Assalamualaikum...(^ ^)
apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang... mak ayah punyalah risau bila anaknya tidak pulang ke rumah dan disyaki hilang! tetapi sebenarnya anak sendiri yang merancang 'kehilangan' tersebut demi mendapat sejumlah wang yang banyak... kenapalah jadi macam ni kan? mesti terpengaruh dengan pujukan teman lelakinya...
 |
sumber gambar dari google
|
Gadis 'hilang' dan teman lelaki kena tahan
SUBANG JAYA : Kehilangan pelajar tingkatan 5, Ameerah Asha sejak enam hari lalu, terjawab semalam apabila gadis itu ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM50,000 dari ibu bapanya.
Gadis 17 tahun itu dan teman lelakinya 19 tahun ditahan jam 9 pagi oleh sepasukan Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dalam sebuah kereta di Saujana Puchong dekat sini, hasil maklumat risikan, susulan ugutan diterima ibu bapa gadis berkenaan, kelmarin
Hasil siasatan mendapati kes kehilangan dirancang pasangan berkenaan. Dia sebenarnya tidak hilang seperti dilaporkan, sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikannya untuk mendapatkan wang. Dia bersubahat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang tebusan. (sumber : Berita Harian)
dia ingat perkara sebegini main-main agaknya... macam mana kalau mak ayahnya percaya dan bayar wang tebusan tersebut! sanggup dia buat camtu kan? kalau ada masalah sekali pun, apa salahnya berbincang dulu dengan ibu bapa...
lagi satu, janganlah mudah terpengaruh dengan teman lelaki! mula-mula dia ajak sama bersubahat... tapi bila lelaki tu dah dapat duit tebusan tersebut, dia mungkir janji! tak pasal-pasal pulak kita yang jadi mangsa...