Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 23 Disember 2014

Big Bad Wolf Book Sale

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai baru ni dapat update cerita ceriti yang berlaku hujung minggu lepas. Semalam tak sempat, biasalah hari Isnin selalu sibuk sikit, hari ni Mas mulakan dengan cerita ke jualan buku Big Bad Wolf.



Dapat jugak Mas pergi ke BBW, ingatkan dah habis sebab setahu Mas jualan ni sehingga 16 Disember sahaja. Tapi kebetulan pergi The Mines hari Sabtu nak baiki handphone husband. Sekali tauke kedai handphone tu beritahu jualan BBW ni dilanjutkan sehingga 21 Disember. Apa lagi seronok sangat, terutama anak² Mas.

Masuk je dalam dewan tu beribu² buku tersusun, pelbagai jenis buku yang dijual untuk semua kategori. Paling seronok bila terjah bahagian novel, ada beribu² novel yang dijual dengan harga bawah RM10. Fuhhh sawan dibuatnya!



Anak² Mas pun seronoklah dapat beli buku yang mereka suka, harga baru RM3 sebuah. Mas hadkan mereka beli 3 buah seorang je. Bukan apa bajet terhad, dah banyak habis untuk kelengkapan sekolah mereka. Mas pun beli 5 buah novel je, 3 buah Mas punya dan lagi 2 buah kakak Mas kirim beli. Untuk Airis hanya beli buku mewarna sahaja, bagi dia belajar conteng² dan mengenali warna.

Inilah hasil tangkapan di BBW, kalau ada bajet memang lebih Mas beli. Tapi takpe tahun depan ada lagi kan, boleh borong sakan!



Jumaat, 19 Disember 2014

Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum...(^ ^)

Makin buruk keadaan banjir di Pantai Timur. Air naik dengan mendadak sehingga jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan pun meningkat.





Bila banjir ni Mas mulalah rasa risau sebab rumah kat kampung pun berisiko untuk dilanda banjir. Nak pulak tengok gambar air sungai Pahang yang makin naik ni, lagilah bertambah risau!

Dahlah minggu depan Mas nak balik kampung sebab adik nak bertunang, kalau air naik mendadak dan banjir makin buruk mesti jalan nak balik ke Temerloh akan ditutup. Tak akan nak tangguh majlis yang dah lama dirancang. Tapi kalau terpaksa jugak, tak dapat nak buat apa. Harapan dan doa Mas moga banjir beransur pulih, amin!

Gambar banjir di Kelantan, Terengganu dan Kuantan, memang sangat teruk!






Rabu, 17 Disember 2014

Wordless Wednesday [79]

Assalamualaikum...(^ ^)

Malam ini penentuan pertama.

Good luck team Harimau Malaya. Moga beroleh kemenangan untuk bekalan ke penentuan kedua nanti. Ale Ale Malaysia Boleh!


Selasa, 16 Disember 2014

Bowling SPANCO

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai lama tak muncul, biasalah kesibukan melanda. Hujung tahun kan, macam² nak diselesaikan.


Tapi walaupun sibuk, bila ada kejohanan boling memang Mas tak lepaskan peluang. Jadi Ahad lepas Mas sertai Kejohanan Bowling SPANCO di Mega Lanes Sunway Piramid.

Kali ni main foursome dan main sebanyak 4 games. Cuma nasib Mas kurang baik, markah setiap games memang teruk. Tak cecah 120 mata pun, memang rasa sedih sebab dalam semua kejohanan yang Mas sertai inilah markah yang paling teruk. Nak papar markah kat sini pun malu. Pasukan Mas pun takde rezeki kali ni, tak menang apa² hadiah pun.

Untuk tahun 2014 kejohanan ini adalah yang terakhir, jadi hingga hujung tahun ni rehat sementara. Nanti tahun baru akan mulakan latihan kerana dah ada kejohanan yang menanti. Untuk tahun 2015 Mas akan cuba yang lebih baik dan nak menang dalam setiap kejohanan yang disertai.

Gambar² pasdukan Mas sebelum pertandingan bermula.





Isnin, 8 Disember 2014

Bowling Tournament KKM

Assalamualaikum...(^ ^)


Sabtu lepas berlangsungnya Bowling Tournament KKM. Mas macam biasa memang tak lepaskan peluang, inilah masanya nak mantapkan lagi skill. Lagi pun sekarang memang kena sertai banyak kejohanan bagi mempersiapkan diri ke Sukan KKM 2016 di Sarawak.

Kejohanan kali ni diadakan di Megalanes Endah Parade. Kami dari team Ibu Pejabat KKM telah hantar 3 pasukan, setiap pasukan terdiri dari trio 3 orang. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dan kami perlu bermain 4 games. Inilah barisan team terhebat IPKKM!






Inilah jumlah mata untuk pasukan Mas bagi semua games. Alhamdulillah untuk semua games Mas kekalkan markah 150 ke atas, dan untuk semua jatuhan pin memang tak disangka pasukan Mas tersenarai dalam top 10. Walaupun hanya dapat tempat ke 8 tapi ia tetap satu kebanggaan!


Saat raikan kemenangan, walaupun menang nombor 8 tapi gambar tetap havoc. Kalau Johan agaknya sampai atas lane bergambar, hahahaa! Tahniah team IPKKM, korang tetap terbaik.





Jumaat, 5 Disember 2014

Warung Bunian

Assalamualaikum... (^ ^)


Kat kawasan Sungai Merab, Kajang ada satu warung istimewa yang terkenal dengan nama Warung Bunian. Ia digelar warung bunian mungkin kerana kedainya yang jauh dari jalanraya dan terpencil, selain itu ia jugak dikenali dengan nama Kedai Makan Tapak Sulaiman.

Semalam pertama kali Mas makan di sini, itu pun sebab pegawai belanja kami yang bertugas dengan cemerlang masa Family Day Ahad lepas. Sebelum ni Mas hanya tahu orang bercerita tentang kesedapan masakan di warung ini, bila dah rasa sendiri memang terbukti kesedapannya.


Apa yang Mas tahu warung ini dibuka untuk sarapan pagi dan tengahari sahaja. Waktu operasinya begini, hari Jumaat, Ahad dan Cuti Umum hanya sarapan pagi sahaja. Setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu ada sarapan pagi dan makan tengahari. Kalau sarapan pagi yang sedap adalah Nasi Lemak Bungkus dan Roti Canai, kalau makan tengahari ada menu² tertentu setiap hari. 

Menu² mengikut hari
1. Isnin & Khamis : Gulai Ketam, Ayam Goreng, Ikan Masak Kicap dan Sayur
2. Selasa : Gulai Udang, Sambal Ayam, Ikan Goreng dan Sayur
3. Rabu : Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng
4. Sabtu : Salah satu antara menu di atas

Menarik kan menu²nya. Hidangan yang disediakan adalah mengikut pakej iaitu RM14 seorang. Takdelah mahal sangat, memang setimpal dengan masakannya yang sedap².

Kalau nak datang makan kat sini waktu pagi boleh walk in je, tapi kalau waktu tengahari kena tempah dulu. Kalau tak tempah memang tak dilayan sebab warung ni sentiasa penuh. Kalau boleh tempah 2 hari sebelum nak datang makan.



Inilah menu semalam yang super duper sedap hingga menjilat jari. Nak jilat pinggan malu, hahahaa! Ini alamat dan nombor telefon untuk memudahkan kawan² yang belum pernah makan kat sana untuk pergi. Mas nak bagi direction ke sana tak pandai sangat, jadi kawan² GPS atau Waze je.

WARUNG BUNIAN 
(KEDAI MAKAN TAPAK SULAIMAN)
NO. 80A, JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA, SUNGAI MERAB
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TEL : 017-3812246 (KAK LANG)

Khamis, 4 Disember 2014

Kursus Pengurusan Stress

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas sertai Kursus Pengurusan Stress anjuran Unit Kaunseling di KKM ni. Kursus yang Mas hadiri ni berbeza dengan kursus lain, tiada sesi ceramah yang panjang berjela yang buat kita mengantuk. Sepanjang kursus hanya dipenuhi dengan aktiviti senaman dan aerobik, sangat seronok!

Dalam kursus ni diajar cara menangani stress yang paling berkesan iaitu dengan senaman. Melalui senaman yang betul dan kita seronok melakukannya memang bagus untuk buang segala stress. Di samping stress hilang badan kita jugak akan sihat!

Instructor tersebut turut ajar teknik aerobik yang mudah untuk dilakukan di rumah, pastu teknik senaman menggunakan kerusi untuk menguatkan kaki dan mencantikkan pinggul. Kami diajar jugak teknik senaman untuk memecahkan lemak² di lengan, peha dan perut. Memang sangat bagus dan berkesan teknik² tersebut jika kita amalkan selalu.

Mas tak bolehlah nak tunjukkan gambar kat sini, tapi kawan² boleh google atau tengok di youtube teknik² senaman ni. Memang elok kita hilangkan stress dengan senaman dari kita buat perkara yang mendatangkan kemudaratan.

Isnin, 1 Disember 2014

Family Day KKM

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam berlangsung dengan jayanya Family Day KKM di Taman Wetland, Putrajaya. Mas terlibat sebagai AJK untuk pendaftaran. Seawal 6.30 pagi dah ada di situ untuk uruskan pendaftaran staff dan ahli keluarga yang akan hadir.




Semasa pendaftaran kami agihkan kupon sarapan dan makan tengahari serta topi mengikut warna rumah masing². Ada rumah kuning, hijau, biru, merah dan jingga. Mas rumah kuning.

Selesai bertugas Mas bawak anak² main sukaneka dan Mas pun sertai jugak sukaneka untuk dewasa. Macam biasalah acara yang diminati iaitu boling buah kelapa. Yang seronoknya kumpulan Mas dapat tempat pertama dengan jatuhan pin terbanyak.



Hadiah cabutan bertuah pun banyak disediakan, tapi semalam Mas takde tuah jadi balik dengan tangan kosong. Tumpang seronok tengok kawan² menang hadiah yang sangat lumayan!

Bagus program sebegini, cuma lain kali perlu banyak penambahbaikan terutama dari segi promosi. Sebabnya ramai staff yang tak hadir walaupun mereka dah bagi nama. Tapi Family Day tetap meriah dan berjalan lancar!

Khamis, 27 November 2014

Pertunangan adik : Hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)


Dalam entri lepas Mas dah cerita tentang majlis pertunangan adik, kali ni nak kongsi tentang hantaran untuk majlis tersebut. Semua hantaran memang adik mintak Mas buatkan, dan Mas pun tolong dengan ikhlas tanpa kenakan apa² bayaran kat dia. Adik sendiri tak nak berkira sangat, janji majlis dia sempurna dan berjalan lancar.

Tema untuk hantaran ialah gold + peach. Semuanya dibuat hasil dari idea Mas sendiri, memang tak tiru dari buku ke atau mana² sumber. Lagi pun hantaran tunang mudah je jadi senanglah nak buat. Yang paling Mas gembira bila adik suka dan berpuashati dengan hasil kerja Mas. Kakak² Mas pun puji hantaran cantik dan menarik!

Inilah 5 hantaran yang berjaya Mas buat. Husband siap suruh bukak tempahan tapi Mas tak nak. Tak yakin nak buat untuk orang, takut ada yang tak berpuashati nanti. Untuk adik sendiri bolehlah kan? 

 Tempat letak cincin tunang

Kain telekung

Coklat

Buah-buahan

Kek

Lagi satu album gambar untuk letak separuh wang hantaran yang perlu diserahkan kepada pihak perempuan. Mas hias supaya nampak cantik!



Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com