Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 31 Julai 2015

Makin mahal

Assalamualaikum...(^ ^)


Berapa agaknya harga makanan ni. 

RM3, RM4, RM5. Bukan, semuanya salah!

RM7 untuk sesenduk pulut dan sambal sotong. Haaaaa terbeliak bijik mata membayarnya.

Makin mahal, itu je yang boleh Mas katakan untuk harga makanan sekarang. Kadang tu rasa tak munasabah je, terfikir kenapa peniaga jual harga mahal camni. Padahal kedai makan ni kat kawasan yang hampir dengan kampung.

Mungkin kerana kos bahan mentah yang makin mahal, jadi nak balik modal dan kaut untung lebih juallah mahal sikit. Tapi tak perlulah mahal sangat camtu jika kedai memang dah dikenali, sentiasa ramai pelanggan. Kalau kekalkan harga dan kualiti pasti makin ramai pelanggan baru dan pelanggan lama akan tetap setia.

Nak kaut keuntungan tapi biarlah berpada, tak gitu!

Khamis, 30 Julai 2015

Menulis blog

Assalamualaikum...(^ ^)

"Aku menulis bukan kerna nama"

Mas mula menulis blog dari tahun 2011. Masa tu tak pernah terfikir yang dari blog boleh pergi event, boleh jana pendapatan, boleh luaskan pengaruh di media sosial dan boleh dikenali. Hebat jugak menulis blog ni kan, kalau betul dengan caranya.


Tapi Mas tak kisah sangat semua tu, kalau ada anggap ia rezeki dan satu bonus. Mas tahu kemampuan dan taraf blog sendiri. Lagi pun Mas menulis sekadar untuk perkongsian dan berikan ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca. Kuasa pembaca untuk menilai penulisan dan blog Mas, kalau mereka rasa bermanfaat dan berfaedah pasti akan dikongsikan! 

Tapi Mas tak nafikan, luaskan pengaruh kita di blog atau laman sosial memang ada bagusnya. Sekurangnya apa yang kita tulis dan sampaikan dapat manfaat kepada orang lain. Cuma kejar pulangan tu letak nombor dua, yang penting dapatkan kepercayaan dulu.


Bila dah berjaya baru boleh demand kan? Masa tu semua dah tau hanya menulis blog kita mampu berjaya dalam hidup!

Rabu, 29 Julai 2015

Kasih bapa

Assalamualaikum...(^ ^)

Pagi ni dengar di radio Sinar kisah Abang Reza yang sanggup bawak 3 orang anaknya balik ke kampung di Penang dengan hanya menaiki motor. Memang dah lama viral kisah ni di laman sosial tapi baru hari ni Mas dengar sendiri dari mulut beliau mengenai keadaan itu.

Asalnya beliau hanya nak balik sendiri ke kampung kerana ada urusan kerja. Tetapi 3 orang anaknya beria nak ikut. Mulanya dia tak nak bawak tetapi anak² dah merengek nak ikut. Demi kasih seorang bapa dia tak sanggup lihat kesedihan anak², jadi dia doa dan tawakal untuk bawak mereka menaiki motor dan tempuh perjalanan yang jauh.


Memang ada segelintir yang bercakap kurang enak, malah ada yang menuduh dia sanggup bahayakan nyawa anak². Tapi sebagai bapa naluri kebapaan dan rasa kasih sayang tu buatkan dia ketepikan bahaya itu. Baginya gembirakan hati anak² lebih utama, itulah kasih bapa!

Kerana kasih itu Allah lindungi mereka, selamat pulang dan kembali. Perjalanan mereka dimudahkan dan lancar kerana rasa kasih itu. Itulah perancangan Allah, sangat indah!

Selasa, 28 Julai 2015

Tugas khidmat masyarakat

Assalamualaikum...(^ ^)

Jangan ingat tugas pegawai bomba hanya padamkan kebakaran je. Itu memang tugas utama tapi mereka jugak ada tugas khidmat masyarakat. Kadang tugas ni tak kira masa dan keadaan, jika perlu dan mendesak kena laksanakan jugak.

Tugas khidmat masyarakat
Tugas ni biasanya melibatkan khidmat khas kepada masyarakat sekeliling yang perlukan bantuan pihak bomba. Biasanya khidmat binatang berbahaya seperti ular atau lebah, khidmat menyelamatkan haiwan yang tersepit dan khidmat lain yang tak mampu diselesaikan sendiri. 


Ini kisah semalam kat kedai makan. Husband berhenti makan kat kedai tu, sekali taukeh kedai minta tolong keluarkan anak kucing tersepit. Dia tahu husband bomba jadi teruslah mintak tolong. 

Memang nampak mudah tapi tuntutan tugas khidmat kemasyarakatan tu tak kira bila, masa dan situasi. Walaupun masa tu husband tengah off duty tapi kerana rasa tanggungjawab dia bantu!

Isnin, 27 Julai 2015

Raya bersama rakan blogger

Assalamualaikum...(^ ^)

Dunia blogger ni seronok kan? Dari hanya kenal di alam maya, berjumpa dan bersua muka terus jadi mesra. Pastu rapatkan lagi silahturrahim dengan kunjung mengunjung di hari raya.

Sabtu ahad sempatlah Mas berkunjung di rumah rakan² blogger. Walaupun baru kenal tapi ukhwah yang terjalin buatkan kami jadi mesra. Seronok borak²!

Jadi jangan hadkan persahabatan tu setakat di alam maya je. Rapatkan lagi hubungan tu dengan berhari raya bersama. Barulah lebih mengenali dan lebih erat.

Terima kasih sahabat² blogger sudi terima kunjungan Mas. Moga ukhwah terjalin kekal selamanya.





Minggu depan raya rumah rakan blogger lagi.

Ahad, 26 Julai 2015

Anak babah

Assalamualaikum...(^ ^)

Betul ke orang cakap anak perempuan lebih rapat dengan ayah. Atau pun anak yang wajahnya seiras ayah lebih serasi bersama. Bagi Mas kebetulan je!

Sebab macam Mas rapat dengan dengan arwah mak dan abah masa mereka masih ada. Ada sesetengah perkara Mas serasi dengan mak, ada yang serasi dengan abah. Jadi takde istilah anak perempuan lebih rapat dengan ayah.


Anak Mas pun macam tu, terutama Airis. Bila ada babah memang mama tak dihiraukan. Asyik berkepit dengan babah je, mana babah pergi nak ikut. Tapi kalau babah takde depan mata, mamalah pujaan hati. Cuma dalam masa yang sama dia masih ingat babah, cari jugak babah dia.

Pastu anak² Mas ni lebih berani minta apa² dengan babah. Dengan Mas memang susah sikit nak mintak apa², hehehee! Bukan kedekut tapi mama lebih berkira² sikit. Kalau benda penting mama akan bagi, tapi kalau tak penting memang tak lah.


Tapi tak kisah anak babah ke anak mama, janji kasih sayang tu sama. Takde terlebih atau terkurang! 

Jumaat, 24 Julai 2015

Memori raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok tengok kawan² kongsi gambar memori campak belakang raya dalam Facebook. Jadi Mas nak kongsi jugak gambar² memori raya Mas dan keluarga dalam blog. 

Mas kahwin tahun 2002, tapi tak dapat nak letak gambar raya dari tahun 2002. Yang ada cuma gambar raya dari tahun 2008 hingga 2015. Gambar tahun 2002 hingga 2007 ada dalam laptop tapi laptop pulak rosak. Pastu dulu mana ada handphone canggih², jadi gambar banyak guna kamera biasa je.

Tapi takpelah, kita campak belakang gambar raya tahun 2008 hingga 2015. Jom mengimbau memori Raya. Tahun 2008 tema hijau pucuk pisang dan tahun 2009 kami pilih tema kuning diraja. 2 tahun ni anak masih 2 orang.





2010 tema hitam putih. Masa ni pagi 1 Syawal kami gerak balik beraya ke rumah mak mertua, jadi tak sempat nak ambil gambar satu keluarga. Yang ada gambar dengan keluarga mertua je. 2011 tema maroon jadi pilihan. Kedua² tahun ni pun anak masih 2 orang. 




2012 tema ungu, dan tahun ini paling manis sebab beraya masa mengandungkan Airis 7 bulan lebih. 2013 tema pink pulak dan keluarga semakin besar dengan bertambahnya anak kepada 3 orang.




2014 tema turqoise jadi pilihan, anak pun dah 3 orang. 2015 tema hijau emerald + merah. Tapi tahun ni agak sedih sebab pagi raya husband tiada di sisi kerana tak dapat balik raya. 




Sebenarnya setiap tahun husband Mas tak dapat cuti raya tapi dia ada di pagi raya sebab kebetulan masa tu dia shift malam dan off day. Jadi dapatlah dia balik sekejap untuk bersama di pagi raya. Cuma tahun ni je dia kena shift siang di pagi raya, jadi tak dapatlah balik. 

Inilah memori Raya Mas sekeluarga yang sentiasa menjadi kenangan terindah. 


Khamis, 23 Julai 2015

Cerita bergambar [7]

Assalamualaikum...(^ ^)

7 Ramadhan, masih mood raya dan mood cuti lagi walaupun hanya dok kat rumah je. Nak beraya pun orang ramai dah kembali bekerja, jadi kita tunggu hujung minggu. 

Entri hari ni Mas kongsi cerita bergambar semasa cuti raya tu, jom tengok!

1. Inilah antara cucu² arwah mak dan abah, semuanya 14 orang. Cucu pertama sudah tentulah anak Mas si Atikah. Kalau mak abah masih ada pasti mereka seronok melayan karenah cucu². 




2. Aktiviti petang raya anak² buah dan anak Mas selepas penat beraya. Aktiviti apa tu, kemain lagi gaya masing². Apa lagi main gasing lah, semua ni penangan cerita Upin Ipin. Tapi bagus jugak mereka beriadah camni dari asyik mengadap TV dan gajet je.



3. Airis paling susah nak ajak bergambar masa raya tu. Tengoklah orang semua dah senyum depan kamera dia boleh berjalan entah nak pergi mana. Pastu gambar lagi satu tu siap garu hidung lagi. Susah betul nak dapat mood dia! 




4. Ini namanya silahturrahim di hari raya. Jumpa kembali sahabat lama semasa sekolah menengah dulu setelah lebih kurang 25 tahun tak berjumpa. Terima kasih Asma sudi datang bertandang ke teratak buruk Mas.



5. Rumah peninggalan arwah mak abah inilah tempat kami berkumpul setiap tahun bila pulang beraya. Banyak kenangan dan nostalgia terindah di rumah ni, susah nak dilupakan. Kami akan teruskan tradisi ini sehingga ke anak cucu kami!


Rabu, 22 Julai 2015

Air tangan suami

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok kan kalau suami kita pandai memasak. Tak perlu masak yang sedap² sangat, yang mudah pun takpe. Janji boleh memikat selera!

Mas kira bertuah jugak sebab husband pandai bab masak memasak ni. Kadang tu air tangan dia lebih sedap dari Mas. Ada jugak masakan yang Mas tak berapa pandai masak tapi dia lagi arif. Itu yang seronok, boleh saling bantu membantu.


Contohnya kalau buat nasi lemak, jujur cakap memang Mas tak pandai sangat. Kalau masak pun memang tak sesedap nasi lemak husband. Jadi bab masak nasi lemak ni memang Mas selalu serahkan kat husband. Cukup lemak dan rasa nasi lemak dia, memang nombor satu! 

Pastu buat telur dadar, memang benda yang mudah kan? Tapi Mas tak reti sangat buat telur dadar segebu dan sesedap yang husband buat. Selalu anak² mengadu kenapa mama buat telur dadar tak sesedap babah buat, huhuhuu! Jadi kalau anak² nak makan telur dadar, lebih suka husband yang buat. Mas suka, anak² lagi suka.


Tak terasa hati ke anak² lebih puji air tangan suami? Laaa apa nak terasanya, sama² masak untuk perut sendiri dan anak². Mas ada kelebihan dan husband pun ada kelebihan dia. Apa yang dia reti dia masak dan apa yang Mas reti Mas akan masak. Sama² bantu, barulah harmoni rumahtangga dan eratkan lagi kasih sayang.

Baru perut sama² kenyang, hehehee!

Baju raya kami

Assalamualaikum...(^ ^)


Syawal tahun ni tema baju raya kami hijau emerald dan merah. Susah jugak nak cari warna bagi nampak sedondon, terutamanya baju husband dan Arfan. Macam baju Mas, Ika dan Airis memang dah beli yang sedondon. 

Baju Mas beli di butik Nur Izzah masa shopping raya kat Kenanga Wholesale. Mas memang tak cerewet sangat bab membeli baju, nampak yang berkenan di hati dan menepati citarasa terus beli. Kebetulan pulak baju ni ada saiz untuk Ika dan Airis, jadi terus beli 3 helai. 



Tudung pulak Mas beli kat butik di Shah Alam. Murah je, sehelai RM25. Mas punya wide shawl glitter dan Ika punya instant shawl. Cantik dan kainnya mudah dibentuk!

Baju Melayu Arfan pulak beli kat pasaraya Hari Hari je, walaupun murah tapi kainnya tetap berkualiti. Untuk anak² ni tak perlu beli mahal² sebab mereka makin membesar. Untuk husband dia berminat dengan kurta, jadi beli kurta kat Nilai 3 dengan harga RM50 je!


Itulah baju raya kami. Tak mahal pun, janji kain berkualiti dan selesa dipakai.

Isnin, 20 Julai 2015

Riang ria Raya : Adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)

4 Syawal, suasana kampung semakin sunyi, semua adik beradik dah balik ke kediaman masing². Malam ni hanya Mas dan anak² je yang masih bermalam di kampung. Esok kami jugak akan pulang ke teratak di Salak Tinggi.


Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, Mas nak kongsi lagi gambar² raya. Kali ni gambar kami adik beradik, tahun ni kami 4 beradik je beraya di kampung. Walaupun jarang dapat berkumpul 7 beradik tapi mana yang dapat balik tetap akan balik untuk beraya bersama.

Seeloknya begitulah kan, barulah hubungan adik beradik lebih erat.

Riang ria Raya kami adik beradik!











Ahad, 19 Julai 2015

Riang ria Raya : Famili

Assalamualaikum...(^ ^)

3 Syawal dah, ada yang dah mula kerja ke esok. Mas ada seminggu lagi cuti!

Nak kongsi gambar riang ria raya Mas bersama anak². Walaupun beraya tanpa babah mereka tapi kenangan beraya kena diabadikan. Boleh jadi memori buat anak² bila mereka dewasa.


Raya Mas tahun ni memang sederhana. Selepas menikmati juadah hari raya Mas terus bawak anak² ke masjid untuk solat sunat hari raya. Kemudian ziarah kubur arwah mak abah. Maklumlah kami jarang balik, jadi bila hari raya barulah dapat ziarah kubur mereka.

Kemudian balik rumah terus bergambar, bermaafan dengan adik beradik dan beri duit raya pada anak saudara. Pastu lepak kat rumah, tak pergi beraya ke mana pun. Anak² je beraya pusing keliling kampung, itulah seronoknya jadi budak².

Gambar raya Mas untuk tatapan semua!










Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com