Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 27 Februari 2019

Jatuh cinta dengan Althea Exclusive Makeup

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dan makeup memang tak dapat dipisahkan, bukannya nak nampak cantik selalu tapi nak lebih yakin bila di pejabat atau ke mana saja. Kalau wajah ada pakai makeup barulah lebih ceria dan yakin nak berhadapan dengan pelanggan setiap hari di pejabat, takdelah orang tengok muka Mas pucat je kan?


Biasanya koleksi alat² makeup Mas terdiri dari pelbagai jenama, yelah Mas guna mana yang sesuai dengan kulit muka Mas je. Tapi sekarang sejak dapat suprise makeup box dari Althea Korea, Mas dah jatuh cinta dengan Althea Exclusive Makeup ni. Semua produknya best sangat dan sesuai dengan kulit Mas, bila pakai makeup jadi cantik dan menarik sangat.

Haaa jom Mas perkenalkan satu persatu apa yang ada dalam Althea Makeup Box ni, pastu Mas akan kongsikan jugak video makeup tutorial menggunakan produk² Althea Exclusive Makeup ni.


Skin Relief Spot Film Gel
Haaa gel ni serius sangat best, Mas memang sarankan korang beli tau. Gel ini bertindak merawat kulit muka terutama jerawat pada kulit. Sebelum pakai makeup korang sapu dulu gel ni pada kawasan muka yang ada jerawat, biarkan dalam 1-2 minit camtu. Nanti bila gel ni kering korang cuma peel off je dari kulit muka, nanti nampak jerawat tu beransur kecut. Yang paling best gel ni tak melekit, pastu rasa sejuk dan cepat meresap pada kulit. 

Dalam gel ni ada ekstrak Tea Tree Leaf, haaa memang bagus untuk perbaiki tekstur kulit. Bila dah pakai ni nanti barulah kulit jadi licin dan makeup pun jadi cantik. Harga cuma RM19!


Flawless Cream Concealer
Inilah concealer yang paling Mas suka sangat, memang best bila pakai. Mas dah pernah cuba pelbagai jenis concealer tapi bila pakai kat muka nanti akan jadi bercapuk dan tak sekata. Tapi dengan concealer dari Althea ni tak akan jadi masalah camni, teksturnya sangat creamy dan muda untuk blend pada kulit muka. Bila pakai ia akan sekata dengan tona kulit Mas, nampak kemas, licin dan tak bercapuk. 

Didatangkan dalam 4 kod warna pilihan iaitu Vanilla, Ginger, Honey dan Mocha. Mas paling suka kod Mocha dan Honey, sebab ianya sesuai sangat dengan kulit Mas yang hitam manis ni. Bila pakai memang boleh tutup lingkaran gelap, parut jerawat, jeragat dan bintik² hitam di wajah. Pastu kalau korang malas pakai foundation pun takpe, concealer ni dah cukup untuk hasilkan makeup yang cantik. Lagi satu ianya tahan lama kat kulit korang, Mas pakai dari pagi sampai waktu solat Zuhur memang kekal cantik je pada muka. Haaa jadi korang kena dapatkan concealer ni, harga cuma RM15 je!


Eye Pallete Sunrise & Moonrise - Althea x BCL
Eyeshadow ni adalah kolaborasi Althea bersama dengan Bunga Cinta Lestari, haaa serius cantik tau. Warna²nya memang memikat hati dan senang nak blend bila dipakai, guna jari pun boleh. Nak makeup simple, nak makeup ala² pinkish dan makeup ala² glitter pun boleh bila gunakan eyeshadow ni. Sesuai sangat untuk apa² tema dan ianya naikkan seri mata korang tau. 

Bila pakai pun ia kekal lama dan takdelah nampak comot dan bercapuk, korang yang tak reti makeup pun akan nampak cantik bila guna eye pallete ni. Percayalah dan beli tau, harganya cuma RM140!


Spotlight Eye Glitter
Ini sesuai sangat kalau sekali sekala nak ada kelainan sikit pada makeup kita, nak ala² glitter gitu. Hanya sapukan kat kelopak mata, bawah mata dan tepi mata untuk nampak effect glitter tu. Bila blend dengan eyeshadow tadi memang makeup korang akan nampak lagi letop. 

Didatangkan dalam dua warna iaitu Pink Light dan Gold Light, serius cantik warnanya. Harga pun murah je, satu cuma RM24!


Watercolor Cream Tint
Mas sebenarnya tak suka sangat pakai lipstik yang jenis cream ni, sebabnya ianya rasa melekit je pada bibir. Tapi bila dah cuba lipstik dari Althea ni terus tersuka, bila pakai ianya meresap cantik je pada bibir dan tak melekit. Ia cepat kering, tahan lama dan buatkan bibir nampak lembab je. 

Ada 4 pilihan warna yang letop iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan Marron Cream. Mas paling suka warna Plum dan Marron, memang menyerlah kalau pakai. Pastu yang bestnya lipstiknya ialah baunya wangi dan warnanya cantik sangat, kalau campur 2 warna pun memang sangat lawa. Ia dijual per set iaitu untuk 4 warna ni hanya RM72


Haaa menarik kan semua produk² Althea Exclusive Makeup ni, harga pun berpatutan sangat. Korang yang gilakan makeup tu wajib dapatkan koleksi² ni, rugi tau kalau tak beli. Layari website https://my.althea.kr untuk pembelian.

Jom tonton video makeup tutorial dari Mas menggunakan Althea Exclusive Makeup!


Selasa, 26 Februari 2019

Aiyra sah kena HFMD

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan Mas pun tak pasti camne virus ni boleh berjangkit pada Aiyra, sebabnya hujung minggu memang Mas tak bawak dia keluar ke mana pun. Cuma Jumaat malam tu dia dah mula demam, tapi tanda² HFDM tu belum ada. Pastu Sabtu Ahad Mas pantau je suhu badan dia, dan teruskan bagi ubat demam. 


Isnin pagi Mas perasan dia tak nak langsung minum susu, masa tu takdelah tengok dalam mulut dia. Sekali cikgu taska maklum dalam mulut dia banyak ulser, pastu air liur asyik meleleh je. Minum susu pun dia tak mahu sangat, makan pun sama. Masa cikgu dia beritahu camtu Mas dah syak yang kemungkinan Aiyra kena HFMD, terus mintak cikgu periksakan kaki tangan dia. Tapi cikgu maklumkan takde pun bijik² air kat tangan dan kaki dia. 

Balik je dari kerja Mas terus tengok kaki tangan dia, haaa mata terus nampak beberapa bijik² air. Masa tu memang dah yakin dia kena HFMD, tengok jugak dalam mulut dia memang banyak ulser dan bijik² air. Terus bawak dia ke KK Presint 9 Putrajaya, nak doktor sahkan supaya boleh kuarantin kat rumah. Malangnya doktor kat KK Presint 9 ni tak prihatin, tak pun tak tahu tanda² HFMD.

Boleh dia cakap, "Masih awal saya nak sahkan ini HFMD, puan pantau dulu ye!" Haaa hangin lah ai, padahal Aiyra dah 3 hari demam pastu dalam mulut dia dah penuh ulser, makan dan minum memang dia tak nak langsung. Pastu kat kaki tangan memang ada banyak jugak bijik² air, tak suspect lagi ke kalau dah camtu! Mas memang kecewa dengan doktor kat situ, ni dah kali kedua Mas kena camni. Dulu masa Aiyra kena campak pun dia cakap camtu jugak, dia ingat Mas hadap sangat cuti kuarantin tu. Kalau tak kenangkan anak kena sakit yang berjangkit ni takdenya nak cuti sesuka hati!


Jadi hari ni Mas ke KK Salak pulak, dan dengan harapan doktor kat situ lebih prihatin. Dan bila jumpa je doktor terus dia tengok dalam mulut Aiyra dan cakap memang sah kena HFMD, tanpa fikir panjang tau. Pastu kaki tangan Aiyra pun dia periksa betul², bukan macam doktor kat KK Presint 9 tu. Pegang dan periksa pun tak, pastu senang² cakap bukan HFMD. 

Dapatlah Mas cuti kuarantin 5 hari, mulai hari ni sampai Isnin depan. Kena pantau dan jaga Aiyra betul², bukan apa virus ni boleh berjangkit ke anak² yang lain. Tuala, pakaian, makanan dan pinggan mangkuk dia memang tak boleh kongsi dengan adik beradik lain. Pastu pakaian dia Mas cuci dengan Dettol, rumah pun dah mop dengan Dettol dan Aiyra pun Mas mandikan dengan air Dettol dan lemon setiap hari. 


Moga Aiyra cepat sihat, memang fasa mencabar jaga dia sekarang. Asyik merengek menangis je setiap masa, susu dan makan pun dia reject. Langsung tak nak, cuma minum air masak je. Mulut dia sakit sebab ulser tu, moga cepat baik sayang! 

Isnin, 25 Februari 2019

Moga ada rezeki terbaik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai dah Atikah hadir temuduga program Asia Kakehashi Project Japan hari Sabtu lepas, kena tunggu masa sebulan untuk dapat keputusan. Harapnya ada lah berita baik buat Atikah walaupun harapan nak dapat tu agak susah jugak. 


Bukanlah Mas tak yakin dengan kebolehan Atikah tapi peserta yang pergi temuduga tu ramai pastu untuk negeri Selangor pihak AFS nak 18 orang je. Haaa memang agak tipis jugaklah peluang, tapi kalau orang cakap dah rezeki tak mustahil boleh dapat kan? Lagi pun kalau berjaya temuduga pertama ni akan ada kali kedua pulak, peringkat international pulak. 

Kalau ikut Atikah cerita temuduga tu takdelah susah mana pun, dia lebih kepada minat peserta yang mendalam nak sertai program tu. Kena tahu budaya masyarakat Malaysia dan Jepun, dan kalau pandai sikit² bahasa Jepun ianya satu kelebihan lah. Itu menampakkan peserta tu berminat sangat nak sertai program ni!


Pastu Atikah cerita kalau terpilih ikuti program ni, kat sana nanti akan duduk dengan keluarga angkat. Pastu pergi sekolah semua kena sendiri, kena naik train sendiri. Duit poket dan duit belanja pihak AFS akan sediakan, haaa memang kena berdikari sendiri. Barulah seronok camtu kan, boleh belajar cara hidup dan budaya kat sana. Barulah dapat pengalaman berharga, dapat uruskan diri dengan pelbagai cabaran. 

Haaa bila dengar dia cerita tu memang bertuah sangatlah kalau dia terpilih sertai program ni, banyak dia boleh pelajari dan rasai. Jadi Mas doakan moga ada rezeki terbaik untuk Atikah, dia memang berminat sangat. Doakan yang terbaik untuk dia yer!


Selasa, 19 Februari 2019

Berjaya terpilih temuduga

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa mula² tahu pasal program Asia Kakehashi Project Japan ni memang tak terfikir pun nak suruh Atikah mohon, yelah Mas fikir bukan senang nak dapat kan? Tapi Mas tanya jugak pada dia, berminat tak nak mohon. Laju je dia cakap nak, terus ajak kawan baik dia mohon sekali. 


Haaa Mas tahu dia memang suka benda camni, peluang untuk dia jugak nak rasa pengalaman ke luar negara. Lagi pun bagi Mas program camni bagus untuk dia, boleh dapat peluang dan pengalaman mempelajari budaya dan pendidikan negara Jepun tu. Pastu dapat jugak dia berkenalan dan bergaul dengan pelajar² lain dari serata negara.

Pastu bila dah mohon tu takdelah berharap sangat untuk dapat, yelah tentu ramai saingan kan? Jadi kami tunggu jelah, kalau ada rezeki tu maka ada lah. Tapi tak sangka 2-3 hari lepas Atikah terima emel dari pihak Yayasan AFS tu, dah dia berjaya terpilih untuk hadiri temuduga. Syukur sangat ada rezeki untuk dia berpeluang ke negara Jepun, doakan moga dia berjaya temuduga ni!


Cuma bila dia dah dapat temuduga tu, hati Mas ni jadi sebaklah. Haaa tau lah perasaan mak² ni kan, mulalah fikir macam². Kalau dia berjaya dapat nanti, tak taulah nak gambar camne rasa nak berpisah dengan dia. Lama jugak dia akan pergi, 6 bulan. Hehehee gitulah, gembira dia dapat peluang ni tapi dalam masa yang sama sedih jugak kalau dia dapat pergi nanti. 

Tapi takpelah Mas doakan yang terbaik untuk dia, moga dia berjaya dalam temuduga tu. Bagus dapat peluang tu, demi masa depan dia jugak. Satu pengalaman berharga tu kalau dapat, berpisah 6 bulan je dengan dia. Good luck kakak untuk temuduga tu Sabtu ni, buat yang terbaik tau!

Isnin, 18 Februari 2019

Tahniah Boss!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi Mas akan dapat boss baharu, boss lama dapat kenaikan pangkat ke gred Jusa B. Memang takde rezeki Mas nak berjodohan panjang dengan dia sebagai PA dan Boss, hanya 5 bulan je. Tapi kira dalam sejarah Mas sebagai PA, ini boss yang paling sekejap. Agaknya Mas ni kalau dengan boss yang baik berjodohan tak lama.


En Jo ni boss Mas yang ke-8 sepanjang khidmat Mas sebagai PA selama 16 tahun, haaa ramai jugak kan? Dalam 8 orang tu hanya sekali je Mas kerja dengan boss perempuan, lagi 7 boss lelaki. Antara boss² semua tu, En Jo jugak adalah boss yang baik. Mas senang bekerja dengan dia, semuanya lancar dan takde masalah pun. Dia pun tak banyak kerenah dan mudah Mas nak berkomunikasi dengan dia.

Walaupun hanya sempat 5 bulan Mas jadi PA dia tapi dah rasa serasi dan seronok kerja bersama. Nak berbincang dan bercakap pun mudah, takdelah dia nak moody atau angin semacam je. Dia sentiasa ceria, suka senyum, suka buat lawak dan soft spoken sangat. Memang semua pegawai dan staff seronok kerja dengan En Jo ni!

Tapi lumrah bekerja kan, sampai masa boss² ni akan naik pangkat dan bertukar. Jadi nak tak nak kenalah terima norma alam kerja ni, yang baik memang payah nak kekal lama. Jadi Mas hargai sangat jasa En Jo di BSM ni, walaupun sekejap je tapi sangat bermanfaat. Haaa sampai kan dengan boss baharu ni, Mas asyik tersasul panggil nama En Jo je. Hahahaa teruk betul kan?

Tahniah En Jo atas kenaikan pangkat dan selamat bertugas di tempat kerja baharu, walaupun hanya 5 bulan kita bekerjasama tapi ianya satu pengalaman yang berharga. Terima kasih atas layanan yang sangat baik sepanjang menjadi boss!

Isnin, 11 Februari 2019

Takde rezeki ke SBP

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan hati memang Mas nak sangat Atikah masuk Sekolah Berasrama Penuh, itu impian Mas tu. Bukan apa bagi Mas lagi senang dia duduk asrama, nak pulak tahun depan dia akan duduki periksa SPM. Jadi kenalah tumpu sepenuh perhatian pada pelajaran bermula dari Tingkatan 4 ni, persediaan awal bak kata orang.


Tapi semua tu tak dapat jadi kenyataan sebab permohonan dia ke SBP tak berjaya, dah keluar keputusan pada 25 Januari tu. Kecewa jugaklah sebab Mas dah berharap sangat dia dapat, keputusan dia pun agak cemerlang jugak. Tapi mungkin ada merit yang tak memenuhi syarat kot, pastu saingan pun ramai agaknya. 

Dia pun kecewa jugak bila tahu tak dapat, Mas suruh buat rayuan pun dia tak nak. Dah putus asa katanya sebab saingan ramai, kawannya dapat 8A pun tak berjaya dapat. Mas ada jugak suruh dia merayu, manalah tahu ada rezeki kali kedua kan? Tapi dia tak mahu, jadi sebagai ibu Mas tak nak lah paksa sangat. Mas terima hakikat dah takde rezeki dia untuk ke asrama penuh, mungkin ada rezeki lain selepas ni. Pastu Mas tak kisahlah dia sekolah kat mana pun, janji masa depan dia terjamin!

Lagi pun kat sekolah sekarang pun dia dah banyak berhabis duit untuk beli buku², dah banyak jugak yang dia dah belajar. Sebab tu dia nak kekal je kat sekolah tu, dah serasi katanya. Bagi Mas sekolah sekarang bagus dah untuk dia, banyak aktiviti dan kelas tambahan untuk bantu pembelajaran dia. Pastu kadang tu cikgu buat tuisyen percuma untuk bantu murid², haaa kira bertuahlah anak murid.

Jadi sekarang Mas redha je walau kat mana dia bersekolah, takde rezeki ke SBP tak semestinya dia tak boleh cemerlang dalam pelajaran dan peperiksaan. Mas doa yang terbaik untuk dia!

Isnin, 4 Februari 2019

Haram dinobat Juara Lagu 33!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Hael Husaini, sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Lagu selepas memegang title tersebut pada AJL32. Ternyata gandingan dia dengan Dayang membuahkan hasil, lirik lagu Haram mampu memikat hari juri.


Mas memang suka lagu² Hael ni, bermula dari Jampi pastu Haram dan seterusnya Hajat. Suka dengan bait² lirik lagu ciptaan dia, penuh makna dan seronok didengar. Ikutkan Mas jangkakan lagu Hajat boleh menang, tapi rupanya Haram lebih menguasai. Persembahan untuk lagu ni pun sangat best, basah pentas dituruni hujan. Ingat menang persembahan terbaik dah!

Untuk Naib Juara dan tempat Ketiga, hanya lagu Misha Omar je yang Mas jangka. Tapi lagu Bunga dari Ara Johari tu memang di luar jangkaan, rasanya macam tak patut je dia menang Naib Juara. Bagi Mas lirik lagu tu takdelah menarik sangat, biasa² je. Patutnya lagu Nisan Cinta boleh menang sebab liriknya menarik, atau pun lagu Hajat. Tapi juri dah memilih kan, kenalah akur.

Untuk Vokal Terbaik pulak, mulanya Mas target Siti Nordiana dan Jacylnn Victor boleh menang, tapi semalam nyanyian mereka kurang padu. Vokal macam tak sampai je, mendatar je nyanyi. Pastu target Siti Sarah pulak, tapi hampa jugak. Terlalu banyak dia ubah melodi lagu tu, terus vokal jadi kurang power. Haaa bila Misha Omar menyanyi terus teka dia akan menang, sebab vokal dia memang padu.

Persembahan terbaik pulak memang layaklah Sufian Suhaimi menang, dapat standing ovation tu. Sebak jugaklah dengar dia nyanyi semalam, terkesan kat jiwa. Pastu isu corak persembahan dia tu tak payahlah nak pertikaikan, itu hak dia. Sama ada dia dah move on dari kisah hidup dia atau tak, siapa kita untuk menyibuk kan. Yang penting dia nak buat persembahan terbaik untuk AJL33 dan dia buktikan dia layak!

Secara keseluruhan AJL33 takdelah gempak seperti Mas jangkakan, persembahan pembukaan dan penutup agak hambar. Pastu ada artis yang bertanding tak all out sangat, vokal pun kurang padu dan persembahan pun kurang mantap. Harap AJL akan datang lagu² yang bertanding lebih menarik, pastu artis yang bertanding berikan persembahan yang lebih terbaik. Jangan ubah sangat melodi lagu tu, sampai jadi ke laut!

Keputusan penuh AJL33!
Juara Lagu: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | Haram
Naib Juara: Ara Johari | Bunga
Tempat Ke-3: Misha Omar | Sampai Bila

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi | Di Matamu
Vokal Terbaik: Misha Omar | Sampai Bila 

Sabtu, 2 Februari 2019

Tak sabar nak tengok AJL33!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak pernah pulak rasa tak sabar nak tengok Anugerah Juara Lagu 33 ni, selepas AJL dah berubah konsepnya. Memang dah berapa tahun Mas tak tengok AJL ni, tup² tahu keputusan je. Mas akur sejak AJL dah takde kategori Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia tu ia agak membosankan. Dah takde jiwa nak tengok sebab kebanyakannya lagu² single penyanyi baru.


Tapi kali ni Mas rasa ada kelainan pada lagu² yang bakal bertanding, dan kebanyakan lagu kena dengan jiwa Mas. Pastu lagu² tu takdelah lagu macam saja² suka, tapi lagu yang ada jiwa dan sedap didengar. Lagi satu artis² yang menyanyikan lagu² ni kebanyakannya vokal mantap², haaa mesti lebih gempak kot AJL33 ni. Yelah gabungan vokal mantap dan lagu best, mestilah akan meletop!

Jom tengok lagu² mana jadi pilihan korang untuk bertakhta sebagai Juara Lagu. 

1. Siti Sarah | Semakin
2. Ara Johari | Bunga
3. Syamel | Kau Pun Sama
4. Misha Omar | Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang | Haram
6. Khai Bahar | Luluh
7. Altimet | Bunga
8. Haqiem Rusli ft Aman Ra | Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer | Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini | Hajat
11. Sufian Suhaimi | Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor | Nisan Cinta

Haaa best² kan semua lagu, Mas paling suka lagu Heal Husaini, pastu lagu Nisan Cinta dan satu lagi lagu Khai Bahar. Mas rasa lagu² ni ada peluang nak jadi Juara Lagu, pastu penyanyinya pun ada peluang nak menang vokal terbaik. Pastu kalau ikut lirik² lagu, Mas suka lirik lagu Nisan Cinta, Haram dan Hajat. Hahahaa semua lagu Hael kan, nak buat camne memang lagu² dia sedap didengar!

Jumpa malam esok ye, moga AJL33 ni janjikan yang terbaik dan mantap. Moga artis² jemputan yang buat persembahan pun best², baru semangat nak tengok. Sebelum tu jom layan Mashup 12 Finalis AJL33 dari Caliph Busker ni, perghhh memang gempak arrr suara depa semua. Kalau masuk bertanding AJL ni boleh sapu bersih, hehehee!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com