Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 18 Januari 2018

Nasi Goreng Salmon

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang Mas masih lagi menjaga pantang, terutama bab makan. Yelah Aiyra kan menyusu badan, jadi kenalah jaga betul². Pastu dalam masa yang sama, Mas masih meneruskan misi kurus dan misi mendapatkan berat badan 60kg yang diidamkan tu. Jadi memang bab pemakanan ni kena kawal sikit. Susah betul aihhh nak cecah angka 60kg bila naik penimbang tu, kadang turun 500g je dan kadang tu naik balik. Hehehee, kena usaha lebih ni.

Tapi disebabkan menyusukan Aiyra, Mas takdelah diet kaw² sangat. Nasi tetap makan tapi secara seimbang dan sihatlah. Mas makan sekali sehari je pada waktu tengahari dan ambil dalam kuantiti yang terkawal. Segenggam nasi sahaja, Mas lebihkan sayur dan protein. Nasi pun ambil beras putih je, takdelah beras perang pun. Takpe je janji kita kawal kuantiti nasi tu. 

Pastu kalau bosan makan nasi biasa, Mas buatlah nasi goreng tapi yang sihat punya. Tanpa minyak, garam dan serbuk perasa. Semalam Mas cuba buat Nasi Goreng Salmon, perghhh ternyata sedap. Yang penting ianya sihat untuk membantu misi kurus Mas. Jom tengok resepinya, mudah sangat!


Bahan-bahan
Segenggam nasi
Sepotong ikan salmon yang telah siap grilled dan dihancurkan
10 biji baby carrot (dipotong dan dihiris panjang²) - nak campur sayur lain pun boleh macam brokoli, asparagus atau capsiccum
Seulas bawang putih dan bawang merah (ditumbuk halus)
Serbuk lada hitam

Cara² membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk tadi, Mas tak gunakan minyak tapi gunakan unsalted butter. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan baby carrot dan ikan salmon yang telah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan masukkan nasi serta serbuk lada hitam secukup rasa. Haaa dah siap dan boleh dijadikan menu makan tengahari atau malam. 


Mudah je kan, yang penting sedap, sihat dan lazat! Mas tak kisah kalau makan camni setiap hari, janji kenyang dan dapat diet seimbang.

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com