terkini dan sensasi

Khamis, 6 Disember 2018

Tahniah Harimau Malaya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Harimau Malaya, layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Fuhhh memang mendebarkan sungguh perlawanan semalam, boleh bikin sakit jantung dibuatnya.


Masa pemain Malaysia lakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri tu, Mas fikir memang tipis dah harapan. Walaupun masa tu baru lagi permainan bermula, tapi risau gol tu akan buat pemain Malaysia lagi banyak lakukan kesilapan. Yelah mereka pasti tertekan, kena kerja keras untuk cari gol penyamaan. Namun tuah berpihak pada kita apabila Syahmi menjaringkan gol penyamaan, fuhhh cantik gol dia tu. Kalau tengok semula memang tak sangka boleh gol. 

Pastu sekali lagi kesilapan berlaku, Mas tengok memang kelam kabut sangat masa tu. Kekasaran pemain kita membolehkan Thailand dapat sepakan percuma dan ianya tidak disiakan oleh mereka. Haaa masa ni Mas dah mula emo, hahahaa ai memang tak boleh tengok bola ni memang emo semacam. Tapi emo tu bertukar gembira bila Mat Yo menjaringkan gol kedua buat Harimau Malaya, fuhhh lega! Jadi dah terbuka luas peluang Malaysia nak ke final

Namun malang tidak berbau, kesilapan yang tak dijangka berlaku. Tangan pemain kita terkena bola dan sepakan penalti diberikan kepada Thailand, haaa memang tepuk dahi lah. Dahlah masa tu tinggal 2 minit je lagi masa tambahan nak habis, memang murunglah semua penyokong. Kalau gol maka musnahlah harapan kita nak ke final, Mas pun tak harap apa² dah masa tu.


Bila sepakan penalti tu nak dilakukan perasaan masa tu jangan cakaplah, senak perut, sesak nafas dan sakit jantung dibuatnya. Debar oiii, tak senang duduk dibuatnya. Sekali bila pemain Thailand sepak, bola melayang ke atas. Haaa apa lagi, jerit sampai nak terkeluar anak tekaklah Mas. Fuhhhhh lega sangat, akhirnya impian Harimau Malaya jadi kenyataan untuk beraksi di pentas final. Tahniah sekali lagi, Malaysia Boleh!

Rabu, 5 Disember 2018

Aiyra yang bijak + lasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak coretkan cerita pasal si comel Aiyra ni kat blog, sekarang makin bijak + lasak tau. Setiap hari ada je kepandaian dia, kadang tak jangka budak sebesar dia tu boleh buat camtu. Cikgu taska pun selalu mengadu kelasakan dia kat takska, siap dah panjat grill tau tak. Hahahaa memang anak bomba sejati ni!


Bab panjat memanjat kat rumah jangan cakaplah, semua kerusi sofa dia panjat. Bukan takat tu je, kabinet TV pun dia panjat. Jatuh terhantuk sampai lebam dahi pipi pun jangan cakaplah, dah banyak kali dah. Tapi serik tak jugak, semacam je dia panjat. Biasalah budak² kan, tak pernah serik kalau jatuh. Nangis sekejap je, dah hilang sakit nanti dia buat lagi. 

Pastu makin bijak Aiyra ni, dah pandai buat apa² kalau kita suruh. Macam kalau nak mandi, Mas bukak baju dia pastu laju dia letak baju dalam bakul bila disuruh. Bila nak makan kita suruh duduk, dia akan ikut cakap Mas. Lagi satu yang bijak bila nampak babah dia pakai baju terus laju dia salam dengan semua orang, dia ingat babah nak bawak dia jalan². Hahahaa gelak jelah mama tengok!

Tumbesaran dan kesihatan dia takde masalah, memang memuaskan. Walau badan nampak kecik tapi semangat jugak bila dukung, pastu jaranglah dia demam, batuk atau selsema. Cuma sekarang dia masih kena pergi temujanji kat hospital pasal masalah hypo dan jantung dia masa lahir tu. Takde apa yang serius pun cuma doktor nak pantau je tumbesaran dia, pastu jantung pun kena scan lagi sekali 12/12 ni. Kalau 2 lubang kat jantung tu dah tertutup sepenuhnya, jadi tak perlu follow up dah. 

Moga semuanya dipermudahkan dan Aiyra terus membesar dengan sihat dan makin bijak.

Selasa, 4 Disember 2018

Cermin mata murah untuk anak dengan kanta Alpha Blue 420

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa ada anak² yang pakai cermin mata, tapi takde bajet yang besar untuk buat cermin mata tu. Nak pulak ada 2-3 orang anak yang pakai cermin mata, lagilah banyak kos diperlukan.

Haaa jangan risau, ni Mas nak kongsikan satu kedai cermin mata yang menawarkan harga murah teruk + berbaloi untuk wang ringgit korang. Pastu cermin matanya pun berkualiti, setimpal dengan harganya. 


Kedai Cermin Mata Eyes Vision Optical
Inilah nama kedainya, terletak di Sungei Wang Plaza. Kebetulan Mas memang nak buatkan cermin mata untuk Atikah, sebab dia nak tukar cermin mata yang boleh lindungi mata ketika tengok komputer atau telefon. Pastu Mas pun ada baca review rakan² pasal kedai ni, memang mereka cakap harga murah sangat. Haaa apa lagi pucuk dicita ulam mendatang lah!

Sebaik sampai je depan kedai tu,terus terpaku tengok promosi harga ni. Hanya RM65 untuk frame + lenses, uishhh biar betul ni. Memang dah teruja masa tu, terus fikir nak tukar cermin mata baru untuk diri sendiri jugak. Hehehee sekali harung kan, benda dah murah. Pastu bila tengok pilihan bingkai yang ada memang rambang mata, ada lebih 5000 design tau tak. Haaa dekat sejam lebih jugak kami anak beranak dok pilih bingkai yang sesuai. 


Bila dah pilih bingkai yang sesuai terus Mas diberi penerangan pasal pemilihan kanta pulak, dan hanya di Eyes Vision Optical ni ada kanta Alpha Blue 420. Haaa Mas pun terujalah nak tahu apa kelebihan kanta ni, jadi Mas diberi penerangan jelas serta demo pasal kanta ni. 

Rupanya kelebihan kanta Alpha Blue 420 ni memang memikat hati Mas, antaranya:

1. Anti silau dan pantul cahaya, jadi memang sangat sesuai untuk yang memandu malam.

2. 100% tapis sinar UV, memang pilihan tepatlah untuk anak yang selalu mengadap komputer dan ibu bapa yang selalu mengadap smartphone tu.

3. Cermin nipis, jadi kalau pakai tu rasa selasa sangat.

4. Ada 12 lapisan coating, ini mengurangkan refleksi, tahan lasak dan tahan calar.

5. Kanta Alpha Blue 420 ni jugak kalis air.

Menarik kan kelebihan kanta ni, pastu harganya pun murah sangat sangat. Cuma RM60 sahaja, mata korang dapat dilindungi dengan baik. Uishhh berbaloi betul, frame + kanta Alpha Blue 420 hanya RM125. Haaa dah dapat Atikah cermin mata baru, senyum lebar arrr! Kalau nak buat untuk 2 orang anak pun tak terasa sangat, hanya RM250 sahaja. Dah dapat 2 cermin mata kan?


Haaa sebab itulah Mas sarankan korang bawak anak² ke kedai ni kalau nak buat cermin mata. Memamg dah jimat sangat tu, Mas siap buat cermin mata untuk diri sendiri dan husband jugak. Tak sampai RM500 pun, dah dapat 3 cermin mata baru. Lagi satu korang tak perlu tunggu lama, hanya 1 jam cermin mata dah siap. Tak perlu nak datang semula 2-3 kali. 

Jadi pastikan korang datang ke kedai Eyes Vision Optical ni, ada 4 outlet tau. Semua terletak di Ground Flour Sungai Wang Plaza. Pergi tahu, rugi korang tak rebut promosi ni!



Isnin, 3 Disember 2018

MyPortfolio oh myPortfolio

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa yang kerja kerajaan tu mesti tengah sibuk siapkan myPortfolio, betul tak? Mas ni pun sama, dari minggu lepas nak mula buat tapi tak buat² jugak. Kekangan masa dan kekangan idea yang menghalang semuanya, yelah nak siapkan kerja hakiki lagi pastu nak fikir camne nak buat myPortfolio ni lagi. Penat otak!


Tapi demi kewajiban pada tugas, Mas kena usahakan jugak untuk buat bagi siap. Jadi hari ni barulah Mas mula, nekad nak siapkan jugak. Kalau ikutkan 30/11 dah dateline, tapi terpaksalah ambik tempoh lama sikit nak siapkan. Minggu ni kena siapkan jugak, tak boleh tunggu lagi. Nasiblah Mas ni ada lagi 3 orang geng PA kat pejabat, jadi kami bahagi²kan tugas sikit sorang. Haaa bolehlah siapkan cepat sikit!

Nak cakap susah takdelah susah sangat buat myPortfolio ni, nak senang pun taklah senang jugak. Tapi memang perlukan masa sikit untuk siapkan, sebab banyak benda nak kena buat. Dengan proses kerja, carta alir, senarai semak dan macam² senarai lagi. Memang ianya lebih kurang fail meja je tapi kena buat lebih teliti dan teratur lagi. Haaa gitulah, lagi pun ianya format dari MAMPU jadi kenalah buat betul².


Hari ni Mas dah dapat siapkan untuk 2 senarai tugas, yang selebihnya geng PA yang lain buat. Nanti kami akan gabungkan untuk siapkan myPortfolio masing², haaa itulah berkat kerjasama. Esok nak kemaskan sikit lagi dan semak, pastu siap! Fuhhh lega sangat dapat siapkan benda yang dok fikir dari awal November hari tu. 

Korang yang kena buat tu jangan stress tau, buat perlahan² dan betul² pasti akan siap. Mas mulanya stress jugak, tapi bila dah mula dengan tenang, maka dapatlah siapkan dengan jayanya!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com