Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 26 September 2017

Saya makan gaji, awak pun sama!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas paling tak suka kalau orang yang suka kondem kerja orang lain, seolah² kita ni makan gaji buta dan goyang kaki je. Sesuka hati je cakap kita takde kerja atau kerja kita ni senang macam petik jari je. Padahal setiap orang yang bekerja dah diberi tugas ikut bidang kerja dia, susah atau senang itu dah jadi tanggungjawab dia camne nak laksanakannya.

Macam penoreh getah kerjanya memang susah, kena bangun seawal jam 5 pagi untuk ke kebun getah. Pastu kena toreh berpuluh² malah kadang beratus pokok getah untuk dapatkan hasil. Kalau dia malas nak toreh sendiri dia boleh upah orang, janji dia dapat hasilnya walaupun itu kerja yang senang. Yang penting dia tahu nak laksanakan kerja tu walau dengan apa sekali pun, janji dia dapat duit.


Macam kerja Mas sebagai PA memang orang nampak kerjanya mudah, duduk je macam takde kerja. Tapi Mas dah ada tugas harian yang perlu dilaksanakan seperti urusan surat keluar masuk, uruskan jadual mesyuarat dan temujanji bos serta urusan bos yang lain. Kadang kalau bos pergi mesyuarat memang nampak macam rilek takde kerja tapi Mas masih perlu jawab panggilan telefon, buat filing dan urusan pejabat yang lain. Jadi takde istilah berehat atau goyang kaki!

Sepatutnya kalau kita bekerja dan dah diberi tugas laksanakan je dengan baik, tak kisahlah susah atau senang. Itu yang dah dipertanggungjawabkan untuk kita dan kita dapat gaji darinya. Kalau asyik nak kondem kerja orang lain dan anggap kita je yang banyak kerja, ingat boleh berkat ke gaji tu. 

Saya makan gaji dan awak pun sama, jadi laksanakan amanah tu!

6 ulasan:

  1. singgah hari selasa
    bz day this week

    BalasPadam
  2. Betul, masing masing ada tugas sendiri. Buat je laa sebaik mungkin

    BalasPadam
  3. kalau dapat bos yang garang, mau seram jugak yea kakmas

    BalasPadam
  4. PA tu kerja lagi bnyk sebenarnya . orang luar tu tau ppart mudah and senang je.. paart susah diorang tk nmpk

    BalasPadam
  5. Sama2 laksanakan amanah yang tekah diberi.Insyaallah berkat rezeki .

    BalasPadam
  6. Betul. Jalankan tanggungjwb masing-masing. Insha allah semua pun akan berjalan lancar

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com