Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Disember 2011

Entri terakhir | Kenangan entri 2011

Assalamualaikum...(^ ^)


Entri terakhir 2011. Dah terakhir dah, esok dah masuk entri untuk tahun 2012.

Dalam entri terakhir ni Mas nak ceritalah sikit tentang kenangan entri blog untuk tahun 2011. Termasuk entri ni, tahun 2011 Mas dah tulis sebanyak 769 entri. Sebenarnya lebih dari tu, tapi banyak entri lama² Mas dah delete.

Entri yang paling mendapat banyak pageview untuk tahun 2011 adalah entri ini. Memang ternyata bila kisah² seram orang suka baca kan? Nak pulak cerita yang berdasarkan kisah benar, Mas pun boleh rasa keseramannya bila baca semula. Seolah-olah baru semalam je perkara ni berlaku pada diri Mas.

Lagi satu entri yang mendapat pageview terbanyak ialah entri ini. Nampaknya berita gembira buat penjawat awam ni menjadi entri yang hangat. Semua orang nak tau terutama penjawat awam, berapa gaji baru yang mereka akan dapat. Memang topik terhangat 2011!

Selepas 8 bulan berblog barulah entri Mas diserang anonymous, rupanya niat baik Mas di dalam entri ini disalahertikan. Masa tu baru tau bagaimana rasanya diserang cik anon ni, memang sakit hati jugak. Bila Mas buat entri pasal cik anon menyerang, ramai kawan² blog yang support dan beri kata² semangat. Jadi ia menjadi penguat untuk Mas terus berblog dan tak hiraukan serangan anonymous tu!

Itulah kenangan entri 2011, Mas harap boleh menulis lagi dan lagi untuk tahun 2012! Menulis entri yang terbaik untuk pembaca. Terima kasih kawan² atas sokongan sepanjang tahun 2011.

Jumpa lagi di entri pertama 2012!

Nak sekolah dah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lebih tumpuan pada persiapan persekolahan, sambut tahun baru tak perlu fikir sangat. Sambut ke tak tahun baru tetap akan datang kan? Mas cuma nak bawa anak² tengok bunga api, itu mereka suka. 


Lagi 3 hari nak sekolah, macam² persiapan perlu dibuat. Masa inilah nak balut buku, dan tulis nama kat buku latihan. Ingatkan dah darjah 3 bolehlah tulis nama sendiri kat buku tapi..

"Mamalah tulis, tulisan mama cantik sikit!"

Jadi kenalah buat jugak demi anak² kan? Kalau kita dulu tulis sendiri je, cantik ke buruk ke tak kisah. Buku pun tak balut, pandai²lah jaga sendiri. Sekarang dah senang, nama mama tuliskan dan pembalut buku pun dah ada yang segera. Senang anak² sekarang, moga belajar lebih rajin!

Selamat kembali ke sekolah anak² mama.

2011 dalam kenangan

Assalamualaikum...(^ ^)

31.12.2011


Hari terakhir 2011, beberapa jam lagi kita akan memulakan perjalanan hidup di tahun 2012. Pasti banyak harapan kita di tahun baru ni kan? Nak ia lebih baik dari 2011, dan yang paling penting semoga umur kita dipanjangkan untuk menempuh tahun baru.

Suka duka pahit manis 2011 pasti tak akan dilupakan, semua tu kenangan dan pengalaman. Bagi Mas terlalu banyak kenangan manis di tahun 2011, pahit mungkin ada tapi tak banyak. Lagi pun yang pahit tak mahu dikenang, jadi Mas cerita yang manis je.

Antara yang manis, tertubuhnya blog ini. Dari tak tahu pasal blog hinggalah terhasilnya hampir 800 entri, dan dari follower seorang hinggalah cecah 1000 orang. Dari blog jugaklah Mas dapat ramai kawan di alam maya yang sempoi dan best belaka. Dapat sertai gathering dan bersua muka dengan mereka, kenangan yang sangat manis. 13 Januari nanti genaplah setahun usia blog ini.

Lagi yang manis bila bisnes husband semakin maju, walaupun hanya bisnes part time dan kecil-kecilan tapi rezekinya mampu menyara kami sekeluarga. Semoga tahun 2012 ni rezeki makin bertambah, lagi pun nak tambah ahli keluarga kan? Hehehee!

Apa lagi yang manis ye? Apa yang dicerita dalam entri sebelum ni, dapat handphone baru. Tak sangka azam tahun baru tertunai lebih awal, hehehee!

Yang paling manis bila masih diberi kesempatan melangkah ke tahun baru, terima kasih Ya Allah!

Jumaat, 30 Disember 2011

Jiwa tradisional

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang ni susah kita nak tengok budak² sebaya Arfan dan Atikah main permainan tradisional. Kebanyakan anak² sekarang lebih suka duduk rumah mengadap ipad main game Angry Bird, tak pun mengadap PS3 main game tembak².

Mak ayah pulak layankan je. Yang umur 5 tahun pun dah lebih cekap main ipad daripada orang yang umur 30 tahun, pandai segala-galanya!

Tapi anak² Mas ni lain sikit, mereka lebih suka main permainan tradisional. Game kat komputer ni memang kurang sikit, main sekali sekala tu adalah. Kat rumah Mas ni ada papan congkak dan batu seremban, itulah permainan yang mereka lebih suka. Jiwa tradisional betul anak² Mas ni.

Kalau main kat luar rumah mereka suka main tuju selipar, syok pulak Mas tengok. Teringat zaman kanak², permainan inilah paling Mas suka. Tergelak-gelak tengok gelagat mereka. 

Lagi bagus camni kan? Takdelah mengadap game kat komputer je 24 jam.

Dipersembahkan, jeng jeng jeng!

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa yang nak dipersembahkan tu? Tunggu dulu ye, selingan sekejap.

Hari ini Mas bercuti, saja nak rehatkan badan. Tiba² pulak demam, tu yang lambat sikit update. Tak faham pulak kenapa demam lepas dapat apa yang diidamkan, sepatutnya lagi gembira dan seronok. Mungkin terlalu teruja kot?

Terima kasih tak terhingga pada husband tersayang sebab sudi tunaikan apa yang Mas idamkan, tak sangka pulak secepat ini. Ingatkan tahun baru nanti baru dapat, tapi terharu sangat atas kejutan semalam. Ingatkan nak ajak keluar makan je, rupa²nya nak belikan idaman kalbu Mas ni!

Dah tertunai satu dari azam Mas untuk tahun baru nanti. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan pada husband Mas sehingga boleh tunaikan apa yang Mas nak. Susah jugak nak buat pilihan semalam, akhirnya  ini jugak yang jadi pilihan hati. Puas hati sangat!

Yang berkenan semalam tu, tak jadilah.

Dipersembahkan, jeng jeng jeng!


Khamis, 29 Disember 2011

Berkenan pulak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Berkenan pulak dengan yang ini lepas tengok kawan pejabat punya. Dahlah handphone baru yang diidamkan tak dapat lagi, dah nak benda lain.

"Abang, boleh belikan dua² sekali tak?" Hehehee!

Breakfast sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah sarapan ke kawan²?

Mas sudah! Dah kenyang dan ini sarapan Mas untuk hari ni.


Sejak kebelakangan ni lebih suka sarapan camni, lebih sihat. Nasi lemak, roti canai dan mee goreng dah lama ditinggalkan. Hampir setahun jugak tak makan nasi lemak dengan roti canai. 

Bukannya nak diet pun tapi sejak umur dah makin meningkat ni takut dah nak makan makanan yang banyak lemak dan kolesterol ni, bimbang pulak penyakit jantung menyerang nanti. Sekarang ni kan sangat mudah dijangkiti penyakit tu kalau kolesterol tinggi kan, tak kira muda atau pun tua.

Cuma kalau teringin nak makan Mas ambiklah jugak, tapi bukan selalu dan bukan dalam kuantiti  yang banyak. Janji lepas rasa gian tu.

Tapi kawan² kena cuba biskut Quaker Oat Cookies tu, memang sangat sedap. Pastu sangat mengenyangkan, boleh tahan sampai petang tau!

Rabu, 28 Disember 2011

Saat rambut pacak Arfan dikorbankan

Assalamualaikum...(^ ^)


Hehehee, tergelak Mas tengok dia nangis tersedu sedan bila rambut pacaknya dikorbankan semalam. Kesian pun ada, tapi nak buat camne anakku seminggu lagi nak sekolah.

Hampir sebulan dia simpan rambut panjang sebab nak buat rambut pacak, boleh tengok kat entri ni gaya rambut pacak dia. Beberapa hari jugaklah Mas pujuk suruh dia potong rambut, dan berjanji tak akan potong style ala² botak gitu. Pendekkan sikit janji boleh buat pacak jugak.

Dia tetap cakap tak nak, sayang dengan rambut pacaknya tu. Tapi semalam berjaya jugak husband Mas pujuk, dia pun ikut je. Masa masuk kedai dan masa rambutnya digunting memang tak nangis pun. Tapi bila keluar dari kedai terus mengalir airmata, menangis teresak-esak!

Puas jugaklah pujuk, siap cakap lagi yang rambutnya masih boleh buat pacak. Mula² dia merajuk jugak, tapi bila janji nak bawak jalan² terus boleh terima. Hehehee!

Wordless Wednesday [52]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kenangan yang tak dapat dilupakan!

Sehari sebelum pergi Langkawi tahun 2008, tangan Atikah patah. Jatuh masa main kat taman permainan, tapi terpaksa pergi jugak sebab tiket dah tempah.


Azam 2012

Assalamualaikum...(^ ^)


Macam tak percaya tinggal 3 hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya, 2012 bakal menjelang dan bertambah lagi setahun usia Mas. Biasanya sudah kewajipan setiap kali tahun baru akan ada azam, azam inilah yang akan jadi matlamat hidup kita setiap tahun. Apa yang diinginkan untuk tahun baru? Tapi sebelum tu kena pastikan azam tahun lepas sudah berjaya, kalau belum bawa je ke tahun depan.

Sudah pastinya setiap orang berazam nak jadi lebih baik untuk tahun baru ni kan? Mas pun nak camtu, tapi selain itu kenalah ada azam apa yang kita inginkan untuk tahun baru. Bagi Mas azam tahun lepas ada yang dah berjaya dan ada yang tidak, yang belum berjaya Mas akan cuba dapatkan pada tahun ini. Antara azam Mas untuk tahun 2012 ialah..

Nak handphone baru
Memang tahun ni Mas nak sangat beli handphone baru, tapi belum kesampaian hajat itu. Untuk 2012 nanti Mas akan cuba dapatkan jugak handphone yang Mas idamkan.

Nak upah haji untuk arwah abah dan mak
Tahun ni Mas takde rezeki lagi, harap² tahun depan ada rezeki lebih untuk tunaikan azam ni.

Nak siapkan rumah 100%
Walaupun dah setahun Mas menetap di Teratak Idaman ni tapi rumah memang belum 100% siap, maklumlah kos renovate bukannya sikit. Jadi kalau ada rezeki lebih tahun depan Mas nak sangat siapkan mana yang terbengkalai tu.

Nak tambah zuriat
Ini dah lama Mas azamkan tapi tak tercapai lagi, belum ada rezeki. Harap 2012 ni rezeki tu ada.

Ini sajalah, boleh kan? Harap apa yang diazamkan dan dikehendaki berjaya dicapai!

Selasa, 27 Disember 2011

Dapat jugak makan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam entri ini Mas ada bagitau tak pernah makan Red Velvet Cake. Akibat teringin nak makan tahap melampau Mas terus tempah, dan terima kasih pada Cik Kamoo kerana sudi rekemenkan Mummy Zaras Cottage pada Mas. Ternyata Red Velvet Cake dia memang super duper sedap!

Mas tempah mini Red Velvet Cake yang berharga RM45, tak nak tempah yang besar sangat sebab nak rasa dulu kesedapannya. Tapi memang ternyata ia tidak mengecewakan, licin sebiji kek tu kami makan masa bercuti di Janda Baik.

Pada kawan² yang teringin nak rasa Red Velvet Cake yang sedap tempahlah dengan Mummy Zaras Cottage, memang A+ keknya. Makan hingga menjilat jari dan pisau! Kalau nak tempah boleh ke blog mummyzarascottage.blogspot.com.

Dipersembahkan Red Velvet Cake yang Mas tempah, semua telah selamat kami telan. Masih terasa betapa sedapnya kek ini, wajib tempah lagi.




Bilalah nak lulus!

Assalamualaikum...(^ ^)


Dari dulu memang Mas dan husband percaya dengan bank, setiap kali ada keperluan nak guna duit kami akan buat pinjaman peribadi melalui bank ini. Sebabnya proses untuk memohon dan mendapatkan pinjaman itu mudah dan cepat.

Tapi baru² ni kepercayaan kami terhadap bank tersebut selama beberapa tahun telah hilang dek kerana proses permohonan pinjaman husband Mas ditangguh sehingga sekarang. Nak masuk 3 minggu dah, dan setiap kali telefon mereka akan cakap agreement belum ditandatangani oleh pegawai. Yang peliknya tak akanlah pegawai ambik masa 3 minggu untuk tandatangan agreement. Bila ditanya permohonan pinjaman ada masalah tak, mereka jawap takde. Pinjaman dah lulus sepenuhnya!

Mas dah naik bosan menunggu. Tiap² hari husband telefon, tapi jawapan tetap sama. Mana perginya prinsip mereka yang kononnya 3 hari bekerja pinjaman boleh lulus, kami pun tak tahu apa masalah mereka. Bukannya kami baru pertama kali mohon pinjaman peribadi di bank ni, dah 2-3 kali. Dulu takdelah seteruk ini.

Kalau ikutkan dah lama Mas pergi jumpa pegawai yang bertanggungjawab tu. Nak tanya terus terang dengan dia, apa masalah sebenarnya. Tapi husband Mas masih boleh bersabar lagi dan sanggup tunggu berminggu² katanya lambat laun dapat jugak.

Mas memang dah kecewa, suruh husband mohon kat bank lain dia tak mahu. Jadi biar dia tunggu selagi termampu! Nak dapat duit dari orang, bukan senang katanya. Hurmmmmm!

Review filem Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik dari Janda Baik semalam sempat lagi kami pergi menonton wayang, kali ni filem penyiasatan Sherlock Holmes yang menjadi pilihan. Disebabkan Mas pernah menonton filem Sherlock Holmes yang pertama jadi nak tau jugak bagaimana filem yang kedua ni.


Sinopsis filem
FIlem ini berkisarkan pada tahun 1891, dimana Sherlock Holmes merupakan seorang penyiasat yang cerdik berdepan dengan musuh baru iaitu Prof Moriarty. Prof tersebut telah merancang satu konspirasi untuk mencetuskan perang antara dua buah negara. Jadi Sherlock Holmes yang mengetahui perkara tersebut telah berusaha untuk menghalangnya. Dibantu oleh rakannya Dr. Watson, pelbagai rancangan dan siasatan dilakukan oleh mereka. Berjayakah mereka menghalang Prof Moriarty?

Review Sherlock Holmes : A Game Of Shadows
Secara keseluruhannya filem ini tidak menarik sangat berbanding Sherlock Holmes 1, bagi Mas filem pertama lagi best. Pada awal cerita memang agak bosan sehingga buat Mas tertidur. Filem jadi menarik apabila masuk adegan penyiasatan, di situ boleh lihat kebijaksanaan Sherlock Holmes. Memang Mas kagum dengan cara dia menyiasat, teringat pulak Shinichi dalam Detektif Conan.

Babak² kelakar Sherlock Holmes dalam filem ini jugak sangat mencuit hati, itu mungkin yang boleh membuatkan penonton terhibur. Jadi 2 jam berada dalam panggung itu tidaklah membosankan. Mas bagi 6 bintang untuk filem ini.

Bagi yang sukakan filem penyiasatan kenalah tonton.

Isnin, 26 Disember 2011

Percutian di Janda Baik (part 2)

Assalamualaikum...(^ ^)

Aktiviti untuk hari kedua dan terakhir di Janda Baik.


Hari ini takde aktiviti menarik kami lakukan. Mula² cadang nak mandi sungai lagi, tapi memandangkan badan rasa nak demam jadi niat tu dibatalkan. Tak tahan nak redah air sungai yang sejuk, nampaknya tak kesampaian peluang nak main water tube. Takpelah, lain kali boleh datang lagi!



Jadi selepas sarapan Mas layankan anak² main basikal, satu jam jugak mereka pusing² dan ronda² keliling resort. Mas nak ikut tapi badan dah sakit² sebab kayuh basikal semalam, jadi jalan² keliling resort sambil nikmati permandangan yang indah dan hirup udara yang segar dan nyaman. 

Dah puas layan anak² ronda² naik basikal sampailah masa untuk mandi manda, tapi kat kolam renang je. Rasa jugaklah feel berendam tu walaupun bukan di sungai, cukup sejam berendam kami pun bersiap sedia untuk pulang.


Rasa seronok sangat dapat bercuti di sini walaupun tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Sebenarnya memang banyak aktiviti menarik seperti jungle trekking, mendaki gunung Nuang dan mandi manda di air terjun Ulu Tampit. Tapi disebabkan kami bawa anak jadi tak sesuai sangatlah lakukan aktiviti tersebut. Mungkin lain kali kami datang lagi bila anak² dah besar sikit, baru boleh lakukan aktiviti tu.

Ahad, 25 Disember 2011

Percutian di Janda Baik (part 1)

Assalamualaikum...(^ ^)

Aktiviti untuk hari pertama di Janda Baik.


Tepat jam 12.30 tengahari Mas sampai di Cherengin Hills Resort. Memang cantik resortnya, terletak di atas bukit. Kata pekerjanya resort ini baru sahaja dibuka pada bulan Ogos yang lalu, baru nak masuk 5 bulan. Mas sewa pakej room yang menyediakan sebuah bilik serta makan malam dan sarapan untuk 2 orang, harga yang ditawarkan RM288


Memandangkan waktu check in adalah pada jam 3 petang jadi kami ambik kesempatan untuk pergi cari kedai  makan sambil naik basikal yang disediakan di resort. Sewa untuk satu jam adalah RM6, jadi kami sewa 3 buah basikal. Mas satu, Atikah satu dan husband naik dengan Arfan. Lebih kurang 3 km jugaklah kami kayuh untuk cari kedai makan. Semput jugak, maklumlah dah lama tak kayuh basikal. Jalan pulak turun naik bukit, tapi seronok walaupun penat.


Dah penat kayuh basikal kami berkelah pulak, mandi manda kat kawasan sungai namanya Pulau Santap. Memang ramai orang berkelah kat situ, yang paling seronok ada permainan water tube ni. Tapi kami tak dapat main sebab tube dah habis disewa masa tu, satu tube disewa dengan harga RM2. Syoknya Mas tengok budak² ni main, esok Mas tak akan lepaskan peluang untuk cuba.


Dah puas mandi manda di sungai yang sejuk dan nyaman, kami mandi pulak di swimming pool resort. Berendam sampai kecut jari. Itu saja aktiviti kami pada hari pertama, sangat seronok! Esok kami akan sambung mandi manda di Pulau Santap, tak sabar nak cuba permainan water tube tu.

Akhir sekali layan gambar kami mandi manda, best wooooooo!






Hari dinanti tiba jua

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya hari yang dinanti² tiba jua.


Saat entri ini dipublish Mas dah dalam perjalanan ke Janda Baik. Tak sabar rasanya nak sampai sana dan check in di resort iaitu Cherengin Hills. Yang paling teruja anak²lah, tak sabar nak mandi-manda di air terjun. Harap cuaca baik, dapatlah kami mandi-manda sepuas²nya.

Walaupun kami hanya bermalam satu malam di sana tapi Mas harap percutian ini menjanjikan keseronokan, harap² banyaklah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana.

Mas akan rakamkan gambar² permandangan yang menarik dan cantik. Memang tak sabar rasanya, DSLR pun dah sedia tu.

Oklah, nanti dah sampai sana Mas akan update satu persatu aktiviti kami. 

Sabtu, 24 Disember 2011

Hidangan untuk tetamu

Assalamualaikum...(^ ^)

Bertemu lagi dalam entri hidangan minggu ini, hari ni masak istimewa sikit sebab ada tetamu nak datang. Bukan tetamu luar, cuma 2 orang adik bujang Mas nak datang. Pastu siap cakap mengidam nak makan Masak Lemak Cili Api Ketam, jadi kenalah Mas penuhi permintaan adik tersayang.

Biasalah orang bujang kan, bukan selalu dapat makan sedap². Selalu makan kat kedai je, jadi terlanjur Mas ada kat rumah hari ini terus ajak mereka datang. Bila dah ajak tu teruslah suruh masak makanan yang istimewa, macam tau je kakaknya masak sedap. Hehehee, terpuji diri sendirilah pulak! 

Inilah menu yang dihidang pada tetamu istimewa Mas, tersenyum lebarlah mereka sebab dapat makan hidangan yang sedap. Terutamanya Masak Lemak Cili Api Ketam yang mereka idam²kan tu.

Licin nasi yang dimasak 5 pot.




Sedap bila lapar

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini kita cerita pasal makanan je, maklumlah hari minggu adalah hari Mas berkongsi makanan atau masakan yang Mas suka.

Ini menu bila dah lapar sangat dan tak sempat nak masak apa². Kalau makan camni masak satu pot nasi pun boleh habis sorang, sedap kan?


Jumaat, 23 Disember 2011

Pasar atau pasaraya

Assalamualaikum...(^ ^)

Mesti ramai beli bahan mentah bila tiba hujung minggu, simpan siap² untuk masak seminggu.

Macam Mas kalau hari bekerja memang tak beli bahan mentah ni. Bila masuk hari minggu barulah terhegeh² nak beli, sebab hujung minggu je Mas masak. Biasanya Mas lebih suka beli bahan mentah di pasaraya berbanding di pasar, kenapa?

Harga bahan mentah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran adalah lebih murah di pasaraya. Mas pernah beli ikan kembong di pasar tani, harga yang dijual adalah RM15 sekilo. Kalau ambil 4 atau 5 ekor ikan paling tidak harga yang dikenakan dalam RM7 ke RM8.

Tapi bila Mas beli 5 ekor ikan yang sama di pasaraya, harga yang dikenakan cuma RM2 ke RM3 je, malah ikan yang dibeli lebih segar. Lebih kurang RM5 Mas boleh jimat di situ. Jadi sekarang memang pasaraya Giant atau Tesco jadi pilihan, bahan mentah di sana memang segar².

Harga pulak lebih murah dan berpatutan!


Atikah dan bukunya

Assalamualaikum...(^ ^)

Atikah dan buku memang tak dapat dipisahkan, kemana saja buku adalah peneman setianya.


Memang Mas kagum dengan dia, tak pernah Mas tengok dia rasa jemu dengan buku²nya. Setiap masa dan kemana saja buku akan dibawa. Kadang² Mas pulak yang larang dia bawa buku kalau nak keluar jalan², tapi dia tetap bawa. Apa punya mak Mas ni kan, anak minat membaca pun nak dilarang.

Sebenarnya dari kecil Mas takde dorong dia sangat untuk meminati buku, tapi seawal umur 4 tahun dia memang dah berminat. Jadi Mas lebih suka belikan dia bahan² bacaan. Bila masuk umur 5 tahun dia dah pandai membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja satu persatu. Memang terkejut sebab Mas takdelah mengajar dia membaca sangat, mungkin dia belajar sendiri.

Jadi setiap kali keluar jalan² mesti kedai buku yang dia cari, kalau pergi Alamanda tak sah tak singgah kedai buku MPH. Mesti nak beli buku, kadang² Mas yang larang sebab bukunya dah banyak. Sekali lagi, teruk betul Mas ni kan? Tapi akhirnya dia tetap berjaya pujuk mamanya untuk beli, 10 kali dia dok ulang cakap "Buku kakak semua dah habis baca!"

Sekarang Mas memang layankan minat dia, selalu belikan bahan bacaan untuk dia! Mas tak boleh jadi macam dia walaupun minat jugak membaca, dia boleh tekun membaca walaupun kat dalam kereta. Moga minatnya itu berterusan hingga dewasa.

Khamis, 22 Disember 2011

Kerana sebiji bola

Assalamualaikum...(^ ^)


Masa balik kerja tadi Arfan perasan yang ada budak ni ambik bola dia. Pastu dia cakap pada Mas, "Mama, budak tu ambik bola Arfan!"

Mas cakap kat dia, "Pergilah tengok dulu betul ke bola Arfan, kan ada tulis nama! "

Bila dia pergi tengok dengan kakaknya ternyata memang betul itu bola dia, sebab ada tulis nama dia pada bola tu. Anak² Mas memang suka tulis nama pada barang mainan, sebab senang nak beza yang mana satu Arfan punya dan mana satu Atikah punya.

Pastu bila Arfan dah ambik bola dia, budak tu menangis. Terus pergi mengadu pada maknya, mak budak tu datang dekat Arfan terus minta dipulangkan semula bola tu. Katanya bola itu anak dia yang punya, Arfan pun tak naklah pulangkan sebab dia tahu itu bola dia.

Mak budak tu tak percaya tapi Arfan tunjukkan ada nama dia kat bola tu barulah mak budak tu diam. Tapi mulut dia bising² jugaklah, Mas tengok dari jauh je. Malas nak masuk campur hal anak², biar mereka selesaikan sendiri. Tak akanlah pasal sebiji bola mak pulak nak bergaduh!

Susah kan kalau orang dewasa turut campur hal anak² yang remeh temeh.

Duit kertas RM500 dan RM1000

Assalamualaikum...(^ ^)

Terbaca entri Sunah pagi tadi pasal dia tak tahu yang dulu pernah ada duit kertas RM20. Sebenarnya zaman 80an dan 90an dulu bukan takat duit kertas RM20 je pernah ada, duit kertas RM500 dan RM1000 pun ada.

Tapi pada tahun 1998 rasanya penggunaan wang kertas tersebut dibatalkan, mungkin susah kot nak guna duit kertas dalam nilai yang besar kan? Nak beri wang tukar pun susah sebab nilainya besar sangat. Mas pernah tengok arwah abah simpan duit kertas RM500 tu, tapi RM1000 tak pernahlah tengok. Besar sangat nilainya, jadi abah tak berani simpan kot?

Kawan² pernah tengok tak duit kertas RM500 dan RM1000. Kalau pernah tengok takpelah, saja nak letak contoh kat sini. Ada sesiapa simpan lagi tak duit ni?

Bestnya kalau dapat simpan sekeping duit² ni!



Result PMR

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah keluar result PMR hari ini, good luck untuk adik² yang ambil result tu!

Teringat pulak 17 tahun yang lalu masa nak ambik result PMR. Berdebar² derrr, siap demam lagi! Pastu terus mogok tak mahu pergi ambik result sebab takut gagal. Tak yakin langsung masa tu, macam dah gelap je masa depan kalau gagal PMR.

Pastu abah Mas terus ugut, kalau tak nak pergi ambik biar abah yang ambilkan! Terus kelam kabut siap. Kes nayalah kalau suruh abah yang pergi, buatnya result teruk camne? Gagahkan jugak diri pergi walaupun dalam hati berdebar gila, tapi dah nekad jugaklah untuk terima apa jua keputusannya.

Alhamdulillah, lulus jugak! Walaupun huruf A tu hanya satu tapi takpelah kan, yang penting lulus. Cuma masa tu tak ramai murid² sekolah Mas yang dapat 10A, 9A atau 8A. Jika nak dibandingkan dengan sekarang, ramai betul yang dapat keputusan terbaik kan? Dah terlalu ramai yang cerdik pandai.

Seronok pulak bila diingat saat tu, lepas dapat keputusan terus pergi berfoya² dengan kawan² kat bandar. Nak raikanlah kononnya, sebab lulus PMR. Kenangan terindah semua tu, 7 tahun lagi berdebar² tunggu anak sendiri pulak ambik result PMR. 

Rabu, 21 Disember 2011

Wordless Wednesday [51]

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak pernah makan kedua-dua ni, tetiba pulak malam ni gatal tangan pergi search kat google. Ada sesiapa pandai buat, Mas nak tempahlah. Terliur sudah!

Red Velvet Cake
Pavlova

Wordless Wednesday [50]

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak makan ni. Hari ini ada jual kat kafe, terus beli 2 ketul. Sedap gila dapat makan! Tapi tak boleh makan banyak, siaplah angin satu badan.

Mas suka letak gula

Wordless Wednesday [49]

Assalamualaikum...(^ ^)

Proses mengisi laporan nilaian prestasi secara online dan buku log latihan 2011. Biasalah rutin hujung tahun, tinggal 50% lagi belum lengkap!


Selasa, 20 Disember 2011

Semua dah lengkap

Assalamualaikum...(^ ^)


Lega sudah!

Semua kelengkapan persekolahan anak² dah dibeli. Alhamdulillah, tak terlebih bajet! Apa yang diperuntukkan mencukupi, malah berlebih pulak. Kali ini Mas memang beli baju dan kasut sekolah yang berikan harga yang berpatutan. Walaupun murah, tapi kualiti tetap ada!

Sebelum beli tu Mas survey banyak tempat, kebanyakannya jual baju sekolah budak perempuan asing². Maksudnya baju harga lain, kain harga lain. Lebih kurang RM40++ jugaklah untuk sepasang baju. Kalau lagi besar size lagi bertambah harganya, memang susah nak cari baju yang jual sepasang.

Jadi semalam Mas cuba survey di kedai baju Hari-Hari. Sekali tengok kat situ ada jual baju sepasang, bukan asing². Harganya hanya RM27.90 untuk sepasang baju, walaupun bukan jenama yang bagus tapi kualiti kainnya bagus. Terus beli 5 pasang baju kurung, 3 helai t-shirt putih dan 5 helai tracksuit.

Mas sukalah beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari ni, semua harga berpatutan dan murah! Barang pun berkualiti, harga kasut sekolah pun lebih murah dari di kedai lain. Tapi sayangnya Mas dah terbeli kasut anak². Takpe tahun depan beli kat Hari-Hari je, senang dan murah!

Kita sedar atau tidak?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas saja nak kongsi perkara ni, kadang² kita sedar dan kadang² tidak. Jadi lebih baiklah kita berhati² sebelum terkena kan?

Perkara ini terjadi pada Mas sendiri. Nasib baiklah cepat perasan, kalau tidak tak pasal² kena denda andainya tiba² Pegawai Kesihatan ada buat pemeriksaan. Sebenarnya Mas dah banyak kali pesan kat husband jangan biarkan baldi begitu sahaja kalau letak di luar rumah, nanti kalau hujan turun ia boleh menakung air. Tapi kadang² dia lupa, lepas basuh kereta biar je baldi tu terdedah camtu.

Sekali suatu petang tu anak Mas yang perasan masa mereka main kat luar. Terus mereka cakap "Mama dalam baldi ni ada ulat!" Mas ingatkan ulat apa, bila pergi tengok punyalah banyak jentik² dalam tu. Cuak gila, nasib baiklah perasan cepat kalau tidak tak pasal² kan?

Jadi benda camni kita kena peka sebenarnya, memanglah nampak remeh. Tapi kalau tiba² ada pemeriksaan kita boleh didenda RM500 rasanya kerana terdapat sarang pembiakan jentik² di rumah. Dahlah nyamuk aedes senang membiak di tempat camtu. Cubalah periksa di kawasan rumah kawan², mana tau ada tempat pembiakan jentik²!


Dividen dan bonus ASB

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari semalam lagi dah tertanya bilalah nak umum dividen dan bonus ASB ni, tak sabar nak tau berapa dapat. Tup tup pagi ni baca paper dah diumumkan, terlupa semalam tak tengok berita.

Bermula tahun lepas Mas memang ternanti² pengumuman dividen dan bonus ASB, nak tengok berapa Mas boleh dapat. Lagi pun duit itulah yang boleh dijadikan simpanan dan perbelanjaan waktu terdesak. Dividen dan bonus yang diberi tahun ni 1.05 sen lebih tinggi dari tahun lepas, banyak jugak kan?

Mas dapat ni pun setelah buat pinjaman ASB dengan Maybank sebanyak RM30,000. Walaupun dividen dan bonus yang diterima tak banyak, tapi bolehlah dibuat simpanan sikit. Daripada takde langsung kan? Pastu boleh jugaklah Mas gunakan sikit duit tu untuk belanja percutian di Sabah tahun depan.

Ini sajalah cara Mas menyimpan, nak harapkan simpanan bulan² dari duit gaji memang tak cukup. Pastu ada jugak menabung sikit untuk anak-anak². Cukuplah, janji ada duit untuk perbelanjaan mereka belajar bila dah besar nanti. 

Tengah berkira² berapalah dapat untuk ASB ni! 


Isnin, 19 Disember 2011

Pembuka selera : Lala Berlada

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak sangka pulak ada yang minta resepi Lala Berlada untuk hidangan semalam. Mas memang tak pernah letak resepi untuk menu yang dimasak sebab bukanlah special sangat menu tu. Masak simple, main campak² je!

Tapi untuk tidak menghampakan rakan pembaca iaitu Pinky dan CikSufi, disini Mas sediakan resepi Lala Berlada tu. Bolehlah cuba masak ye!


Bahan-bahan
1/2 kilo lala
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 biji cili besar (ditumbuk halus)
10 biji cili kering (dikisar)
Sebatang serai
Sedikit garam dan gula
2 sudu camca serbuk perasa Pasti Sedap
2 sudu makan sos tiram
Air secukupnya

Cara² membuatnya
(i) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili besar yang telah ditumbuk halus, tumis hingga cili masak.

(ii) Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan jugak sebatang serai yang telah diketuk, masak hingga terbit minyak.

(iii) Bila lada dah masak dan terbit minyak masukkan air secukupnya. Masukkan jugak garam, gula, serbuk perasa Pasti Sedap dan sos tiram.

(iv) Kemudian rasa, kalau rasanya dah sedap masukkan lala. Masak lala secukupnya.

(v) Bila dah masak, sedia dihidang bersama nasi panas.

Sebenarnya Mas pernah kongsi beberapa resepi kat blog ni, kalau kawan² nak tengok, bolehlah klik kat label ceruk dapur tu. Adalah sikit resepi turun temurun kat situ.

Rate plans Iphone 4S

Assalamualaikum...(^ ^)

Makin rumit nak buat keputusan setelah minta pendapat kawan² dalam entri ni. Nampaknya lepas ni kena ikut kata hatilah, biasanya keputusan ikut kata hati ni lebih tepat kan? Tiada dolak dalih dah.


Sabtu lepas dah survey kat Maxis, dah tengok rate plans yang ditawarkan oleh Maxis untuk Iphone 4s. Menarik jugak, tapi kenalah berhijrah ke postpaid semula. Yang tak syoknya kena ikat kontrak 1 atau 2 tahun, kalau tamatkan sebelum habis kontrak akan dikenakan denda.

Antara pakej yang ditawarkan untuk Iphone 4S adalah pakej iValue 1, dalam pakej ini boleh pilih sama ada nak kontrak selama 1 atau 2 tahun. Misalnya kontrak 1 tahun, hanya perlu bayar harga telefon sebanyak RM1,750 dan advanced payment sebanyak RM200. Advanced payment ni akan ditolak semula dalam bil bulanan dan monthly fee yang perlu dibayar sebanyak RM100. Boleh rujuk sini untuk pakej² lain yang ditawarkan.

Mas tertarik jugak dengan plan yang ditawarkan, tapi kena buat keputusan betul² ni. Memang hati kuat kata nak beli Iphone 4S tapi minat kat Samsung Galaxy SII tak pernah hilang, Maxis takde ke buat rate plans untuk Samsung?

Baru 60% hati buat keputusan, tinggal lagi 40% masih dalam kesamaran! 

Hari gaji, hari bonus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hati berbunga²lah hari ni, maklumlah gaji dan bonus dah masuk! Tengok slip gaji pun dah boleh senyum sampai ke telinga, jarang banyak sangat angka dalam slip gaji tu. 

Makin bertambah bunga² bila bulan ni pun dapat duit kutu, gembira tak terkatalah. Alhamdulillah, rezeki Allah kan? Lagi pun bulan ni memang banyak nak guna duit, baju sekolah anak² dah menanti kat kedai tu untuk dibeli. Tambah tolak darab bahagi, lebih kurang RM500 jugaklah perlu dilaburkan.

Untuk Atikah je, baju sekolah dah 5 pasang. Senang, sehari sepasang! Tak perlu nak basuh tiap² hari kan, hari minggu baru basuh 5 pasang sekaligus. Baju tahun lepas memang tak boleh pakai langsung, dah singkat. Memang cepat dia membesar dan semakin tinggi. Beli baju memang saiz orang dah darjah 6, padahal baru darjah 3.

Tapi bila dah gaji dan bonus ni ditambah pula dapat kutu, kenalah bajet betul² penggunaan duit tu. Harus digunakan untuk tujuan yang betul! Jadi macam biasalah, tiap² bulan mesti buat perancangan punya, takut belanja berlebihan pulak kan? Tak pasal² belum sampai gaji bulan depan dah makan maggi setiap hari.

Walaupun nampak ringkas tapi inilah perancangan perbelanjaan Mas setiap kali hari gaji.


Ahad, 18 Disember 2011

Hidangan hari ini

Assalamualaikum...(^ ^)

Macam biasalah setiap kali hujung minggu mesti ada menu masak² saja nak kongsi hidangan yang mungkin boleh membuka selera kawan².

Hari ini hidangan yang dimasak agak berat jugak, semuanya atas permintaan husband tersayang. Bukan senang nak masak resepi yang jadi pilihan husband ni, awal lagi dah suruh masak sedap²! Jadi berperanglah dengan periuk belanga untuk masak yang tersedap untuk husband.

Menu yang jadi pilihan adalah Lala Berlada, Daging Masak Kicap dan Tumis Timun Air. Fuhhhhh penat jugak nak masak semuanya, dan ternyata ianya berhasil. Masak 4 pot nasi, licin semuanya! Seronok dapat kenyangkan perut husband dan anak² dengan masakan yang sedap. 


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com