Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 10 Januari 2021

Banjir 2021

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa sangka awal tahun 2021 Pantai Timur dilanda musibah banjir yang agak dahsyat, hampir menyamai banjir besar tahun 2014. 

Banjir kali ni jadi tanpa diduga, agak mengejutkan dan sangat cepat air naik. Sekelip mata beberapa daerah di negeri Pahang ditenggelami air, habis rumah² penduduk tenggelam sampai ke bumbung dan musnahkan barang² mereka. Di bandar Temerloh pun tak kurang teruknya, sekejap sahaja seluruh bandar Temerloh dipenuhi air dan laluan terputus. Bila banjir kat Temerloh makin teruk, makanya rumah Mas kat kampung pun terlibat sama.



6/1/2021 air dah mula memasuki kawasan empangan kat depan rumah Mas di kampung, masuk je waktu petang dah sampai ke pintu pagar. Masa ni Mas dah risau, yelah kalau air kuat naik memang cepatlah sampai ke rumah dapur. Dahlah rumah Mas kat kampung dah tiada sesiapa menetap kat sana, kalau air naik takde siapalah nak selamatkan barang. Tapi nasib baik kebetulan adik lelaki Mas ada balik kampung, pastu dia pun terkandas kat sana sebab LPT tak boleh lalu. Jadi harapkan dia je angkat barang² elektrik seperti peti ais, mesin basuh dan tv ke rumah atas.

Esoknya 7/1 air dah memenuhi halaman rumah, masa ni adik Mas dah mula angkat barang² penting ke rumah atas. Masa ni air dalam rumah dapur dah hampir paras peha, kalau air naik kuat sekejap je akan sampai ke rumah atas. Kalau naik ke rumah atas memang tak boleh buat apa dah, redha je semua barang² letrik tu tenggelam. Kesian jugak dekat adik Mas sebab semua dia angkat sorang², Mas nak balik memang tak lepas.


Tak sampai 24 jam air dah mula masuk ke rumah atas, pagi 8/1 beginilah keadaan rumah. Hampir separuh dah ditenggelami air, kalau camni dalam rumah atas dah paras pinggang dah. Sedih sangat rasa bila tengok gambar rumah, kesan dari banjir besar 2014 pun belum hilang dan kerosakan pun tak dibaiki lagi. Kemusnahan barang² letrik seperti peti ais, mesin basuh, tv dan barang² lain berulang kembali, sama macam 2014. Bukan Mas nak mengeluh, tapi hanya yang pernah mengalami sahaja faham rasa itu.

Tapi nak buat camne, Mas kena redha dengan ujian Allah yang amat hebat ini. Mas tak mampu nak buat apa² sebab jauh kan, kalau mampu memang dah pecut Mas balik ke kampung. Hari ni Insya Allah Mas akan gerak balik kampung untuk tengok keadaan rumah dan bersihkan, sebab air pun dah makin surut kat sana. Jalan nak ke Temerloh pun dah boleh dilalui, cuma kena ikut jalan lama lah. 


Harapan hari ni moga perjalanan Mas dan keluarga ke Temerloh dipermudahkan dan selamat sampai. Mas jugak harap hari ni cuaca elok serta air banjir makin surut dan surut dengan banyak lagi. Mas jugak doakan moga semua mangsa banjir di Kampung Bangau Tanjung dan seluruh Temerloh tabah hadapi dugaan. Insya Allah ada hikmah lebih baik dari kejadian ini!

2 ulasan:

  1. khabarnya hari ini temerloh semakin surut banjirnya..mg semuanya baik2 saja

    BalasPadam
  2. moga di mudahkan urusan kak mas sekeluarga dan di murahkan lagi rezki

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com