Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 19 Jun 2013

Wordless Wednesday [71]

Assalamualaikum...(^ ^)

Begitu banyak mainan yang mama beli, remote jugak jadi pilihan untuk dimain!


Isnin, 17 Jun 2013

Seronok dia!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mama jarang bawak dia lepak² kat luar rumah. Maklumlah kalau hari kerja sampai rumah dah dekat pukul 6, pastu sibuk buat itu ini. Jadi memang takde masa bawak Airis santai kat luar rumah. 

Tapi semalam kan hari minggu, jadi bawaklah dia keluar dan lepak depan rumah. Letak dalam stroller dan bagi dia main, seronok sangatlah dia. Main mainan, jerit² dan gelak², pastu tengah main tu dia dapat akal baru. Campak mainan ke bawah, pastu mama ambik. Pastu dia campak balik, mama ambik lagi. Pastu campak lagi, pastu mama ambik lagi!

Terus gelak² seronok sebab dapat buli mama kan? Seterusnya lagi galak dia campak mainan ke bawah sebab ada orang ambilkan, geram nak gigit tangan gemuk tu.

Isnin, 10 Jun 2013

Sejak dah lasak ni

Assalamualaikum...(^ ^)


Masuk usia 6 bulan Airis semakin aktif dan lasak. Seluruh pelusuk rumah dia jelajah, pantang leka. Kalau dia dok main kat ruang tamu memang kena buat kubu bantal, kalau tak macam² keletah dia.

Mana taknya, dah pandai selak tikar dan gigit. Pastu nampak wayar kipas terus capai dan gigit, dah pandai pergi kat kabinet TV. Terkial² tangan comel tu nak capai semua benda kat kabinet TV.


Pastu lorong kecik dalam gambar tu dia tak pernah lepas sebelum ni, hanya tengok orang lain lalu lalang. Tapi sekarang dah tahu, dia meniarap kat situ dan sekali tengok boleh lalu. Apa lagi laju dia pergi dekat dengan meja makan, jelajah sana-sini. Bila mama panggil terus sengih², seronok dapat jelajah tempat baru. Lepas ni kena berpagar, kalau tak sampai ke dapur nak tolong mama masak!

Jumaat, 7 Jun 2013

Resepi bubur nasi

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas ada kongsi pelbagai jenis bubur nasi yang Mas masak untuk Airis, jadi hari ini Mas nak kongsi resepi bubur² tersebut sebab ada ibu² yang mintak. Semua resepi memang Mas buat percubaan sendiri. Mas masak dan rasa, bila rasanya sedap Mas tau Airis pasti sangat suka.

Inilah antara resepi² bubur kegemaran Airis, senang dan mudah untuk disediakan.

Bubur Nasi 1
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 2
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji 
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 3
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Brokoli (lebih kurang 1½ inci)
Buah Lai sepotong
Ikan Bilis (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 4
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji
Sepotong Epal Merah
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 5
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Kentang 1 biji 
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Cara² memasaknya
Sama je untuk setiap bubur² ni. Mula² basuh beras sehingga bersih dan tos. Pastu potong dadu atau potong halus semua bahan² dan masukkan dalam beras tersebut. Letak air sehingga nak penuh periuk dan masak atas api sederhana, masaklah hingga hampir kering sebab takdelah bubur cair sangat masa kisar nanti. Airis memang tak suka bubur cair sangat, kisar sampai betul² hancur.

Mudah sebenarnya nak sediakan bubur² ni, kita kena pandai mix and match bahan²nya. Macam Mas akan pastikan setiap hidangan ada 4 jenis bahan iaitu 2 jenis sayur atau 1 jenis sayur dan 1 jenis buah, sejenis protein (buat masa ni Mas guna ikan bilis dulu) dan 1 jenis pemanis seperti kurma.

Ini sajalah resepi yang dapat Mas kongsikan. Nanti ada lagi resepi baru, cuma Mas belum cuba masak. Dah cuba nanti Mas akan kongsikan kat blog ni.

Selamat mencuba ibu²!

Khamis, 6 Jun 2013

Bubur Nasi Airis

Assalamualaikum... (^ ^)

Airis memang suka makan bubur nasi. Buatlah apa saja jenis bubur, pasti dia akan makan dengan penuh berselera. Jadi tiap² hari mama akan fikir bubur nasi apa nak masak untuk esok. Tiap² hari memang Mas masak bubur nasi yang berbeza sebab tak nak dia rasa bosan. Kita pun hari² tak makan lauk dan sayur yang sama kan, begitu jugak baby.

Inilah antara jenis² bubur nasi Airis.

Masa 6 bulan ni Mas cuma campur carrot, kentang, bayam, kurma, epal dan ikan bilis. Campur²lah 2 atau 3 jenis bahan² tu setiap kali buat bubur, nanti dia dah 7 bulan baru nak mula bagi ikan.

Bubur Nasi Bayam + Carrot

Bubur Nasi Ikan Bilis + Kurma

Bubur Nasi Kentang + Kurma + Epal

Bubur Nasi Kentang + Kurma

Bubur Nasi Bayam + Kurma

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com