Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Januari 2021

Kembali ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

20 Januari 2021 lepas kakak Atikah dah kembali bersekolah demi perjuangan menghadapi peperiksaan SPM 2020. Memang rasa agak janggal, anak yang sepatutnya dah tamat persekolahan tapi masih perlu ke sekolah semula dek kerana pandemik Covid-19.

Tapi nak buat camne, dah ketentuan dia terpaksa bersekolah lagi di umur 18 tahun. Kenangan untuk dia dan semua anak² yang akan hadapi SPM, yang pastinya ia pasti tak dapat dilupakan. 

Untuk anak² Mas yang lain masih meneruskan pembelajaran dari rumah sehingga PKP 2.0 tamat pada 4 Februari nanti. Samada PKP disambung atau tidak, kita pun tak tahu adakah anak² akan bersekolah atau tidak. Ada pro dan kontra jugak kalau dibenarkan kembali bersekolah, yelah anak² ni susah nak disiplin jaga jarak dan pakai mask. Jenuh maknya ni paksa dan ingatkan setiap hari. 

Untuk pembelajaran di rumah setakat seminggu sekolah ni, bagi anak² Mas berjalan lancar. Takdelah setiap hari ada kelas online, kadang selang sehari dan kadang² tu takde pun. Macam Arfan sekolah pagi dan Airis pulak sekolah petang, jadi bolehlah gilir² guna handphone. Kakak pulak memang guna handphone sendiri, yelah dia pagi pergi sekolah pastu sebelah petang ada kelas online pulak. 

Setakat ni camtulah kena berkongsi handphone, janji semua dapat ikuti kelas dan siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Masalah untuk mereka sertai kelas online pun takde, semua dah pandai dan tahu caranya. Mas hanya pantau melalui group whatsapp dari pejabat je, telefon setiap hari dan ingatkan mereka pasal kelas online dan homework.

Pastu Mas pun dah ada perancangan nak beli komputer sebab laptop dah rosak, nak baiki mahal sangat jadi lebih baik beli baru. Kali nak beli komputer terus, senang nak guna. Nak kelas online pun senang, selesa dan jelas sikit! Yelah keadaan sekarang memang memerlukan gajet² penting ni, demi kelangsungan anak² untuk terus belajar. 

Moga akan ada peluang untuk mereka ke sekolah secara bersemuka, cepatlah Covid-19 beransur pulih! 

Ahad, 10 Januari 2021

Banjir 2021

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sangka awal tahun 2021 Pantai Timur dilanda musibah banjir yang agak dahsyat, hampir menyamai banjir besar tahun 2014. 

Banjir kali ni jadi tanpa diduga, agak mengejutkan dan sangat cepat air naik. Sekelip mata beberapa daerah di negeri Pahang ditenggelami air, habis rumah² penduduk tenggelam sampai ke bumbung dan musnahkan barang² mereka. Di bandar Temerloh pun tak kurang teruknya, sekejap sahaja seluruh bandar Temerloh dipenuhi air dan laluan terputus. Bila banjir kat Temerloh makin teruk, makanya rumah Mas kat kampung pun terlibat sama.



6/1/2021 air dah mula memasuki kawasan empangan kat depan rumah Mas di kampung, masuk je waktu petang dah sampai ke pintu pagar. Masa ni Mas dah risau, yelah kalau air kuat naik memang cepatlah sampai ke rumah dapur. Dahlah rumah Mas kat kampung dah tiada sesiapa menetap kat sana, kalau air naik takde siapalah nak selamatkan barang. Tapi nasib baik kebetulan adik lelaki Mas ada balik kampung, pastu dia pun terkandas kat sana sebab LPT tak boleh lalu. Jadi harapkan dia je angkat barang² elektrik seperti peti ais, mesin basuh dan tv ke rumah atas.

Esoknya 7/1 air dah memenuhi halaman rumah, masa ni adik Mas dah mula angkat barang² penting ke rumah atas. Masa ni air dalam rumah dapur dah hampir paras peha, kalau air naik kuat sekejap je akan sampai ke rumah atas. Kalau naik ke rumah atas memang tak boleh buat apa dah, redha je semua barang² letrik tu tenggelam. Kesian jugak dekat adik Mas sebab semua dia angkat sorang², Mas nak balik memang tak lepas.


Tak sampai 24 jam air dah mula masuk ke rumah atas, pagi 8/1 beginilah keadaan rumah. Hampir separuh dah ditenggelami air, kalau camni dalam rumah atas dah paras pinggang dah. Sedih sangat rasa bila tengok gambar rumah, kesan dari banjir besar 2014 pun belum hilang dan kerosakan pun tak dibaiki lagi. Kemusnahan barang² letrik seperti peti ais, mesin basuh, tv dan barang² lain berulang kembali, sama macam 2014. Bukan Mas nak mengeluh, tapi hanya yang pernah mengalami sahaja faham rasa itu.

Tapi nak buat camne, Mas kena redha dengan ujian Allah yang amat hebat ini. Mas tak mampu nak buat apa² sebab jauh kan, kalau mampu memang dah pecut Mas balik ke kampung. Hari ni Insya Allah Mas akan gerak balik kampung untuk tengok keadaan rumah dan bersihkan, sebab air pun dah makin surut kat sana. Jalan nak ke Temerloh pun dah boleh dilalui, cuma kena ikut jalan lama lah. 


Harapan hari ni moga perjalanan Mas dan keluarga ke Temerloh dipermudahkan dan selamat sampai. Mas jugak harap hari ni cuaca elok serta air banjir makin surut dan surut dengan banyak lagi. Mas jugak doakan moga semua mangsa banjir di Kampung Bangau Tanjung dan seluruh Temerloh tabah hadapi dugaan. Insya Allah ada hikmah lebih baik dari kejadian ini!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com