Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 Mac 2018

Bonnisan Himalaya : Tingkatkan selera makan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak Mas si Airis tu takdelah dalam kategori kurus kering dan tak nak makan langsung, di usia nak cecah 6 tahun berat badan dia pun 21kg. Cuma Mas risau kadang tu dia tak mahu makan nasi, suka makan makanan yang tak berkhasiat macam gula², makanan ringan dan lain². Kalau boleh Mas nak dia berselera makan nasi sebab dia dalam proses nak membesar, dapat makan sekali sehari pun jadilah. 


Jadi Mas bercadang nak bagi dia supplemen yang boleh tambah selera makan, supaya dia tak memilih sangat bila nak makan. Cari punya cari, nampaklah ramai rakan blogger dok review pasal Bonnisan Himalaya ni. Majoriti bagi reaksi positif, selera makan anak mereka bertambah baik. Walaupun tidak secara mendadak tapi adalah peningkatan, baguslah tu untuk kesihatan anak² kan? Apa lagi Mas pun nak jugaklah cuba bagi pada Airis, mana tahu selera makan dan tabiat pemakanan dia bertambah baik!

Bonnisan Himalaya Supplemen Selamat
Mas kata ianya selamat sebab punyai kelulusan dari KKM dan 100% halal. Bahan² kandungan dalam Bonnisan jugak bebas daripada alkohol, klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate, jadi memang selamatlah untuk diberikan pada kanak². Lagi pun kesemua bahan² kandungan Bonnisan adalah dari bahan semulajadi, iaitu dari ekstrak tumbuh-tumbuhan.


Pastu Bonnisan ni bukan sahaja sebagai perangsang kepada penambahan selera makan yang berkesan tetapi ia jugak ada kebaikan lain. Antara kebaikan dan kelebihan Bonnisan Himalaya ialah:
1. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
2. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
3. Membantu penambahan berat badan.
4. Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
5. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.

Kesan selepas 5 hari anak² amalkan Bonnisan
Alhamdulillah selepas 5 hari nampak kesan positif pada selera makan Airis, setiap hari nak makan nasi. Kalau dulu balik sekolah jenuh berpaksa makan nasi, tapi sekarang dia yang minta. Masuk je rumah terus tanya, "Mama nasi dah masak ke, Airis lapar dah ni!" Pastu sebelah malam pun kadang tu dia minta nasi, biasanya jarang dia makan nasi malam². Lega Mas, sebabnya bila dah selalu makan nasi dia dah tak minta makanan bukan² ni. Perut dah kenyang kan?


Lagi satu niat asal nak bagi Airis je makan tapi bila tengok si Arfan pun susah jugak nak makan nasi, Mas suruh dia amalkan Bonnisan ni. Syukur sebab selera makan dia pun dah bertambah baik, hari² dah makan nasi. Kalau tak 2 hari tak makan nasi pun dia tahan, mana badan tak kurus keding. Haaa seronoklah mama bila selera makan anak² semakin bertambah baik, Bonnisan memang sangat membantu. Moga dengan amalkannya kesihatan anak² jugak makin bagus!

Pastu nak amalkan Bonnisan ni senang je, 2 sudu teh untuk kanak² berumur 1 tahun dan 2-3 sudu teh untuk kanak² 2 tahun ke atas. Boleh minum selepas makan, 3-4 kali sehari. Nak simpan pun mudah, tak perlu letak dalam peti ais selepas dibuka. Mas memang takde masalah nak bagi Arfan dan Airis Bonnisan ni, sebab mereka sangat suka makan apa ubat sekali pun. Semua ubat mereka cakap sedap, jadi sehari 2 kali jugaklah mereka minum Bonnisan!

Haaa satu lagi lupa nak bagitau, orang dewasa pun boleh amalkan Bonnisan Himalaya ni kalau kurang atau hilang selera makan. Insya Allah nanti selera tu akan bertambah semula! 


Kalau korang pun hadapi masalah anak² susah nak makan, boleh cuba Bonnisan ni. Kita ikhtiar kan, mana tau berkesan. Memanglah kesannya tu tak terus mendadak, tapi sikit demi sedikit akan bertambah baik. Moga dengan mencuba anak kita bertambah sihat!

Nak beli pun mudah, dapatkan di butik Himalaya seluruh Malaysia. Pastu kalau nak dapatkan info lanjut mengenai Bonnisan ni boleh layari laman sosial Himalaya Malaysia.

Instagram: @himalayamalaysia


14 ulasan:

  1. produk himalaya ni memang semua bagus2.. ^^

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, syukur kan tengok anak-anak makin selera makan dan semoga makin sihat dan membesar dengan bijak. Bagus himalaya keluarkan produk untuk kanak-kanak macam ni, membnatu sangat ibu-ibu macam kita ni

    BalasPadam
  3. bonnisan memang berkesan sebab Sal dah try untuk anak .. terbaik !!

    BalasPadam
  4. Ok pasni takdee laa nak risau lagi bab anak ssh nak makan kurang makan kan Mas.. kan dah ada Bonnisaan

    BalasPadam
  5. Best tengok anak makan banyak

    BalasPadam
  6. tengok banyak positif feedback produk ni.airah tak pernah cuba tapi pakai produk himalaya yang lain semua best dan berkesan


    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    BalasPadam
  7. tingkatkan selera makan mak mak boleh tak? hehehe

    BalasPadam
  8. nak juga kalau dah ada anak nanti, mungkin bagi makan anak anak buah ok kot kan

    BalasPadam
  9. Nak tnya bape harga yek..bb anak sy pun xnak makan nasi..nak bagi makan nasi mcm nak bergaduh..kena paksa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya kalau tak silap RM25++. Nak lebih pasti boleh check kat website Himalaya.

      Padam
  10. Dalam susu boleh letak ke bonnisan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com