Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 31 Januari 2018

Wajib ada sayur

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dengan sayur ni umpama irama dan lagu, memang tak dapat dipisahkan. Rasanya tak lengkap makanan Mas pada setiap hari kalau takde sayur-sayuran, ulam-ulaman pun takpe. Janji sayur berwarna hijau, tak kisah apa  jenis sayurnya. 


Pernah ada kawan tegur masa Mas makan dengan dia, sebab dia tengok dalam pinggan Mas penuh sayur je tapi nasi sikit. Dia siap cakap, "Banyaknya makan sayur kak!" Haaa camtulah Mas, kalau orang tak biasa tengok akan cakap gitu. Tapi eloklah kan makan sayur banyak, kalau ikut saranan pinggan sihat pun sayur kena separuh pinggan dan nasi serta lauk suku je. Pastu sayur tu kena pelbagai warna dan jenis, baru sihat dan seimbang.

Dalam rumah Mas memang anak² dan husband kurang sikit makan sayur, ada sesetengah sayur je yang mereka suka. Tapi Mas peduli apa, tetap suruh diaorang makan jugak sayur terutama sayuran hijau. Tak naklah mama je sihat sesorang, laki dengan anak² pun kena sihat sama. Mas tengok setakat ni anak² dah boleh makan sayuran hijau macam bayam, kangkung, kailan, sawi dan brokoli. Haaa itulah berkat mama paksa makan setiap hari.

Pastu nak masak sayuran hijau ni tak susah, tak perlu lama² untuk kekalkan kesegarannya. Lagi segar sayur tu lagilah sedap, ranggup dan manis je rasa. Kadang Mas buat ulam je, tak perlu dimasak pun. Korang yang tak makan sayur tu kena mulakan tau, bila dah makan nanti baru korang tau betapa sedapnya dan berkhasiatnya sayur tu. 


Haaaaa tengok Ikan Salmon Grilled tu bersama sayur, nampak lazat kan?

Selasa, 30 Januari 2018

Pilihan hotel bila bercuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila anak² dah makin bertambah dan setiap kali nak pergi bercuti pemilihan tempat penginapan adalah aspek yang penting bagi Mas dan husband. Kami memang tak akan memilih hotel yang terlalu mewah atau terlalu murah tapi hotel bajet yang selesa dan sesuai untuk kami 6 beranak. Yelah kalau pilih hotel mahal tapi tak selesa pun tak guna jugak kan?

Perkara yang paling utama adalah katil untuk tidur, mestilah muat dan selesa untuk kami dan anak². Masa anak sorang dulu bolehlah pilih bilik yang hanya sediakan 1 katil queen sahaja tapi sekarang kami perlukan bilik yang ada 2 katil king, baru selesa. Jadi kenalah pilih bilik family yang ada sediakan kemudahan camtu, bila tidur boleh rapatkan katil dan muatlah untuk 6 orang. 


Lagi satu bilik tu mestilah luas, yelah anak ramai kan mestilah nak main² dalam bilik. Kalau bilik tu luas adalah ruang untuk mereka bermain, pastu nak letak barang² pun mudah. Pastu sekarang ni kalau tempah hotel kena cari yang sediakan mini bar dalam bilik, pertama senang nak simpan susu untuk Aiyra. Kedua senang nak simpan stok² makanan untuk anak², dah ramai kan stok makanan kena ada. 

Pastu kalau nak bercuti lama pulak kena cari homestay, lagi bagus sebab ada kemudahan yang lengkap seperti dapur, peti ais, mesin basuh, ruang tamu dan ruang makan. Bolehlah masak sendiri kat homestay tu untuk sarapan dan makan malam, jimat sikit belanja kan. Tapi kami takdelah cari homestay mewah², cukup sekadar yang bajet janji selesa.

Hotel atau homestay ni biasanya kami akan tempah melalui booking.com je, senang sebab banyak pilihan hotel bajet. Pastu kalau nak buat pembatalan pun percuma je, janji kena 3 hari sebelum tarikh masuk. Bayaran pulak tak perlulah nak bank in duit bagai, bayar je masa check in nanti. Dah banyak kali kami guna booking.com ni, setakat ni semua hotel bajet yang diduduki menepati citarasa dan selesa untuk kami sekeluarga.

Korang kalau nak bercuti suka hotel camne?

Isnin, 29 Januari 2018

Nur Aiyra Annasya : 4 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Kira punya kira rupanya hari ni dah genap 120 hari umur Aiyra, bermakna 4 bulan dah dia. Patutlah hari ni ragam dia lain macam sikit, dah berubah bulan rupanya. Pastu ragamnya tu dah macam², dah boleh tahu kalau mama takde dekat dengan dia. Mulalah menangis macam kena pukul je, camnelah mama nak tinggal kat taska nanti bila dah kerja, alahai anak!


Perkembangan dia di umur 4 bulan ni dah ada kepandaian baru, bila baring tu dah pandai lonjak² kan badan. Ada sekali tu sampai termasuk bawah sofa dok melonjak, nasib mama perasan. Kalau tak tersekat kat bawah sofa tu, haaaaa naya! Meniarap pulak memang dah cekap cuma masih belum pandai baring sendiri semula kalau dah meniarap tu. Nak laju ke depan tu dah boleh dah sikit², cuma belum cekap gerakkan kaki dan tangan. Masih dalam proses cuba hingga berjaya, hehehee!

Fizikal dia pulak dah semakin kuat, kalau pegang tu memang tegap dah kaki dan tangannya. Bila mandilah paling suka berdiri, dah tak mau duduk. Pastu tangan pun dah pandai pegang dan capai barang, cuma bila dapat tu terus masuk ke mulut. Jadi sekarang kena lebih peka pada apa² di sekeliling dia, risau dimasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut. Sebab tangan tu pantang nampak apa saja depan mata, capai dan terus ke mulut. 

Berat pun dah makin bertambah tu, lenguhlah kalau dukung dia. Nampak je badan kecil comel molek, agaknya berat tulang kot. Kadang babahnya suka timbang sekali dengan dia, pastu tolaklah berat babah timbang sorang. Dah 6kg beratnya, haaaaa semangat kan! Pastu dah pandai sangat main² dan borak² dengan kakak abang, sebab itulah kadang² tu kakak abang berebut² nak main dengan adik. Haihhhhh lah korang ni, hehehee!

Ahad, 28 Januari 2018

Baju bundle murah di EYDraki Bundle

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak Aiyra lahir Mas tak pernah lagi belikan baju untuk dia, bukannya apa sebab baju² kakak Airis dulu banyak sangat. Mana taknya masa dia lahir memang gila membeli romper dan sleepsuit, pastu dengan baju kawan² bagi lagi dan kakak Mas pun banyak bagi. Makanya banyaklah baju² untuk Aiyra pakai, nak jual bundle pun boleh. Hehehee!

Tapi disebabkan nak pergi bercuti bulan Februari nanti, nak jugaklah belikan 2-3 helai baju baru untuk dia. Pastu nak cari tambahan sleepsuit sebab kebanyakan yang Airis punya dulu Mas dah jual dekat kawan². Mas suka pakaikan sleepsuit ni untuk baby, mudah dan selesa. Lagi satu romper pun Mas suka pakaikan, senang dan tak panas bila baby pakai. 

Jadi Mas carilah dekat Facebook ada tak kedai online yang jual baju murah² untuk baby, kalau ada kedai bundle lagi bagus. Sebab bagi Mas nak beli baju untuk baby ni tak perlu yang mahal sangat, terutamanya baju² untuk pakai harian. Kalau untuk pakai masa raya atau kenduri ke takpelah beli yang mahal sikit, sebab sekali setahun je. Lagi pun baby ni cepat membesar, kalau beli baju mahal² tapi pakainya 2-3 kali je maka rugilah kan?



Cari punya cari kat Facebook jumpalah satu kedai bundle ni, dekat kawasan Salak Tinggi jugak. Nama kedai tu EYDraki Bundle, boleh datang kedainya untuk pilih sendiri atau boleh jugak beli secara online. Pastu kebetulan pulak semalam dan hari ni ada jualan penghabisan stok, memang rezeki kamilah. Kebanyakan baju² macam tshirt, romper, seluar dijual dengan harga RM10 untuk 3 helai. Sleepsuit pulak dijual dengan harga RM12 untuk 3 helai, pastu baju² lain macam jeans/slack, dress, jumpsuit/jumper, overall dan kemeja hanya RM8 sehelai. 

Pilih punya pilih tadi dapatlah Mas beli 6 helai sleepsuit, 4 helai romper, sehelai sweater dan 3 helai tshirt lengan panjang untuk Aiyra. Pastu beli jugak 5 helai seluar panjang dan sehelai jeans untuk Airis. Ada jugak 3 helai seluar pendek dan sehelai sweater untuk Arfan. Semuanya baru RM99, memang berpatutan dan berbaloilah bagi Mas. Lagi pun kualiti kain² dia memang dari luar negara, elok dan selesalah untuk anak² pakai. 


Memang syok pilih baju² bundle ni terutama baju untuk anak², dok 2-3 jam pun takpe. Haaaaa bagi korang yang dok berhampiran dengan Salak Tinggi ni bolehlah ke EYDraki Bundle di alamat tertera atau layari Facebook mereka untuk maklumat lanjut dan pembelian online. 

Whatsapp: 012-6447507

Alamat
No.8, Jalan Seroja 6
Taman Seroja, 43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 017-663707


Sabtu, 27 Januari 2018

Bukan saja suka² nak cuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Kekadang Mas geram jugak dengan mulut puaka sesetengah orang ni, ikut sedap hati je bila bercakap. Walaupun Mas buat tak tahu tapi rasa panas hati tu tetap ada, bercakap tak ikut otak orang camni.

"Itulah siapa suruh kau ambil cuti tanpa gaji lama², dah mengadu takde duit. Pastu nak shopping dan jalan² pun tak boleh. Kalau kerja kan ada duit!"

Ehhh bila masa entah Mas mengadu dengan dia yang Mas takde duit. Ini bukan pertama kali Mas cuti tanpa gaji, masa Airis pun pernah. Tak kuasalah nak mengadu atau meminta duit dengan orang, Mas dah bersiap sedia sebelum suka² nak bercuti tu. Lagi pun Mas bercuti bukan saja² tapi bersebab, demi anak Mas sendiri. Duit bila² masa boleh usaha cari, tapi anak bukan boleh dapat dengan petik jari je!


Meh nak cerita sebab musabab Mas suka² ambil cuti tanpa gaji tu, harap kau yang mulut puaka tu puashati. Sebab pertama masalah taska, bila dah cari kekosongan hanya ada bulan April sahaja. Jadi kenalah Mas bercuti, kalau tak siapa nak jagakan anak kan? Bukannya Mas tak cari pengasuh tapi buat masa ni takde, jadi kena jugaklah hantar ke taska. 

Pastu nak hantar ke taska ni bagi Mas biarlah bayi tu besar sikit, supaya tak timbul masalah pada pengasuh taska dan kita sendiri. Bagi Mas umur 3 bulan tu agak kecil lagi untuk anak² tinggal di taska, kalau pengasuh tu takpe. Sebab di taska ramai bayi, jadi tak boleh nak bagi tumpuan pada anak kita je. Kalau pengasuh tu dia jaga bayi kita sorang je, tumpuan hanya pada dia. Sebab itulah Mas rela ambil cuti untuk jaga anak sehingga dia dah besar sedikit. 

Bab duit tu Mas dah bersedia dari awal, sebab Mas yang nak bercuti kan? Jadi Mas mula menyimpan dari awal mengandung untuk kegunaan masa cuti tanpa gaji nanti, alhamdulillah sebelum cuti tanpa gaji bermula duit tu dah mencukupi untuk Mas bayar semua hutang² dan bil² bulanan. Pastu siapa cakap Mas tak boleh shopping atau jalan², boleh je sebab Mas dah ada perancangan rapi.

Jadi pada yang berkenaan tu janganlah sesuka hati nak kondem orang, kalau tak tahu apa yang orang tu buat. Sebab hidup ni perlukan perancangan sebelum kita nak buat sesuatu, bukan main hentam je. Bila dah rancang elok² pasti kita mampu hadapinya. Betul tak korang?

Jumaat, 26 Januari 2018

Pencarian taska untuk Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah nak habis sebulan cuti tanpa gaji Mas, tinggal 2 bulan je lagi masa untuk berkepit dengan Aiyra 24 jam. Jadi sekarang Mas dah mula pencarian taska untuk Aiyra, ada 2-3 tempat dah. Lagi pun 2 atau 3 minggu sebelum mula kerja Mas nak latih hantar dia ke taska, nak biasakan dia dijaga oleh orang lain. Yelah 6 bulan berkepit dengan mama je, kalau tak biasakan nanti susah pulak. Buatnya dia tak nak dengan orang, haru mama kan? Tak kan mama nak sambung CTG sampai setahun, mama suka je tapi dompet mama yang tak suka. Hahahaa!

Berbalik pada pilihan taska, mula² cadang nak hantar kat taska Airis dulu. Dah tanya pada kakak pemilik taska tu, tapi dia kata belum pasti samada bulan April nanti ada kosong atau tak. Dia kata nanti bulan Mac baru bagitau tentang kekosongan tu. Mas pun tak naklah harapkan taska tu je, buatnya takde kosong. Jadi kenalah cari taska lain jugak sebagai backup kan?


Pastu bila fikir punya fikir Mas ingat nak cari taska yang berhampiran dengan rumah, senang kalau ada apa². Macam Aiyra meragam ke masa awal² hantar nanti atau susu tak cukup ke, bolehlah jugak husband Mas uruskan sebab dia kerja syif. Kalau waktu kerja syif siang pun dia boleh uruskan jugak sebab dekat, jadi takdelah Mas risau sangat.

Setakat ni dah dapat satu taska yang betul² hampir dengan rumah Mas, dah jumpa pun pemiliknya. Dia pun cakap buat masa ni masih ada kosong untuk baby, cuma Mas kena bagitau bila nak mula hantar. Mas pun dah berbincang dengan husband, dan dia pun setuju kalau hantar kat taska yang dekat dengan rumah. Cuma nanti sebelum mula hantar Aiyra, Mas nak tengok dulu keadaan taska dan berbincang pasal deposit dan bayaran bulanan. 

Harap sangatlah bulan Mac nanti taska tu masih ada kosong, takdelah kena cari taska lain. Pastu moga masa taska training nanti Aiyra boleh sesuaikan diri dengan suasana di sana dan dapat biasakan diri dengan orang lain mengasuhnya. Alaaa mama dah mula sebak ni, tak lama lagi dah. Nanti mesti mama rindu Aiyra, 6 bulan kau berkepit dengan mama!

Khamis, 25 Januari 2018

Jadual kelas tambahan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa maka bermulalah rutin anak² menghadiri kelas tambahan, takde masa dah nak main². Lagi pun kelas tambahan inilah yang dapat membantu mereka untuk ulangkaji dan jawap soalan peperiksaan nanti. Mesti cikgu akan bagi soalan² ramalan yang bakal masuk dalam peperiksaan sebenar nanti, jadi memang tak boleh pontenglah.

Macam Atikah kelas tambahan dia pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari jam 8 hingga 11.30 pagi. Sabtu minggu ni dah mula kelas tambahan dia, memang awal mula sebab nanti bulan 5 dia dah sibuk dengan tugasan folio Sejarah dan Geografi. Pastu ada ujian bertutur dan mendengar jugak serta percubaan PT3, haaa memang padat jadualnya. Masa dia tunjuk tarikh² untuk ujian tu mama pun mampu kata buat sungguh² je. Harap dia mampu hadapi walaupun kena kerja keras sikit. 


Untuk Arfan pulak kelas tambahan dia bermula bulan Februari nanti, setiap hari Sabtu jugak kecuali minggu pertama. Kelas dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Pastu hari persekolahan pun ada jugak, pada hari Selasa dan Khamis bermula jam 7.15 hingga 7.45 pagi. Haaa padat jugak! Lagi satu sebelum peperiksaan UPSR sebenar dia akan ada 8 ujian, fuhhh mencabar. Mas harap dia dapat buat yang terbaik, kena kerja keras sikitlah. 

Begitulah pembelajaran sekarang, memang lebih mencabar. Anak² pun kena bersedia dari segi mental dan fizikal, kena betul² bersedia. Moga dengan usaha cikgu adakan kelas tambahan ni dapat sedikit sebanyak membantu mereka, yang lain mereka kena usaha sendiri. Mas dan husband sebagai ibu bapa pun akan cuba membantu selagi termampu! 

Anak², mama doakan moga akan berjaya dan lulus peperiksaan nanti!


Rabu, 24 Januari 2018

Destinasi cuti² 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya cadang tahun ni tak nak bercuti kemana², sebabnya Atikah dan Arfan akan duduki peperiksaan penting. Tapi mereka cakap nak jugak pergi jalan² sebelum sibuk dengan kelas tambahan dan persediaan untuk periksa, boleh jugak hilangkan stress katanya. Jadi mama pun fikir elok jugak camtu, bagi mereka rehat dan tenang dulu sebelum sibuk itu ini nanti. Lagi pun dapat jugaklah mama jalan² sebelum mula kerja bulan April nanti.

Jadi seawal tahun 2018 Mas pun berbincang dengan husband, nasiblah dia setuju. Dia pun dah masukkan tarikh untuk bercuti tu dalam jadual, kena isi awal² supaya takde orang lain ambil tarikh tu. Yelah kerja macam dia tu bukannya senang nak cuti, kena bergilir². Bila dia dah betul² boleh cuti barulah kami bincang destinasi mana nak pergi!


Mulanya Mas cadang nak pergi Terengganu, sebab tak pernah lagi bercuti ke sana satu keluarga. Tapi husband tak nak, tak berapa menarik katanya. Jadi Mas tanya cadangan dia, mana destinasi pilihan. Terus dia cakap nak pergi Langkawi tapi kali ni nak bawa masuk kereta ke sana. Haaa Langkawi lagi, padahal dah 4 kali pergi bercuti ke sana. Dia kata Langkawi seronok, tak bosan. Mas pun ikut jelah cadangan dia, sapa tak nak pergi Langkawi kan? Bolehlah ai borong coklat, hehehee!

Bila destinasi dah dipersetujui, kami pun surveylah cara² nak bawa masuk kereta ke Langkawi. Bila dah dikira bajet kalau naik kapalterbang dan kalau naik feri dan sewa kereta, rasanya berbaloi bawa masuk kereta ke sana. Takdelah mahal sangat dan bajet pun lebih kurang je, pastu Mas rasa mudah sikit bagi kami yang ada anak kecil dan nak bawa banyak barang ni. Sekarang pun dah siap tempah dan buat bayaran, nanti Mas cerita lebih lanjut dalam satu entri. 

Kami akan ke sana selama seminggu, memang lama sebab bawak kereta masuk kan. Rugi kalau pergi sekejap, tak berbaloi dengan apa yang kami bayar. Kali ni kami tempah apartment yang ada 2 bilik dan ada dapur, bolehlah masak² untuk sarapan dan makan malam. Haaa dah jimat sikit belanja kat situ kan, waktu tengahari je makan kat luar sebab nak jalan². Bercuti anak dah ramai ni memang camni, kena rancang bajet betul² supaya selesa dan percutian pun menarik. 

Tambang masuk kereta dah bayar, hotel dah tempah, bajet dah buat dan tentatif percutian pun dah ada, tak sabarnya nak tunggu Februari tiba. Korang cuti² ke mana tahun ni?

Selasa, 23 Januari 2018

Atikah makin pandai memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak kakak dah tak tinggal di asrama ni Mas rasa senang jugak, sebabnya dia banyak membantu kat rumah terutama bab memasak. Mas ni bila Aiyra dok meragam nak melangkah ke dapur pun tak boleh, usahkan nak pegang sudip atau senduk. Jadi Mas cakap dekat dia cubalah masak apa yang kakak tau dan nak makan, kalau tak tahu tanya mama. 

Setakat ni banyak dah menu yang dia masak, bolehlah kenyangkan perut dia dan adik². Kalau menu tu dia tak tahu masak, Mas tunjukkan caranya. Pastu Mas biar je dia masak sendiri. Bila makan sedap jugaklah, kena dengan tekak mama. Kalau rasanya agak kurang, Mas tambahkan apa yang patut. Tapi kebanyakkannya menjadi dia masak! Ni antara makanan yang dia pernah masak.



Umur dah 15 tahun kan, memang patutlah kena pandai memasak. Lagi pun anak dara kan, reti tak reti pun paling² teruk kena pandai masak nasi. Kita sebagai mak kenalah ajar dan latih anak perempuan supaya rajin ke dapur, belajar dari awal. Bila keadaan mendesak macam Mas ni, anak ada boleh bantu masak di dapur. Takdelah harapkan mama je kan.

Atikah dari kecil dia minat bab memasak ni, pernah masuk pertandingan memasak lagi. Kadang tu ada je resepi baru dia nak cuba masak, Mas galakkan je. Setakat ni kalau masak sambal dan goreng sayur dia dah mahir dah, masak lemak pun dah pandai. Baru² ni dia belajar buat Tom Yam Campur, Mas bagitau bahan² dan cara nak buat. Pastu dia cubalah masak sendiri, alhamdulilah menjadi dan sedap. 


Haaa legalah mama anak dara dah pandai memasak, lepas ni boleh suruh masak apa saja. Ehhh takdelah, masak sama² lagi seronok kan? 

Isnin, 22 Januari 2018

Bila Airis dan Aiyra demam

Assalamualaikum...(^ ^)

Aiyra dah 2 hari demam + selsema, kesian sangat. Dalam mulut panas, mata berair, hidung berair dan tidur pun tak lena, dah 2 malam Mas berjaga sebab dia asyik meragam je. Bila menyusu je hidung dia macam tersumbat, tu yang dia tak selesa dan akan menangis. Nasiblah ada balm bayi dari Tasneem Naturel tu, banyak jugaklah membantu. Bila sapu kat hidung, dada dan belakang dia barulah Aiyra nampak selesa. Pastu dia asyik terbersin, memang baguslah sebab habis keluar hingus. 


Kadang tu lepas je menyusu tetiba muntah, mungkin tekak dia tak sedap kot. Tapi bila muntah tu habis keluar lendir² dan kahak, memang baguslah sebab lepas tu dia akan rasa selesa sikit. Mama pun dah 2 malam bermandikan muntah Aiyra, redha! 

Untuk nak redakan panas demam dia Mas cubalah jugak mandikan dengan air lemon, ikhtiar kan. Lepas mandi tu nampaklah dia segar sikit dan panas badan pun agak berkurangan, setiap masa Mas pantau suhu badan dia. Setakat ni takdelah demam dia kuat sangat, suhu sekitar 37°C je. 


Pastu hari ni kakak Airisnya pulak demam, pukul 8.30 pagi cikgu telefon kata dia muntah kat sekolah. Masa babahnya ambil tu memang dah pucat lesi muka, tu yang cikgunya cuak. Risau jadi apa² kat dia kan, pengsan ke kat sekolah. Balik je rumah terus muntah lagi, makin lembiklah badan. Mas suruh dia minum milo dan makan roti bagi alas perut, kemudian suruh tidur sekejap. Lepas bangun tidur barulah nampak segar sikit, terus bagi ubat demam dan pantau suhu badan dia. 

Fuhhh nasiblah mama masih bercuti bila kedua² anak ni demam, kalau tak susah jugak. Harap² kakak Atikah dan abangnya tak demam jugaklah, sebab sekarang ni memang musim demam, batuk dan selsema. Cuaca tak menentu kan, asyik hujan panas je. Moga anak² mama Airis dan Aiyra cepat sembuh ye, susah hati mama tengok korang demam!

Ahad, 21 Januari 2018

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang tak sabar tunggu drama Lafazkan Kalimah Cintamu ni main kat Astro lepas tengok iklannya kat TV. Lagilah Nelydia Senrose pelakonnya, Mas memang suka lakonan dia. Bersahaja je, takde pun nak kontrol cun! Pastu setiap watak yang dia lakonkan tu memang menjadi sangat.

Drama ni pun diadaptasi dari novel jugak, seperti biasa trend sekarang. Macam dah wajib je setiap cerita dari novel tu dijadikan drama kan? Katanya novel nukilan Siti Rosmizah ni memang laris di pasaran, sebab itulah dibuat drama kot. Mas pun tak pernah baca lagi novel ni, nanti nak cari jugaklah! Tengok drama tengoklah jugak, tapi lagi puashati kalau baca novelnya.


Lagi satu lagu tema drama ni memang lagu kegemaran Mas, lagu wajib kalau pergi karaoke ni. Kesilapanku Keegoanmu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, memang sesuai sangat dengan drama ni. Mengimbau kenangan pun ye bila dengar lagu tu, hehehee! Haaa dah panjang mukadimah, jom Mas bagi sikit sinopsis drama ni.

"Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri, kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?"

Haaa pada peminat novel, khususnya novel Siti Rosmizah mesti akan tonton drama ni kan? Mas dah jadi penonton wajib, mula² episod je dah berjurai² airmata. Sedih wooo, pandai betul si adik Nurqistina tu berlakon. Hidup watak dia terutama bab menangis tu, kita pun rasa nak nangis sama. Jangan lupa tengok drama ni tau, best. Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam @ Astro Ria / Astro Ria HD. Kalau tak sempat tengok, Ahad boleh marathon sebab ada ulangan.

Sabtu, 20 Januari 2018

Mama, beli kalkulator!

Assalamualaikum...(^ ^)

Atikah balik sekolah, "Mama kena beli kalkulator baru sebab tingkatan 3 ni dah ada belajar Add Math. Kalkulator lama dah tak boleh guna + dah hilang!" Haaa bab dah hilang tu yang buat mama jadi singa, nak beli baru tu tak kisah sangat kalau dah memang kena guna kan? Haishhh lah anak!


Arfan balik sekolah pulak, "Mama kena beli kalkulator sebab subjek Matematik ada belajar guna kalkulator. Beli yang biasa je!" Haaa kan dah tak pasal² kena beli 2 kalkulator baru, kalau yang lama kakak tak hilang bolehlah adik guna. Singa kuasa dua dah mama ni, tapi walau singa camne pun tetap kena beli. Anak nak belajar mama tak boleh berkira, walaupun sebelum tu jadi singa dulu. Hahahaa!

Camtulah bila dah zaman KBAT ni, anak dan ibu bapa kena jadi hebat. Kalau dulu tingkatan 5 baru kenal apa itu Add Math, tapi sekarang tingkatan 3 pun dah mula belajar yang basic. Pastu sebelum ni darjah 6 mana ada kiraan Matematik guna kalkulator tapi sekarang dah ada. Makin susah dan mencabar anak² nak belajar sekarang, kalau ibu bapa tak bantu camne anak² nak cemerlang kan? 



Apa² keperluan anak² nak belajar memang wajib kita belikan, demi kemudahan mereka. Mahal atau murah benda tu tak penting, janji anak² boleh guna untuk pembelajaran mereka. Macam Mas beli kalkulator scientifik untuk Atikah kat Lazada je, murah sikit. Harga kalkulator + kos pos baru RM35.90 je, barang pun elok dan berkualiti. Untuk Arfan pulak beli kat kedai alatulis je, harga RM7.90. 

Haaaaa gitulah zaman sekolah sekarang, makin mencabar. Moga dengan bantuan Mas terhadap keperluan pelajaran anak² dapat membantu mereka belajar dengan mudah dan lulus peperiksaan.

Jumaat, 19 Januari 2018

Balm Tasneem Natural : Teman bayi anda

Assalamualaikum...(^ ^)

Bayi sakit perut dan kembung perut?
Bayi meragam atau tantrum?
Bayi susah nak tidur lena?
Bayi demam, selsema dan batuk berpanjangan?

Bila ada Aiyra inilah masalah yang selalu merisaukan Mas, tak keruan dibuatnya. Semua ni kalau kena pada dia memang Mas tak tidur siang malamlah, dia tak selesa kita pun tak selesa kan? Pastu Mas mesti usaha nak cari penawar atau ikhtiar untuk selesaikan masalah ni.


Balm Tasneem Naturel jadi pilihan
Haaaaa Mas dah dapat pilihan yang sesuai untuk buat Aiyra selesa, Balm Tasneem Naturel jawapannya. Tak perlu was² nak gunakan balm ni pada bayi sebab ianya dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Pastu ianya tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Jadi diakui ianya selamat untuk Aiyra, lagi pun kelulusan KKM pun ada tau! 

4 variasi Balm Tasneem Naturel
Balm ni ada 4 jenis variasi pilihan yang boleh mengatasi 4 masalah diatas, iaitu Tummy Time, Calm Time, Sleep Time dan CF Rub. Keempat² balm ni didatangkan dalam bekas yang sangat comel, Mas tengok pun jatuh cinta. Dengan bekas yang comel dan kecil ni pun memudahkan Mas nak bawa ia ke mana saja, campak je dalam handbag.

Bukan saja bekasnya comel tapi baunya wangi sangat. Kalau sapu kat Aiyra tu seluruh badan dia bau wangi, jadi sepanjang masa mama asyik nak cium dia je. Kakak dan abang pun cakap Aiyra wangi, hehehee! Pastu kan, balm ni memang tak panas, tak melekit dan tak pedih pada kulit bayi. Sesuai sangatlah bila sapu pada Aiyra. 

Mari Mas perkenalkan satu persatu balm yang comel dan wangi ni.


1. Tummy Time: Sesuai disapu pada perut bayi bagi melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin berlebihan. Ia juga turut membantu masalah penghadaman. Mas akan sapukan balm ni pada Aiyra setiap kali selepas mandi supaya dia rasa selesa dan perutnya tak meragam.

Cara guna: Sapukan di perut dan tapak kaki bayi.


2. Calm Time: Berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi kalau dia meragam atau tantrum. Bau chamomile yang wangi tu boleh membuatkan bayi rasa tenang, jadi tantrumnya tu akan berkurangan. Mas akan sapu pada Aiyra kalau dia menangis, meragam atau tantrum tetiba, lepas sapu memang dia akan lebih tenang dan selesa. 

Cara guna: Sapukan di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang bayi.


3. Sleep Time: Berfungsi membantu supaya bayi mudah lena dan bangun dengan mood yang ceria. Pati lavender yang ada dalam balm ni sangat menenangkan dan baunya yang wangi membantu bayi berada dalam mood yang tenang dan selesa sehinggalah dia dapat tidur lena. Setakat ni setiap kali Mas sapukan pada Aiyra semasa dia nak tidur memang berkesanlah, dalam masa ½ jam je dia dah tidur lena. Waktu malam pun takde dah dia bangun tengah malam dan berjaga, hanya bangun nak menyusu je. Suka sangat, tidur dia dan Mas tak terganggu!

Cara guna: Sapukan di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga dan pergelangan tangan bayi.


4. CF Rub: Membantu masalah anak demam, batuk dan selsema. Ia jugak dapat melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan bayi. Buat masa ni Aiyra takde lagi demam, batuk atau selsema, tapi kadang tu ada masa macam hidung dia tak selesa je. Jadi Mas cubalah sapukan balm ni, nampak dia lebih lega dan pernafasannya selesa.

Cara guna: Sapukan di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang bayi.

Aiyra selesa, mama gembira!
Alhamdulillah selepas seminggu gunakan Balm Tasneem Naturel ni Mas rasa ianya sesuai sangat untuk Aiyra. Semua masalah di atas dapatlah Mas atasi dengan hati senang, yelah kita ikhtiar kan yang lainnya dari izin Allah SWT. Pastu yang seronoknya balm ni bukan saja boleh gunakan pada Aiyra, mama dan kakak abang pun boleh guna. Maknanya ia untuk kegunaan seisi keluarga.



Pernah sekali tu Mas sakit perut, angin penuh dalam perut tapi tak mau keluar. Mas saja cuba sapu balm Tummy Time tu, tak sampai 10 minit angin terus keluar dengan lancar dan perut pun rasa selesa. Pastu Airis pulak dah lama sangat selsema, hidung sentiasa berhingus je. Dah makan ubat pun masih tak baik, jadi Mas cubalah sapu balm CF Rub tu kat dia setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Nampaklah ada berkurangan selsema dia, hidung pun tak berhingus dah!

Haaa dah cerita panjang lebar ni, mana nak beli balm comel ni? Korang boleh dapatkan info tentang pembelian dan maklumat lanjut di:

Hotline: 011-20964665 (Order) / 010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)

Harga Pakej Balm Tasnem Naturel 2018



Khamis, 18 Januari 2018

Nasi Goreng Salmon

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang Mas masih lagi menjaga pantang, terutama bab makan. Yelah Aiyra kan menyusu badan, jadi kenalah jaga betul². Pastu dalam masa yang sama, Mas masih meneruskan misi kurus dan misi mendapatkan berat badan 60kg yang diidamkan tu. Jadi memang bab pemakanan ni kena kawal sikit. Susah betul aihhh nak cecah angka 60kg bila naik penimbang tu, kadang turun 500g je dan kadang tu naik balik. Hehehee, kena usaha lebih ni.

Tapi disebabkan menyusukan Aiyra, Mas takdelah diet kaw² sangat. Nasi tetap makan tapi secara seimbang dan sihatlah. Mas makan sekali sehari je pada waktu tengahari dan ambil dalam kuantiti yang terkawal. Segenggam nasi sahaja, Mas lebihkan sayur dan protein. Nasi pun ambil beras putih je, takdelah beras perang pun. Takpe je janji kita kawal kuantiti nasi tu. 

Pastu kalau bosan makan nasi biasa, Mas buatlah nasi goreng tapi yang sihat punya. Tanpa minyak, garam dan serbuk perasa. Semalam Mas cuba buat Nasi Goreng Salmon, perghhh ternyata sedap. Yang penting ianya sihat untuk membantu misi kurus Mas. Jom tengok resepinya, mudah sangat!


Bahan-bahan
Segenggam nasi
Sepotong ikan salmon yang telah siap grilled dan dihancurkan
10 biji baby carrot (dipotong dan dihiris panjang²) - nak campur sayur lain pun boleh macam brokoli, asparagus atau capsiccum
Seulas bawang putih dan bawang merah (ditumbuk halus)
Serbuk lada hitam

Cara² membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk tadi, Mas tak gunakan minyak tapi gunakan unsalted butter. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan baby carrot dan ikan salmon yang telah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan masukkan nasi serta serbuk lada hitam secukup rasa. Haaa dah siap dan boleh dijadikan menu makan tengahari atau malam. 


Mudah je kan, yang penting sedap, sihat dan lazat! Mas tak kisah kalau makan camni setiap hari, janji kenyang dan dapat diet seimbang.

Rabu, 17 Januari 2018

Dapat jugak beli troli Ikea

Assalamualaikum...(^ ^)

Alaaaaa lupalah nak cerita pasal troli Ikea yang berguna ni, tahun lepas dah belinya. Sebenarnya dah lama Mas teringin nak beli troli ni, tengok ramai orang pakai dan kegunaannya pun pelbagai. Tapi banyak kekangan masa, tak berkesempatan nak pergi ke Ikea. 

Akhirnya bulan 12 tahun lepas adalah peluang dan rezeki pergi ke Ikea, masa tu misi utama nak cari TV Kabinet. Tak teringat sangat pun pasal troli ni. Bila dah sampai sana dan dah jelajah seluruh Ikea tu barulah ternampak troli tu. Haaaaa apa lagi terus sambar satu, harganya RM149 masa tu. Tak tahulah kalau sebelum tu ada harga promosi lagi murah, tapi Mas beli jugak sebab rasa dah murah tu. Ada 3 pilihan warna tapi Mas berkenan warna coklat ni.


Buat masa ni troli ni Mas gunakan untuk letak barang² Aiyra macam diapers, peralatan seperti bedak, losyen dan ubat-ubatan. Pastu ruangan atas Mas letaklah handbag, senang sikit nak capai kalau nak ambil duit. Troli ni beroda tapi Mas tak pasang sebab Mas hanya letak kat satu tempat je. Kalau guna nak tarik kemana², sesuailah pasangkan roda.

Memang senanglah ada troli ni, barang pun boleh susun dengan teratur dan kemas. Pastu takdelah perlu bangun 2-3 kali nak ambil barang² Aiyra dalam bilik, mana yang perlu digunakan selalu Mas letak je atas troli tu. Mudah nak capai dan ambil, jimat masa dan tenaga. Mas cadang nak beli lagi satu ni, nak letak kat dapur pulak. Senang sikit nak letak barang² memasak, nak ambil pun mudah nanti. 

Banyak kegunaan troli ni tau, korang yang belum beli tu kena dapatkan satu.

Selasa, 16 Januari 2018

Tak hantar anak tuisyen ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak kawan bertanya pada Mas, masa Atikah ambil peperiksaan UPSR dulu ada hantar kelas tuisyen tak? Mas memang tak hantar pun, bukannya takde bajet tapi kekangan masa. Kalau hantar memang padat sangat jadual anak², mana nak mengaji dan buat homework lagi. Itu pun sampai pukul 11 malam jugak siapkan kerja sekolah, kalau pergi tuisyen lagilah. 

Lagi satu sebab tak hantar, sekolah sekarang dah adakan kelas tambahan untuk murid². Jadi dah memadailah mereka pergi kelas tambahan, tak perlu tuisyen dah. Lagi pun apa yang cikgu ajar dalam kelas tambahan dah mencukupi untuk anak², ditambah dengan latihan dan homework lagi. Bagi Mas dah memadai untuk budak UPSR.


Tapi kalau nak hantar jugak takde masalah, terpulang pada kita sendiri. Kalau rasa anak² mampu bahagikan masa dan hadapi, kita hantarlah. Jangan ia jadi bebanan pada anak pulak sudahlah, nanti pelajaran entah ke mana. Kita kena tengok jugak anak² mampu tak nak buat macam² dalam satu masa, dengan kerja sekolah, kelas tambahan dan tuisyen pulak. Kemampuan anak² kita ada batasnya jugak, mereka pun tahu penat!

Macam Mas tahun ni Atikah periksa PT3 dan Arfan pulak periksa UPSR. Kalau ikutkan nak jugak hantar tuisyen, tapi bila tengok setiap kali mereka balik sekolah berlambak homework kena buat terus tak jadi. Kesian, sampai ke malam kadang tu siapkan homework. Mana nak mengaji lagi, kalau pergi jugak tuisyen pukul berapa nak tidur. 

Ada kawan cakap, hantar tuisyen Sabtu Ahad je. Bagi Mas hujung minggulah masa nak bersama mereka, berbual dan tanya pasal hal sekolah mereka. Hari lain dah sibuk kerja, jadi takde masa sangat untuk semua tu. Kalau anak² pulak ke kelas tuisyen hujung minggu mana masa Mas dengan mereka, balik tuisyen mesti dah penat. Nak rehat, nak tidur dan siapkan homework berlambak yang cikgu bagi. Jadi jawapannya memang tak hantarlah, memadai mereka ada kelas tambahan dan Mas bantu sedikit apa yang termampu. Selebihnya mereka kena usaha lebih kalau nak keputusan yang baik kan?

Itulah pendapat Mas sebagai seorang ibu, nak ikut atau tak terpulang pada diri masing². Jangan lupa diri anak² jugak ye!

Isnin, 15 Januari 2018

Selesai urusan sunat Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya masa Aiyra umur 2 bulan Mas cadang nak pergi sunatkan dia, yelah masa umur tu dia tak lasak sangat lagi jadi senang nak buat. Tapi entah kenapalah asyik lupa je mama dia, fuhhh banyak urusan nak buat camne. Bila dia dah 3 bulan lebih ni barulah ingat, itu pun kakak Atikah yang tanya. Haaa kalau dia tak tanya sampai ke sudah Aiyra tak bersunat. 


Sebelum nak pergi tu Mas telefon dulu Klinik Maria di Putrajaya, memang cadang nak buat kat situ. Bila dah tanya katanya hari Ahad ada sunat untuk baby, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Boleh datang mana waktu yang sesuai, doktor sentiasa ada. Jadi semalam kebetulan husband off day, terus Mas ajak dia pergi. Tak nak tangguh dah nanti lupa lagi, pastu ditambah dengan Aiyra dah makin lasak.

Sampai di klinik terus uruskan pendaftaran, dah selesai sekejap je nama dipanggil. Masuk dalam bilik pemeriksaan tu Aiyra dah mula merengek, bila letak atas katil terus dia menangis. Masa jururawat pegang kaki dia tu lagilah kuat dia menangis, bukan takut tapi tak suka kaki dia dipegang. Puas jugak Mas nak tenangkan dia, sebab masa sunat kakak Atikah dan Airis dulu takdelah menangis beria.


Bila Aiyra dah tenang sikit barulah doktor sunatkan dia, masa buat tu dia tak nangis pun. Merengek sikit je, mungkin terasa sikit sakitnya. Sekejap je, tak sampai seminit dah siap. Keluar je dari bilik tu terus abang Arfan cakap, "Haaa sekejapnya Aiyra kena sunat, kenapa masa abang lama." Hahahaa, tergelak mama dengar! Mama cakaplah, "Sunat perempuan memang sekejap, tak sama macam lelaki. Proses dan cara pun berbeza." Nasiblah dia faham, kalau tak letih nak jelaskan camne kan?

Alhamdulillah lega bila dah selesai tunaikan kewajipan pada Aiyra, big girl dah Aiyra mama. 

Ahad, 14 Januari 2018

Teringin Nasi Ayam Mafia Chef Joe @ The Dangau

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama teringin nak makan Nasi Ayam Mafia Che Joe @ The Dangau ni gara² baca entri kat blog founder KBBA9, nampak menyelerakan betul nasi dia. Tapi masa tu masih dalam pantang, jadi simpan dulu rasa teringin tu. Tapi dah habis pantang pun tak pergi² jugak, akhirnya hari semalam baru teringat. Terus suruh husband pergi beli!



Kedai dia tak jauh sangat pun dari kawasan rumah Mas, kat Sepang ni jugak. Tapi melilau jugaklah husband cari semalam, walaupun dah waze guna alamat yang ada kat Facebook Chef Joe tu. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak, rezekilah tu. Dah sampai terus husband hantar gambar pilihan nasi yang ada kat situ, bukan Nasi Ayam je tau! Ada Nasi Kukus Ayam Mafia, Nasi Ayam Kampung Mafia, ada set nasi dengan lauk Talapia dan Keli Goreng Panas dan sudah tentu Nasi Ayam Mafia. 

Bila dah tengok pilihan nasi² tu terus bagitau husband Mas nak Nasi Ayam Kampung Mafia dan anak² pulak nak Set Keli Goreng Panas. Tapi hampa sekali sebab kedua² menu tu dah habis, yang ada Nasi Ayam Mafia sahaja. Masa tu husband datang dah pukul 3 lebih, taukehnya kata kalau waktu tu memang nasi² lain dah habis. Kena datang awal kalau nak makan. 



Alaaa kempunan nak rasa ayam kampung tu, dahlah nampak sedap. Takpe lain kali boleh datang makan kat kedai dia pulak, banyak masa lagi. Jadi husband beli 4 bungkus Nasi Ayam Mafia je. Bila dah makan nasi dia memang A bagi Mas, husband pun cakap sedap. Pastu sambal dia pun sedap anak Mas cakap, Mas tak makan sebab masih belum makan pedas² ni. Jadi puashatilah makan Nasi Ayam Mafia Chef Joe ni, nanti nak cuba menu² lain pulak. 

Husband cakap banyak lagi pilihan makanan kat sana, ada cendol jugak. Haaa nanti memang akan datang makan kat kedai dia. Korang yang berdekatan nak cuba boleh ke Kedai Nasi Ayam Chef Joe @ The Dangau, layari je Facebook Chef Joe @ The Dangau untuk tempahan, pertanyaan atau info lanjut.


Perghhhhh terasa lagi kesedapannya!

Sabtu, 13 Januari 2018

Gara² cuaca sejuk

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh hari ini dalam sejarah pasang kipas di kelajuan 1, kalau tak mesti kat nombor 5. Mana taknya dari hari Khamis sampai hari ni hujan tak berhenti kat Salak Tinggi ni, sejuk umpama kat kutub. Nak mandi pun bercinta, lama termenung dalam bilik air. Akhirnya jerang air panas dulu, baru boleh mandi. 

Ni dah petang barulah hujan reda, tapi cuaca tetap sejuk berangin. Suhu kat dalam rumah Mas ni 24°C, kat luar pulak 21°C. Haaaaa sejuk ko, nak keluar rumah pun malas. Pastu basuh baju dah berapa hari tak mau nak kering, kenalah korbankan duit sikit pergi dobi keringkan. Kasut sekolah anak² pun semuanya dok letak belakang peti ais, tu je cara nak keringkan.

kredit foto: IG Berita Harian


Kat tempat lain pun ada yang lagi sejuk dari tu, macam kat Kundasang dah cecah 14°C. Pastu kat atas puncak Gunung Kinabalu pun air dah mengeras jadi ais, kalau makin sejuk tak mustahil salji boleh turun. Kuasa Allah kan, kita tak tau! Syok wooo kalau dapat pergi Kundasang waktu ni, boleh berangan konon² ada kat luar negara. Hehehee!

Tapi bagus jugak cuaca sejuk camni kan, jimat sikit bil elektrik sebab tak perlu pasang kipas dan aircond. Bila malam cuma buka tingkap je, nikmati angin luar yang dingin. Air pun jimat jugak sebab anak² tak mahu mandi lama², sejuk ketar katanya. Kalau tak asyik berketuk je pintu bilik mandi suruh keluar, mahu sejam dok main air. 

Jom sambung dok dalam selimut sambil minum milo panas. Fuhhh syok!

Jumaat, 12 Januari 2018

Berjaya menulis setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang bila tengok blog ni hari² tak tahu dah nak tulis apa, nak biarkan berkubur je rasanya. Tapi bila tengok dan baca semula entri² lama, sayang pulak nak biarkan je. Jadi tahun 2018 ni tanam azam nak tulis entri setiap hari, tak kisahlah entri apa janji ada. 


Bermula dari 1.1.2018 sehingga ke hari semalam masih belum missed satu hari pun, setiap hari ada satu entri. Walaupun jenuh dok pulun dok fikir nak tulis apa, tapi dah azam kan kenalah tunaikan. Nasiblah husband pun ada jugak membantu bagi idea nak tulis apa, jarang berlaku tu. Mungkin dia tengok bininya dah nekad, jadi dia bantulah. Manalah tau ada sikit² rezeki bininya dari blog ni kan?

Nak menulis sekarang ni memang Mas punyai banyak kekangan masa, lagi² ada baby ni dan anak² dah bersekolah. Walaupun dah cuba tetapkan masa bila malam anak² dah tidur, Mas akan karang entri untuk esok hari tapi kadang² tu gagal jugak. Yelah kan, tetiba si Aiyra tu mengamuk memang jangan haraplah mama nak pegang tab. Bila dia dah lena tidur, Mas pulak mengantuk. Apa lagi teruslah masuk bilik tidur sekali dengan Aiyra, hehehee!

Tapi walau apa pun kekangan Mas tetap cuba menulis, dah azam kan? Kadang bangun pukul 3-4 pagi Aiyra nak menyusu, Mas akan ambil masa mengarang sekejap lepas susukan dia. Adakalanya waktu itulah idea mencurah², jadi tak mau sia²kan. Cuma kalau idea tu tak mau muncul akan jadi macam hari nilah, dah petang baru keluar entrinya. Takpelah kan, janji tak missed satu hari pun!

Itulah penangan blog kan, susah nak tinggalkan. Lagilah Mas dalam komuniti KBBA9 ni, semangat berblog tu makin kuat. Tengok kawan² rajin dan sentiasa update, Mas pun bersemangat untuk terus menulis. Tak dapat entri kerja pun takpe, janji keseronokan menulis tu ada. Kalau dapat itu rezekilah!

Khamis, 11 Januari 2018

Harga mahal kualiti kurang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas tahu harga makanan mentah sekarang semakin mahal, sejak minyak asyik naik je setiap minggu ni. Pastu bukanlah nak salahkan peniaga sebab terpaksa naikkan harga, mereka pun terkesan dengan harga minyak tu. Tapi kenaikan harga tu perlulah setimpal dengan kualiti makanan kan, yelah walau harga dah naik kualiti tetap kena sama.

gambar sekadar hiasan


Mas pun tak cakap semua peniaga camtu, tapi ada segelintir yang bersikap camni. Jangan jadikan alasan harga barang naik tu untuk kualiti makanan kau semakin tak bagus, dulu gred A sekarang gred B. Ada satu kedai makan ni memang Mas selalu beli Nasi Ayam Penyet dia, memang sedap nasinya. Cuma sejak dah naik harga ni kualiti dan kesedapan nasinya dah berkurang. Mas kan pelanggan setia jadi memang dapat rasa kekurangan tu.

Sebagai pembeli Mas tak kisah dia nak naikkan harga, Mas tahu dia terpaksa buat camtu sebab barang dah mahal. Tapi kualiti masa harga murah dulu dia wajib kekalkan, barulah pembeli puashati. Macam Mas tak kisah harga tu dah mahal janji kualiti dan rasa tak berubah, kekal camtu. Barulah kita rasa berbaloi dia naikkan harga tu kan?

Apa pun para peniaga kena pandai ambil hati pelanggan dan kekalkan tahap kualiti jualan mereka, baru pembeli tak rasa tertipu. Dulu masa murah kemain sedap nasinya dan portion pun banyak, bila dah baik harga kualiti kurang. Pastu portion pulak makin sedikit, patutnya kekalkan!

Rabu, 10 Januari 2018

Misi mencari si Raja Buah

Assalamualaikum...(^ ^)


Korang tau kan harga durian sekarang dah macam harga emas, mak aihhh mahal gilers. Kalau nak beli pun fikir sampai 10 kali, sayang je rasa nak keluar duit. Tapi disebabkan dah 2 tahun mengidam nak makan, misi mencari durian dilakukan jugak. Haaaa 2 tahun mengidam kau, dari mengandung tahun 2016 yang gugur tu sampailah ke mengandung Aiyra. 

Sebelum beli tu husband Mas survey dulu kat tempat mana yang jual dengan harga berpatutan. Tapi kat Salak Tinggi ni semuanya RM30 sekilo, fuhhh berpeluh weihhh nak bayar. Sebijik je dah 2 kilo lebih beratnya, mau RM60 harga. Haaaaa sebab tulah Mas kata macam emas harga durian ni, makin mahal. Nak cari yang longgok² memang takde dah!


Mahal kat Salak Tinggi, kami beralih ke Mantin pulak. Husband bagitau kawan dia cakap kat sana murah, tapi kualiti buah tak tau camne. Pergilah husband tengok kat sana, kot² boleh dapat harga murah. Dah puas cari husband balik bawa 4 biji durian, katanya sekilo RM5 je. Haaaaa memang murah sangat, tapi buah tak boleh buka masa beli. Mas tak suka sangat beli buah camni, risau isi tak elok. Sekali kupas memang tepat jangkaan Mas, sebijik pun tak boleh makan. Ada yang keras, ada yang busuk dan masam isinya. Apa lagi terus suruh husband pergi tukar semula, rugilah beli kan?

Pastu husband balik bawa sebiji je, katanya yang tu RM25 sekilo. Sebijik tu je beratnya 2 kilo, jadi harga RM50 lah. Mas pun redha jelah dengan harga tu, janji dapat lepaskan kempunan anak² dan gian tekak ni. Nasiblah isi durian tu elok dan rasa pun sedap, berbaloilah beli. Ada dalam 20 ulas lebih isinya, puas jugaklah anak² makan. Mas makan dalam seulas dua je, janji lepas rasa mengidam yang dah lama tu. Tak nak makan banyak sangat sebab Aiyra menyusu badan kan, takut perut dia tak tahan pulak. 


Alhamdulilah puashatilah dapat makan durian walaupun sebiji je. Orang kata benda mahal ni dapat makan sikit pun dah kira rezeki tau, jadi kenalah bersyukur. Tapi kalau dapat kendurian macam geng KBBA9 kat Natasya Resort tu lagi rezeki besar, makan sampai mabuklah. Hehehee!

Selasa, 9 Januari 2018

Lepas seminggu sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah selepas seminggu sekolah Airis dah serasi dengan Pra Sekolah, setiap hari seronok je mama tengok bila balik sekolah. Masa hari pertama je ada drama airmata, biasalah sekolah baru kan? Cuma masa bangun pagi nak mandi tu selalu ada drama walaupun malam mama dah perabat tidur awal. Biasalah Airis kan, penuh dengan drama. Hahahaa!


Cikgu pun selalu jugak hantar gambar anak² buat aktiviti dalam kelas, seronok Mas tengok. Ada aktiviti menulis, mewarna, aktiviti sains dan sukan. Pastu Airis pun dah serasi jugak dengan kawan²nya, sebab masa hari pertama tu dia cakap takde kawan. Biasalah sekolah baru dan kawan² baru kan?

Bab pelajaran pulak sekarang ni cikgu suruh berlatih tulis nama sendiri dengan betul. Macam Airis dia dah boleh sebab dah belajar masa kat Pasti dulu, cuma kena selalu berlatihlah. Nama pendek dia dah pandai tulis cuma selalu tersilap antara huruf R dan S, mesti nak tulis S dulu baru R. Pastu tulis nama penuh pun dia dah pandai jugak, cuma kadang ada lah silap 1-2 huruf.


Lagi satu cikgu suruh ulangkaji tulis ABC, ini pun dia dah boleh. Dia pun dah tau bezakan huruf besar dan huruf kecil, tulis pun dah mahir. Tapi biasalah kena selalu buat latihan supaya dia tak lupa. Yang selalu dia silap bila huruf tu seakan sama, macam B dengan P. Haaaaa ni selalu sangat tersilap tulis!

Bab urus diri pulak Airis takde masalah, dia dah belajar dari kat taska lagi. Pergi tandas sendiri dia dah tahu, tak perlu cikgu nak ajar atau teman. Tapi Mas selalulah pesan supaya basuh tangan lepas pergi tandas dan jangan basahkan baju dan seluar, setakat ni dia lulus. Cuma bab jaga kebersihan baju seluar ketika aktiviti seni dan makan tu yang selalu gagal. Kadang balik tengok baju dah comot, kena catlah atau air milo tumpahlah. Fuhhhhh letih mama memberus!

Moga Airis terus rajin ke sekolah dan belajar pandai².

Isnin, 8 Januari 2018

Tamatlah riwayat pinjaman ASB

Assalamualaikum...(^ ^)

Mulanya malas nak cerita kisah pahit camni, tapi ramai dok tanya bila Mas tulis status kat Facebook dan Instagram. Jadi Mas ceritalah sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Bila Mas tulis status di FB tu ada jugak kawan² yang komen kata mereka pun pernah terkena macam Mas, jadi Mas kenalah kongsi untuk kebaikan bersama.

Mas buat pinjaman ASB ni tahun 2007, kiranya tahun 2017 genap 10 tahun dah. Mas pinjam RM30k dan bayaran bulanan RM179 sebulan, potongan melalui auto debit setiap 1hb. Bila tiba 1hb Mas akan semak melalui Maybank2u samada dah dipotong atau tak, setiap bulan akan buat camtu. Memang tak pernah ada masalah dan setiap bulan potongan ada, dari mula pinjam sehinggalah 1/12/2017.

Mas sedar ada masalah dengan pinjaman bila tengok bonus dan dividen ASB pada 2/1, Mas tak dapat pun. Pelik jugak kenapa tak dapat, jadi terus Mas semak penyata ASB untuk tahun 2017. Rupanya pada bulan 11 pihak bank dah jual balik sijil pinjaman, tanpa beritahu Mas. Tiada notis, tiada hitam putih dan tiada panggilan langsung dibuat untuk maklumkan tentang penjualan tu. Patutlah dalam awal bulan 11 tu Mas ada terima duit masuk sebanyak RM4k dari bank, masa tu tak tahu pun itu duit apa. 


Memang sakit hati dan geram, kenapalah bank buat camni tanpa bagitau pelanggan. Terus Mas ke Maybank Putrajaya untuk tahu apa masalahnya sampai pinjaman kena berhenti camtu je! Bila dah jumpa staf bertugas katanya pinjaman Mas adalah masalah bayaran mulai bulan Julai 2017, ada tunggakan katanya. Haihhh panas hati jugak Mas bila dia cakap camtu, sebab Mas tengok bank tak pernah tak potong setiap 1hb melalui auto debit tu. Jadi tak akanlah ada tunggakan pulak, Mas ada simpan rekod auto debit yang bank potong tu. Satu lagi buat Mas mengamuk kenapa bank tak pernah nak telefon Mas bagitau kalau bayaran ada masalah, bukan ke itu prosedur bank?

Tapi mengamuk dan bertekak dengan orang bank tu pun memang tak selesai masalah, macam² alasan dia. Pastu senang² dia suruh Mas mohon pinjaman baru, mudahnya cakap. Pastu kata dia kalau nak tahu apa punca sebenar kena pergi Maybank Centre kat KL, kat situ yang uruskan semuanya. RM4k yang Mas dapat awal bulan 11 tu rupanya ganjaran yang bank bagi lepas dah jual sijil ASB tu dan tolak hutang pinjaman. Memang tak berbaloi langsung bagi Mas, dah 10 tahun bayar banyak tu je dapat. 

Bila tahu ada jugak kawan² yang pernah kena, Mas rasa ini permainan marketing bank je. Saja buat camtu supaya pelanggan mohon pinjaman baru, baik punya marketing dia. Mas pun tak pergi lagi centre untuk tahu apa masalahnya dan dapatkan hak Mas. Macam malas je nak pergi, husband pun cakap tak perlu pergi. Bukannya apa, nanti berhabis masa dan duit pergi tapi hak tak dapat. Tahu dah urusan dengan bank ni camne, memang mereka nak kita mohon pinjaman baru je. 

Banyak sebenarnya nak cerita pasal keburukan bank ni tapi malaslah, takde faedah pun. Mas redha jelah, mungkin sampai setakat ni je rezeki Mas dengan pinjaman ASB tu. Ikut kan memang tak puashati dengan ganjaran diterima tapi malaslah nak pergi bertekak dengan orang bank tu. Nak mohon pinjaman baru pun memang tak dah, Mas dah serik. 

Jadi untuk kawan² yang ada pinjaman ASB dengan Maybank tu rajin²lah semak setiap tahun, jangan jadi macam Mas biarkan je. Tup² pinjaman dah diberhentikan, diri sendiri yang naya!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com