terkini dan sensasi

Khamis, 20 Disember 2018

Rawat lingkaran gelap dengan Gel Rawatan Mata Cosmoderm

Assalamualaikum...(^ ^)

Lingkaran gelap bawah mata, arghhh mesti korang tak suka kan? Yelah kalau lingkaran gelap tu makin ketara, mesti nak bergaya pun tak berapa yakin. Tak kisahlah lelaki atau wanita, mesti perkara ni menjadi masalah serius kan?

Mas pun sama, masalah lingkaran gelap bawah mata ni memang makin ketara. Kalau tak cukup tidur, mesti lingkaran tu semakin gelap dan muka nampak sembap je. Dah cuba jugaklah produk gel mata, tapi tak memberikan kesan yang bagus. Tapi sekarang Mas dah jumpa penyelamat, barulah lebih yakin nak bergaya dan make-up cantik².


Gel Rawatan Mata Cosmoderm
Inilah dia penyelamat tu, pastinya produk Cosmoderm jadi pilihan hati. Mas memang dah guna banyak produk Cosmoderm yang lain, jadi Mas yakin nak cuba gel ni. Lagi pun produk Cosmoderm ni diyakini halal serta tiada paraben dan tiada SLS/SLES. Pastu produk ini jugak hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan, jadi Mas boleh guna tanpa was².

Gel rawatan mata Cosmoderm ini diperkaya dengan Co-Enzyme Q10 dengan Vitamin A yang boleh membantu mengurangkan kesan penuaan yang berpunca daripada cahaya matahari. Ia jugak dapat membantu menganjalkan struktur kulit dan mengurangkan sembap serta lingkaran gelap di sekeliling mata.



Gel ini sangat sesuai untuk kulit lembut mahupun kulit sensitif di sekeliling mata. Gelnya yang tidak melekit dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis, jadi bila disapu keliling mata tu rasa selesa je. Gel ini jugak sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dari peringkat remaja hingga dewasa. Satu tiub bolehlah kongsi seisi keluarga kan? 

Keberkesanan guna Gel Rawatan Mata Cosmoderm
Mas baru seminggu gunakan gel ni, setakat ni kesannya memang positif pada Mas. Lingkaran gelap tu dah beransur² hilang, mata pun dah tak sembap dan kulit sekeliling mata pun makin licin. Jadi Mas selesa dan suka sangat gunakan gel ni setiap hari, moga lingkaran gelap tu akan hilang. 


Nak gunakan pun mudah je, hanya sapukan secara lembut di sekeliling mata secara pusingan dan urut dari dalam ke arah luar kawasan mata. Tapi pastikan kulit muka dibersihkan terlebih dahulu sebelum guna. Untuk kesan yang lebih cepat, disarankan guna 2 kali sehari pada waktu pagi dan waktu malam.

Harganya pulak sangat berpatutan, hanya RM32.90 untuk tiub 20ml. Nak beli pun mudah jugak, hanya layari laman web rasmi Cosmoderm. Kalau ada promosi boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah tau! Untuk maklumat terkini pasal promosi dan produk, boleh layari laman sosial Cosmoderm.



13 ulasan:

  1. Lisa pu pakai juga . ritu niat nak g beli VIt C je pastu ternampak prdk ni beli la sekali. memang bestt kt mata

    BalasPadam
  2. Nak try la,mata dah macam.panda tak cukup tido huhuuuu

    BalasPadam
  3. i mmg guna ni. kena konsisten..

    BalasPadam
  4. Menarik ni. Ai dah ada warna gelap bawah mata.

    BalasPadam
  5. saya ada masalah panda eye..kena cuba produk ni untuk mengurangkan lingkaran gelap pada mata

    BalasPadam
  6. hahah ini antara barangan wajib utk maintenance mak jemah mcm akak haaa

    BalasPadam
  7. Sal nak try gak la k.mas..tak cukup tido lagi ni tiap malam ..huhuhu

    BalasPadam
  8. nak cari lah satu nanti..mmg elok nie..terutaman yang selalu tido lewat malam

    BalasPadam
  9. nad pun jenis tak cukup tidur..jaga anak dari pagi sampai malam..tidur berapa jam je..kene cari ni

    BalasPadam
  10. nak try jgk sbb slalu kna panggil mata panda

    BalasPadam
  11. Tertarik nak try gak... Nina selalu tido lewat. Dengan ada anak kecik memang mata panda selalu. Huhuuu

    BalasPadam
  12. Bagus ada produk ni. boleh sorok my eye bag. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com