terkini dan sensasi

Rabu, 19 Disember 2018

Perginya seorang hero!

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya dia pergi jua setelah hampir sebulan bertarung dengan nyawa, Allah lebih sayangkan dia. Haihhh Mas memang tak bolehlah baca cerita kalau akibatkan anggota bomba terkorban ni, rasa hati tak keruan. Demi tugas mereka ni terpaksa berkorban nyawa untuk selamatkan nyawa orang lain, besar pengorbanan anggota bomba ni. 


Husband Mas kan anggota bomba, sedikit sebanyak apa yang berlaku beri kesan pada dia dan jugak Mas. Mana tak risau kan jika perkara sebegini mungkin dia jugak akan hadapi ketika bertugas, nak tak nak kena hadapi kan? Jadi doa je yang mampu Mas beri untuk lindungi keselamatan dia semasa bertugas, moga semuanya selamat!

Memang sedih sangat semalam bila tengok upacara pengebumian arwah, menangis Mas. Lagi sebak bila tengok muka tunang arwah, sepatutnya dia bakal bahagia dengan arwah tak lama lagi. Tapi dia terpaksa relakan pemergian Adib, tak kesampaian dia nak jadi isteri arwah. 

Apa yang menimpa Adib ni sangat terkesan kat semua rakyat Malaysia, semua orang berduka bila kenangkan nasib dia. Harap sangat semua pelaku² tu dihadapkan ke muka pengadilan dan dapat balasan setimpal, biar mereka terima pembalasannya. Tak adil sangat kalau kes ni dipandang remeh je kan, tak adil buat Adib dan tak adil jugak buat keluarga arwah. Sekurangnya jika pelaku² tu terima hukuman setimpal, keluarga arwah akan sedikit tenang.

Al-Fatihah untuk arwah Adib, moga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang² beriman. Dia adalah hero di hati semua!

3 ulasan:

  1. Betul tu kak mas. harap perkara ni dapat di adili sebaiknya. Semoga Allah sentiasa lindungi suami akak sepanjang dia berkhidmat. Amin...

    BalasPadam
  2. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman

    BalasPadam
  3. sedih sangta pasal ni..lagi kesian tuanng dan mak ayah dia

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com