mrs secretary

Rabu, 29 Julai 2015

Kasih bapa

Assalamualaikum...(^ ^)

Pagi ni dengar di radio Sinar kisah Abang Reza yang sanggup bawak 3 orang anaknya balik ke kampung di Penang dengan hanya menaiki motor. Memang dah lama viral kisah ni di laman sosial tapi baru hari ni Mas dengar sendiri dari mulut beliau mengenai keadaan itu.

Asalnya beliau hanya nak balik sendiri ke kampung kerana ada urusan kerja. Tetapi 3 orang anaknya beria nak ikut. Mulanya dia tak nak bawak tetapi anak² dah merengek nak ikut. Demi kasih seorang bapa dia tak sanggup lihat kesedihan anak², jadi dia doa dan tawakal untuk bawak mereka menaiki motor dan tempuh perjalanan yang jauh.


Memang ada segelintir yang bercakap kurang enak, malah ada yang menuduh dia sanggup bahayakan nyawa anak². Tapi sebagai bapa naluri kebapaan dan rasa kasih sayang tu buatkan dia ketepikan bahaya itu. Baginya gembirakan hati anak² lebih utama, itulah kasih bapa!

Kerana kasih itu Allah lindungi mereka, selamat pulang dan kembali. Perjalanan mereka dimudahkan dan lancar kerana rasa kasih itu. Itulah perancangan Allah, sangat indah!

9 ulasan:

  1. yang membaca ni juga menjadi sayuuu....

    BalasPadam
  2. Rezeki anak2 . rahsia A.S.W. tiada sapa yg tahu.

    BalasPadam
  3. Rezeki anak2 . rahsia A.S.W. tiada sapa yg tahu.

    BalasPadam
  4. sayu,berair mata teringat abah kat kg...

    BalasPadam
  5. Setuju dgn akk...aslkan mereka selamat pergi dan pulang dah syukur alhamdulillah

    BalasPadam
  6. kesian, sayu dan salute dengan si ayah ni..teringat dulu kami hanya ada motor sahaja..sering ditinggalkan kalau mak abah ke mana2..serik sgt...nak x nak kena berani jaga adik2 yang lain..pernah kena tinggal semalaman....

    BalasPadam
  7. kasih bapa yang tiada tandingan..demi anak²

    BalasPadam
  8. truly father... moga2 anak2 dia menghargai ayah diorang ni sebaik - baiknya...

    kasih sayang bapa tak terucap kat mulut, tapi lahir melalui perbuatannya...

    ayah juga perlu dihargai... ^_^

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com