mrs secretary

Selasa, 23 Ogos 2011

mood RAYA... servis kereta dulu!

Assalamualaikum...(^ ^)

kemain excited lain masing2 nak sambut raya ye... dah macam2 persiapan yang telah selesai dibuat! bagi Mas belum 100% lagi siap... shopping raya je dah sudah! 

yang ni semua belum lagi... baju raya kat tailor tak ambil lagi, kuih raya tak dapat lagi, duit raya tak masuk dalam sampul lagi, beg baju tak kemas lagi, rumah tak kemas lagi dan yang paling penting kereta pun tak servis lagi... banyaknya lagi belum setel! 

gambar dari blog husband
tapi servis kereta ni adalah yang paling penting... al-maklumlah, ia melibatkan keselamatan Mas dan anak2... dah lah memandu balik ke kampung nanti dengan anak2 je! kalau tak persiapkan kereta dari awal, susah Mas nanti... dahlah tak tahu apa2 langsung pasal maintenance kereta ni!

cuma Mas bernasib baik sebab tak perlu hantar ke kedai untuk servis... husband sendiri kan ke mekanik! jadi untunglah, selain jimat masa boleh jimat kos! 

jadi bagi kawan2 yang nak balik kampung tu, samada naik motor atau kereta... jangan lupa servis kenderaan anda! semua tu penting untuk kelancaran perjalanan dan keselamatan kita... yang pastinya kita nak sampai kampung halaman dengan selamat kan? wahhhhh... tak menahan pesanan penaja ni!

11 ulasan:

  1. untungnya suami mekanik kereta kan..

    BalasPadam
  2. betul betul..kena antar servis kete dulu :)

    safe journey kak mas..biar lambat asal slamat hehe

    BalasPadam
  3. husband akk pon ada blog?kelassssss.

    BalasPadam
  4. selamat hari raya...lama tak skodeng blog akak...asyik skodeng guner fon jer..:)

    BalasPadam
  5. wwahhhh..semua entry pasal nak raya je ni..hehhe.

    BalasPadam
  6. okeyh. edi srvis kt umah akk je la.. hehhehe

    BalasPadam
  7. untung suami mekanik.... trex ritu kena dkat 200 servis ;(

    BalasPadam
  8. hari khamis ni baru nak gi servis kete, huhuhu lambatnya...sure ramai org nanti
    apapun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

    BalasPadam
  9. untunglah kan husband mekanik dah jimat di situ..;)

    BalasPadam
  10. servis sangat penting sebelum perjalanan jauh.. semoga selamat dalam perjalanan nanti kak

    BalasPadam
  11. haha, most of 100blogs dalam list saya tu..semua cakap pasal raya dah! :D semua excited dah tp dalam kegembiraan tu jgn lupa benda penting macam servis kereta ni! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com