blog wajib baca

  • That '1' Thing ! - Hi 1 Thing That Matters ?Sangat banyak benda yang penting...macam mana nak pick 1 from many ? I am quarter of century now. Makin banyak tanggungjawab.Kal...

entri terbaru dan terkini

Ahad, 24 April 2011

kisah seram di asrama... kisah benar tau!

Assalamualaikum...(^ ^)

bila sebut asrama mesti sinonim dengan kisah seram kan? sama ada asrama di sekolah ataupun asrama di universiti... mesti kawan2 pun pernah mendengar kisah seram tersebut atau mengalaminya sendiri! kalau ikut pengalaman, Mas pernah mengalami sendiri semasa menginap di asrama... kejadian tu masa tahun 1998 di asrama Kolej Seroja UiTM Shah Alam... 

kisah seram yang Mas alami ni memang Mas rasa paling seramlah... masa tu lebih kurang pukul 2 pagi, tiba2 Mas terjaga dari tidur! bila Mas buka mata terus Mas terpandang sesuatu berdiri tegak di depan almari... terkejut siot! Mas terus tutup mata! tapi masih nak beranikan diri tengok sekali lagi... Mas pun buka mata perlahan2 sekali lagi dan benda tersebut masih berdiri tegak di depan almari sambil memandang tepat ke arah Mas! Astaghfirullah al-azim, Mas dah terketar2, lidah kelu tak terkata, tak tahu nak buat apa? 

sambil pejam mata serapat2nya tangan terus meraba2 di bawah bantal mencari surah yassin... tapi takde! arghhhh!!! terlupa pulak yang Mas dah simpan dalam almari... takkan nak bangun ambil pulak, dahlah benda tu ada berdiri tegak kat depan almari! nak buka mata memang tak berani dah sebab mesti benda tu masih ada di situ... Mas kuatkan semangat, cuba nak baca ayat2 suci Al-Quran tapi tak boleh, lidah terasa kelu!

Ya Allah, macam mana ni? tapi Mas tak putus asa, terus mencuba baca dalam hati... macam2 surah lah Mas baca, tak henti2! pastu Mas beranikan diri untuk buka mata perlahan2... syukur alhamdullilah, benda tu dah takde! Mas pun cepat2 bangun, ambil surah Yassin dalam almari, naik atas katil terus berserubung bawah selimut... sambil mulut tak henti2 baca ayat2 Al-Quran! pagi esok terus demam... huhuhuhu

nak tahu tak benda apa yang Mas nampak berdiri tegak kat depan almari baju tu...
 
nilah bendanya! macam mana... seram tak? 

45 ulasan:

  1. nasib baik dia x duk situ sampai pagi...

    BalasPadam
  2. memang kecut perut kalau kena macam ni..

    BalasPadam
  3. nasib baek bace siang2 entri ni , hehehe ..

    BalasPadam
  4. mujur khalis baca dah siang,, kalau baca malam tadi n mengigau..jagala..huuuu

    BalasPadam
  5. pOcOng jantan ni...hehehehehehe

    BalasPadam
  6. seram nya..dekat seroja eh?takot giler...

    BalasPadam
  7. @padlie
    nasib baiklah...
    kalau tak mati keras dah Mas kat situ..

    BalasPadam
  8. @FaKArePa!n
    bukan setakat kecut perut je, dah nak terkucil pun ada!

    BalasPadam
  9. @Tengku Nizam
    mmg dinasihatkan baca siang2 hari, kalau baca malam2 hari konpem tak nak tido pandang almari!

    BalasPadam
  10. @mykhalis
    hehehehee...mujurlah!
    kalau malam mmg sah tak leh tido punya..

    BalasPadam
  11. @miss afifa
    haaa..dekat serojalah!
    mmg byk Mas dgr pasal kisah2 seram kat situ..

    BalasPadam
  12. mintak di jauhkan jumpe ngn makhluk ni..huhu~ selalu sya dgr bunyi2 je..xpnh lg nmpk..tatooot..

    BalasPadam
  13. @fasya
    tulah, mmg mintak dijauhkan!
    tapi kalau dah nak kena nak buat camne kan? mmg serammmmmmm..

    BalasPadam
  14. pehh..pocong siot!! akak berani lagi eh bangun.. kalo mira memang tak lah..terus statik kat situ je!

    BalasPadam
  15. chop chop!
    kolej seroja ni kat uitm shah alam ke???

    waaa....amat menyeramkan..

    BalasPadam
  16. sib bek xpenah dok seroja mahupon jejak kaki ke kolej itu... Hoho

    BalasPadam
  17. waaa...
    xnk smbung degree kt SA..
    huk3..

    jom join GA nana jom.. :)

    BalasPadam
  18. @Amirah Adnan
    bila tgk dah takde tu bangunlah terus ambil surah yassin...
    takut jgn cakaplah tuhan je yg tahu!

    BalasPadam
  19. @..miss hana..
    yes uitm shah alam..
    tapi dah lama dah masa tahun 1998!

    BalasPadam
  20. @Ly_Tulip
    hehehehe...nasib baik!
    tapi ni masa tahun 1998 dululah, skrg mungkin dah takde kot?

    BalasPadam
  21. @nana riduwan
    hehehehe...jgnlah sampai camtu!
    ni cerita lama2 dulu, skrg kolej seroja tu dah cantik, tak seram dah cam dulu2

    BalasPadam
  22. uishh..
    seram..
    klu kucar la..
    x berani dh nk bukak mata..
    sok pagi bgru bukak mata kot..

    BalasPadam
  23. hahahahaa..xkira..xnk jgk..hehehe

    BalasPadam
  24. hye sis..opss kolej seroja?? sy penah stay situ for a month last year sbb ade training..seb bek baru bace ur entry afta d trainng..kalo x....hihi...now sy stay kat mawar ni...huhu *takut*

    BalasPadam
  25. @kucarkacir
    hehehehe..penakut ye?
    akak pun mmg tak berani tapi takkan saje2 beranikan diri..

    BalasPadam
  26. @khairiyah
    oooo ye ke?
    tapi kisah ni dah lama, maybe skrg dah takde kot!

    BalasPadam
  27. akaaaaaaaaaaaaaaaaakk T_________________T. oemmjay ok. taknak baca entry ni. esok lah saya baca. takut takleh tido. hehehe. thank you follow. follow u back :)

    BalasPadam
  28. @shat
    hehehehe...kalau takut boleh baca tapi jgn tengok gambar benda tu, memanglah takleh tido!

    thanks follow akak jugak..

    BalasPadam
  29. wah... nasib baik dah tk duduk kolej dh... seroja tk pnah duduk.. duduk mawar, melati,kenanga n teratai je pernah..

    BalasPadam
  30. @sueperbs
    nasib baik! Mas mmg dok seroja 2 semester..

    BalasPadam
  31. mak aihhh. boleh pulak dia duk depan almari. nasib masa second bukak mata takde dekat depan mata. ohooooooiii. SERAMNYAAAAA !!!

    BalasPadam
  32. @mimi
    huhuhuhu...kalau jadi camtu konpem sebulan Mas demam...serammmmmmmmmm

    BalasPadam
  33. x tekentut

    BalasPadam
  34. takut la kalau jadi mcm nih...mesti kaku tak leh nak buat apa2

    BalasPadam
  35. waa... xnak la 'ter'jumpa dgn bnda2 gini... dari sekolah men smpi la ipt sy duk asrama, mcm2 pgalaman da rs.. huhu

    BalasPadam
  36. klu adik pn tobat demam kak. huu. tamo2...

    BalasPadam
  37. Alaaa ini yg seram nih. Kisah ni jd dkt Kolej Seroja eh ?
    Saya bakal stay dkt Kolej Mawar .Saja la Google cerita seram dkt
    Kolej Mawar,terjumpa la entri akak nih. Fewh seram bebenor.

    Harap takda apa2 la yg brlaku dkt Kolej Mawar nnt huuu ~

    BalasPadam
  38. seramnya.. ngilu ase.. tak lama lagi saya nak masuk U dah. aihh, seram sejuk pula

    BalasPadam
  39. sy pulak dapat dkat KOLEJ SEROJA,,,,,,,,,

    BalasPadam
  40. yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyeeeeeeeeesssssssssssss axku m asuk dekat kolej ni tapi hantu pun takda

    BalasPadam
  41. mungkin tu kwn ko kot

    BalasPadam
  42. 1998? saya masih kat ITM Shah Alam..semester akhir..kalau kat seroja tu memang banyak kisah seram yang saya dengar dr member yang duduk situ.

    BalasPadam
  43. kat uitm tu mcm2 ada

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com