Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa... Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...(^ ^)

sempena umat Islam akan menyambut 1 Ramadhan... di kesempatan ini Mas ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kawan2 blogger sekalian... seandainya Mas ada terkasar bahasa semasa komen di blog kawan2 dan ada terbuat salah sepanjang kita bersahabat di alam maya ini!

Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 dan pembaca setia blog ini... moga Ramadhan tahun ini menjanjikan seribu rahmat kepada kita... moga setiap pahala puasa kita terpelihara... dan semoga kita dapat menjalani ibadah dan puasa dengan penuh rahmatNya!

ramadhan mubarak by aram287 on deviantArt

Makan durian sampai terlentang

Assalamualaikum...(^ ^)

Maaf ye kawan² sebab baru sekarang Mas berkesempatan update. Hari ini memang kenduri makan durian besar²an memandangkan esok dah nak puasa kan? Mak mertua datang, abang ipar datang, kak long dan kawan² dia datang nak merasa hasil durian. Jadi Mas memang sibuk layan mereka!

Bila dah berkumpul ramai² makin seronoklah makan durian, memang makan sampai terlentanglah! Makin panaslah satu badan, tapi takpe janji puas makan. 

Memang makan tak habis, tengok jelah buah kat pokok ni yang masih belum gugur. Memang bersyukur sangat dengan rezeki Allah ini.






Sabtu, 30 Julai 2011

Tempoyak durian kampung, buat sendiri!

Assalamualaikum...(^ ^)

Murah betul rezeki Mas balik kampung kali ni, dapat merasa durian hasil tanaman arwah ayah. Tapi disebabkan buah yang terlalu banyak, memang tak laratlah nak makan. Jadi buah² yang telah dikumpul tu Mas buat tempoyak, itulah penambah selera untuk makan di bulan puasa nanti. Lagi pun Mas dan adik beradik memang penggemar tempoyak.

Jom kita tengok cara² buat tempoyak. Senang je, semudah ABC! Kalau ada kawan² yang peminat tempoyak, bolehlah beli durian dan buat sendiri.

 mula² durian dikupas dan dikeluarkan seulas²

 seterusnya isi durian ditanggalkan dari bijinya

pastu gaulkan isi durian dengan garam kasar, secukup rasa tau

inilah hasilnya hari ni, stok untuk makan sendiri dan adik beradik yang lain


Senang kan? Tempoyak durian kampung ni memang sedap. Tumbuk cili api dengan ikan bilis, gaul dengan tempoyak tu. Makan pulak dengan nasi panas, bisa tambah 2-3 pinggan!

Menu ala kampung, terangkat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedang bercuti di kampung, jadi entri pun tentang kampung jelah.

Bila dah berehat di kampung ni tekak pun rasa nak makan sayur dan lauk kampung, dah lama tak rasa sayur kampung ni. Kalau di bandar asyik makan sayur kangkung dan sawi je, lauk pulak asyik ayam dan ikan kembong. Naik boring dah rasanya! 

Jadi ada peluang cuti kat kampung ni terus masak menu ala kampung, memang terangkatlah! Makin berseleralah husband makan, jom tengok menunya.

Pucuk Asin² Masak Lemak

Ikan Patin Kukus Stim

Sambal Tempoyak dan Ulam Petai


Aroma durian menyambut ketibaan kami

Assalamualaikum...(^ ^)


Saat ini Mas sudah berada di kampung halaman tercinta. Bila melangkah kaki masuk ke dalam rumah pusaka ni, hati terasa sangat sayu. Seperti terngiang-ngiang suara arwah abah mak menyambut kepulangan Mas, sebak rasanya! Alhamdulillah, rumah arwah masih elok. Cuma rumah takde orang tinggal, agak kotor sikit.

Tapi yang paling buat Mas teruja ialah hasil durian dari dusun arwah abah. Memang tahun ni buah menjadi, semua pokok berbuah. Turun je dari kereta dah terbau aroma durian yang menusuk lubang hidung. Sedapnya, tak sabar nak menikmati buahnya. Durian kampung memang sedap!

Lihat hasil durian yang telah dikumpul oleh makcik yang tolong jagakan rumah ni, boleh buat meniaga. Husband Mas pun apa lagi, terus kupas sebiji. Buat lepas gian katanya! Nak makan banyak² dah pukul 11.30 malam masa tu, esok sambung lagi!




Nak makan durian sat, nanti sambung next entri!

Jumaat, 29 Julai 2011

jangan mudah lupakan

Assalamualaikum...(^ ^)

selepas waktu bekerja hari ini Mas akan balik ke kampung halaman di Temerloh, Pahang... teruja rasanya nak jejak kaki di rumah pusaka arwah mak dan abah setelah 3 bulan tak balik! lagi pun musim durian sekarang, tak sabar nak makan durian puas2... 

Mas dan adik beradik yang lain memang akan balik tengok rumah di kampung walaupun dah tiada siapa menetap di sana... seelok2nya jangan kita lupakan walaupun kedua orang tua kita dah takde! Mas tengok sepupu2 Mas tak pernah pun jejak kaki kat rumah peninggalan arwah mak ayah mereka... rumah tu terbiar sahaja! akhirnya adik beradik mereka sepakat runtuhkan rumah tu... sedihnya!

bagi Mas rumah di kampung tulah kenangan arwah mak abah... sayang dibiarkan begitu saja! kat rumah tulah Mas dilahirkan dan dibesarkan... bila rindu kat arwah berdua, Mas akan tengok sekeliling rumah dan ingat kembali kenangan indah bersama mereka! terubat rasa rindu tu... 

kalau kawan2 senasib dengan Mas pasti akan rasa perkara yang sama... paling penting jangan lupakan rumah pusaka mak ayah kita jika mereka sudah tiada!

Please Don't Forget Me by Emerald-Depths on deviantArt

dah rogol janji nak nikah pulak!

Assalamualaikum...(^ ^)

senangnya berjanji! kau dah musnahkan masa depan budak tu, sesuka hati buat janji nak ajak dia nikah pulak... ingat perkara main-main dan remeh temeh ke? pandai kau ye, nak lepaskan diri dari hukuman... geram betul rasa baca berita ni...

Rape by Flickan on deviantArt

Perogol janji nikah mangsa
KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya. 

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan. (baca selanjutnya di sini)

bagus jugak mahkamah tak terpedaya dengan taktik kotor perogol tu... biar dia kena penjara dan sebatan! bagi insaf sikit... harap keluarga mangsa pun tidak termakan dengan janji-janji palsu manusia bertopengkan syaitan seperti ini!

bukan rezeki kita

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini pasti hangat cerita tentang bola semalam... ni sedikit pendapat dan luahan rasa hati...

sumber gambar dari google

pada awal permainan, pemain seperti gugup bermain di depan penyokong sendiri yang begitu ramai... itulah senario yang kita boleh nampak semasa perlawanan semalam... pasukan Harimau Malaya seperti hilang punca dan arah pada separuh masa pertama! banyak peluang disia-siakan!

pemain lain seolah-olah berharap pada Safee Sali sahaja! nasib baik ada Fahmi yang berjaya menyelamatkan gawang gol dari ditembusi sang singa... cuma satu gol sahaja yang tidak berjaya dihalang... Mas rasa sikit kecewa dengan barisan pertahanan... mereka main seperti acuh tak acuh je!

tapi walau sedih dan hampa sekali pun mereka tetap terbaik... mereka telah bermain habis-habisan, namun rezeki tidak menyebelahi Harimau Malaya!  syabas pada mereka, jangan patah semangat... cuba lagi nanti! kalah kita kalah bermaruah, bukannya penuh kepura-puraan seperti sang singa tiruan tu!

HARIMAU MALAYA TERBAIK!!

pagi ni pun hujan lebat kan? mungkin turut bersedih atas kekalahan pasukan kita semalam

Khamis, 28 Julai 2011

kami dah bersedia... anda?

Assalamualaikum...(^ ^)

jam menunjukkan pukul 8.30 malam... kami 4 beranak dah ready kat depan tv! tak sabar nak menyaksikan pertarungan hebat antara Harimau Malaya dan sang Singa... walaupun hanya menonton di rumah berbekal TV Samsung 40 inci tapi kehangatannya tetap terasa seperti di stadium! 

lihat sajalah penyokong kuat Harimau Malaya kami... siap ada spanduk lagi! anak Mas yang sulung buat sendiri spanduk tu, semangat betul dia...


harapan Mas semoga skuad negara bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh... jangan hampakan harapan hampir 85,000 penonton di stadium mahupun di rumah! semoga mereka beroleh kemenangan yang boleh mengharumkan nama negara...

GO HARIMAU MALAYA... doa dan sokongan rakyat Malaysia mengiringi perjuangan kalian!

update terkini : syabas Harimau Malaya... walaupun kecundang tapi tetap bermaruah! kalian telah buktikan yang terbaik, jangan putus asa!

saya dan awak [10]

Assalamualaikum...(^ ^)

sekali sekala curiga tu perlu... bukan cemburu buta!

saya : awak sms dengan siapa? asyik je saya tengok...

awak : dengan kawan sayalah... kenapa?

saya : betul ke kawan? saya tengok siap senyum sorang2 lagi... lain macam je!

awak : betullah... saya senyum sebab sms member ni kelakar! kenapa... awak ingat perempuan ke? awak tak percaya kan saya ke?

saya : bukan tak percaya, cuma curiga je! tapi saya tetap percayakan awak...


I believe in you and me by kyokosphotos on devianArt

demi sekeping tiket

Assalamualaikum...(^ ^)

macam-macam cerita Mas dengar kat radio tadi tentang tiket bola... pelbagai keluh kesah yang diceritakan! sanggup apa saja demi nak dapatkan sekeping tiket bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya...

sumber gambar dari mudah.com.my

cuma Mas rasa kesal tentang sikap segelintir orang yang tidak bertanggungjawab dan suka ambil kesempatan... mereka beli tiket banyak-banyak pastu jual dengan harga yang mahal kepada orang lain... oleh kerana semangat kesukanan yang tinggi, mereka yang tak dapat tiket tu sanggup beli walaupun dengan harga RM300 untuk sekeping tiket! pandaikan ulat tiket ni kaut keuntungan...

sepatutnya pihak bertanggungjawab hadkan penjualan tiket pada setiap orang... misalnya seorang cuma boleh beli 5 tiket sahaja! mungkin cara sebegini boleh menghalang ulat tiket ambil kesempatan! kesian pada mereka yang tak dapat tiket walaupun dah beratur berjam lamanya...

Mas pun teringin jugak nak tengok kat stadium... tapi bila tengok nak dapatkan tiket pun susah, batalkan sahaja hasrat tu... tengok kat rumah jelah!

Rabu, 27 Julai 2011

wordless wednesday [18]

Assalamualaikum...(^ ^)

tak sabar nak tunggu pertarungan hebat ini...

Lion vs Tiger by viktorangel1 on deviantArt

lupalah hari ni puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

makin hampir dengan bulan puasa makin seronok bercerita tentang kenangan dan pengalaman puasa... ada saja peristiwa yang masih segar di ingatan ketika berpuasa di zaman kanak2 dulu! 

gambar kredit to puzianmasri.wordpress.com
Mas mula berpuasa seawal umur 8 tahun... puasa penuh tau! nak dijadikan cerita, masa tu hari pertama puasa... memang seronoklah sebab dapat berpuasa! masa tu mak suruh beri ayam makan dan dekat reban ayam tu ada sebatang pokok jambu! habis je beri ayam makan terus Mas pergi bawah pokok jambu... petik dua tiga biji dan makan dengan selambanya! sedaplah pulak... petik lagi dan makan lagi!

tengah asyik makan, dengar mak jerit... "sedapnya makan jambu, hari ni puasa kan? lupa ke atau buat2 lupa!" erkkk, terus teringat yang hari tu first day puasa! apa lagi terus keluarkan balik jambu kat dalam mulut... cakap kat mak bukan buat2 lupa tapi memang lupa... nasib baik tak batal puasa sebab mak cakap kalau lupa takpe! hehehehee... lega rasanya!

ada tak pengalaman camni? kongsilah kat sini...

wordless wednesday [17]

Assalamualaikum...(^ ^)

fasting Ramadhan by badr-ex on devianArt

Selasa, 26 Julai 2011

JOM MAKAN BUAH

Assalamualaikum...(^ ^)

bagi kawan2 yang takde aktiviti hari Jumaat dan hari minggu ni dan takde dusun buah-buahan boleh datang beramai2 ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya untuk Program Jom Makan Buah! 

boleh lah nak makan sampai buncit perut... jangan makan sampai tak larat nak bangun dan berjalan sudahlah! pakej yang ditawarkan memang menarik dan sangat berbaloi! samada nak beli dan makan di rumah atau bayar dan makan di situ sampai puas! 

confirm hari Jumaat ni Mas akan serbu... mau makan buah puas2!

gambar dari facebook Perbadanan Putrajaya

meluatlah dengar alasan camtu

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari google
kenapalah kalau bab duit ni orang suka bagi macam2 alasan... padahal itu duit kita dan memang patut pun mintak dari dia... rasa macam peminta sedekah pulak... terpaksa mengemis duit sendiri dari orang lain! 

dah sepatutnya duit tu dibayar pada kita seperti yang dijanjikan, bayar jelah... ini tak! alasan yang tak munasabah diberi... "bank yang aku guna hanya ada di kajang je, kat tempat lain takde! jadi aku kena pergi kajang dululah ambil duit..." logik ke alasan camni?

ingat kita ni bodoh ke? agak2lah der kalau nak bagi alasan! kad ATM kan boleh MEPS kat mana2 bank pun... sumpah Mas meluat tau! kalau takde duit lagi nak bayar cakap jelah terus terang kan... tak perlulah bagi alasan camni!

sebab tulah pasal duit orang boleh bergaduh!

arfan nak jadi polis

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar hiasan dari google

kebetulan pagi tadi ternampak polis sedang tahan sebuah kereta... anak Mas yang lelaki tu memang pantang kalau nampak polis tahan orang, macam-macam soalan dia akan tanya! maka sesi soal jawap pun bermula... lepas satu, satu soalan ditanyanya... kalau Mas jawap tak tahu, dia akan tanya kakak dia pulak!

pastu Mas tak puas hati, terus Mas tanya dia pulak...
"kenapa Arfan suka soal macam-macam bila nampak polis tahan orang? mama bukan tau sebab apa polis tahan orang tu?"

nak tau apa jawapan dia bagi...
"Arfan tanya sebab Arfan nak jadi polis... jadi polis best! Arfan tak nak jadi bomba macam babah tu, tak best!"

hahahahaha... memang tak boleh blah jawapan dia, tak menjawap soalan langsung!

itulah kan, tak terjawap sebenarnya kalau anak-anak ni bertanya... macam-macam soalan yang mereka ajukan! selagi tak dapat jawapan selagi tulah mereka tanya... penat jugaklah nak jawap bagi mereka puas hati! tapi bila kita bertanya kat dia, pandai pulak dia bagi jawapan...

jaga pahala puasa kita

Assalamualaikum...(^ ^)

kita semua tahu bila masuk bulan Ramadhan semua syaitan telah dirantai... jadi sebarang perbuatan jahat adalah kerana kita tidak mampu mengawal hawa nafsu kita sendiri!  perbuatan jahat ni bukan sahaja seperti mencuri tetapi perbuatan seperti mengumpat dan mengata orang lain pun dikira jahat kan?

ready for fasting month by albirru on deviantArt
kadang2 kita tak sedar atau tak ingat yang kita berpuasa... tapi mulut kita tak henti mengata tentang hal orang lain! mulanya niat nak menegur saja tapi niat dah terpesong... akhirnya cerita orang tersebut jadi bahan umpatan!

walaupun kita pelik seseorang itu berubah bila tiba bulan puasa, misalnya dari tak solat kepada rajin solat! janganlah kita bercakap tak elok tentang dia seperti ini... "dia tu bila puasa rajinlah solat tapi habis puasa nanti terus tak solat dah!"

kenapa nak cakap begitu? sepatutnya kita bersangka baik... mungkin dia nak belajar untuk berubah! jadi terjaga kah pahala puasa kita bila berprasangka sebegitu? fikir semula...

Isnin, 25 Julai 2011

sambil tutup mata pun boleh

Assalamualaikum...(^ ^)

terasa diri amat bodoh sekali... benda yang simple pun tak boleh buat! bila dah tau caranya, sambil tutup mata pun boleh buat sebenarnya... rasa menyesal pulak sebab tak cuba cari penyelesaiannya selama ni!

Mas pakai telefon iphone dah hampir 1 tahun... tapi tak tahu camne nak keluarkan simcard dari telefon tu... pernah juga cuba nak buka cover belakang tu, tapi tak boleh! siap search kat google lagi nak tau cara2 nya, tapi takde pun...

hari ini Mas dah tukar simcard kepada prepaid... bila nak masukkan simcardnmulalah gelabah, sebab tak tau nak buka camne! dengan muka tak malunya pergilah kedai handphone minta taukeh kedai tu bukakan... ingat kan FOC, rupanya siap kena charge RM5! padahal punyalah senang... cucuk pakai jarum peniti pun boleh! 

husband Mas punyalah tak puas hati... siap cakap kat taukeh tu, pandai lu cari makan! tapi nak buat camne, salah sendiri... pakai handphone tapi tak tau apa2!

gambar pinjam google
rupanya kat sini je tempat simcard dia... mati2lah Mas ingat kena buka cover belakang tu! padahal cover belakang memang tak boleh buka... nyesalnya tak google cara2 nak buka tempat simcard iphone!

sudah tukar... baru puas hati!

Assalamualaikum...(^ ^)

agaknya Mas ni memang pengguna setia Maxis lah... jadi pelanggan Maxis dari mula pakai handphone sampailah sekarang... nombor telefon pun memang tak pernah tukar sejak dari tahun 2000! memang bertuahlah nombor tu, 11 tahun masih setia dengan pemiliknya... 


masa zaman belajar memang guna prepaid... mana mampu nak pakai line! bila dah kerja, dah banyak duit terus tukar postpaid! mula2 rasa puas hati jugak guna postpaid... bil pun dalam RM100 ke RM150 sebulan... berbaloi kan, sebab pakai 3 nombor! 

tapi lama kelamaan ada je charge tersembunyi dikenakan... pernah sekali tu Mas tak guna internet mobile tapi charge dikenakan sampai ratusan ringgit! masa tu memang Mas dah hilang sedikit kepercayaan pada Maxis... tapi Mas cuba bersabar untuk 3 bulan lagi... ingatkan ada perubahan, tapi tetap sama!

jadi hari ini Mas ambil keputusan muktamad untuk tukar kembali dari postpaid ke prepaid... baru puas hati! boleh jimat RM200 sebulan untuk bil telefon... cuma yang tak puas hatinya pertukaran tersebut dikenakan charge sebanyak RM25 untuk satu nombor... pandai juga Maxis kaut keuntungan kan?

klik sana, klik sini... habis!

Assalamualaikum...(^ ^)

alhamdulillah, hari ini bolehlah senyum lebar sikit.... sebab gaji dah masuk! bolehlah beli stok barang2 dapur untuk keperluan bulan puasa nanti... 

Money by Venomspartan on devintArt
cuma duit gaji sekarang hanya nampak di mata je... nak pegang di tangan tu memang susah sikit! bukannya apa, semua bil hanya dibayar di hujung jari je... klik sana, klik sini, langsai dan habis sekelip mata je! begitulah kecilnya nilai duit sekarang kan? tidak sama macam zaman mak ayah kita dulu, kalau RM50 tu dah rasa cukup banyak dah! macam2 boleh beli...

tapi sekarang RM50 tu hanya boleh isi minyak kereta untuk seminggu je, itu pun tak berapa cukup kan? sebab tulah bagi Mas duit sekarang cukup besar maknanya... setiap sen tu kalau boleh nak dibelanjakan sebaik mungkin! bajet sana, bajet sini, supaya cukup untuk tunggu gaji bulan hadapan...

sebab tulah orang yang susah duit ni dia lebih menghargai setiap ringgit yang ada... 

Ahad, 24 Julai 2011

saya dan awak [9]

Assalamualaikum...(^ ^)

orang lelaki kalau sakit mengalahkan budak-budak..

saya : awak ni kenapa, deman sikit je tapi manjanya mengalahkan budak2 lah!

awak : mana ada... saya rilek je ni!

saya : tak payah nak tipu lah... dari tadi asyik mengeluh je saya dengar! pening kepalalah, sakit badanlah, tak boleh nak bangunlah...

awak : biasalah sayang! saya ni jarang sakit, bila dah sakit macam ni, naklah manja2 dengan awak!

saya : itu bukan manja... itu ngada2 je lebih! mari sini saya picitkan kepala tu...

macam tulah nak layan orang lelaki sakit ni... semuanya nak layanan lebih! kalau sakit tu terlantar je, tak boleh buat apa langsung... tapi bila kita sakit, masih boleh masak dan kemas rumah lagi! 

tapi layankan jugak... sapa tak sayang suami kan?

sumber gambar dari google

lelaki cerewet

Assalamualaikum...(^ ^)

fussy danbo in flickr.com
bila sebut pasal cerewet biasanya kita kaitkan dengan wanita kan? mereka ni selalunya cerewet tentang kecantikan dan penampilan diri... cerewet juga tentang kebersihan dan kekemasan... dan juga cerewet dalam pemilihan barang2 keperluan seperti pakaian dan perhiasan diri!

tapi bagaimana pula dengan lelaki... adakah mereka mempunyai sikap cerewet ni? jangan kata takde tau... ramai juga sebenarnya lelaki cerewet ni! cuma jangan pula kita kaitkan lelaki cerewet ni dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat lemah lembut seperti wanita... ada lelaki sejati yang macho tetapi cerewet!

contohnya yang paling terdekat cuba tengok suami atau pasangan kita... macam husband Mas, dia paling cerewet dalam bab pemilihan pakaian, perhiasan diri dan aksesori kereta! kalau nak pergi shopping, Mas memang tak berapa suka nak teman dia... bukannya apa, nak pilih sehelai baju tu boleh memakan masa 2 jam tau! punyalah cerewet, ada je yang tak berkenan di hati dia...
 
tapi kadang tu Mas layankan je... kerana itu semua untuk kepuasan diri dia kan? sama juga macam Mas...

Sabtu, 23 Julai 2011

Program 10,000 Langkah Sehari MySihat

Assalamualaikum...(^ ^)

seperti diwar2kan dalam entri ini, Mas telah menyertai Program 10,000 Langkah Sehari MySihat yang bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 2... seawal jam 6.00 pagi Mas dah berada di sana untuk buat pendaftaran dan dapatkan baju t-shirt percuma!

10,000 kali ni tidaklah mencabar seperti yang Mas sertai sebelum ni... kami hanya berjalan lebih kurang 2 atau 3 kilometer je... penyertaan memang mengalakkan dari warga Putrajaya dan luar dari Putrajaya! yang paling seronok setiap peserta yang berjaya tamatkan cabaran jalan kaki akan dapat sijil dan goddies bag... 

Mas memang sangat enjoy... seronok dan badan pun sihat! 


kami mula di sini... 

 with my BFF... sebelum acara bermula!

 di booth Berita Harian... ada artis tau, tengah tunggu artis tu keluar!

inilah artis tu, Rozita Che Wan... kulit dia licin woooo!

dengan rakan2 ofis Mas... happening!

posing lagi sebelum bermula... Mas pandang siapa ek??

cantik tak kami... eh, baju kami!

 peace! langkah pun bermula...

jom jalan hingga ke garisan penamat...

10,000 langkah lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari Berita Harian
saat entri ni dipublish Mas sudah berada di Dataran Putrajaya untuk memulakan acara jalan kaki 10,000 langkah... sebelum ni Mas menyertai program ni yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan, boleh baca entri ni... tapi acara kali ini dianjurkan bersama oleh Berita Harian dan Kementerian Kesihatan...

pendapat Mas acara sebegini memang patut diadakan setiap tahun... kerana sedikit sebanyak ia akan membantu kita mengamalkan gaya hidup yang sihat! di samping itu juga kita boleh beriadah bersama kawan2 dan keluarga! sekurang2nya masa hujung minggu kita tidak terbuang begitu sahaja...

inilah antara aktiviti2 sampingan yang bakal diadakan... bestnya!

sumber gambar dari Berita Harian

oklah... nak mulakan langkah dah ni! satu, dua, tiga... go!

Jumaat, 22 Julai 2011

nak minta kebenaran juga ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

dah jadi kebiasaan bagi Mas... kalau nak pergi ke mana2 mesti minta kebenaran suami... walaupun sekadar nak pergi ke Alamanda pada waktu rehat! Mas akan rasa bersalah kalau tak beritahu dia ke mana nak pergi... 

sumber gambar dari sini
bukannya apa, kita ni isteri orang... kalau pergi kemana2 tanpa pengetahuan suami, ia boleh menimbulkan fitnah! mana tau tiba2 ada orang buat cerita, kata nampak kita di Alamanda dengan lelaki... padahal masa tu kita keluar makan beramai2 dengan kawan pejabat! 

bukan sahaja isteri, malah anak2 pun sama... kalau kita di pejabat nak keluar kemana2 waktu rehat, seeloknya minta kebenaran dengan mak ayah dulu! biar mereka tahu kemana kita pergi... at least kalau ada orang buat fitnah pasal kita, mak ayah tahu kita kemana sebenarnya!

walaupun nampak remeh tapi ia menjauhkan kita dari fitnah orang yang berniat jahat!

kereta manual atau automatik

Assalamualaikum...(^ ^)

ehsan gambar dari google
seingat Mas masa belajar memandu je Mas memandu kereta manual... bila dah dapat lesen, terus memandu kereta automatik sampailah sekarang! kalau disuruh memandu kereta manual, rasanya tak reti dah... maybe boleh sikit2 tapi di jalan yang takde kereta lainlah... 

ada segelintir orang begitu kan? pandai memandu kereta automatik tapi tak cekap kereta manual dan sebaliknya!  mungkin sebab kaki dah biasa main minyak dan brek je... bila kereta manual terpaksa guna klac!  

macam Mas, bukannya tak boleh langsung memandu kereta manual tapi kurang cekap... Mas memang ada masalah nak guna klac... kalau kat jalan jammed lagilah, mesti enjin mati banyak kali punya!

teringin nak jadi macam orang lain, cekap memandu samada manual atau automatik... kawan2 bagaimana, ada masalah seperti Mas tak? jomlah kongsi sikit...

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com