Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 Mei 2012

Check up si kecil

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa khabar semua, rindu Mas tak? Maaflah, mood berblog masih ke laut lagi. Ini pun update sebab tiba² teringin nak menulis, jadi Mas nak kongsi sikitlah cerita pasal pergi check up kandungan kali kedua pada hari Jumaat lepas.

Check up kali ni kena ulang scan dan minum air gula. Mula² sampai klinik macam biasa ambil darah. Memang mengigil² Mas, maklumlah fobia sikit bab ambil darah ni. Lepas ambil darah timbang berat, turun lagi 2kg. Nak buat camne, selera makan memang ke laut jugak.

Pastu sampai masa minum air gula. Mas ambik gelas, baca bismillah dan terus teguk sampai habis. Memang tak nak minum sikit² sebab tengok seorang ibu ni dia minum sikit² terus muntah. Bagi Mas minum air gula ni tak ngeri sangat, rasa dia biasa je. Berjaya jugak minum tanpa muntah!

Selesai bab minum tu, terus pergi jumpa doktor untuk scan. Nampaklah si kecik dalam perut ni, masa tengok tu rasa sebak sangat. Bukannya apa sebab pertama kali Mas tengok baby dalam perut masa dia masih kecil, dulu masa anak sulung dan kedua memang tak pernah scan pun.

Tapi mengikut keputusan scan, baby baru 10 minggu. Tapi kalau ikut perkiraan normal dah 12 minggu, jadi ada perbezaan pada tarikh due date nanti. Kalau ikut normal due date Mas pada 29/11/2012 tapi kalau ikut tarikh scan 10/12/2012. Tapi Mas tak kisah, janji baby membesar dengan sihat. Cuma kena bersedia untuk kedua² tarikh due date tu. Pastu 1/6/2012 nanti kena datang sekali lagi untuk ulang scan, doktor nak pastikan betul². 

Lepas scan baby kena tunggu 2 jam untuk ambil darah sekali lagi. Masa menunggu tu adalah sedikit ceramah mengenai penyusuan ibu, jadi tak bosan sangat menunggu. Bila dah selesai semua balik rumah terus tidur, makan pun tak lalu sebab kepala dah pening.

Inilah gambar si kecik dalam perut Mas, comel kan? Hehehee!


Khamis, 10 Mei 2012

Rindu sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Pertamanya, Mas menyusun 10 jari mohon maaf pada semua pembaca blog kerana setiap kali masuk ke sini hanya ada entri yang dah basi. Bukannya tak nak update, tapi faham²lah mood memang takde langsung. Terima kasih pada yang masih sudi bertandang walaupun tiada entri terkini.

Mas alhamdulillah, sihat! Cuma masih mencari² semula mood untuk kembali aktif berblog seperti dulu, harap² cepatlah mood tu muncul kan? Serius, Mas rindu sangat saat berblog macam dulu.


Hari ini usia kandungan Mas dah masuk 11 minggu. Alahan tu macam biasalah, kadang² biasa dan kadang² teruk. Tapi Mas cuba kuatkan semangat dan lawan semua alahan, tak nak layan sangat nanti lagi lemah badan. 

Atikah dan Arfan pun makin hari makin tak sabar nak tunggu perut ni membesar, Arfan hari² tanya baby dah besar mana. Pastu kalau Mas tengah rehat sambil tengok TV, macam² soalan dia tanya kat baby dalam perut ni.

"Baby tengah buat apa tu?" 
"Baby tengok TV dengan mama ke?" 
Dan macam² lagi, seronok sangat tengok gelagat dia!

Rabu, 2 Mei 2012

Hari istimewa

Assalamualaikum...(^ ^)

Uwaaaaa, sangat rindu kat ini blog! Ada yang rindu tuan blog ni tak?

Tapi nak buat camne, alahan itu mengatasi segalanya. 4 hari cuti 4 hari terlantar tanpa ada mood langsung nak buka dan tengok blog, sangat sadis kan? Hari ni ada mood sikit terus update setakat yang mampu, lagi pun hari ni hari istimewa Mas. Jadi teruja sikitlah nak tulis cerita kat blog.

Hari ini genap umur Mas 23 tahun. Ehhh, bukan 33 tahun ke? Takpelah umur tak penting kan, janji Mas bersyukur kerana masih bernafas di muka bumi ini selama 33 tahun. Harapan, semoga dapat meraikan lagi hari lahir ini pada tahun² berikutnya. 

Yang sentiasa menjadi harapan semoga Mas bahagia bersama suami tercinta, anak² tersayang, adik beradik yang dikasihi dan kawan² yang banyak memberi dorongan kepada kehidupan Mas selama ini. Pastu yang paling penting, tak sabar nak tunggu kelahiran seorang lagi zuriat tercinta.

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com