suka masa berpantang ialah mandian daun serum, mandi dengan daun² herba. Biasanya Mas akan amalkan mandian serum ni setiap pagi selama 2 minggu, tujuannya nak segarkan kembali badan selepas melahirkan. Pastu khasiat daun² yang digunakan tu dapat memulihkan tenaga, melancarkan peredaran darah, menghilangkan lenguh² badan, dan melegakan sakit kepala.

Senang je nak sediakan mandian serum ni, hanya rebus sehingga mendidih daun² herba tu. Pastu tambah dengan air paip sehingga rasa suam², dan bolehlah dibuat air mandi. Antara daun² herba yang biasa Mas gunakan ialah daun serai wangi, daun pandan, daun halia, daun limau purut, daun lengkuas, daun jambu batu, daun sirih, daun kunyit, daun mengkudu dan daun rambutan. Haaaaa banyak jugak daun²nya, masa berpantang di kampung dulu senanglah nak dapat. Tapi bila di bandar ni Mas hanya suruh husband cari daun² yang mudah nak dapat je, dapat 4-5 jenis pun dah memadai.


Tapi sekarang dah mudah, kalau tak dapat cari daun² segar banyak kedai online persediaan berpantang ni jual daun² serum yang telah dikeringkan. Cuma Mas lagi suka guna daun² segar sebab baunya lebih wangi dan badan rasa sangat segar je lepas mandi. Memang dah jadi amalan Mas sejak anak pertama lagi, tak lengkap rasanya kalau tak mandi daun serum ni.

Lagi satu Mas suka mandian serum ni sebab ia boleh merangsang pertambahan susu badan, sebab Mas ni masa hari pertama atau kedua lepas bersalin tu susu memang payah sikit nak keluar. Jadi masa mandi tu hanya urut daun² herba tu kat buah dada, amalkan setiap pagi. Alhamdulillah memang susu akan keluar banyak selepas tu. Tu yang seronoknya amalkan mandian daun serum ketika pantang! 

Rabu, 20 September 2017

Beli tunai atau beli ansuran

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang ramai yang cakap kalau nak beli barang elektrik lebih baik beli tunai sebab lagi bagus, tak perlu nak tambah beban hutang tiap² bulan. Pastu harga tunai lebih murah berbanding ansuran, hutang ni kang dah tambah interest memang cecah 2 kali ganda harganya. Ye semua ni memang betul!

Cuma bagi Mas ikut kemampuan jugak, kalau cukup duit dan mampu lebih baik beli secara tunai. Tapi kalau tak mampu jangan paksa diri, beli je secara ansuran dan pastikan ansuran hutang tu kita mampu bayar setiap bulan. Janganlah komitmen dah tinggi kita ambil bayaran bulanan yang cecah ratusan ringgit, itu lagi tambah beban. Ambillah ansuran yang bawah RM100 atau RM200 sebulan, lambat habis takpe janji kita mampu.


Bagi Mas bukannya tak mahu beli secara tunai, kalau mampu memang pilih cara ni. Cuma kadang tu ada duit yang perlu digunakan untuk komitmen lain, jadi barang keperluan tu lebih eloklah beli secara ansuran. Bukannya nak tambah beban hutang tapi biasanya Mas dah buat perancangan siap, dah kira komitmen setiap bulan. Jadi ada lebih boleh ambil barang dan ansuran bulanan pun tak mahal.

Sebab tu kebanyakkan barang elektrik di rumah Mas semuanya beli ansuran setiap bulan, baik TV, peti ais, mesin basuh dan aircond. Biasanya Mas beli di Seng Heng melalui ansuran bulanan Aeon Kredit, rasanya dah lebih 10 barang. Kesemua barang yang Mas beli memang bayaran bulanannya bawah RM100 dan tempoh bayaran dari 12 ke 36 bulan. Setakat ni Mas berpuashati dengan ansuran Aeon Kredit ni, mudah sebab ia potong secara auto debit dari akaun bank setiap 2hb. Pastu memang tak pernah ada hutang tertunggak, setiap bulan bayaran cantik je!

Jadi apa caranya itu pilihan korang, yang penting ikut kemampuan. Kalau rasa tak mampu janganlah gatal² nak tambah beban hutang kan? Jika cukup duit beli tunai, itu lebih elok. Pilihan kita yang buat!

Selasa, 19 September 2017

Perhatian dan pujian

Assalamualaikum...(^ ^)

Si kecik Airis ni memang lain sikit dari kakak dan abangnya, dia lebih sukakan layanan, perhatian dan pujian. Apa sahaja yang dia buat, mama dan babah kena beri perhatian. Kalau buat tak tahu je mulalah dia takde semangat nak buat dan sambil lewa je, terutamanya kalau melibatkan kerja sekolah.

Jadi setiap kali dia cakap ada kerja sekolah, Mas kena bagi tumpuan 100% pada dia je. Kalau dia dah cakap dan tunjuk kerja sekolah tu janganlah buat tak tahu, nanti bersuaralah dia. "Mama ni kan, Airis dah tunjuk kerja sekolah mama buat tak tahu je. Airis malas buat nanti!" Haaaaa sejibik mama kena!


Bila dia dah mula buka buku tu kenalah tanya kerja apa kena buat, dia tahu tak nak buat camne dan berapa mukasurat kena buat. Nanti dia semangatlah nak tunjuk dan buat semuanya. Pastu masa dia tengah buat kerja tu kenalah borak² sikit, tanya seronok tak buat kerja sekolah? Dah layan camni memang semangatlah dia nak buat, takde pun sambil lewa atau malas².

Pastu bila dia tulis cantik dan kemas wajib puji tau, lagilah seronok dia. Terus buat tulisan cantik², nak dapat A katanya. Kalau tulisan tak cantik nanti dapat B, haaaaa itulah yang naikkan semangat dia! Jadi dari mula hingga awal dia akan tulis cantik², kalau nampak kurang cantik dia akan betulkan semula.

Sebenarnya kalau kita bagi perhatian dan pujian camni bila anak² nak buat kerja sekolah ia akan membantu mereka lebih peka terhadap kerja yang cikgu berikan. Janganlah biarkan mereka buat sendiri, pastu bila anak² tanya langsung tak beri perhatian. Pujian apatah lagi, itu yang membuatkan mereka malas dan selalu bagi alasan takde kerja sekolah.

Isnin, 18 September 2017

10 hari lagi bekerja

Assalamualaikum...(^ ^)

Menghitung hari, detik demi detik!

Fuhhh dok mengira je ni berapa hari lagi kerja, tak sabar aihhh nak mula bercuti. Bukannya malas sangat nak bekerja tapi disebabkan keadaan diri yang semakin sarat dan tak larat ni membuatkan tak sabar betul nak cuti. Mana taknya hari² memandu kaki kram, perut kram dan sakit pinggang, rasa nak menangis pun ada. Ikutkan tak mampu betul dah tapi ada berbaki 10 hari lagi ni kena gagahkan diri.

Kalau dulu masa mengandung masih muda tak pernah hadapi keadaan camni, larat dan mampu je pergi kerja hari². Sedar² je dah dekat tarikh bersalin, tak ambil pun cuti awal dan kerja selagi termampu. Bila dah bersalin barulah bermula cutinya, dan ada jugak ambil cuti 2-3 hari sebelum tarikh bersalin. Tapi bila mengandung dah berusia ni penat dia lain macam, nak bawa perut pun rasa berat sangat dah. Bila balik kerja letih semacam, nak buat apa pun tak larat je rasa. Cuma kadang Mas paksa diri jugak, tak nak manjakan diri sangat nanti lagi lemah!


Pastu lagi satu bila tidur malam asyik tak lena dan terganggu, lagilah buat badan rasa penat. Kadang kat pejabat pukul 10 pagi mulalah mata nak terpejam je, memang tak cukup tidur. Fuhhhhh fasa ni memang kena hadapi sampailah anak dah setahun nanti, lepas tu barulah boleh tidur lena. Hehehee, lama dah tak jadi burung hantu ni!

Setakat ni kerja² tertunggak semua Mas dah selesaikan terutama bab² filing, tak nak susahkan orang yang ganti nanti. Masa bercuti 5 bulan nanti pihak pentadbiran akan ambil Pekerja Sambilan Harian untuk gantikan Mas. Dah minta mereka uruskan semuanya, harap² sebelum bercuti 4/10 nanti dah ada pengganti tu, bolehlah ajar dia sebelum bercuti kan? Walaupun kerja tak susah mana pun tapi sekurangnya dia tahu uruskan jadual bos, rekod surat keluar masuk dan urusan bos yang lain.

Harap semuanya berjalan lancarlah sebelum bercuti ni, ada 10 hari lagi. Moga pengganti Mas tu dapat laksanakan tugas dengan baik dan bertahan dengan bos. Nanti mesti akan rindu jugak bilik, kerusi, meja dan suasana kerja walaupun seronok nak bercuti, hehehee!

Jumaat, 15 September 2017

Takziah, ambil iktibar dari kejadian

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam kita disajikan dengan tragedi yang begitu menyayat hati, seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Yang paling sedih bila 21 orang anak² tahfiz yang terkorban tu masih muda lagi, baru berusia belasan tahun. Takziah pada keluarga mereka yang terkorban, Mas tengok berita semalam pun memang menangis. Sedih sangat!

Tapi ada yang lagi menyedihkan bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar² mangsa yang telah terkorban tu. Sepatutnya perkara sebegitu tidak terjadi, kita kena sensitif dengan perasaan ibu bapa dan ahli keluarga mereka. Cuba bayangkan kalau terjadi dekat anak kita, apa kita rasa? Pasti sedih dan terkilan jugak kan? Mas semalam ternampak gambar² tu di Facebook pun memang tak sanggup nak tengok, tak kuat!


Lagi satu bila terjadi peristiwa sebegini kita kena ambil iktibar dari apa yang berlaku, tak guna nak menuding jari pada mana² pihak. Mungkin ada yang cakap aspek keselamatan tidak dititikberatkan, ya ada benarnya! Tapi perkara dah terjadi dah tak guna disesali, pihak yang berkenaan kenalah lebih peka selepas ini. Bukan pihak sekolah tahfiz sahaja tapi kita ibu bapa, masyarakat dan pihak berwajib jugak kena lebih ambil berat dan peka. Yang dok kondem sana sini tu sudah²lah, jadikan ini pengajaran. Kita tak tahu mungkin suatu hari nanti berlaku pada ahli keluarga kita pulak kan?

Mas tak nak ulas panjang lebar, tunggu je hasil siasatan pihak bomba apa punca kejadian. Jika betul ada unsur khianat moga ia dapat ditangani dan nasib anak² dan guru yang terkorban itu terbela. Moga ibu bapa yang anaknya sudah tiada diharapkan tabah hadapi ujian yang berat ni. Syurga tempat mereka dan Insya Allah di sana mereka menanti ibu bapa masing². 

Baca akhbar hari ni pun berlinang airmata, sebak! Al-Fatihah.

Khamis, 14 September 2017

Asyik dia je nak menang!

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali kalau pergi Mr DIY memang wajib kena paw mainan dengan Airis, sebab dia tahu harga mainan kat situ murah². Dah pilih mainan yang dia nak terus pergi kat tempat scan harga, siap scan terus cakap "Murah je mama, baru RM2. Bolehlah beli untuk Airis!" Hehehee, pandai kemain nak bodek. 

Tapi bab beli mainan ni memang Mas kedekut sikit, biasanya babah dialah yang selalu kalah dan akan belikan. Cuma kadang Mas tengok permainan jenis camne, kalau untuk uji minda memang tak kisah nak belikan. Masa pergi hari tu Mas belikan dia permainan dam ular dan dam haji, haaaaa seronok dan teruja dia nak main.

Balik rumah terus tak sabar ajak main, tapi dah malam kenalah tunggu esoknya. Esok pagi lepas sarapan terus ajak main, tak sempat mandi. Mas layankan je sebab kebetulan hari minggu kan, jadi syok jugak layan anak² buat aktiviti camni. Cuma satu, setiap kali main apa² permainan dengan Airis ni mesti dia je nak menang. Kalau kalah, haaaaa siaplah dia punya merajuk. Pastu siap cakap mama dengan abang main tipulah, padahal dia yang tak nak kalah. Naik fed-up mama nak main dengan dia, hahahaa! 


Jadi nak tak nak setiap kali main dengan dia, kita kena buat² kalah. Bila dia dapat menang, tersenyum lebar terus dan siap lompat² kegembiraan lagi. Hahahaa, memang tak boleh blah kau dik! 

Ada sekali tu dia ajak Mas dan husband main dam ular, awal² lagi cakap Airis nak menang. Main punya main, mama orang pertama menang. Tinggal dia dengan babah je, tapi terus dia ajak babah main semula sebab tak nak bagi babahnya menang. Hahahaa nasib kaulah babah, kena ikut cakap Airis. 

Tapi walau camtu kami seronok dapat luangkan masa bersama anak² dengan aktiviti camtu. Terhibur jugak tengok gelagat dia, walaupun geram. Asyik² dia nak menang, bila mama nak menang pulak!

Rabu, 13 September 2017

Pencarian laptop untuk Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama tahun depan kakak kena ada laptop, sebab PT3 kena buat kajian kes Geografi dan Sejarah. Susahlah nak guna komputer kat makmal asrama tu, kena bergilir²." Haaaaa sebab itulah misi pencarian laptop untuk Atikah kena buat, kalau tak susah jugak dia nak hadapi PT3 nanti.


Sebelum ni bukan takde laptop, pernah beli jenama Acer tahun 2007 kalau tak silap. Tapi dah jadi arwah dah laptop tu, boleh hidup tapi skrin jadi gelap je. Husband cakap kena tukar lcd skrin baru, tapi kosnya agak mahal jugak. Jadi fikir punya fikir lebih baiklah beli yang baru je, cari yang murah dan berkualiti.

Setakat ni Mas dah tengok kat Lazada, Shopee dan 11 Street, banyak jugaklah laptop yang harganya berpatutan. Tapi memang tak akan beli online sebab takut nanti tak puashati pulak, jadi lebih baik pergi kedai dan tengok sendiri. Bila beli kat kedai ni boleh tengok sendiri kondisi laptop tu, boleh tanya macam² soalan dengan penjual dan harga pun boleh tawar menawar.


Jenama yang Mas berkenan pulak antara Acer, Lenovo atau Asus. Sebelum ni dah pernah pakai jenama Acer, alhamdulillah berpuashati. Mungkin kali ni nak beli jenama Lenovo pulak, tengok macam bagus jugak laptopnya dan harga pun mampu milik.

Haaaaa itulah kan, demi pembelajaran anak² kita ibu bapa tak boleh berkira sangat. Jika benda tu penting dan perlu untuk dia, kenalah kita usaha belikan. Lagi pun silibus pembelajaran sekarang memang banyak gunakan gajet macam laptop ni, banyak kajian² kes anak² kena buat. Tak akan nak pergi Cyber Cafe setiap kali nak buat kerja, menyusahkan anak² pulak. Bagi Mas laptop ni umpama keperluan dah untuk anak² bersekolah sebab banyak matapelajaran mereka gunakan media elektronik ni. Jadi wajib ada satu!

Selasa, 12 September 2017

Rayuan pun tak berjaya!

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama cuba tengok rayuan Pra Sekolah Airis, berjaya ke tak?" Bila husband cakap camtu Mas takde hati pun nak semak, sebab dah tahu mesti rayuan tak berjaya. Tapi nak puaskan hati husband, Mas semaklah jugak. Jangkaan Mas tu memang tak meleset, betul sangat yang rayuan tak berjaya!


Nampaknya peluang Airis nak ke Pra Sekolah memang dah tertutup, rasa kecewa dan sedih sangat. Susah betul nak masukkan anak ke pra sekarang, tak macam masa kakak dan abangnya dulu. Masa tu hantar je permohonan terus sekolah terima, dari umur 5 tahun lagi. Tapi bila pihak Pejabat Pendidikan dah masuk campur, sekolah memang tak boleh buat apa² dah. Semuanya di bawah kuasa PPD, sekolah hanya melaksanakan je. 

Tapi nasib menyebelahi Airis, lepas dapat tahu rayuan Pra Sekolah tak berjaya Mas dapat panggilan dari pihak Tadika Kemas mengatakan permohonan Airis diterima. Fuhhhhh lega rasa, dapat jugak sebab masa hantar permohonan tu memang takde kosong pun. Cuma kami doa dan tawakal je, mana tau ada yang tolak permohonan ke. Jadi tak kisahlah belajar di Tadika Kemas je, janji Airis dapat bersekolah kan? Silibus pembelajaran lebih kurang sama je, yang penting dia dah pandai membaca dan mengira.


Pastu lagi satu rezeki tak diduga bila cikgu di SK Salak tu beritahu ada ibu bapa menolak kemasukan anaknya ke Pra Sekolah, jadi bermakna ada satu kekosongan. Cikgu tu cakap dia dah bincang dengan guru besar nak ambil anak yang ibu bapanya hantar permohonan awal, bermakna Airislah tu sebab memang kami orang pertama yang hantar borang permohonan. Setakat ni belum dapat keputusan tetap lagi tapi cikgu tu kata dia cuba tolong, berjaya atau tidak dia tak jamin. Takpelah kami tak kisah, janji ada peluang dan moga Allah buka rezeki tu untuk Airis. 

Airis tu nak sangat masuk Pra Sekolah, siap cakap tahun depan pakai uniform warna ungu. Hurmmm moga ada rezeki dia! Tapi kalau takde kami dah cakap Airis masuk Tadika Kemas, ada uniform jugak. 

Isnin, 11 September 2017

Simtom awal dah dekat bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap orang mengandung pasti akan alami simtom awal bila dah dekat nak waktu bersalin kan, misalnya bila dah nak masuk 36 minggu yakni 9 bulan. Cuma apa yang dialami tu mungkin ada, mungkin takde atau mungkin berbeza. Macam Mas bila dah nak masuk 9 bulan pasti dah rasa simtom dah dekat sangat nak bersalin, simtom tu bukanlah sakit atau keluar tanda. Tapi simtom yang menunjukkan Mas dah kena bersedia dari masa ke semasa.

Pengalaman Mas kalau mengandung anak perempuan, masuk je 38 minggu memang dah selamat bersalin, tapi anak lelaki genap 40 minggu. Minggu ni pun dah masuk 35 minggu, jadi kalau betul anak perempuan tinggal 3 minggu je lagi tempoh bersedia. Fuhhh rasa cuak jugak dah sebab simtom awal tu dah ada dan makin kerap


Antara simtom awal yang Mas hadapi ialah kerap buang air kecil dan air besar. Haaaaa ini mungkin perkara biasa ibu mengandung akan hadapi kan, bila dah masuk 8 bulan tu memang kerap nak buang air je. Macam buang air kecil biasanya selang 2-3 jam sekali, dan kalau sebelah malam tu lebih kerap iaitu selang 1-2 jam. Pastu buang air besar pun dah kerap, kadang 2-3 kali sehari. 

Pastu satu lagi perut kerap mengeras, haaa yang ni kalau terjadi memang tak boleh buat apa. Kena duduk diam selama 10-15 minit, tarik nafas dalam² dan bagi ruang untuk baby bertenang. Bila perut kerap mengeras ni arwah mak Mas dulu selalu cakap, "Haaa kena bersiap sedia dah tu, baby dah berkemas² dan ready nak keluar!" Fuhhhhh debar akak.

Susah tidur malam jugak salah satu simtom yang Mas alami kalau dah dekat nak bersalin ni. Kadang bila perut rasa lain macam je mulalah terjaga, terfikir nak bersalin dah ke? Padahal baby je yang kasi tendangan padu, mama yang terlebih cuak. Hahahaa, mana taknya dah nak masuk 9 bulan oiii sapa tak cuak. Bila² masa je boleh beranak ni!


Lagi satu berat badan dah tak naik, macam Mas bila dah masuk 9 bulan susah dah berat nak naik. Mungkin masa tu berat baby pun dah ngam² dan cukup besar, jadi berat kita pun tak naiklah. Lagi pun dekat nak bersalin makan pun dah makin kurang berselera, maklumlah cuak dok fikir menunggu masa je ni. Jadi makan pun jadi kurang, ikut apa yang teringin je! 

Haaaaa itulah simtom² yang biasa Mas alami kalau dah dekat nak beranak ni, mungkin tak sama dengan korang. Jadi janganlah kecam pulak sebab semua pengalaman setiap orang tu tak sama kan? Jadi bersiap sedia jelah bila dah masuk usia kandungan 9 bulan tu, tenangkan diri dan moga kita bersalin dengan mudah. Elehhhhh, padahal diri sendiri pun cuak dah ni. Hahahaa!

Sabtu, 9 September 2017

Pembuka selera : Lemak Cili Api Sotong + Nenas

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas, husband dan anak² suka Lemak Cili Api, kalau masak mesti bertambah² nasi. Biasanya Mas buat Lemak Cili Api Ayam, udang atau sekali sekala ketam, pastu ditambah dengan kentang atau nenas. 


Tapi semalam tetiba Mas ternampak kat Facebook seorang kawan ni, dia buat Lemak Cili Api Sotong. Bila dah nampak tu, automatiklah tekak ibu mengandung ni teringin. Cakap dengan husband, "Sedapnya bang kalau dapat masak ni, terliur pulak bila tengok!" Husband senyum jelah, tahu keadaan bini dia ni. Walaupun dah sarat perasaan mengidam tu tetap ada, selagi tak bersalin kan? Lagi pun Mas memang tak pernah cuba lagi makan Lemak Cili Api Sotong ni.

Maka hari ni terjadilah Masak Lemak Cili Api Sotong + Nenas, fuhhh puashati mak yong dapat makan. Husband pun cakap sedaplah, walaupun pertama kali makan. Arfan dan Airis 2 kali bertambah nasi, selera betul! Jadi bila dah pertama kali cuba masak ni, Mas nak kongsilah resepinya. Senang je, seperti masakan lemak cili api yang lain. 


Bahan-bahan
10-15 ekor sotong sederhana
Sebiji nenas masak
Sebiji kelapa (perah jadikan semangkuk santan pekat)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili api
2 biji cili besar
Sebatang serai (diketuk)
Garam, asam gelugor dan serbuk perasa

Cara² membuatnya
1. Sotong dibersihkan dan dipotong 3 bahagian, kalau tak nak potong pun takpe. Boleh je nak masukkan satu camtu, ikut pilihan sendirilah. 

2. Tumbuk hancur bawang merah, bawang putih dan cili api. Pastu cili besar pulak dipotong dua dan dibelah. Nenas jugak dipotong 3 segi, nak hiris pun boleh jugak. 


3. Pastu masukkan bahan yang ditumbuk, sotong, lada besar, serai dan semangkuk santan pekat ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga menggelegak, kemudian letak sekeping asam gelugor, garam dan serbuk perasa secukup rasa. 

4. Bila sotong dah agak masak, masukkan nenas dan masak selama 5 minit sehingga nenas lembut sikit. Pastu dah siap, bolehlah dihidang bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Jumaat, 8 September 2017

Vitamin E Cream Cosmoderm pilihan hati

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak diperkenalkan dengan produk Cosmoderm, Mas dah tahu kebaikan dan keberkesanannya. Dah beberapa produk yang Mas gunakan dan terbukti Mas berpuashati dengan hasilnya. Lagipun produk Cosmoderm halal dan boleh digunakan tanpa was²!

Sekarang produk Cosmoderm yang menarik perhatian dan mesti dimiliki ialah Travel Set. Memang sesuai dibawa kemana sahaja samada nak bercuti, balik kampung atau jalan², lengkap set penjagaan kulit di dalamnya. Pastu travel set ni jugak ada dijual untuk Set Umrah dan Haji, hanya RM60 kita boleh dapat Advanced Moisture Therapy Cream (50ml), Vitamin E Cream 3000 I.U. (50ml), Tea Trea Oil Magic Body Lotion (60ml) dan percuma Deep Heat Lotion (100ml). Haaaaa memang berbaloi!


Tapi hari ni Mas nak cerita lebih lanjut mengenai Vitamin E Cream 3000 I.U. yang ada dalam travel set ni, pertama kali guna memang Mas dah jatuh hati dengan krim ni. Dipercayai krim ni adalah yang terlaris dan banyak kebaikan, antaranya iaitu:

1. Terbukti berkesan dalam memulihkan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan.

2. Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam.

3. Amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas atau sejuk.

4. Pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti oksidan untuk membaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti penuaan dan pemudaran parut. 


Ya, memang Mas akui ianya berkesan. Mas dah pakaikan pada kulit anak² Mas yang kena sunburn teruk masa bercuti di Cherating tu. Lepas balik dari bercuti kesan sunburn tu telah keringkan kulit mereka dan mengelupas teruk serta rasa pedih. Mula tak tahu nak buat camne, pastu teringat ada Vitamin E Cream ni. Terus hari² sapu kat kulit muka mereka selepas mandi, dan dalam masa 2-3 hari dah nampak kesan pemulihan. Kulit mereka jadi lembap, pastu kesan mengelupas tu dah hilang dan tak rasa pedih lagi. Airis pun siap cakap, "Mama lembutlah kulit Airis pakai krim ni!"

Mas pun pakai jugak setiap hari untuk rawat kulit muka yang kering, yelah sekarang cuaca agak panas dan kering kan? Pastu kulit muka mudah kering dan mengelupas, jadi hari² sebelum tidur memang wajib pakai. Dalam masa 2-3 hari dah nampak kesannya, kulit jadi lembut dan licin. Nak pakai mekap pun rasa seronok, sekata je!

Lagi satu Vitamin E Cream ni sangat mudah menyerap pada kulit, teksturnya yang lembut dan tak berminyak tu sangat sesuai untuk kulit muka. Lepas cuci muka, sapu rata kat muka dan urut lembut. Memang dapat rasa kesannya!


Kalau korang pun berkenan dengan Vitamin E Cream dan Travel Set ni, senang je nak dapatkan. Boleh beli secara online di website mereka atau di kedai² terpilih seperti Watson, Guardian, Farmasi Caring, Aeon Wellness dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:


Khamis, 7 September 2017

8 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila jumpa kawan² ramai yang tanya, "Bila bersalin ni?" Semua cakap perut nampak besar sangat, pastu macam tak larat sangat dah! Hahahaa, Mas baru 34 minggu (8 bulan lebih). Ada lebih kurang sebulan lebih lagi, tapi memang rasa tak larat dah. Mungkin faktor usia ni, hehehee!

Dah masuk 8 bulan lebih ni memang terasa perut makin besar dan berat, padahal sebelum ni ramai cakap tak nampak macam mengandung. Airis pun hari² dok cakap, "Perut mama ni makin gemuklah, mesti baby pun gemuk!" Hahahaa, Airis memang selalu tak menahan ayat dia.


Check up Selasa lepas, doktor cakap baby membesar dengan sihat mengikut bulan. Kepala pun dah ke bawah, uri pun elok kat atas dan air ketuban pun mencukupi. Berat baby sekarang dah 2.27kg, sesuailah dengan usia dia 34 minggu tu. Mesti lahir nanti akan 3kg lebih jugak, sebab ikut sejarah anak² Mas semua lahir 3kg ke atas. Paling besar Airislah, 3.62kg!

Berat Mas pulak sekarang dah 77kg, dah 2 bulan tak naik. Mas memang camtu, bila usia kandungan dah nak 9 bulan berat susah nak naik. HB pulak setakat ni agak memuaskan walaupun tak cecah 11, baru ni check 10.6 je. Doktor cakap dah makin naik tu tapi kalau boleh nak cecah 11 lebih sebelum bersalin, baru cantik! Hurmmm harap jumpa doktor pakar 25/9 nanti HB makin naiklah, tak naklah kena rujuk hospital pulak nanti. 

Dah 34 minggu lebih ni kena bersiap sedia, menunggu masa je! Alhamdulillah, dah siap semuanya. Barang² kelengkapan dah siap beli, baju² baby pun dah siap basuh dan beg hospital pun dah siap kemas. Sekarang menanti dengan penuh debaran jelah, harap sempatlah tarikh Mas mula bercuti nanti. 

Rabu, 6 September 2017

Lebihkan sikap prihatin tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita semua pasti tahu yang klinik kesihatan kerajaan memang sentiasa sibuk dan ramai orang, tak kiralah pagi atau petang.  Pastu kebanyakkan yang datang ke klinik ni pasti berteman, samada suami teman isteri, anak teman mak atau ayah dan mak ayah bawa anak². Jadi bila dah ramai peneman dari pesakit keadaan di dalam klinik memang akan padat dan sesak kan? 

Bila berlaku situasi camni kita sebagai peneman tu kenalah lebih prihatin sikit, kena utamakan pesakit. Jangan pentingkan diri sendiri atau ahli keluarga sendiri yang sakit sebab ramai lagi pesakit lain yang jugak memerlukan rawatan. Tapi kadang tu ada segelintir yang kurang prihatin ni, buat klinik tu macam klinik dia yang punya. Taulah tak dikenakan bayaran mahal jadi jangan sewenang²nya buat sesuka hati, abaikan keperluan pesakit lain pulak.


Kejadian camni berlaku pada Mas semalam di KK Salak, masa tu Mas ada check up kandungan. Bila nombor dipanggil Mas masuklah ke bilik doktor, dan untuk pengetahuan korang dalam bilik ni menempatkan 2 orang doktor dan keadaan bilik ni agak sempit sikit. Jadi kalau nak masuk tu seeloknya pesakit sahaja, tak perlulah bawa peneman. Tapi masa Mas masuk tu ada lagi seorang pesakit lain dipanggil untuk jumpa doktor yang lagi seorang, pesakit seorang makcik yang berumur kira² 50an. 

Masa makcik ni masuk, anak lelakinya masuk sekali sambil cakap "Kami datang 4 orang ni!" Terus dia, isterinya dan anaknya masuk sekali bersama makcik tu, jadi keadaan dalam bilik tu makin sesak. Kebetulan masa tu Mas nak scan baby dan katil untuk scan pun ada di bilik tu jugak. Jadi doktor mintalah anak makcik ni keluar sebab doktor nak scan kan, jadi tak sesuailah kalau lelaki ada. Tapi dia buat tak tahu je, tetap berdiri kat tepi katil scan tanpa pedulikan apa doktor cakap. Dengan sikap dia tu terpaksalah doktor yang mengalah dan ajak Mas scan kat bilik sebelah. 

Huhhh agak panas hatilah tengok sikap anak makcik tu, tak sepatutnya dia buat camtu. Kalau pun dia nak temankan maknya tak salah kalau dia minta isterinya teman, sebab dia pun tahu dalam bilik tu ada pesakit perempuan. Tak perlulah semua nak masuk, seorang teman pun dah cukup. Pastu bila doktor minta keluar sepatutnya dia kena akur sebab doktor nak rawat pesakit lain yang memerlukan privasi seperti ibu mengandung. Ini tak, dia buat klinik tu macam klinik keluarga dia pulak.


Hal sebegini tak sepatutnya berlaku di klinik sebab apa sekali pun kita kena pentingkan pesakit. Macam Mas husband ada teman tapi dia tak masuk dalam bilik doktor jika tiada kepentingan, kecualilah kalau doktor suruh masuk. Pastu kalau bawa anak kami akan kawal supaya tak menganggu pesakit lain. Kadang ada sesetengah tu Mas tengok selamba bawa semua anak² dia masuk bilik doktor, padahal seorang je anaknya yang sakit. Pastu anak² lain tu buat gangguan dalam bilik doktor seperti usik barang² dan buat bising. Situasi begini memang akan ganggu kerja doktor dan pesakit jugak!

Jadi bila berada di klinik atau hospital ke kita kenalah lebih prihatin, utamakan pesakit dan staf yang bertugas. Tak kisah kita nak datang bawak peneman sampai 2-3 orang sekali pun tapi bila nak jumpa doktor tu biarkan pesakit je yang masuk, ini supaya tak menganggu doktor untuk merawat pesakit. Jika doktor perlukan waris atau peneman masuk, pasti dia akan panggil kan? Lebihkanlah sikap prihatin tu!

Selasa, 5 September 2017

Larat lagi memandu

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa kalau nak kira larat, serius cakap memang tak larat dah. Bila tengok perut sendiri pun rasa seksa sangat, hahahaa! Tengoklah kena jarakkan perut dengan stereng kereta camtu, kalau tak sangkut nanti. 

Setiap hari 70km pergi balik dari rumah ke pejabat, memang lenguh pinggang, betis dan kram kaki. Sampai je rumah memang minyak urutlah jadi teman setia!


Ikutkan hati memang nak suruh husband je hantar setiap hari, bolehlah dok rilek je kat sebelah kan? Tapi apakan daya dia pun bekerja, lagilah kerja syif yang tak menentu. Sekarang lagilah dia kena syif 24jam, sehari kerja sehari off. Jadi camnelah nak suruh dia hantarkan, mau dia kena bebel hari² dengan pegawai atasan. Nak tak nak Mas kena berkorban memandu sendiri walaupun dah makin sarat, gagahkan diri dan doa setiap hari moga selamat sampai ke pejabat dan rumah setiap hari.

Ada kawan tanya, kenapa tak naik kenderaan awam je? Kat kawasan Salak Tinggi ni susah sikit pengangkutan awam, memanglah ada bas dan ERL tapi semuanya ke Putrajaya Sentral. Dari situ nak kena naik bas Nadi Putra pulak ke pejabat, fuhhh lagi penat camtu sebab kena turun naik bas. Kalau memandu sendiri sekali harung je, tetiba jika tak larat sangat Mas berhenti je kejap tepi jalan. Rehat dalam 10-15 minit pastu sambung balik perjalanan, sampai lambat pun takpe janji selamat kan?

Tinggal bulan 9 ni je sebulan lagi kerja, 4/10 dah mula bercuti. Kalau banyak cuti rehat atau senang nak mintak MC dengan doktor memang dah mohon dah, tapi apakan daya semuanya angan² je. Jadi Mas, bertabahlah sebulan je lagi. Larat tak larat tetap kena memandu!

Isnin, 4 September 2017

Persiapan ke hospital

Assalamualaikum...(^ ^)

34 minggu, fuhhh masa untuk berkemas dan bersiap sedia. Setakat ni dah hampir 90% kelengkapan barang² sendiri dan barang² baby dah siap, cuma ada sikit² lagi yang belum beli. 

Persiapan untuk ke hospital pun dan siap sepenuhnya, beg untuk mama dan beg untuk baby dah siap kemas. Bukannya apa elok siapkan awal, sebab dah nak masuk 9 bulan ni bila² masa je boleh bersalin. Jadi bab ni kena utamakan dulu supaya tak kelam kabut nanti. Bila dah siap kemas terus letak siap² beg tu dalam kereta, dah sampai masanya nanti senang! 


Barang² nak bawa ke hospital tu takdelah banyak sangat, biasanya ikut keperluan semasa. Seeloknya siapkan baju dan kelengkapan secukupnya sebab kita tak tahu samada akan bersalin normal atau operation. Jadi lebih baik bawa lebih kan, untuk persediaan! Inilah antara senarai semak persiapan ke hospital untuk Mas dan baby nanti. 

Barang dan kelengkapan baby
1. Baju - 4-5 pasang 
2. Sarung tangan dan kaki - 3 pasang
3. Kain bedung - 2 helai
4. Kain lampin - 2 helai
5. Barut baby - 3 helai
6. Sehelai tuala mandi dan 2 helai tuala muka
7. Diapers - 10-12 keping (nak bawa 1 pek pun boleh)
8. Toiletteries dan tisu basah

Barang dan kelengkapan Mas
1. Baju lengan panjang - 3 helai
2. Kain batik - 3 helai
3. Stoking tebal - 3 pasang 
4. Tuala mandi dan tuala muka
5. Baju sejuk - 1 helai
6. Pakaian dalam - 5-6 helai
7. Pad - 1 pek
8. Toiletteries


Bagi Mas ini sajalah barang² yang penting, barang² lain seperti makanan atau baju tambahan tu boleh minta husband hantar kemudian bila dah bersalin nanti. Lagi pun kita tak tahu kan berapa lama kena duduk di wad, kalau takde masalah sekejap je tapi kalau ada pasti akan 3-4 hari. Jadi kelengkapan lain tu boleh ditambah ikut keperluan semasa. 

Persediaan dan persiapan ni penting! Walaupun dah banyak kali bersalin tapi kadang kita terlupa, jadi kena ada senarai semak camni untuk memudahkan. Haaaaa Mas bersiap sedia je ni, bulan ni bulan terakhir Mas kerja. 4/10 dah mula cuti bersalin, fuhhhhh kena 100% bersedia mental dan fizikal dah masa tu. Moga Allah permudahkan segalanya!

Sabtu, 2 September 2017

Emping Kelapa Gula Melaka

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang pernah makan emping tak, samada emping beras atau emping pulut? Ini makanan kegemaran Mas sejak kecil lagi, arwah mak selalu beli dan buat emping tumbuk. Masa tu tumbuk guna lesung kaki, mak beli emping sekilo pastu campur dengan kelapa muda dan gula kabung. Tumbuk bagi hancur sikit pastu makan, perghhh sedap oiii! 

Bila mak dah takde, Mas tak lupa ajar pada anak² untuk cuba makanan tradisi ni. Anak² Mas memang suka, tapi kat bandar susah sikit nak cari emping. Jadi kalau balik kampung mesti Mas akan beli, lagilah mengandung ni teringin nak makan. Terus beli dan buat Emping Kelapa Gula Melaka, Mas guna gula melaka sebab takde gula kabung. Meh tengok resepi dan cara membuatnya, mudah sangat!


Bahan-bahan
1 atau ½ kilo emping beras atau emping pulut
Sebiji kepala parut (guna kelapa yang muda sikit)
1-2 gula melaka atau gula kabung

Cara² membuatnya
Campur emping, kelapa parut dan gula melaka, gaul rata. Gula tu hancurkan dulu sebelum dicampur supaya senang masa nak kisar nanti. Pastu kisar menggunakan blender kering sehingga separa hancur. Kalau tak nak kisar pun boleh, lepas gaul tu nak makan camtu je pun boleh. Ikut kegemaran dan citarasa masing², dua² sedap!



Kemudian dah siap kisar, isikan ke dalam loyang dan tekan hingga ianya mampat. Dah siap dan sedia untuk dimakan bersama secawan kopi panas. Perghhhhh memang sedap, sekejap je boleh habis satu loyang. Selamat mencuba!


Jumaat, 1 September 2017

Lengkap dah barang² baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh akhirnya lengkap jugak barang² untuk baby yang bakal lahir ni minggu lepas, dah dekat 34 minggu barulah gigih pergi membeli. Memang mengah²lah berjalan seharian, maklumlah perut dah makin memboyot. Tapi lega sebab dah beli semua yang diperlukan, tunggu nak beranak je ni!


Misi dimulakan dengan mencari pam susu dahulu, itu yang paling penting. Mas pergi ke kedai di Shah Alam setelah beberapa bulan cari kedai yang jual dengan harga yang murah dan berpatutan. Mula² cadang nak beli pam susu Lacte Duet, macam senang sikit kalau pakai yang double sebab power pumping. Tapi bila fikir ini yang kali terakhir dah guna, Mas beli yang single je. Jadi pilihan Mas ialah Lacte Solo, harga pun berpatutan dan dapat 3 hadiah percuma.

Pastu barang² lain Mas pergi beli di Aeon Mall Shah Alam je sebab kebetulan dah ada kat sana, lagi pun ada jualan sampai 31 Ogos ni. Melangkah masuk je ke ruangan barangan baby memang rasa teruja sangat, anak² pun seronok terutama si Airis. 3 beradik tu sama²lah dok memilih, ada nak yang jenis camni pastu ada yang nak warna disukai. Hehehee Mas biarkan je mereka memilih, maklumlah masing² seronok nak tunggu adik lahir. 


Antara barang² yang Mas beli ialah tuala mandi, tuala muka, tisu basah, bantal, alas getah, toileteries, diapers dan botol susu. Itu sajalah yang Mas beli sebab kebanyakan barang² lain masih ada yang Airis dulu macam bedung, kali lampin, sarung tangan/kaki, kelambu dan tilam. Baju² baby memang Mas tak beli sehelai pun, pilih je baju² Airis yang unisex sebab jantina baby masih belum 100% dipastikan. Nanti kalau lahir baby lelaki barulah beli baju tambahan, tapi kalau baby perempun memang tak membeli dah sebab baju Airis banyak sangat. 

Pastu baju² baby pun dah siap didobi, basuh yang perlu dibawa ke hospital je dulu. Nanti baru basuh separuh lagi. Haaaaa makin cuak dah rasa ni bila semuanya dah siap, heheheee!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com