terkini dan sensasi

Selasa, 26 Februari 2019

Aiyra sah kena HFMD

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau ikutkan Mas pun tak pasti camne virus ni boleh berjangkit pada Aiyra, sebabnya hujung minggu memang Mas tak bawak dia keluar ke mana pun. Cuma Jumaat malam tu dia dah mula demam, tapi tanda² HFDM tu belum ada. Pastu Sabtu Ahad Mas pantau je suhu badan dia, dan teruskan bagi ubat demam. 


Isnin pagi Mas perasan dia tak nak langsung minum susu, masa tu takdelah tengok dalam mulut dia. Sekali cikgu taska maklum dalam mulut dia banyak ulser, pastu air liur asyik meleleh je. Minum susu pun dia tak mahu sangat, makan pun sama. Masa cikgu dia beritahu camtu Mas dah syak yang kemungkinan Aiyra kena HFMD, terus mintak cikgu periksakan kaki tangan dia. Tapi cikgu maklumkan takde pun bijik² air kat tangan dan kaki dia. 

Balik je dari kerja Mas terus tengok kaki tangan dia, haaa mata terus nampak beberapa bijik² air. Masa tu memang dah yakin dia kena HFMD, tengok jugak dalam mulut dia memang banyak ulser dan bijik² air. Terus bawak dia ke KK Presint 9 Putrajaya, nak doktor sahkan supaya boleh kuarantin kat rumah. Malangnya doktor kat KK Presint 9 ni tak prihatin, tak pun tak tahu tanda² HFMD.

Boleh dia cakap, "Masih awal saya nak sahkan ini HFMD, puan pantau dulu ye!" Haaa hangin lah ai, padahal Aiyra dah 3 hari demam pastu dalam mulut dia dah penuh ulser, makan dan minum memang dia tak nak langsung. Pastu kat kaki tangan memang ada banyak jugak bijik² air, tak suspect lagi ke kalau dah camtu! Mas memang kecewa dengan doktor kat situ, ni dah kali kedua Mas kena camni. Dulu masa Aiyra kena campak pun dia cakap camtu jugak, dia ingat Mas hadap sangat cuti kuarantin tu. Kalau tak kenangkan anak kena sakit yang berjangkit ni takdenya nak cuti sesuka hati!


Jadi hari ni Mas ke KK Salak pulak, dan dengan harapan doktor kat situ lebih prihatin. Dan bila jumpa je doktor terus dia tengok dalam mulut Aiyra dan cakap memang sah kena HFMD, tanpa fikir panjang tau. Pastu kaki tangan Aiyra pun dia periksa betul², bukan macam doktor kat KK Presint 9 tu. Pegang dan periksa pun tak, pastu senang² cakap bukan HFMD. 

Dapatlah Mas cuti kuarantin 5 hari, mulai hari ni sampai Isnin depan. Kena pantau dan jaga Aiyra betul², bukan apa virus ni boleh berjangkit ke anak² yang lain. Tuala, pakaian, makanan dan pinggan mangkuk dia memang tak boleh kongsi dengan adik beradik lain. Pastu pakaian dia Mas cuci dengan Dettol, rumah pun dah mop dengan Dettol dan Aiyra pun Mas mandikan dengan air Dettol dan lemon setiap hari. 


Moga Aiyra cepat sihat, memang fasa mencabar jaga dia sekarang. Asyik merengek menangis je setiap masa, susu dan makan pun dia reject. Langsung tak nak, cuma minum air masak je. Mulut dia sakit sebab ulser tu, moga cepat baik sayang! 

2 ulasan:


  1. ayok bergabung bersama kami di F4n5--83771nG => www.fansbetting.co
    Agen BOLA terbesar terpercaya!!
    depo wd hanya dlm 3 menit proses tercepat ya guys ^-^
    BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    salam cs fansbetting ^-^

    BalasPadam
  2. Susah hati kalo anak kena hmfd..asyik merengek jea

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com