Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 16 Oktober 2018

Neem and Tumeric Soap : Bagus untuk kulit alergik

Assalamualaikum...(^ ^)


Korang pernah tahu tak pasal produk Himalaya, dan pernah gunakan tak? Macam Mas memang pernah dengar nama produk ni tapi tak pernah guna, dan tak pernah tahu apa produk yang ada. Tapi Mas banyaklah baca pasal kebaikan produk² Himalaya ni, ada macam² jenis rupanya. 

Bila dah tahu kebaikannya Mas pernahlah amalkan supplemen dari Himalaya iaitu Shatavari untuk milk booster dan Bonnisan untuk tambah selera makan anak². Mas ada kongsikan entri pasal kelebihan dan keberkesanan menggunakan kedua² produk ni, boleh baca entri Shatavari Himalaya: Milk booster pilihan dan Bonnisan Himalaya : Tingkatkan selera makan anak².



Himalaya @ Farmasi Constant Kip Mall Kota Warisan
Kali ni Mas nak kongsikan lagi satu produk Himalaya yang Mas baru cuba guna. Sebelum Mas cerita panjang lebar mari Mas kongsikan sedikit pasal butik Himalaya yang Mas pergi. Mas pergi ke KIP Mall Kota Warisan sebab ia yang paling dekat dengan tempat Mas menetap di Sepang. Butik Himalaya di KIP Mall Kota Warisan ni terletak di dalam Farmasi Constant. Senang je nak cari farmasi ni, pergi je kat ground floor. Farmasi ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10.15 malam.

Sampai je kat situ mesti akan nampak produk² Himalaya tersusun rapi, macam² ada dari penjagaan rambut, penjagaan kulit, penjagaan gigi, supplemen, produk penjagaan bayi dan pelbagai lagi. 

Haaa sekarang Mas nak kongsikan pulak pasal satu lagi produk Himalaya yang Mas baru guna, iaitu Neem & Tumeric Soap. Mas nak sangat beli sabun ni sebab nak rawat masalah alergik kulit Airis, dah macam² ubat pakai tapi tak baik jugak. Katanya Neem & Tumeric Soap ni bagus untuk kulit alergik dan gatal². 



Himalaya Neem & Turmeric Soap
Himalaya Neem & Turmeric Soap merupakan sabun yang mengandungi bahan² semulajadi yang boleh memberi perlindungan kepada kulit kita sepanjang masa. Antara bahan² aktif yang bagus di dalam sabun ni ialah: 

1. Neem (Daun Semambu) dapat membantu melembabkan kulit kering dan mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit. Ia jugak bertindak sebagai antibakteria yang mampu mengurangkan jerawat, ruam dan gatal².

2. Sabun ini jugak mampu mengurangkan parut² demam campak dan parut jerawat. Haaa yang kurangkan parut chicken pox tu memamg bagus tau, tak sabar nak cuba kat Airis sebab kat badan dia memang banyak parut chicken pox. Harap berkesan!



Turmeric (Kunyit) mempunyai fungsi sebagai anti-radang yang dapat melembutkan kulit dan mengurangkan kemerahan serta kerengsaan kulit.

Haaa menarik kan sabun ni, sesuai sangatlah untuk masalah alergik Airis. Moga berkesanlah untuk dia. Pastu kalau korang ada anak² yang punyai masalah alergik, bolehlah cuba Neem & Tumeric Soap ni. Jangan risau pada kesan sampingan sebab ianya 100% dari bahan semulajadi. Harga pulak hanya RM10.90 seketul.


Banyak lagi tau produk Himalaya yang menarik tau, korang bolehlah pergi ke butik² berhampiran dan dapatkan khidmat nasihat dari jurujual di sana. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk² Himalaya ni, boleh layari:


12 ulasan:

  1. juju mmg pengemar produk himalaya, neem sabun tu bagus utk mengurangkan rasa tak selesa bila naik ruam atau campak.

    BalasPadam
  2. hr tu anak jiran kena cpox. dia guna sabun ni. mmg bgs..

    BalasPadam
  3. Wah,huda baru tahu manfaat produk ni untuk kulit alergik. Boleh promote akak suh beli sbb anak2 selalu alergik kulit

    BalasPadam
  4. pernah guna pencuci muka dan syampu je.

    BalasPadam
  5. Bagus sabun ni. Memang boleh hilangkan parut campak.

    BalasPadam
  6. Haaaa.. Leh guna untuk parut demam campak.. Tu yang penting.. Nak g cari laa

    BalasPadam
  7. kene cari ni kalau nampak butik himalaya..bagus sangat ni

    BalasPadam
  8. Wahh bagus sangatt nii. Wajib try!

    BalasPadam
  9. saya banyak jugak guna product himalaya, memang bagus and natural :D

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...
    Kat area Penang d mana bole dptkn produk ni...?
    TQ.

    BalasPadam
  11. Buleh guna kt muka ke....

    BalasPadam
  12. Klu area sg petani dimn boleh saya beli?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com