Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Oktober 2011

Didik anak, give and take!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya", masih lembut dan masih senang untuk dilentur dan dibentuk. Kalau dah jadi buluh, sia²lah nak lentur sebab dah keras dan dah degil.

Begitulah dalam mendidik anak². Bukanlah nak kata, Mas ni ibu mithali abad ini dan anak² Mas adalah anak yang terbaik abad ini. Kadang² ada kalanya Mas alpa dalam mendidik anak sehingga mereka menjadi nakal dan degil. Tapi Mas tetap berusaha dan terus berusaha ke arah kebaikan supaya anak² Mas jadi anak yang berguna dan hormat pada orang tua.


Pendidikan di rumah dan sekolah Mas seimbangkan, Mas tak nak mereka hanya mahu mendengar kata guru di sekolah je. Tapi di rumah mereka tak mahu dengar kata dan ingkar perintah Mas, jadi apa yang bermanfaat mereka belajar di sekolah Mas akan suruh pratikkan hari² di rumah. 

Sebagai contoh membaca doa makan, dah jadi rutin mereka di sekolah sebelum makan guru akan suruh baca doa. Tapi bila di rumah mamanya ni selalu lupa, terliur sangat dah tengok lauk terhidang sampai lupa baca doa dulu. Jadi rutin yang anak² belajar di sekolah tadi mereka pratikkan di rumah. Bila mamanya dah tak sabar nak suap nasi ke mulut, mereka akan tegur "Mama baca doa dulu, nanti baru rezeki kita berkat!" Haaaaa, terkedu mama kau!

Jadi sekali sekala kita perlu belajar dari anak² tentang perkara yang baik. Anak² ni kan hati mereka masih suci, belum dicemari oleh anasir² yang negatif. Jangan sebagai ibu bapa, kita hanya rasa kebaikan itu mereka perlu belajar dari kita sahaja.

Susu bijak

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam Mas jalan² di Alamanda, pastu singgah kat Carrefour sebab nak beli blender. Masa lalu kat kawasan jual susu, tiba² Arfan tarik tangan Mas. 

Arfan : Mama, cuba tengok susu ni. Macam susu yang iklan kat TV tu!

Mama : Hurmmm betullah tu, kenapa?

Arfan : Mama belilah susu ni, susu ni susu bijak tau! Kalau Arfan minum nanti boleh jadi pandai.

Mama : Itu cuma iklan kat TV je! Minum susu apa pun, kalau Arfan rajin belajar mesti pandai.

Arfan : Memanglah mama, tapi susu bijak ni lagi buat Arfan pandai dan kuat. Mama belilah!

Mama : Ok, mama beli untuk Arfan dan kakak. Lepas ni Arfan kena belajar rajin² ye!


Inilah susu bijak tu!

Tengoklah, camne anak² boleh terpengaruh dengan iklan di TV, tapi nasib baiklah anak² Mas ni mudah terpengaruh dengan iklan makanan je. Kalau makanan tu baik untuk kesihatan memang Mas akan belilah. Tapi kalau tidak, jangan haraplah mereka nak dapat.

Tips pemakaian contact lens

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang sudah jadi ikutan sekarang ramai yang memilih memakai contact lens, dan yang paling popular sekarang adalah contact lens berwarna atau lebih sinonim dipanggil Geolens. Contact lens ini boleh didapati dengan mudah secara online. Bagi orang yang rabun jauh macam Mas ni, diakui memang Mas ada memakai Geolens. Mas mula memakainya sejak tahun 2009, sebelum itu Mas hanya memakai contact lens biasa yang dipakai sebulan sekali.

Sebelum memakai Geolens, Mas ada dengar yang mengenai bahaya memakai contact lens berwarna. Ada Mas baca di internet yang mengatakan mata pemakai contact lens berwarna boleh rosak dan buta. Bukan Mas tak percaya tentang semua itu tetapi jika kita pandai jaga kebersihan semasa memakai contact lens sudah pasti perkara tersebut boleh dielakkan. 



Jadi disini Mas nak kongsi sedikit tips pemakaian contact lens yang Mas amalkan. 

(1) Mas pakai Geolens hanya pada waktu bekerja iaitu dari jam 6 pagi sehingga ke 5 petang, iaitu lebih kurang  11 jam. Tetapi Mas tak memakainya terus 11 jam kerana contact lens tidak elok dipakai lebih dari 8 jam. Jadi bermula jam 1 tengahari sehingga jam 4 petang Mas akan buka contact lens tersebut, maknanya Mas rehatkan mata selama 3 jam tanpa memakai contact lens.

(2) Sebelum memakai contact lens Mas akan pastikan tangan dicuci dengan bersih. Ini untuk pastikan tahap kebersihan lens tersebut semasa dipakai. Perkara ini penting tau, tak boleh malas!

(3) Simpan contact lens di dalam bekas anti bakteria. Ini bagi mengelakkan lens kita tercemar oleh bakteria yang menyebabkan ia tak selamat lagi untuk dipakai.

(4) Kekalkan penggunaan pencuci lens yang sama. Mas memang tak pernah tukar pencuci contact lens kepada jenama yang berlainan. Mas suka pakai jenama SoloCare, sangat selesa untuk mata Mas!

(5) Gunakan lens drops semasa kita memakai lens. Semasa memakai lens mata kita akan selalu berasa kering, nak pulak bilik berhawa dingin. Pemakaian lens drops memang elok untuk mengelakkan mata dari terasa kering dan berlakunya iritasi.

(6)  Tukar lens sekurang²nya 3 bulan sekali. Memang Geolens boleh dipakai selama 1 tahun tetapi untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada mata kita lebih elok ia ditukar sekerap yang mungkin. Bagi Mas biasanya akan tukar 2 atau 3 bulan sekali. Kalau Mas dah rasa tak selesa pakai lens tersebut terus Mas beli yang baru.

Jika kita amalkan tips² ini sudah pasti mata kita akan selamat. 

Ahad, 30 Oktober 2011

Review filem The Three Musketeers : Menarik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Barulah dapat menonton filem ni. Dah lama nak tengok, tapi hari ini baru ada kesempatan.


Sinopsis filem
Filem ini berdasarkan kisah benar dari sebuah novel The Three Musketeers. Cerita bermula apabila Athos, Aramis dan Porthos adalah 3 orang sahabat baik yang digelar Three Musketeers pergi ke kota Italy untuk mencuri pelan membina kapal laut yang boleh terbang di udara. Mereka jugak dibantu oleh Milady. Tetapi apabila pelan itu berjaya diperolehi, Milady telah mengkhianati mereka dengan menyerahkan pelan tersebut kepada Buckingham.

Selepas 3 tahun dikhianati oleh Milady mereka hanya berdiam diri dan sehinggalah mereka berjumpa dengan D'Artagnan yang datang ke kota Paris untuk menjadi musketeers. Bermula dari situ mereka bersemangat menjadi muskeeters kembali, kemudian mereka dipilih menjadi pahlawan istana oleh Raja Paris. Cerita berakhir apabila mereka berempat berjaya menyelamatkan nama baik Queen of France.

Review The Three Musketeers
Keseluruhan cerita ini menarik. Kecekapan Three Musketeers bermain pedang dan merancang pelbagai strategi dan muslihat menentang pihak lawan memang menakjubkan. Sikap bekerjasama mereka sebagai sahabat juga amatlah dikagumi, Mas bagi 7 bintang!

Makan buah setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Dulu Mas jarang makan buah, kadang² seminggu 2-3 kali je. Kalau teringin nak mengunyah Mas lebih suka ambil makanan ringan, masa tu tak sedar makanan ringan tidak elok untuk kesihatan.


Tapi sejak tengok ada yang kena pelbagai jenis penyakit di usia 30an, Mas mula rasa risau. Tanam azam pada diri sendiri kena berhenti ambil makanan ringan. Kena gantikan dengan buah-buahan, lagi bagus. Ia boleh membekalkan serat yang tinggi dan vitamin yang baik pada tubuh badan.

Jadi sekarang Mas amalkan ambil sepotong buah betik setiap pagi dan sebiji buah epal setiap malam. Kalau mulut terasa nak mengunyah sesuatu Mas akan ambil sebiji epal. Setakat ni Mas berjaya lakukan dengan cukup konsisten, makanan ringan pun dah kurang Mas ambil. 

Untuk kekal sihat ni kena rajin dan yakin. Pastu jangan sambil lewa, sekejap ambil sekejap tak.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Mama nak tolong masak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kawan² dah masak menu tengahari untuk hari ni, menu apa ye?

Anak² Mas paling suka kalau mamanya masak di rumah, waktu inilah mereka nak menolong di dapur. Kadang² Mas geram jugak, bukannya nak menolong sangat tapi nak menyibuk je lebih terutamanya si Arfan. Macam kakaknya memang betul² menolong, maklumlah anak perempuan.


Lagipun Mas memang galakkan dia tolong, nanti dah besar takdelah dia malas nak ke dapur kan? Mula² ni Mas ajar yang biasa² dulu, macam basuhkan sayur, tumbukkan bawang dan kacaukan lauk dalam kuali. Alhamdulillah, dia memang rajin. Jadi senanglah sikit bila nak memasak, dah ada pembantu yang tolong.

Bila nampak je mamanya masuk dapur nak memasak, berlari² mereka mengikut. Berebut² nak tolong itu ini, sejuk hati tengok gelagat mereka. Rajin sungguh, harap² sampai dewasalah mereka camni. Lagi pun sebagai ibu kita kena yakin dengan sikap anak² kita, kalau kita bimbing dengan betul pasti bila dah dewasa perangai mereka tetap sama.

Inilah air tangan Mas untuk menu tengahari ni, dibantu jugak oleh anak² tersayang. Ada Ayam Masak Lemak Cili Api, Pedal Ayam Goreng Berlada dan Salad Segar, sedap weihhhhh!


Buat sarapan di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lebih suka sarapan yang bagaimana? Beli di kedai atau masak sendiri di rumah.

Kalau beli di kedai memang kita akan perolehi pelbagai jenis makanan, ada yang berat dan ada yang ringan. Cuma kadang² tahap kebersihan makanan itu agak meragukan, kita kena betul² pilih kedai yang lebih bersih. Pastu ada sesetengah makanan kurang menepati selera kita kan? 

menu sarapan hari ni, Spaghetti Goreng Olala


Jadi masak sendiri sarapan di rumah lebih elok. Di samping boleh berjimat cermat, kebersihan makanan itu lebih terjamin. Kemudian tahap kesedapan makanan itu kita boleh rasa sendiri. Sebab air tangan kita sendiri, kita yang masak.

Macam Mas pulak tengok keadaan, kalau ada mood nak masak dan terlebih rajin Mas memang akan buat sarapan sendiri di rumah. Kalau hari bekerja biasanya Mas masak roti telur je, tapi kalau waktu bercuti dan hujung minggu barulah buat sarapan yang pelbagai. 

Tapi anak² Mas lebih suka mamanya buat sarapan di rumah, lebih sedap katanya!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Masa untuk training!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lambatnya Mas update hari ini, Mas bercuti dan sibuk sikitlah sebab ada urusan.

Pastu dalam 2 minggu lagi ada kejohanan boling antara rakan sepejabat Mas. Memandangkan hari ini Mas bercuti jadi Mas peruntukkan sedikit masa untuk pergi berlatih. Biasanya Mas memilih untuk berlatih di Mines SuperBowl, lebih murah sebab Mas ahli di situ dan satu game baru RM3.50.


Walaupun dah hampir 1 tahun Mas tak pergi latihan tapi skill masih belum hilang, cuma tangan dan pinggang terasa sakit² sikit. Maklumlah dah lama tak beraksi dan angkat bola boling. Pastu skill nak dapatkan strike pun dah kurang sikit, nampaknya kena berlatih lebih sikit ni.

Hari ini Mas dan husband main 3 games je. Tak larat nak main banyak games, badan dah rasa sakit. Kalau tidak biasanya kami main 5-10 games seorang.



Khamis, 27 Oktober 2011

Minum banyak air kosong

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila umur semakin meningkat, kerisauan terhadap kesihatan sangat tinggi. Lagi pun sekarang sangat mudah diserang penyakit walaupun badan nampak sihat walafiat. Penyakit datang tidak memerlukan penyebab yang besar, kadang² disebabkan benda kecil pun boleh jatuh sakit.


Jadi demi menjaga kesihatan Mas cuba kuatkan azam untuk tak minum air manis terlalu kerap. Waktu kerja memang katakan tak pada Milo Ais ke, Kopi Ais Kaw ke, Teh O Ais Limau ke. Hanya tenguk air kosong dari 7 pagi hingga 5 petang, kalau terasa nak minum air manis Mas akan beli Nestle Bliss.

Bagus minum banyak air kosong ni, badan kurang letih dan sistem penghadaman pun lancar. Pastu perut pun kurang meragam. Ada orang kata kalau minum banyak air kosong mesti asyik nak buang air. Tapi takpe, ia bagus untuk penghadaman perut kita.

Setiap hari di pejabat Mas akan minum 5 botol ni untuk air kosong dan sebotol Nestle Bliss. Ia mencukupi untuk tubuh badan Mas, kat rumah memang minum air kosong je.

Hati-hati dapatkan susu derma

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah tulis tentang perkara ini di blog, dan ia jugak menjadi isu hangat di akhbar. Hari ini Mas terbaca lagi mengenai isu ini di Berita Harian, jadi Mas nak petik beberapa pandangan mengenai perkara ini dari seorang pensyarah perubatan dan seorang ibu.


Pandangan dari Dr. Adlina Sulaiman
"Ibu bapa bayi mungkin tidak mengenali secara rapat latar belakang penderma, begitu jugak dengan tahap kebersihan ketika proses susu diperah serta teknik penyimpanannya betul atau sebaliknya. Sewajarnya pemilik susu itu dikenali rapat oleh ibu bapa bayi yang menerima susu berkenaan kerana apabila cukup tempoh penyusuan itu, akan wujudnya ibu susuan yang mempunyai pertalian istimewa dengan bayi itu hingga mensabitkan soal aurat dan sebagainya."

Mas sangat bersetuju dengan pandangan Dr. Adlina Sulaiman ini. Sebab kita nak berikan susu tu kepada bayi kita, jadi kenalah pastikan tahap kebersihan dan keselamatan susu tersebut. Janganlah sebab terdesak nak dapatkan susu untuk bayi, kita terima je susu dari orang yang tidak dikenali.

Pandangan dari seorang ibu pulak, Nurnahdatul Salwa
"Secara peribadi saya berpendapat penawaran susu badan menerusi internet kurang sesuai kerana latar belakang penderma, termasuk kesihatan dan akhlaknya tidak diketahui secara jelas. Tambahan pulak kalau masalah kering susu hendak dijadikan alasan, masih ada ikhtiar untuk menambahkan jumlah susu ibu termasuk pengambilan pil penggalak susu. Bukan dengan mudah memperolehnya menerusi internet. Kalau susu tidak cukup, saya lebih rela mendapatkan daripada saudara mara terdekat berbanding orang yang tidak dikenali."

Memang tepat sekali apa yang dia perkatakan, banyak cara sebenarnya kita nak tambah susu. Ambil vitamin atau supplemen yang bersesuaian, memang banyak dijual di klinik atau farmasi. Janganlah jadikan semua tu alasan untuk kita cari cara yang mudah kan?

Pastu usahalah cari saudara mara yang lebih rapat, jangan mudah nak dapatkan menerusi internet dari orang yang kita tidak kenali.

Piknik and photoshoot

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam cuti Deepavali dan siaran TV banyak cerita Tamil je, jadi Mas ajaklah husband pergi piknik. Tapi bukan piknik kat tepi pantai atau air terjun, kat Taman Tasik Shah Alam je. Sambil tu nak buat outdoor photoshoot, saja nak tambah koleksi gambar keluarga.

Mas masak siap² kat rumah dan gerak keluar pun dah dekat pukul 3 petang. Masa keluar rumah cuaca memang elok, mendung gitu tapi takde tanda nak hujan. Bila sampai kat tempat piknik, hujan pun turun membasah bumi. Jadi terpaksalah kami piknik di dalam kereta je, untung jugaklah pakai MyVi sebab tempat duduk belakang boleh buka.


Habis makan, alhamdulillah hujan pun berhenti. Terus kami siap² nak photoshoot, tema baju merah gitu. Niat di hati memang nak photoshoot sampai lebam, tapi baru sempat ambil 6 keping gambar hujan kembali turun mencurah² dengan lebatnya.

Tapi disebabkan tak puas bergambar, Mas minta husband tunggu sekejap. Mana tau tiba² hujan berhenti semula. Tunggu punya tunggu dalam ½ jam gitu, hujan tetap tak berhenti. Makin lebat, jadi kami buat keputusan pergi ke Putrajaya. Alhamdulillah sampai sana, langit cerah tiada tanda nak hujan dan terus sambung photoshoot kat sana.


Lagi gambar photoshot kami boleh klik sini.

Rabu, 26 Oktober 2011

Kuatnya cakap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Betul kan?

Wanita ni selalu jadi perhatian kalau buat sesuatu yang tak elok, samada dari segi cara pemakaian atau percakapan. Jadi semuanya harus kita jaga agar nampak elok dipandang.


Apa yang Mas nak sentuh disini, dari segi percakapan seorang wanita. Tak perlulah kita cakap kuat² di khalayak ramai, terutamanya bila bercakap di telefon. Mas pernah jumpa wanita camni, cakap telefon di dalam lif. Sudahlah cakapnya kuat, ketawa berdekah² pulak tu. Semua orang dalam lif tu memang tengok dengan pandangan yang menjengkelkan, dia pulak macam tak kisah.

Sepatutnya kawallah sikit nada suara tu, awak tu wanita! Kenalah ada rasa malu dan segan sikit. Perlu ke semua orang dalam lif tu dengar dan tahu apa yang diperbualkan, tak kan? Jadi kenalah jaga sensitiviti orang lain dan privasi kita.

Yang paling penting respek orang lain!

Wordless Wednesday [41]

Assalamualaikum...(^ ^)

Siakap Goreng Vanakam, Tauhu Sambal ala Deepavali dan Timun Air Diwali. Nama tak menahan tu, ala² Deepavali gitu! Heheheee.


Rajuk si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Jangan ingat kita je yang tahu merajuk dengan suami, anak² pun ada rajuk dia jugak dengan kita. Malah kadang² rajuknya itu lebih susah dipujuk, jadi kita kenalah bijak nak pujuk mereka. 

Anak² Mas memang kuat merajuk, kalah rajuk mama pada babahnya. Si kakak kalau merajuk mesti buat muka sedih, pastu kurung diri dalam bilik. Si adik pulak mesti menangis dan baling² barang. Adoi, memang letih mama nak pujuk.


Tapi rajuk mereka tak lama, gimik je lebih. Memang senang nak pujuk. Bila mereka merajuk, Mas akan biarkan dulu. Pastu masa mereka tengah layan rajuk tu, Mas cakaplah, "Ada orang jual aiskrim, mama nak beli banyaklah." Sepantas kilat orang yang merajuk tu jerit, "Nak jugak mama!"

Senang je kan? Kenalah pandai guna psikologi sikit, pujuk mereka dengan benda atau perkara yang mereka suka. Sebab rajuk anak ni tak lama, mereka cuma nak lebih perhatian kita je.

Kalau mamanya merajuk, babahnya suka buat lawak bodoh. Memang terbatal rajuk tu, hahahaa!

Selasa, 25 Oktober 2011

Minta maaf pada anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Manusia tidak sempurna dalam semua perkara, ada masa dan ketika kita akan buat silap. Samada kesilapan itu disengajakan atau tidak, jangan malu untuk akui atau minta maaf. Dengan meminta maaf akan merendahkan tahap keegoaan kita dan membuatkan kita lebih dihormati.


Apa yang Mas nak sentuh disini dalam konteks kita dengan anak². Kadang² kita tak sedar termarah anak tanpa sebab, puas anak kita nafikan tapi kemarahan kita masih belum reda. Si anak rasa kecewa dan pernahkah fikir balik yang kita marah dia tanpa usul periksa. 

Jika dah sedar itu salah kita, jangan ego nak minta maaf dengan anak². Kalau kita ajar anak untuk minta maaf jika buat salah, kenapa kita tidak? Tidak hilang pun gelaran kita sebagai ibu bapa kalau sekali kita ucapkan kata maaf tu, anak akan rasa lebih disayangi dan dihargai.

Cara ini mengajar anak kita memaafkan segala kesalahan, mereka akan minta maaf dengan kita bila buat salah. Sebab dia dah set dalam minda, "Kalau mama silap dia minta maaf dengan saya, jadi jika saya silap saya mesti minta maaf jugak." Lihat, anak kita dah memahami kan?

Tidak susah sebenarnya, cuma kita kena buang sikit rasa ego tu!

Impian si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa mengandung anak pertama naluri Mas kuat mengatakan anak dikandung itu adalah anak perempuan. Memang Mas nak anak sulung perempuan, nanti dia boleh jaga dan ajar adiknya.

Sekarang dia dah semakin dewasa dan boleh diharap jaga adiknya yang sorang tu. Dah pandai bebel dan marah adiknya, macam Mas marahkan mereka. Dia jugak tegas dengan adiknya, rajin tunjuk ajar adiknya dalam pelajaran. Jadi Mas percaya dia boleh jaga adiknya dengan baik.


Tapi dalam sibuk jaga adiknya, dia ada impiannya sendiri. Katanya nak jadi macam mama, terharu Mas. Setiap kali keluar jalan² nak cantik, jadi kenalah calitkan sikit mekap kat dia. Beli baju pun mesti nak pilih sendiri, kalau Mas pilih mesti tak berkenan.

Bila berborak dengan dia pun macam² impian yang dia inginkan, nak belajar sampai masuk universiti. Pastu nak dapat kerja yang bagus dan kumpul banyak duit, katanya nanti boleh bagi duit tu dekat mama dan babah.

Itulah impian si anak, Mas harap sangat ia jadi kenyataan. Mas sentiasa doakan dia membesar sebagai anak solehah, supaya bila dewasa dan berjaya nanti dia tak lupakan orang tuanya.

Ahli baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Nampak tak ahli baru kat blog picisan ni, kalau tak nampak tengok pakai kanta ye.

Inilah dia ahli baru tu, nampak kan? 


Memang dah lama Mas nak buat header baru yang lebih ringkas tapi cantik dipandang. Mulanya bercadang tak nak dah tayang muka tak cantik tu, ingat nak letak gambar laptop je. Tapi memandangkan pembuat header ni kata tak cantik, maka letak jugaklah muka kurang comel tu.

Pilihan warna merah dan ungu mesti ada, itu kan warna kegilaan Mas. Tagline pulak Mas pilih yang baru iaitu "menulis bukan kejar glamour", hehehee! Kelakar ke tagline tu? Mas pilih tagline camtu sebab Mas nak menulis dari jiwa dan hati yang ikhlas, menulis dari apa yang Mas rasa dan percaya. Bukan semata² nak kejar glamour je, tapi kalau tiba² jadi glamour Mas terima dengan redha.

Itu sajalah. Apa lagi kawan², bagilah komen sikit. Cantik, menarik, tertarik tak header baru ni!

Isnin, 24 Oktober 2011

Kegilaan main games

Assalamualaikum...(^ ^)

Suka main games di Facebook tak, macam Farmville, Cityville, Cafeworld dan Frontierville.

Sebelum ada blog dulu Mas memang gila main games, semua games di Facebook Mas main. Memang banyak masa dihabiskan dengan mengadap laptop je, sampai sanggup berjaga hingga ke larut malam. Kadang² sampai berebut laptop dengan husband sebab dua² gila main games kat FB.


Kegilaan main games di FB ni ada kebaikan dan keburukan, tapi kebaikannya mungkin tidak banyak. Antaranya mungkin bagaimana cara kita menyusun strategi untuk maju ke level seterusnya. Jika strategi kita bagus, dengan cepat kita akan maju dan berjaya ke level yang lebih tinggi.

Tapi walau ada kebaikan, keburukan games adalah lebih banyak. Ia akan membuatkan kita leka dan lalai, terlalu banyak masa dihabiskan mengadap games akan buat kita lupa pada tugas dan tanggungjawab. Kita jugak akan suka bertangguh² nak lakukan sesuatu perkara, maklumlah sayang nak tinggalkan games yang semakin menyeronokkan tu.

Jadi daripada kita makin ketagih dan ketagih, lebih baiklah berhenti. Bagi Mas tak mendatangkan faedah pun, tapi kalau kita hanya layan sekali sekala dan pandai bahagikan masa takpelah kan?

Rindu pulak nak berkebun di Farmville dan majukan bandar di Cityville, hehehee!

Cantik tradisional atau moden

Assalamualaikum...(^ ^)

Semua orang nak cantik, bagaimana caranya terpulang pada individu itu sendiri. Ada yang lebih suka cara tradisional dan tak kurang jugak yang suka cara moden.


Memilih cara tradisional sebenarnya adalah yang terbaik. Memanglah kesan sampingannya agak lambat tapi jika kita rajin dan konsisten, hasilnya pasti berkesan. Kalau buat sekali dua je pastu nak harapkan kesan yang cepat memang tak bolehlah, hari² kena buat tanpa rasa jemu.

Tapi ada segelintir yang nak kekal cantik dengan cara mudah, hanya guna kaedah perubatan yang moden. Ambil suntikan atau makan pil² kecantikan sahaja, pasti akan nampak hasilnya dengan cepat dan pantas. Cuma kena berhati-hati, kadang² ia mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi sebelum cuba fikir dulu, sanggupkah tanggung risiko!

Cara mana yang kita pilih tidak salah sebenarnya, cuma kita kena percaya dan yakin. Kalau nak cantik secara semulajadi pilihlah cara tradisional, lebih selamat dan sah tiada yang memudaratkan.

Suka cara tradisional dan cantik yang semulajadi!

Ahad, 23 Oktober 2011

Reviem filem Real Steel : Superb!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak akhirnya menonton filem ini, filem yang terbaik selain Transformers.


Sinopsis filem
Ia mengenai pertarungan antara robot besi yang dicipta oleh manusia. Ia mengisahkan perhubungan antara ayah dan anak yang terpisah sejak kecil. Max yang kematian ibunya dibenarkan berjumpa dengan ayahnya Charlie yang pernah menjadi peninju ternama. Ayah Max jugak sangat taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencipta robot sendiri, tetapi minat yang mendalam itu tidak pernah membuahkan hasil apabila robotnya sering kalah dalam pertarungan. Sehingga pada suatu malam semasa mencuri bahagian robot, Max menemui robot bernama Atom, apa yang terjadi selepas penemuan itu. Adakah Atom berjaya menjadi robot terunggul dan memenangi pertarungan.

Review Real Steel
Yang menariknya cerita ini penuh dengan elemen kepercayaan dan kasih sayang, terutama kepercayaan seorang anak kepada ayahnya semasa pertarungan robot mereka. Si anak percaya yang ayahnya boleh lakukan yang terbaik untuk robot mereka menang. Kasih sayang antara mereka jugak jelas terpancar walaupun si ayah terpisah dengan anaknya sejak lahir lagi. Selain itu ada jugak diselitkan eleman kelakar yang boleh membuatkan penonton tertawa.

Pastinya Mas memang teruja menonton filem ini, terutama semasa aksi pertarungan robot yang bernama Atom. Setiap kali robot itu berjaya mengalahkan lawannya Mas akan tepuk tangan, ini kerana aksi pertarungan itu sangat mendebarkan. 10 bintang untuk Real Steel!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cinta mukabuku

Assalamualaikum...(^ ^)

Untung orang zaman sekarang, nak cari pasangan hidup pun dah senang. Berkawan je dengan ramai orang di Facebook, kalau ada rezeki dan jodoh pasti salah seorang akan memikat hati.

Tak sama zaman Mas bercinta dulu, nak cari pasangan terpaksalah usha mana lelaki/wanita yang berkenan di hati. Bila dah berkenan barulah susun strategi camne nak berkenalan, bila dah kenal hati budi masing² barulah tetapkan tarikh nak keluar untuk temujanji pertama.


Cuma cinta Facebook ni kenalah berhati². Sebelum berkenalan dengan lebih rapat dan jalinkan hubungan cinta, siasat dulu betul² latarbelakang dia. Manalah tau terpikat kat suami atau isteri orang, tak pun dengan kaki penipu yang dah memperdayakan ramai orang.

Pastu kenal dulu hati budi masing², janganlah baru sehari dua kenal dah boleh tukar² gambar. Bila dah bersedia dan rasa dia seorang yang baik, barulah boleh jumpa. Dapatkan restu ibu bapa, pasti bahagia dan kekal ke jinjang pelamin. Itulah yang dinamakan jodoh!

Zaman cinta Mas, mana ada Facebook. Jadi Mas yang ngorat husband Mas dulu, hehehee!

jangan tunjuk kebodohan diri

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari sini

mesti ramai dah tengok video pergaduhan 2 orang wanita di kedai kasut tu... satu perkataan je Mas boleh cakap iaitu BODOH! demi berebutkan seorang lelaki sanggup tunjukkan kebodohan diri bergaduh di depan orang ramai!

tak sedar ke yang lelaki tu bersorak kegembiraan bila lihat video tu... pasti dia tersenyum bangga sebab ada juga perempuan sanggup bergaduh untuk dia! padahal waktu tu dia dah bersukaria dengan perempuan lain... engkau yang bergaduh ni dapat apa? dapat malu sebab video dah tersebar merata-rata!

ingatlah wahai wanita, janganlah tunjukkan kebodohan diri disebabkan perkara sebegini... apa yang kita dapat? cubalah berfikir secara rasional dan cari jalan penyelesaian terbaik! bukannya dengan malukan diri sendiri dan tunjukkan seolah2 martabat kaum wanita ni rendah... 

dan sudah pastinya perkara macam ni akan menjadi tarikan orang untuk aibkan kita... jangan ingat orang lain akan tengok je bila kau gaduh camtu... zaman canggih sekarang, confirm mereka yang tengok tu akan rakam aksi gaduh korang tu! walaupun orang itu kawan sendiri... 

tak pasal2 dapat malu besar... dahlah bergaduh depan khalayak ramai, pastu video pergaduhan itu tersebar sana sini! salah siapa? itulah, lain kali jangan tunjuk kebodohan diri tu...

surat cinta

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah dapat surat cinta? atau masih simpan surat cinta yang diterima...

antara surat cinta kami yang masih tersimpan kemas

Mas masih simpan surat cinta yang diterima masa zaman bercinta dulu... masa tu mana ada handphone dan laptop... dahlahbercinta jarak jauh! untuk lepaskan rasa rindu dendam tu, tulislah surat cinta... kalau dah rindu sangat nak dengar suara, carilah public phone!

seminggu mesti 2 atau 3 pucuk surat Mas tulis... bila malam je mulalah mengarang surat, luahkan rasa rindu dan rasa cinta! tak sah kalau tak tulis sampai 3 atau 4 helai suratnya! tapi bila dapat balasan, sehelai je! memang tak romantik langsung husband Mas tu... tapi takpe, at least dia ada usaha nak tulis! heheheee...

seronok bila kenang saat2 itu... bila dah kahwin kami selalu baca balik surat2 cinta tu! tergelak2 kami baca, kelakar betul masa bercinta dulu... semuanya sanggup buat demi insan tersayang!

itulah cara Mas eratkan kasih sayang... simpan semua kenangan! 

Khamis, 20 Oktober 2011

bahaya spa ikan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari Berita Harian

tak sangka pulak bahaya kan?

sepanjang hidup Mas pernah 3 kali cuba spa ikan ni... bayaran yang dikenakan RM10.00 untuk terapi selama 5 minit! selepas terapi tu memang akan rasa kaki lebih bersih... 

cuma tak sangka pula rupanya terapi spa ikan ni boleh menyebarkan pelbagai penyakit...  dan virus penyakit akan disebarkan oleh melalui gigitan ikan dan akibat bawaan air... ini disebabkan air yang digunakan kurang bersih kerana telah digunakan berulang kali oleh orang ramai!

tapi kalau nak jaga tahap kebersihan, pengusaha spa yang menawarkan perkhidmatan ini kena lebih peka! sepatutnya mereka sediakan bekas untuk kegunaan individu... bila ada yang nak jalankan terapi baru mereka isi air dan lepaskan ikan di dalam bekas tersebut! bila sudah selesai air itu akan dibuang dan ikan akan ditempatkan di dalam bekas yang bersih... 

barulah kebersihan terjamin dan pelanggan rasa selamat! 

(sumber dari Berita Harian)

jangan susahkan pembaca

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak cerita banyak2 pun takut pembaca salah faham... tapi Mas menulis ni berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman semasa blogwalking... 


memang diakui semakin banyak blog baru sekarang... semuanya bersemangat menulis dan berusaha keras untuk menghias blog masing2! keterujaan ini membuatkan mereka lupa pada keselesaan para pembaca... bila pembaca rasa tak selesa masuk ke blog kita maka mereka akan terus cari tanda 'X' tu! jadi janganlah kita mengeluh kalau blog tiada pengunjung... mungkin keadaan blog kita terlalu menyusahkan pembaca untuk masuk! 

pembaca ni sebenarnya lebih sukakan blog yang simple but nice... dan tujuan mereka masuk blog kita adalah untuk baca entri dan komen! jadi memang mereka tak sempat nak tengok hiasan yang cantik2 kat blog kita... apatah lagi kalau terpaksa menunggu 10-15 minit untuk loading, lagilah mereka tak sempat nak tunggu! lebih baik pergi ke blog lain yang lebih mesra pembaca...

bukannya tak boleh nak hias blog cantik2, tapi biarlah ianya tidak menyusahkan pembaca... yang penting ianya cepat loading, tidak berserabut dan mesra pembaca gitu! barulah hari2 pembaca nak masuk dan baca blog kita!

Mas suka blog yang mesra pembaca... masuk 10 kali sehari pun takpe!

breakfast berat atau ringan

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap pagi kita ambil breakfast... tapi mana satu jadi pilihan, menu berat atau ringan?

ada segelintir yang sukakan heavy breakfast seperti nasi goreng, nasi lemak atau nasi dagang... mungkin ia lebih mengenyangkan! ataupun mereka ni jenis yang makan sekali untuk lunch... jadi mereka ambil breakfast yang lebih berat dan banyak... cukup untuk kenyangkan perut dari pagi sampailah ke petang!

tapi Mas lebih prefer breakfast ringan seperti kuih, roti, biskut atau sandwich... kalau ambil breakfast berat mesti mata akan cepat mengantuk... maklumlah dah makan banyak! lagipun umur semakin meningkat ni takut nak makan terlampau banyak makanan berlemak dan berminyak...

jadi apa pun yang kita makan sebagai breakfast pastikan ianya menu yang sihat dan memberi kita tenaga untuk meneruskan kerja... kalau nak ambil breakfast yang berat tu memang boleh, tapi janganlah terlalu banyak kuantitinya! makan sekadar untuk alas perut sehingga ke tengahari... 

dan yang paling penting jangan skip breakfast... kerana ia bukan cara yang sihat!

breakfast macam ni lagi sedap kan? (sumber gambar)

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday [40]

Assalamualaikum...(^ ^)

Aneka warna, aneka rasa dan pelbagai khasiat. Stok buah untuk seminggu, dapat free masa walkathon hari Ahad lepas.


apa kelebihan ABANG ITAM ni

Assalamualaikum...(^ ^)

baca kisah selanjutnya di Harian Metro

apalah kelebihan mereka ni kan? sampai ramai wanita boleh terpedaya dan tertipu dengan pujukan dan kata-kata manis mereka... sampai ada yang kerugian sehingga ribuan ringgit!

pada Mas takde langsung keistimewaan 'abang itam' ni... bukanlah nak kata mereka ni tiada rupa atau tak kacak, tapi kebanyakannya memang kaki penipu! mereka umpan wanita dengan pelbagai kata dan janji manis sehingga masuk perangkap... tengok sajalah berita di atas! 

apalah wanita pandang pada mereka... kalau berkenan dengan lelaki yang berkulit gelap, tinggi dan nampak gagah perkasa carilah lelaki melayu sejati! ada je lelaki melayu yang berperwatakan macam tu... ini tidak, 'abang itam' jugak yang jadi pilihan... kalau betul-betul baik takpe!

kepada wanita diluar sana berhati-hatilah... janganlah mudah terpedaya! cuba selidik dan siasat dulu latar belakang mereka sebelum berkenalan dengan lebih rapat..

Wordless Wednesday [39]

Assalamualaikum...(^ ^)

Maggi Telur Perisa Kari, mabeles wooooo! Masterchef kat rumah yang buat.


antara perikemanusiaan dan undang-undang

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini baru Mas ada kekuatan nak tengok video anak kecil berumur 2 tahun yang dilanggar oleh sebuah van dan lori di Beijing, China! sambil tengok sambil tangan tutup muka... tak sanggup sangat nak tengok dengan jelas! 

pastu semalam Mas ada baca entri di blog Namee yang menyatakan pemandu van tersebut terlalu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan... mengikut undang-undang di China, kalau langgar mati hukuman lebih ringan dan kalau langgar hidup hukuman lebih berat... 

tergamaknya dia bersikap sebegitu... disebabkan nak lepaskan diri dari hukuman sifat perikemanusiaan terus hilang entah kemana! pastu undang-undang yang digunakan di sana pun sangat kejam... sebab tulah manusia kat sana pun bertindak kejam! lebih patuh pada undang-undang daripada nilai kemanusiaan... kalau dia terlanggar anak sendiri pun agaknya dia akan buat camtu...

Mas harap sangat pesalah yang langgar anak kecil itu dikenakan hukuman setimpal!

tengoklah, orang yang lalu lalang pun buat tak kisah je... memang kejam!! (gambar dari google)

Selasa, 18 Oktober 2011

ready to eat

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang pengemar waffles... paling Mas suka waffles kaya campur planta!


pastu bila Gardenia keluarkan produk Delicia Waffles tu, Mas pun teringin nak cuba... belilah perisa Blueberry! sedaplah rasanya... tapi kalau panaskan dan tambah perisa lain mungkin lebih sedap kot! letak aiskrim ke, coklat cair ke, kaya ke... pasti lebih terangkat!

sekarang ni dah senang kan? banyak produk 'ready to eat' macam ni di pasaran... kalau tak sempat nak buat breakfast untuk anak-anak ke, belikan untuk mereka waffles ni! memang sesuai untuk sarapan pagi... lagipun dalam pek tu ada dua keping, kenyanglah bila diambil sebagai breakfast... kalau untuk minum petang pun boleh!

dah macam duta produk Gardenia pulak! saja nak share pada yang belum pernah rasa Delicia Waffles ni... memang sedap! harga pun murah, cuma RM1.40... cubalah!

kurung anak ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

sibuk jiran sekeliling bertanya kenapa Mas jarang benarkan anak2 Mas main di luar rumah... siap ada yang cakap Mas kurung anak! terpulanglah mereka nak cakap apa...

Mas memang tak akan biarkan anak2 main di luar tanpa pengawasan Mas atau husband... walaupun mereka hanya main di kawasan perumahan tapi kita tak tahu apa yang mereka lakukan kalau tak diawasi... dahlah mereka bercampur gaul lelaki dan perempuan, pastu ada jugak anak2 yang dah belasan tahun! 

akal anak2 ni panjang, kalau kita tak awasi manalah tau mereka buat sesuatu di luar dugaan... memanglah mereka sekadar bermain, tapi tak mustahil mereka ada buat perkara yang tak elok! pengaruh anasir2 luar kan banyak... anak2 pula suka terikut2 dan meniru!

memandangkan gejala sosial dah semakin teruk sekarang, lebih baiklah Mas awasi dan pantau anak2 dari sekarang... biarlah mereka terkongkong sikit daripada kita menyesal melihat mereka terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat! 

kalau tak dikongkong tidak mustahil anak kita akan jadi macam ni...

ASTRO... ada kebaikannya!

Assalamualaikum...(^ ^)

walaupun ramai merungut kerana bil Astro telah naik tapi Mas masih lagi setia... mulanya memang ada bercadang nak terminate je! tapi bila difikirkan ada juga kebaikannya maka ianya dikekalkan! 

gambar dari laman web Astro
memanglah kebanyakan channel Astro ni menayangkan cerita yang berulang kali... tapi ada juga channel yang bermanfaat iaitu Astro Tutor TV! anak Mas yang sulung sangat berminat menonton channel ini... dia paling suka Astro Tutor TV UPSR! walaupun baru berumur 8 tahun tapi sudah mahir menjawap contoh2 soalan UPSR yang diberikan! 

tiap2 hari dia akan menonton channel ini... sambil menonton dia akan bersiap sedia dengan pensil dan kertas! bila ada contoh soalan dia akan cuba menjawap... dan Mas sangat kagum kerana kebanyakan soalan yang dijawapnya betul... ini juga sedikit sebanyak akan membantu dia apabila hendak menghadapi peperiksaan UPSR nanti!

jadi biarlah Mas bayar bil Astro mahal sikit janji anak Mas pandai... 

Isnin, 17 Oktober 2011

cerita dongeng

Assalamualaikum...(^ ^)

percaya tak pada cerita dongeng... sekarang mungkin tak lagi kan? 

gambar dari google
masa Mas berumur belasan tahun seorang makcik ni pernah cerita pada Mas tentang cerita dongeng yang kami boleh tengok siapa lelaki yang bakal jadi jodoh kami... masa tu memang Mas excitedlah dengar dan percaya je bulat2 apa yang makcik tu cerita... 

Mas terus desak makcik tu cerita bagaimana caranya... makcik tu pun ceritalah! kata makcik tu orang dulu2 percaya kalau nak tengok bakal jodoh, mestilah sambut daun yang gugur dari pokok... dengan syarat daun tu tak boleh jatuh ke tanah! pastu sebelah malam letakkan daun tersebut di bawah bantal... pastu bangun pukul 12 tengah malam dan berdiri depan cermin! seterusnya perlu pejam mata dan tiup daun tu 3 kali dan tengok semula kat cermin... mesti boleh nampak muka bakal jodoh tu!

tapi Mas tak berani nak cuba! takut nak bangun pukul 12 tengah malam dan tengok cermin tu... buatnya masa buka mata tu benda lain pulak yang muncul... huru hara dibuatnya! 

kelakar pulak bila dikenangkan kembali cerita dongeng tu... macam manalah Mas boleh percaya 100% cakap makcik tu! padahal dia cerita je kat Mas, tak suruh Mas percaya pun! 

tranformasi

Assalamualaikum...(^ ^)

nampak kelainan tak pada blog Mas... mesti nampak kan?


oleh kerana sudah kebosanan melihat template yang lama maka telah membuat tranformasi ke classic template... dah berpinar bijik mata ni dok mengadap dari pukul 12 sampai 2.30 tadi! sampai skip lunch tu... punya bersemangat nak edit bagi nampak cantik dan simple!

tapi header Mas masih gunakan header lama... tengah dalam proses tempah header baru ni! dah usha beberapa pembuat header terhandal, tapi mereka masih belum reply lagi... konsep warna Mas masih kekalkan warna merah dan ungu... maklumlah, akak ni kan gila dengan red and purple! 

rasanya bila bertukar ke classic template ni nampak lebih kemas dan sedap mata memandang... loading pun laju sangat! pastu nak edit sana sini pun senang...

apa pandangan kawan-kawan? ok ke tak tranformasi yang Mas buat ni... ke nampak simple sangat!

memilih rumah terbaik

Assalamualaikum...(^ ^)

rumah Mas masa proses renovation
setiap daripada kita mesti nak memiliki rumah sendiri kan? rumah yang dibeli hasil dari titik peluh berkerja mencari rezeki... rumah yang boleh menjadi tempat kita berteduh dari hujan dan panas!

tapi nak membeli dan memilikinya tak semudah yang kita sangkakan... banyak perkara yang perlu kita selidik dan rancang sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah! biarlah kita cari rumah yang betul2 terbaik dan jadi hakmilik kita turun temurun!

antara perkara yang paling penting dan perlu kita ambil berat sebelum membeli rumah...

(i) latarbelakang pemaju... pastikan pemaju memiliki syarikat yang stabil dan mampu siapkan rumah yang kita hendak beli mengikut terma dan syarat... ini untuk mengelakkan kita terpilih pemaju yang dah hampir bankrap!

(ii) kedudukan rumah... startegik atau tidak! dalam hal ni banyak aspek yang perlu kita lihat! antaranya seperti kemudahan awam di kawasan tersebut, jarak perjalanan nak ke tempat kerja, pengangkutan awam dan tahap keselamatan di situ!

(iii) harga rumah... ini yang paling penting! mesti kita nak beli rumah mengikut kemampuan kita kan? janganlah sebab kita berkenan dengan rumah tu kita beli jugak walaupun tak mampu!

(iv) status hakmilik... carilah rumah yang hakmiliknya kekal! kita akan miliki tanah dan rumah tu selama2nya! barulah senang nak wariskan pada anak2 nanti...

jadi buatlah pilihan terbaik kerana rumah itu adalah aset utama kita...

Ahad, 16 Oktober 2011

vokal bukan sekadar rupa...

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
ada pulak program realiti macam ni! mesti terpengaruh dengan program luar negara tu...

nampaknya semua orang nak jadi penyanyi dah sekarang... takde rupa, takde gaya pun dah boleh jadi penyanyi... masuk saja program macam ni! 

bila ada program sebegini berlumba2lah orang nak jadi penyanyi... mak ayah pun tak perlu risau dah sekarang kalau anak2 mereka tak cantik dan tak hensem! lepas ni ramailah mak ayah cakap macam ni kat anak2 mereka..

"takpe nak, takde rupa dan gaya tapi ada bakat menyanyi... pergi je masuk rancangan vokal tu, kalau menang boleh popular dan glamour! tak belajar tinggi2 pun takpe!" 

pendapat Mas, tak perlulah banyakkan sangat rancangan sebegini... nanti semua orang nak kejar dunia glamour dan nak popular je! terutamanya remaja sekarang... sebab Mas tengok yang menyertai program ni semuanya muda2 dan ada yang berumur belasan tahun! mereka dah tak kisah nak belajar hingga ke menara gading...

fikir-fikirkanlah... nak glamour ke atau nak penuh ilmu di dada!

Walkathon Minggu Kesedaran Pendermaan Organ

Assalamualaikum...(^ ^)

seawal jam 12 tengahari tadi selesailah acara walkathon yang Mas sertai... kali ni Mas perlu berjalan sejauh 3.3 km sahaja... pusing satu UKM je! 

tapi program kali ini agak menarik... pihak penganjur adakan pertandingan slogan terbaik mengenai pendermaan organ! setiap agensi yang menyertai datang dengan sepanduk dan banner yang menarik... pemenang slogan terbaik memenangi wang tunai RM1000!

dan sepanjang berjalan sejauh 3.3 km, pelbagai laungan slogan mengenai pendermaan organ kedengaran... ada yang kelakar dan ada yang bersemangat... meriah sungguh! memang Mas respek dengan mereka semua...

jadi Mas kongsikan beberapa gambar di sana... 

inilah sepanduk kami
BB... pencipta slogan tu
di garisan permulaan
jom jalan untuk support pendermaan organ
dihiburkan oleh KL Streets Drummer
Hafiz Hamidun dan Heliza pun ada
dapat t-shirt percuma dan baju hujan
kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh klik sini...

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com